BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! AH LONG MAKIN KEJAM !!! GUNA BOM PETROL UNTUK UGUT MANGSA !!!
- EKSKLUSIF #HBN2012 !!! HARI PERTAMA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 !!! APA YANG BEST KAT PUTRAJAYA ??? WAJIB BACA !!!
- NIK AZIZ DAN ABDUL HADI AWANG PERLU MUZAKARAH !!! WAJIB BACA !!!
- TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!! SATU LAGI ANUGERAH TELAH DI RANGKUL !!! WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! SIAPA DAPAT MANFAAT KEMENANGAN PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! KHALID GAGAP GAGAL !!! KEGIATAN RUMAH URUT DI SELANGOR KIAN BERLELUASA !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! TEMAN LELAKI SYARINI DI SIASAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! AH LONG MAKIN KEJAM !!! GUNA BOM PETROL UNTUK UGUT MANGSA !!! Posted: 23 May 2012 11:52 AM PDT Sebelum ini pemberi pinjaman wang haram atau ah long hanya merosakkan atau menyimbah cat merah ke atas premis,kediaman dan kenderaan peminjam yang gagal melunaskan hutang.Namun,sejak akhir-akhir ini kumpulan ah long semakin melampau dan kejam apabila sanggup membakar rumah dan premis tanpa menghiraukan nyawa orang yang tidak bersalah.Dalam kes terbaru kelmarin,dua beranak nyaris maut selepas kumpulan ah long melontar bom molotov cocktail di hadapan pintu rumah mereka di Taman Sentosa,Klang. Bagaimanapun,dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu,Ong Hwa Cheong,44 dan ibunya yang dikenali sebagai Low,69,terselamat selepas jiran mereka sempat memadam api yang membakar kasut di hadapan pintu.Hwa Cheong berkata,jirannya terdengar bunyi letupan sebelum melihat api marak sebelum bertindak memadamkannya. "Ah long tersebut bertindak demikian selepas abang ipar saya,Ng Lai Chuan,36,meminjam wang daripada mereka tetapi meletakkan alamat rumah kami.Lai Chuan kini telah menghilangkan diri sejak Februari lalu bersama kakak saya,kami sendiri tidak tahu di mana mereka berada," katanya pada sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA di sini hari ini. Pada 19 Mei lalu,sekumpulan ah long cuba membakar seunit kondominium di Taman Maluri,Cheras di sini manakala sebuah kedai di Bukit Tinggi,Klang turut menerima nasib yang sama semalam.Bagaimanapun,kedua-dua kejadian berkenaan disedari oleh jiran yang bertindak memadamkan api.Sementera itu,Ketua Biro Pengaduan Awam MCA,Datuk Michael Chong berkata,perbuatan membakar premis atau kediaman itu dikesan cara terbaru digunakan kumpulan ah long untuk mengugut peminjam.Ujarnya,kumpulan tersebut kini semakin kejam apabila sanggup membakar rumah orang yang tidak bersalah kerana ingin mengutip hutang. "Dalam kejadian sebelum ini,tiada nyawa yang melayang kerana kebakaran disedari awal tetapi jika api lambat dikesan, sudah tentu ada orang yang menjadi mangsa.Tindakan ini tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa dan polis perlu bertindak tegas terhadap ah long," tegas beliau. - Utusan Malaysia |
Posted: 23 May 2012 09:26 AM PDT Tirai Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 di buka pada hari ini,Persiaran Perdana mula mencuri tumpuan selaku saksi penganjuran acara yang disasar sebagai perhimpunan orang muda terbesar di dunia.Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjadi penggerak utama acara ini,yang menyimpan harapan menggunung dan dibentuk khusus untuk membuka ruang serta peluang bagi anak muda mempamerkan bakat serta kreativiti,selain menyuarakan pandangan secara terbuka lagi tersusun.Sejak berbulan lalu,setiap kesempatan yang diperolehi akan beliau ketengahkan berita dan maklumat terkini mengenai Himpunan Jutaan Belia dan usahanya itu jelas mendapat sokongan setiap kementerian yang terletak di laluan Persiaran Perdana di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini. "... kita serahkan Putrajaya untuk anak-anak muda di sini bagi menunjukkan kreativiti,tenaga dan pandangan mereka secara terbuka dan tersusun," itulah ungkapan dari Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Membawa harapan untuk menjadi antara 10 karnival tahunan terbesar,Himpunan Jutaan Belia menampilkan 38 segmen yang menyediakan kira-kira 500 aktiviti,tersusun di laluan sejauh enam kilometer dengan 24 pentas dibangunkan untuk dikunjungi orang ramai,mulai esok sehingga Ahad.sepanjang pemerhatian saya ketika berada di putrajaya petang tadi,beberapa laluan sudah ditutup dan 16 kawasan letak kereta dengan 5,670 ruang letak kenderaan secara percuma khas untuk pengunjung,sementara itu 12 trem ulang-alik di Persiaran Perdana beroperasi petang tadi khas kepada pengunjung yang ingin melihat keindahan