BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! NENEK MEMPUNYAI 15 CUCU KANTOI BERKHALWAT ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! TEMAN LELAKI SYARINI DARI KERABAT RAJA SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! ADAKAH AZMIN ALI DAH BERSEDIA DENGAN VIDEO 'AIS KRIM' INI ??? WAJIB LIHAT !!!
- KISAH BENAR !!! BUKU JINGGA LEBIH UTAMA DARI AL-QURAN ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! LIM GUAN ENG NAK 'BELI'TUNKU AZIZ SUPAYA MASUK BALIK DAP ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! POLEMIK NEGARA ISLAM !!! PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! BELIA PENENTU MASA DEPAN - @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! KISAH TRAGIS !!! SAKSI MENCERITAKAN KEMALANGAN JALAN RAYA YANG BERLAKU PADA 6 MEI 2012 !!! WAJIB BACA !!!
| HOT NEWS !!! NENEK MEMPUNYAI 15 CUCU KANTOI BERKHALWAT ??? WAJIB BACA !!! Posted: 17 May 2012 11:52 AM PDT Anggota penguatkuasa menyoal siasat warga emas bersama pasangan yang dicekup dalam operasi cegah maksiat. Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana,di sini dalam operasi cegah maksiat,awal pagi semalam.Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu,wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim,Pandan Indah.Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata,serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai."Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian," katanya. Menurutnya,ketika serbuan dilakukan,wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air."Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu.Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota," katanya.Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29,Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995,jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.-SH |
| HOT NEWS !!! TEMAN LELAKI SYARINI DARI KERABAT RAJA SELANGOR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 17 May 2012 09:10 AM PDT ![]() Selepas banyak spekulasi yang timbul di kalangan media Indonesia yang melaporkan bahawa teman lelaki kepada penyanyi jelita Indonesia,Syahrini adalah orang Bogor berketurunan Batak,Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohammad Syazni tampil menafikan kisah tersebut.Dipetik daripada Detik Hot,Bubu ketika ditemui di Hotel Royal, Bogor, menekankan bahawa dia bukanlah berasal dari Bogor seperti yang dikhabarkan oleh media. "Saya mendengar berita yang kurang enak.Saya dari Malaysia dan bukan orang Bogor atau Batak. Apa yang anda dengar semua ini adalah tidak benar," ujarnya. Bubu turut mengakui bahawa dia merupakan salah seorang cucu Raja Selangor. "Saya berketurunan raja.Saya cucu Raja Selangor.Nama saya Raja,jadi tidak semua orang di Malaysia boleh memakai nama tersebut." Pelantun lagu "Sesuatu" sebelum ini memberitahu bahawa dia dan Bubu sudah bercinta selama dua tahun selepas pertama kali bertemu di satu acara perayaan tahun baru pada 2010 di Kuala Lumpur. BILA NAK NIKAH YER ??? OKLAH TU !!! ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA !!! KITA KAN SERUMPUN !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! ADAKAH AZMIN ALI DAH BERSEDIA DENGAN VIDEO 'AIS KRIM' INI ??? WAJIB LIHAT !!! Posted: 17 May 2012 07:50 AM PDT Sekali lagi saya ulang persoalan dilontarkan !!! Sudahkah Anwar Ibrahim,Azmin dan Rakyat Malaysia bersedia menonton rakaman video tanpa edit ini. JOM LAYAN VIDEO DI BAWAH Anwar Ibrahim nak putrajaya ??? boleh !!! datang lah masa hari belia yer !!! muahahahha..ayuh rakyat malaysia hadir ke putrajaya pada 23 mei - 27 mei 2012 ini...kepada Azmin Ali mak dah panggil tu jangan lupa balik rumah !!! korang ni asyik nak porno jer !!! muahahaha... GOTCHA !!! MUAHAHAHA... RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! BUKU JINGGA LEBIH UTAMA DARI AL-QURAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 17 May 2012 05:00 AM PDT ![]() Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengaburi mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian.Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.Itu teori,tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur,mana tak nya,jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuarat pun tak pernah di buat. Terbaru,Presiden PAS,Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja.Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.muahahaha...kesiannya...langkah ler mayat si karpal tu dulu yer.opsss..bukan saya kata,karpal yang kata.Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik,mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika Pakatan Haram memerintah. Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor.Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.Realitinya,PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara,tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga,datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat,keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama Pakatan Haram. ![]() Kata Anwar semua parti Pakatan Haram akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama.Ringkas kata,apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari Pakatan Haram. Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! LIM GUAN ENG NAK 'BELI'TUNKU AZIZ SUPAYA MASUK BALIK DAP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 17 May 2012 01:30 AM PDT ![]() Tahniah Saya ucapkan kepada Tunku Abdul Aziz dalam membuat keputusan yang tepat untuk keluar dari DAP.Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang yang bermaruah,bijaksana dan memegang kepada prinsip yang kuat,sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam kalangan pemimpin-pemimpin lain.Keadaan sekarang seperti duit mampu membeli segala-galanya.Namun,Tunku Aziz telah membuktikan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali.pujukan Lim Guan Eng Di Ketepikan.Di atas reputasinya yang kuat,adalah agak sukar bagi kita untuk percaya jika Tunku Aziz mudah terpedaya dengan taktik kotor DAP.Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata dimana seorang yang bijaksana tidak mungkin akan jatuh begitu sahaja,tetapi jika mereka jatuh,mereka akan jatuh teruk.Mereka tidak selalu membuat kesalahan,tetapi mereka mungkin selalu membuat kesalahan yang amat besar.Tun Dr. Mahathir contohnya,beliau telah banyak berjasa kepada negara dan juga dunia.Namun,kesilapan beliau dalam memilih Anwar dan kemudiannya Pak Lah sudah cukup untuk memusnahkan segala kejayaan yang dikecapi. Keputusan Tengku Aziz untuk keluar dari DAP bukanlah soal kesalahan seseorang dalam politik.Tetapi,ia merupakan satu peluang buat rakyat untuk memahami budaya DAP dan juga pimpinanya.DAP mungkin menggelar parti mereka sebagai Democratic Action Party,tetapi sebenarnya mereka patut digelar Dictatorial Action Party.Mereka telah dilabel sebagai chauvinis,rasis,angkuh dan juga komunis terutamanya kepada kaum Melayu.Namun,mereka mengabaikan segala fakta tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang adil dan terbuka untuk semua.Jadi,tidak sukar bagi kita untuk melihat kebenaran terhadap setiap label yang diberikan kepada mereka.DAP telah terang-terang menyatakan bahawa mereka membangkang apa jua perkara yang melibatkan Melayu.Mereka membantah terhadap penggunaan perkataan jawi di papan-papan tanda,mereka enggan memakai pakaian rasmi di Dewan Rakyat,mereka berkeras untuk melepaskan seorang kanak-kanak yang ditahan polis kerana dia di ajar untuk menjadi Cina tetapi mereka terus mendiamkan diri apabila mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut adalah Melayu.DAP adalah parti yang membuat kecoh terhadap azan subuh dan mereka sering tidak menghormati raja-raja Melayu seperti mereka tidak berkuasa. Bagi rakyat, DAP sering berkerja keras dalam memastikan setiap sekolah dibahagikan mengikut bangsa masing-masing.Tunku Aziz pada mulanya menyertai DAP dengan harapan untuk membasmi budaya rasuah,untuk membina sistem pentadbiran di Malaysia yang seimbang dan untuk membawa budaya integriti. Tetapi setelah beberapa tahun bergelumang dalam dunia DAP,beliau berkata,"Saya rasakan bahawa saya naif dalam mengharapkan bahawa DAP mempraktikkan apa yang saya mahukan."Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada antara mereka yang baik dimana mereka menjalankan tugas dengan penuh beretika. Namun, ada juga antara mereka yang sering melanggar undang-undang. Jika keadaan ini perterusan, rakyat akan mula mempersoalkan keadaan ini, adakah mereka boleh dipercayai dalam memegang tanggungjawab yang besar?" BN mungkin tidak sebersih mana kerana ada juga orang-orang yang jahat.Namun,BN telah membuktikan bahawa parti ini cukup terbuka dan mereka mampu membawa Malaysia dalam arus kemajuan.Jika BN mengamalkan rasuah sepertimana yang dituduh oleh DAP,Malaysia tidak mungkin akan menjadi negara yang aman.Dalam satu temuramah bersama akhbar Star hari ini,Tunku Abdul Aziz mendedahkan segala kerja kotor yang diamalkan oleh DAP.Beliau juga sempat memberitahu bagaimana DAP mengamalkan sikap 'double standard' terhadap penjaja-penjaja dimana penyokong DAP tidak langsung disentuh. Jadi,secara kesimpulannya,tindakan BERSIH yang melanggar undang-undang adalah antara sebab mengapa Tunku Aziz menjadi tidak selesa dengan DAP, selain daripada keadaan dimana DAP tidak pernah mengamalkan integriti. Tetapi, keadaan yang paling teruk adalah apabila Guan Eng menawarkan beliau kedudukan di DAP dan juga RM50,000.Keadaan tersebut menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang mengamalkan rasuah dan mereka rasakan bahawa mereka mampu memberi memberi rasuah kepada sesiapa saja termasuk Tengku Aziz.Jadi, tindakan untuk keluar parti adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Tengku Aziz.Guan Eng mungkin masih boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini.Namun,dia agak terlambat.Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng cuba untuk memberi rasuah kepada Tengku Aziz. Itulah Guan Eng,seorang diktator yang dilahirkan untuk menjadi chauvinis dan juga rasis. RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! POLEMIK NEGARA ISLAM !!! PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2012 10:00 PM PDT ![]() Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya,isu negara Islam akan timbul semula.Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah Dalam acuan politiknya,DAP akan segera menghentam.Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik,Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.Kini perkelahian mereka masih berterusan yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Haram. Terkini,Karpal yang sudah menjadi Pengerusi Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS,Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak,impian itu akan menjadi realiti.Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.Bagi DAP,negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Haram atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.Tanpa Anwar,tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal. Dengan masalah dalaman melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir,ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.Tambahan lagi,Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Haram.Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan haram. Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.PKR dilihat sebagai parti yang tidak boleh di harap untuk memimpin pakatan Haram kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam,mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan,sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak. Natijahnya,akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR,PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap. INSYA ALLAH !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! BELIA PENENTU MASA DEPAN - @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2012 07:30 PM PDT ![]() Golongan belia yang mewakili 45 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berperanan besar dalam menentukan masa depan negara,kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyedari hakikat amanah yang dipikul golongan pewaris kepimpinan negara itu adalah besar,Perdana Menteri berkata,kerajaan sentiasa merasai,merujuk dan memahami pandangan dan aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan yang dibuat. "Sesungguhnya masa depan negara terletak di tangan golongan belia,sama ada kesejahteraan kebangsaan akan semakin meningkat dan kemakmuran terus dinikmati semua warga Malaysia pada masa depan bergantung kepada anda sebagai pewaris kepimpinan negara. AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! SEGALANYA UNTUK ANDA !!! |
| Posted: 16 May 2012 04:30 PM PDT ![]() Mungkin ada di antara kita yang ada terbaca mengenai berita kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru nie.Kalau belum baca tentang berita kemalangan tu,boleh rujuk Kosmo online,NST online dan juga Harian metro online.Di bawah ini adalah kisah di sebalik kejadian tersebut yang di ceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri 'scene' dari sebelum,semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku. Ia dipetik dalam laman www.ohtidak.com Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12,aku masuk highway Plus dari kuantan nak ke KL.Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju.Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong.Pastu aku terus follow inspira tu,meter dah jadi 200km/j.Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard,absober standard,rim dan tayar pun standard kilang. Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan.Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la.Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed.Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j.Lancer tu tak nak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk.Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan.Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer. ![]() Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu.so aku ikut je dari belakang.Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.Tetiba aku nampak inspira,lenser,bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau.Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri highway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu. ![]() Sewaktu Lancer tu di udara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu.Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri.Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu.Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan. Ya Allah !!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan.Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu.Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti.Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam. ![]() Aku nampak penumpang depan perempuan,masih dalam ber 'seatbelt' dan air bag dah kempis.Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.Aku periksa pemandu, lelaki,masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher.Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat. Aku periksa baby tu pulak,dahi dia luka kena jalan.Nampak isi warna putih dan berdarah.Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat.Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa. ![]() Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati.So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.Pastu dalam beberapa minit polis,bomba,ambulan pun sampai.Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu. Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan.Dalam kereta sunyi sepi tak berborak,radio pun tak on.Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan).minyak engine + coolen mengalir keluar. Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.Sesungguhnya daripada Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatihah kepada mangsa.Nasihat kepada semua Pembaca Badut Rakyat,Ambil ikhtibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.Sedar tidak sedar doa itu sebenarnya adalah permulaan dan sebagai penanda adakah anda akan berhati-hati semasa memandu.Manusia ini kadang-kadang lupa,terlupa dan alpa.baca lah doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengakhiri perjalanan.jangan bawa laju di lebuhraya.pastikan kenderaan anda di servis dan selamat di gunakan sebelum memulakan perjalanan jauh. RENUNG-RENUNGKAN AL-FATIHAH... |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.













No comments:
Post a Comment