BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! BANYAK NAMA PELIK DI SABAH ??? BIAR BETUL ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 12:00 PM PDT


KOTA KINABALU – Mereka yang bukan berasal dari Sabah sering keliru dengan nama-nama pelik yang digunakan penduduk pelbagai etnik di negeri itu.Nama-nama pelik seperti Mogumbirak,Tigabelas,Ponyrace,Samalia Cuba dan Rothmans sering menjadi bahan gurauan dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.Namun,terdapat cerita menarik di sebalik bagaimana nama-nama tersebut diberikan seperti dalam kes melibatkan seorang bekas Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah,Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin.

"Agak sukar untuk membawa nama ini.Di sekolah,saya sering diusik dan sukar untuk berkawan tetapi saya belajar membiasakan diri dengan keadaan itu," katanya.

Beliau berkata,nama tersebut diberikan selepas kematian tragik berturut-turut yang menimpa keluarganya.Nama itu sebenarnya diberikan untuk menyelamatkan nyawa beliau.

"Sebelum kehadiran saya,ibu bapa saya memiliki 12 cahaya mata dan kesemuanya meninggal dunia.Mereka (ibu bapa) mendapatkan nasihat daripada penduduk kampung di Kota Belud termasuk bomoh dan mereka memberitahu sama ada memberikan saya nama unik atau menyerahkan saya kepada keluarga angkat," katanya.

Tigabelas berkata,doktor yang menyambut kelahirannya mencadangkan nama tersebut kepada ibu bapanya selepas mengetahui mengenai kematian adik-beradik saya.

"Selepas mengetahui saya anak yang ke-13,dia mencadangkan agar saya dinamakan Tigabelas.Saya percaya, saya anak ke-13 yang bertuah kerana hanya saya seorang terselamat. Ibu melahirkan dua anak selepas saya tetapi mereka turut meninggal," katanya.

Dalam kebanyakan kes melibatkan nama aneh,ibu bapa yang buta huruf pada 1960 dan 1970 merupakan penyebab utama.Mereka memberikan nama berdasarkan bunyi atau memilih perkataan popular seperti Ponyrace atau jenama rokok terkemuka seperti Rothmans atau Benson.Mogumbirak,seorang lelaki dari etnik Rungus berusia 50 tahun yang berasal dari Kudat menarik perhatian tanpa diminta.Pekerja buruh,Samalia Cuba yang namanya diangkat sempena dua negara iaitu Somalia dan Cuba enggan memberikan sebab keluarganya memilih nama tersebut.

"Tidak apalah,tidak payah tanya.Saya ada kerja sekarang," katanya ketika dihubungi Ahad. - Mstar

HOT NEWS !!! BLOGGER PAKATAN KATA ABBY MASUK PAS ??? INI JAWAPAN SEBENAR ABBY !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 08:30 AM PDT


Penyanyi dan pelakon,Abby Abadi mengesahkan bahawa kemunculannya memberi ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang,di Pantai Rhu Muda,Marang beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai parti PAS.Melalui akaun twitter miliknya,Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak-pihak yang memusing cerita sebenar dan menyebarkan kononnya dia akan menyertai parti PAS tidak lama lagi.siapa lah memberi Fitnah tu ??? adakah Blogger dari Pakatan ??? selalunya yang kata demikian adalah blogger setiap kali Artis Memberi ceramah !!! Apa pun,Abby sudah menafikan perkara itu dengan sekeras-kerasnya.


Abby menjelaskan,dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai hijrah dirinya ke arah yang lebih baik.

ANDA DAPAT JAWAPAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! SIKAP MAJLIS PEGUAM YANG BERAT SEBELAH DI BONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 04:59 AM PDT



SEORANG kolumnis akhbar Sunday Star semalam menegur Majlis Peguam yang disifatkan beliau mengambil pendirian berpihak apabila meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.Teguran itu dibuat oleh Roger Tan yang merupakan seorang peguam kanan dan bekas ahli Majlis Peguam dalam ruangan 'Comment' halaman 30.

Dalam artikel bertajuk 'Tidak dipengaruhi oleh perasaan takut atau memihak' beliau menulis,Majlis Peguam dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 11 Mei lalu telah meluluskan usul mengandungi 12 resolusi yang berkaitan perhimpunan Bersih 3.0,dengan sokongan majoriti yang besar.Keputusan 939 orang yang mengundi memihak dan 16 menentang perlu dihormati.Hujah bahawa ia tidak mewakili semua 14,000 ahli majlis itu,tidak mempunyai asas kerana Seksyen 66,Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA) adalah jelas menyatakan usul boleh dibuat jika majoriti mengundi menyokongnya.Dengan prinsip utama ini,Tan menyatakan untuk rekod,sebab-sebab sama ada betul atau salah,mengapa beliau tidak boleh menyokong resolusi berkenaan.

Pertama dan paling penting kata Tan,ia mesti diakui bahawa resolusi ke-12 telah dipinda untuk memasukkan antara lain bahawa (1) Majlis Peguam bimbang dan tidak menyetujui apa-apa tindakan keganasan dalam perhimpunan awam dan tindakan sedemikian oleh para peserta,bukanlah satu tindak balas yang bersesuaian terhadap pihak polis dan (2) Majlis Peguam juga khuatir dengan laporan bahawa terdapat orang tertentu telah menyeberangi melalui halangan polis ke Dataran Merdeka.Tetapi pindaan ini adalah bertentangan sama sekali dengan bahasa yang digunakan dalam keseluruhan resolusi berkenaan untuk mengutuk kekejaman polis dan cara bagaimana pihak polis mengendalikan perhimpunan pada hari berkenaan.Tan merasakan bahawa hanya dengan menyuarakan kebimbangan terhadap peserta Bersih 3.0 yang melanggar undang-undang adalah tidak cukup kuat.Majlis Peguam,pada pandangan beliau perlu dilihat berada di barisan hadapan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa mengira sama ada polis atau penunjuk perasaan yang telah melanggar undang-undang.Jika Majlis Peguam mahu mengecam dan mengutuk kekejaman polis,ia perlu melakukan perkara sama terhadap tindakan penunjuk perasaan yang telah berlagak seperti perusuh dan penganut fahaman anarki yang menyerang anggota polis dan melompat serta merosakkan kenderaan polis.

Kedua,Tan tidak mahu Majlis Peguam menghukum sebelum memeriksa isu-isu. Menurut cara ayat-ayat resolusi pertama disampaikan, ternyata Majlis Peguam telah membuat kesimpulan bahawa semua perbuatan yang disenaraikannya telah dilakukan oleh pihak polis.Sebaliknya,ayat-ayat resolusi ke-12 berhubung perlakuan peserta Bersih 3.0 dinyatakan secara sangat berhati-hati termasuk menyebut rempuhan halangan polis adalah berdasarkan kepada laporan-laporan.


"Sebagai peguam,kita telah dilatih bahawa walaupun kita telah menyaksikan seseorang menembak orang lain, ia tidak bermakna dia secara automatik bersalah kerana membunuh.Mungkin ada faktor lain yang boleh meringankan hukuman yang memerlukan siasatan lanjut," kata Tan.

Adalah benar bahawa laporan telah disusun oleh 80 pemantau daripada Majlis Peguam.Bagaimanapun,laporan akhir hanya diemelkan kepada ahli-ahli pada malam sebelum hari mesyuarat dan ini telah menimbulkan tuduhan bahawa laporan itu disesuaikan supaya menyokong resolusi berkenaan.Identiti 80 pemantau juga tidak dinyatakan.Tan ingin tahu kecenderungan politik mereka dan ingin membaca,sebagai contoh,komen dan pandangan mereka mengenai Bersih yang dinyatakan dalam media sosial,untuk memuaskan dirinya bahawa mereka berfikiran bebas dalam membuat kesimpulan, tidak dipengaruhi oleh apa jua kepercayaan politik atau sosial yang mereka mungkin ada.Ini adalah sangat mustahak,kerana Majlis Peguam telah diminta untuk membuat satu kesimpulan berdasarkan laporan kumpulan pemantau terbabit.Jika benar,tidak dapat disangkal juga bahawa kumpulan pemantau terbabit boleh dituduh sebagai seorang pendakwa dan hakim pada masa yang sama hanya kerana tiga ahli mereka mendakwa telah diserang oleh polis.Jika kita telah menasihati orang lain supaya tidak bertindak balas dalam keadaan marah,kita juga mesti dilihat dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan sama kerana kita sepatutnya menegakkan keadilan tanpa mengambil kira kepentingan diri kita sendiri atau ahli-ahli kita dan tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau pilih kasih.Kerana sebab utama ini,Tan lebih suka untuk menunggu penemuan sebuah badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebelum membuat satu penghakiman mengenai isu ini.Seperti banyak pihak lain,Tan sudah pasti ingin tahu kenapa beberapa anggota polis dan penunjuk perasaan telah bertindak balas. Pemantauan bukan penyiasatan,tetapi hanya pemerhatian.

Ketiga,Tan juga telah mencadangkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kerana orangnya dilaporkan telah mengalih halangan polis.Bagi Tan,membuang halangan adalah titik pencetus.Sudah tentu,tiada alasan bagi pihak polis untuk bertindak balas secara tidak seimbang kepada perbuatan melanggar perintah mahkamah agar tidak memasuki Dataran Merdeka.Bagaimanapun,mengikut pertimbangan akal yang biasa bahawa dalam apa-apa pertengkaran, sesiapa yang mula-mula mengangkat tangannya terhadap yang lain adalah selalunya yang paling patut disalahkan.Dalam kes ini,jika halangan tidak dialihkan,kita akan dapat menyaksikan perhimpunan aman awam yang terbesar dalam sejarah negara kita dan kedua-dua kumpulan yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menuntut pujian untuk itu.Tan tahu apa yang ditulisnya menyakitkan untuk dibaca oleh beberapa ahli Majlis Peguam.Ia sudah tentu bukan satu cubaan untuk memecah-belahkan Majlis Peguam,tetapi untuk mengukuhkannya.Sebagai bekas ahli Majlis Peguam,Tan lebih daripada khuatir jika ia tidak dilihat sebagai dwipartisan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Adalah menyedihkan jika orang ramai dibawa untuk berfikir bahawa Majlis Peguam bersikap tidak apa dengan orang yang melanggar undang-undang.Pada fikiran Tan,dengan demokrasi berparlimen yang telah matang di negara kita, sesiapa jua yang berusaha tanpa justifikasi penuh untuk mencontohi Martin Luther King atau Mahatma Gandhi dalam masa dan situasi yang berbeza dengan yang dihadapi tokoh ini,boleh disamakan sebagai mengamalkan politik demagog atau amalan politik untuk memperoleh kekuasaan dengan cara menghasut dan membakar emosi rakyat.

"Sekarang Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi pandangan. Saya bersetuju dengan beliau bahawa Majlis Peguam perlu menghapuskan persepsi bahawa ia dimonopoli oleh pembangkang.Persepsi bahawa ia sentiasa menentang kerajaan telah wujud sejak sekian lama. Saya masih ingat program Berjalan Untuk Keadilan pada 26 September 2007. Beberapa ahli telah menyuarakan kebimbangan bahawa beberapa ahli politik yang bukan peguam telah dibenarkan untuk mengambil bahagian," kata Tan.

Beliau juga pernah mengugut untuk memboikot Majlis Makan Malam Untuk Keadilan yang diadakan pada 17 April 2008,untuk memberi penghormatan kepada enam hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman 1988 kerana pihak penganjur pada mulanya hanya mahu pemimpin pakatan pembangkang (dengan mengecualikan pemimpin parti komponen Barisan Nasional) dijemput untuk menghadiri acara tersebut.Ini tidak boleh diterima oleh Tan kerana acara tersebut telah dianjurkan secara bersama oleh Majlis Peguam dan ia perlu dilihat sebagai tidak terlibat dalam politik.Itulah sebab kenapa Majlis Peguam mempunyai keris Melayu pada logonya yang dilukis seorang pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam pertandingan melukis logo yang diadakan pada awal 1980-an dan kita tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Malah,reaksi untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang bukanlah sesuatu yang baru. Pada November 1991, Presiden Persatuan Peguam Muslim ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim, mahu Majlis Peguam dibubarkan atau ahli-ahlinya keluar secara beramai-ramai jika ia tidak dapat menerima dan menghormati Tun Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Negara ketika itu.Zaid berkata, kerajaan harus mempertimbangkan dengan serius untuk menubuhkan badan alternatif iaitu Akademi Undang-Undang yang boleh bekerjasama dengan badan kehakiman jika Majlis Peguam tidak dapat menamatkan persengketaan dengan Tun Hamid.Seperti mana kita tidak suka badan kehakiman dianggap prokerajaan, orang lain juga tidak mahu Majlis Peguam dianggap sebagai propembangkang.Seperti yang pernah diungkap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian : "Dua ciri utama kedaulatan undang-undang adalah kebebasan Majlis Peguam dan kebebasan badan kehakiman." - Utusan Malaysia

ANDA DAH LIHAT ???

SIAPA YANG BENAR ???

SIAPA YANG SALAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! APA CERITA SAMPAH DI SELANGOR ??? BILA NAK PUNGUT ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 21 May 2012 01:30 AM PDT


sampah dan selangor,ini lah yang berlaku.kalau sebut pasal sampah,rakyat mesti kata,ini mesti cerita kat selangor.Soal sampah yang tidak dipungut oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor yang diterajui kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh menyebabkan rakyat negeri itu mengundi membantah dalam pilihan raya umum yang akan datang.Rakyat mengharapkan kerajaan negeri itu merangka satu mekanisme yang baik dan berkesan semasa menyerahkan tanggungjawab pengurusan khidmat kebersihan ini kepada pihak berkuasa tempatan supaya kesejahteraan mereka terpelihara.

"Jika masalah pungutan sampah ini tidak dapat dikendali dan diselesaikan dengan baik dalam tempoh yang terdekat, yang pastinya kerajaan negeri akan kehilangan undi sokongan terhadap mereka dalam pilihan raya nanti," kata mereka.

Bernama melaporkan menurut tinjauan yang dibuat,seorang penduduk di Taman Bandar Bukit Puchong yang hanya mahu dikenali sebagai Steve Victor,sebagai pembayar cukai,beliau mengharapkan khidmat pungutan sampah yang lebih baik dijalankan kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Selangor.Sebelum ini semasa Alam Flora menjadi kontraktor,kutipan sampah dibuat tiga kali seminggu,tetapi kini setelah kerajaan Selangor menyerahkannya kepada pihak berkuasa tempatan,lori sampah berkeliling hanya sekali seminggu,itupun jika bernasib baik," katanya.

Penduduk berkenaan berkata kadangkala beliau terpaksa membuang sendiri sampah rumahnya kerana menjangkakan lori sampah tidak akan datang selalu.

"Masalah pungutan sampah ini bukan satu perkara kecil dan seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Selangor,jika tidak diselesaikan cepat parti yang memerintah akan kehilangan undi dalam pilihan raya nanti," katanya kepada Bernama.

Kerajaan Selangor telah mengambil alih tanggungjawab memungut sampah dan kerja pembersihan awam daripada pemegang konsesi Alam Flora Sdn Bhd sejak Okt tahun lepas.

Seorang penduduk di kawasan perumahan yang sama,Abdul Rahim Ibrahim,turut sependapat dengan Steve.Katanya,anjing sering menyelongkar bungkusan sampah yang tidak dikutip itu menyebabkannya bertaburan dan membawa kepada risiko tinggi berlakunya pencemaran serta merebaknya wabak penyakit.Beliau berkata Selangor sudahpun diketahui umum menjadi negeri dengan jumlah kes demam dinggi paling tinggi.Abdul Rahim berkata kadangkala orang ramai dari tempat lain juga mengambil kesempatan membuang sampah pada longgokan sarap yang tidak dipungut itu menjadikan keadaan bertambah buruk.

Seorang penduduk di SS7,Kelana Jaya,Vimala Nair berkata kerja memungut sampah yang diambil alih oleh kerajaan Selangor itu nampaknya berdepan pelbagai kesulitan.Beliau mengakui lori sampah kini hanya melalui kawasan perumahan di tempatnya sekali seminggu,berbanding tiga kali semasa ia dikendalikan oleh Alam Flora sebelum ini.Vimala berkata jika pungutan sampah ini tidak diuruskan dengan betul, terutama sekali kutipan bahan buangan basah dan kotoran daripada rumah-rumah, ia akan mengundang bahaya menyebabkan berlakunya wabak penyakit.

Seorang penduduk di Batu 4,Jalan Kampung Jawa, Klang,M. Selventhiran berkata isu sampah tidak dipungut ini menjadi topik hangat rungutan penduduk di Selangor terutama sekali di kampung tersebut.Katanya,penduduk di situ sering merungut sentiasa terhidu bau busuk daripada sampah terbuang, keadaan saliran tersumbat dan pencemaran kawasan kerana adanya longgokan sampah tidak dipungut berminggu-minggu lamanya.

"Anggota-anggota majlis tempatan yang dipertanggungjawabkan di kawasan berkenaan dilihat sibuk memberi ceramah politik dan gagal mengawasi kontraktor yang bekerja mengangkut sampah.Kerajaan Selangor sepatutnya berbuat sesuatu mengenai perkara ini kerana ia boleh memberi impak serius terhadap keputusan pilihan raya nanti," kata Selventhiran dan menambah bahawa kerajaan pimpinan PKR itu gagal menunaikan janji memberi potongan 20 peratus diskaun terhadap cukai taksiran.

Selventhiran,yang juga presiden Kelab Perpaduan Insan Selangor mendakwa sesetengah kontraktor diberi tender memungut sampah walaupun mereka tidak punya keupayaan menjalankan kerja tersebut kerana tidak ada lori dan juga pekerja.Katanya,tidak ada pihak yang kini boleh memantau kerja yang dijalankan oleh kontraktor berkenaan sama ada dapat memenuhi jadual kutipan sampah yang dipersetujui tanpa perlu menerima aduan daripada penduduk.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semalam pengurusan khidmat pungutan sampah yang tidak teratur adalah antara faktor berlakunya kes demam denggi yang tinggi di Selangor.

INI LAH AKIBATNYA KALAU NAK SANGAT GUNA KONTRAKTOR LAIN !!!

BILA NAK SETTLE NI ???

DEMAM DENGGI DAH TINGGI !!!

LEPAS INI APA KATA TUKAR KERAJAAN !!!

KAN SENANG !!!

SETTLE SEMUA MASALAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! HARUSSANI MEMBONGKAR DAN MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 May 2012 10:00 PM PDT



Pertama kali dalam sejarah,Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.Wartawan Yusof Haron dari Agendadaily melaporkan pertemuan Harussani dengan wartawan di pejabatnya di Ipoh,Khamis lalu,Mufti Perak itu mendedahkan sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.

"Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO.Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO,semua masuk Pas..tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa "ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).Dia baik dengan saya,dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini".

Namun,sejak akhir-akhir ini,Harussani berkata PAS lari dari perjuangannya dan menjadi 'tekong' kepada perpecahan.

"Akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong' kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah.Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari,jadi imam pula tidak boleh sembelih… haram.

"Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian," katanya.

Kerana insiden itu Harussani menjelaskan abang iparnya telah diboikot sehingga terpaksa tutup kedai dan kembali memotong getah semula "..sampai begitu mereka buat dia.jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

"Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.Kalau sudah seorang ustaz,berceramah mengutuk,memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing,jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak.Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya.Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan" ujarnya.

Mufti Perak berkata "bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam.Kita sembahyang… sepatutnya kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS."

"Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan IslamBukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam. . . sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.

Katanya "Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..Dia (Allah) suruh kita bersatu,bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.

"Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.

"Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . ."

Harussani menjelaskan lagi "Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak.Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL...DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta kebenaran.Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk,tak boleh masuk ".

Katanya lagi "Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..

Dengan nada kesal Harussani berkata "Tapi ini Islam dikaitkan dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.

Katanya "Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.Tapi seolah-olah mereka menyokong.Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak.Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat Islam".

Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata :

"Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu kenapa bila ditubuh Perikatan,PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.

Beliau hairan kerana "orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam? Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan Islam.

Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ". . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum Allah. "

Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata "Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan", katanya.

Ketika menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik,Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu.

"Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik.Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik,"katanya

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! SELAMAT DATANG KE SELANGOR !!! ADA MASALAH TERBARU ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 20 May 2012 07:00 PM PDT



satu video dah meletup.macam ini ker rupanya negeri selangor.muahahaha..apa pun itu lah realiti di selangor.dah banyak rumah urut semenjak Pakatan Memerintah pada tahun 2008,kata nak hapuskan,tapi hanya janji kosong yang di beri oleh Pakatan Haram.lepas itu janji macam-macam dalam masa 100 hari,hakikatnya rakyat juga menderita.masalah air,dah jadi macam kelantan.dari sumber yang saya dapat memberitahu saya,ada air kotor sudah mengalir di kilang-kilang di selangor.adakah ini benar ??? tunggu,saya akan bongkar yer.ada juga mengatakan air warna coklat telah mengalir di rumah penduduk.di mana tu ??? itu juga saya akan dapatkan cerita ini untuk anda.tunggu..apa pun kita layan dulu video di bawah.kalau terasa tu nampak sangat dari puak Pakatan Haram.muahahaha...kita lihat dulu pengumuman yek ???




SELAMAT DATANG KE SELANGOR !!!



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AARON AZIZ VS ZED ZAIDI !!! TAK HABIS LAGI KER CERITA PANAS NI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 May 2012 04:00 PM PDT


Beberapa episod panas yang berlaku diantara Zed Zaidi dan Aaron Aziz sudah pun berlalu,diantaranya komen Aaron Aziz yang mengatakan Zed Zaidi kurang matang serta pengondaman laman page Zed oleh orang yang didakwa peminat Aaron.Kali ni 'dendam' Zed masih lagi belum reda,dia meluahkan di laman Twitternya dengan mencabar Aaron untuk permit yang didakwa Aaron memiliki permit kerja sebelum ini.ingat dah habis.rupanya ada lagi.kita lihat apa yang zed zaidi tweet


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...