putrajaya Khemah mula didirikan di kaki lima bangunan kementerian di sepanjang laluan itu,dengan bahagian hadapan Istana Kehakiman yang terletak di tengah-tengah laluan sudah bertukar wajah,membangkitkan 'mood' karnival.Di situ juga bakal berlangsung majlis perasmian perhimpunan belia terbesar itu yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.anda tahu kan,pemimpin nombor satu negara sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha memacu dan memantapkan golongan belia,yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.Dalam perutusannya sempena Hari Belia minggu lepas,Perdana Menteri berkata perhimpunan ini merupakan manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk belia mempamer tenaga dan kreativiti masing-masing.Himpunan Jutaan Belia tahun lepas menyaksikan kehadiran kira-kira 1.3 juta pengunjung dan tahun ini penganjur mensasarkan ketibaan lebih dua juta pengunjung untuk memeriahkan suasana. Antara segmen yang ditampilkan termasuk Segmen Rekreasi,Segmen Beruniform,Corner of Performing Art,Cabaran Antarabangsa Redah 4X4,Rekreasi,Khidmat Sukarelawan,Usahawan Muda,Perkhemahan dan Jambori,Cergas dan Aktif,Pameran Pelancongan Belia,Dunia Gadget,Putrajaya Uptown dan banyak lagi.Segmen gerbang kerjaya menjanjikan lebih 5,000 peluang pekerjaan buat mereka yang masih mencari kerja yang sesuai, manakala segmen yang baru diperkenalkan tahun ini ialah Perkampungan Budaya Kaum Cina. AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! SEGALANYA UNTUK ANDA !!! |
NIK AZIZ DAN ABDUL HADI AWANG PERLU MUZAKARAH !!! WAJIB BACA !!! Posted: 23 May 2012 05:00 AM PDT cerita sinetron Hudud tak habis lagi, kini timbul pula sinetron baru.Muzakarah arahan Nik Aziz.Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak,sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO.Lepas itu,diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi.Bila pilihanraya makin hampir,timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS.Dengan maruah yang sudah tiada lagi,PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini. Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat,buntu dan kecewa.PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri. Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO,tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah,Komunis,ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato' Asri,ada yang Wahhabi dan ramai lagi yang buta tuli,tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan,tidak sedar bahawa kini berada di belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT,Ambiga Sreevanesan.berkenaan Ambiga Sreevanesan,rakyat malaysia dah lupa ker siapa dia ??? Penyokong-penyokong semuanya di benarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu,mahupun yang bertentangan dengan Islam. Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO ??? Sedangkan,idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah.Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula. Hakikatnya,PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO.Hakikatnya,UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini,tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.Namun,demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini.Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang. Lalu,kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS. Apapun,UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya 'bermain wayang' dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.Namun,apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah. Kata Nik Aziz,muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO. Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat,iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian. apa yang saya dapat sarankan ialah,tepuk dada,tanyalah iman.Apakah wajar seorang Ulama,Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah ??? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan ??? Untuk itu,kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman : Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka : "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku ???, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku ???.Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi). RENUNG-RENUNGKAN |
TAHNIAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!! SATU LAGI ANUGERAH TELAH DI RANGKUL !!! WAJIB BACA !!! Posted: 23 May 2012 01:30 AM PDT Selepas kejayaan Regimn Khalid dalam menjadikan Selangor negeri paling kaya dengan sampah sarap, kini Khalid sekali lagi tampil untuk menerima anugerah terkini.Jika Kelantan mendapat "Anugerah Cemerlang" dalam rekod HIV dan AIDS, lain pula bagi Khalid di Selangor.Selepas "Anugerah Cemerlang" dalam mensampah sarapkan Selangor, rekod cemerlang buat pertama kalinya di Selangor, kini Selangor mendapat satu lagi "Anugerah Cemerlang" melalui industri pembiakan nyamuk aedes.Walaupun sebelum ini juga dalam satu lagi industri; iaitu Industri Persundalan, Khalid masih mendahului dengan pencapaian terbaik !!! Rakyat Selangor perlu banyak bersabar dengan bau aroma dari timbunan sampah sarap hadiah dari Kerajaan Negeri kepada penduduk,kini rakyat Selangor juga perlu tabah dalam hadapi wabak denggi. Pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna antara faktor menyebabkan Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi dalam kes demam denggi.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga Mei lalu sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan 20 kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian. "Lima puluh peratus daripada kes demam denggi yang dilaporkan tahun ini ialah di Selangor dan salah satu faktornya kerana sampah tidak dikutip dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat kerana sesudu air pun sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 'Sihat Cergas Ceria' di sini Sabtu. Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan jadual kutipan sampah yang berkala kerana PBT juga perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan persekitaran.Apatah lagi memandangkan negeri itu mempunyai kawasan perumahan luas terutamanya di kawasan bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,katanya. Sementara itu,Liow berkata kajian mengenai vaksin denggi sudah berada di peringkat akhir iaitu pada tahap ketiga dan dijangka boleh mula digunakan menjelang tahun 2014.Dalam perkembangan lain beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperbanyakkan lagi kempen saringan kesihatan untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran orang ramai bagi pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).Liow berkata hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas kira-kira 1.4 juta rakyat dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tahap gula tinggi.Sementara 3.5 juta lagi tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah tinggi manakala 4.7 juta tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi.NCD seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. - BERNAMA Sangat jelas,kebajikan rakyat bukanlah modus operandi Pakatan di Selangor, tetapi yang lebih utama adalah isi kantung mesti penuh.Sampai hari ini,aku masih tertanya-tanya tanpa sebarang jawapan... apakah kebajikan rakyat yang dijaga oleh Pakatan di Selangor ??? Apakah sumbangan terus Pakatan Selangor kepada rakyat ??? Tiada ??? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.... - KGC |
KISAH BENAR !!! SIAPA DAPAT MANFAAT KEMENANGAN PASUKAN BOLASEPAK KELANTAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 22 May 2012 10:00 PM PDT kali ini saya nak cerita pasal bola kerana saya ada sikit darah kelantan.anda dah lihat banner di atas,anda dah tau,muahahaha...Kebangkitan pasukan Bolasepak Kelantan,The Red Warriors (TRW) sejak lebih 4 tahun lalu ternyata berjaya mencetuskan fenomena 'gila bola' pada hampir segenap lapisan masyarakat Kelantan tanpa mengira darjat keturunan dan sempadan politik.Dek kerana kebangkitan tersebut juga,pelbagai pihak khususnya dari kalangan pemimpin parti politik berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap jatuh bangun pasukan TRW sekalipun berbelas tahun sebelum ini jejak kaki ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pun tidak pernah,siapa yek ??? carilah sendiri yek.Saat meraikan kebangkitan pasukan bolasepak Kelantan,timbul satu persoalan yang saya tengah fikir yang sedang bermain-main di fikiran sesetengah kalangan kita.Dalam konteks politik Kelantan,pihak manakah yang bakal menerima tempias dan meraih sokongan Rakyat khususnya golongan muda berikutan kebangkitan TRW sejak akhir-akhir ini ??? Mungkin akan ada segelintir yang berpendapat persoalan tersebut langsung tiada kaitan antara sukan dan politik,dua bidang berlainan walau sebenarnya jika dinilai dari sudut urus tadbir dan kemampuan memacu daya saing ia berkait secara langsung.anda jangan lupa,setiap orang peminat sukan juga merupakan pengundi berdaftar yang juga akan menentukan arah mana trend sokongan untuk sesuatu parti politik.Atas sebab itu,logik persoalan ini ada meritnya untuk dibincang dan dirumuskan jawapannya.Barangkali masing-masing pembaca Badut Rakyat sekalian sudah mempunyai jawapan yang mungkin berbeza dengan saya, secara peribadi saya melihat kebangkitan pasukan TRW Kelantan mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pengurusan dan corak kepimpinan yang dicernakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang semua kita ketahui adalah salah seorang warlord UMNO Kelantan. Walaupun acapkali pimpinan PAS negeri Kelantan cuba mengambil kesempatan menonjolkan diri mereka sebagai punca kebangkitan pasukan TRW,hakikat perjalanan jatuh bangun TRW menceritakan sebaliknya.opss...kita lihat sejarah,Dulu sewaktu para pemain bergelut dengan masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan berbulan-bulan lamanya akibat masalah kewangan yang dialami Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA),tidak ramai pemimpin PAS yang sudi mengambil tahu masalah tersebut.Hanya selepas pengurusan KAFA diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007 barulah sedikit sinar harapan buat pasukan TRW dan penyokongnya apabila ia mula menonjolkan peningkatan mutu permainan seterusnya menggapai satu demi satu kejayaan termasuklah menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010 dan terbaru menjuarai Piala FA. Ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu yang sekian lama sunyi kini meriah tiap kali adanya perlawanan bolasepak.Para peniaga kecil meraih tambahan pendapatan bagi asal saja bila adanya pertembungan bolasepak di stadium tersebut. Persekitaran stadium yang sebelumnya hidup segan kembali rancak meraih tempias dari kebangkitan TRW.Bayangkan daripada sebuah pasukan belasahan yang pernah menjadi satu-satu pasukan negeri terpaksa turun taraf bermain dalam Liga FAM pada tahun 2005 berikutan kemerosotan prestasinya, kini dalam jangka waktu 4 tahun lebih TRW di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa telah menjadi satu kuasa baru dalam dunia bolasepak tanahair. Tidakkah ini nyata membuktikan wujudnya kualiti dan kemampuan pemimpin UMNO dalam merungkai permasalahan seterusnya merencana kemajuan.ia satu perbezaan jelas jika di bandingkan 22 tahun retorik dan propaganda slogan yang selama ini menjadi zikir harian pemimpin PAS dan tidak membawa kita ke mana-mana.Justeru itu,mengambil teladan dari kebangkitan skuad bolasepak Kelantan TRW,tidak menjadi satu kerugian untuk rakyat Kelantan memanfaatkan kualiti dan kemampuan para pimpinan UMNO untuk manfaat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan mengangkat mereka untuk memerintah kembali Kelantan dalam pilihanraya umum nanti.. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 22 May 2012 07:00 PM PDT Sejak Pakatan Haram menerajui kerajaan Selangor,salah satu fenomena baru yang semakin serius berlaku adalah peningkatan jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor yang membimbangkan bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.Di kawasan Pandan Indah sahaja,Bernama Melaporkan terdapat lebih 80 pusat urut dan lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap berkata,kerajaan negeri memandang serius isu itu dan akan mencari jalan terbaik bagi menanganinya termasuk kemungkinan mengadakan rancangan penempatan semula. "Saya akan umumkan esok dan akan ada satu keputusan untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2012 di Muzium Sultan Alam Shah,Semalam.. BARU NAK PANDANG ???? APA CERITA NI ??? DAH 4 TAHUN MEMERINTAH BARU NAK PANDANG ??? KENAPA TAK BENTERAS DARI AWAL LAGI ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! TEMAN LELAKI SYARINI DI SIASAT OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 22 May 2012 04:00 PM PDT ini lah akibatnya nak sangat menjadi terkenal dengan publisiti murahan.Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita dari indonesia,Syahrini,Bubu apabila dia mengakui kononnya dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.kepada pembaca Badut Rakyat,jangan buat macam ni ok.kalau anda buat ini lah akibatnya.Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu. Menurut satu sumber kepada laman DetikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu.Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu." Tambahnya lagi,keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini.Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak. "Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi. Sebelum ini,Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media. "Saya keturunan raja,saya cucu Raja Selangor.Nama saya Raja,jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu. SAYA DAH AGAK BENDA NI AKAN BERLAKU !!! KEPADA YANG BELUM LAGI BACA CERITA PENGAKUAN BUBU SEBELUM INI !!! KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment