BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ARTIS PROGRAM REALITI DUA KALI PAKSA KEKASIH GUGURKAN KANDUNGAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2012 01:57 PM PDT


Agak lama kami tidak keluar dengan gossip tidak memetik nama selebriti. Rindu untuk buat segelintir mereka yang terlibat dalam gossip untuk tidak senang duduk.Termasuk mereka yang kami maksudkan dalam gossip ini.Heh.

ADS : Tahukah anda Spider telah tampil dengan video muzik terbaru untuk lagu hits mereka, Tapi Bagaimana? Halakan skrin komputer anda ke video muzik paling agung dalam sejarah.

Gossip ini kami terima dari mereka yang sangat rapat dengan si perempuan tetapi meminta kami untuk tidak mendedahkan identiti demi kebaikan mereka berdua & kisah ini biar jadi pengajaran buat semua yang membaca.Penyanyi lelaki yang terbit dari sebuah program realiti TV ini memang pernah terkenal dengan sikap playboy selepas keluar dan sebenarnya mempunyai kekasih sedang peminat kecoh dengan hubungan beliau dengan beberapa gadis.

Demi cinta dan mengharapkan penyanyi ini untuk setia selamanya,si kekasih rela di'bawa menjadi teman tidur asalkan penyanyi ini tidak menghabiskan malam bersama wanita lain. Dan, nyata percaturan kekasih penyanyi ini salah.Kekasih penyanyi ini di'sahkan mengandung sekitar Mac 2011 yang lalu sebelum penyanyi lelaki berbadan sasa ini memaksa untuk gugurkan kandungan demi menjaga nama baik kedua dua belah pihak. Sebagai perempuan, menurut kata kekasih ketika itu merupakan pilihan terbaik.

Dan,perbuatan mereka berulang dan si kekasih sekali lagi di'sahkan mengandung pada Disember 2011 dan terpaksa menggugurkan kandungan di sebuah klinik swasta pada Januari 2012 yang lalu.Penyanyi tersebut khabarnya kini sudah tidak keruan kerana si kekasih sudah terlalu mendesak untuk mereka berdua berkahwin & takut akan kejadian sama berulang untuk kali ketiga sedangkan masing masing masih muda — terutama lelaki yang masih mahu enjoy. - RotiKaya

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KHALID GAGAP KENA BANTAI KAW-KAW DENGAN @NOHOMAR BERKENAAN ISU AIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2012 08:30 AM PDT


Krisis kekurangan air mula membelenggu kerajaan negeri Selangor apabila sebanyak 129 kilang baru melibatkan pelaburan bernilai RM3.8 bilion tidak dapat dibina mengikut jadual kerana masalah bekalan air.Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Seri Noh Omar berkata,kilang-kilang tersebut yang dijangka mampu mewujudkan lebih 12,000 peluang pekerjaan,terpaksa ditangguh pembinaannya kerana Selangor tidak cukup air.Beliau berkata,simpanan air di negeri itu kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya iaitu sebanyak 20 peratus.

"Rakyat Selangor yang rugi apabila kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk membina Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.Kerajaan negeri kata Selangor hanya akan berdepan krisis air pada 2019,tetapi hakikatnya sebanyak 129 buah kilang tidak boleh dibina pada hari ini berikutan masalah kekurangan air," katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



KENAPA TERJADI ISU AIR INI ???

KERANA KHALID GAGAP TAK NAK BERI PERLAKSAAN PROJEK LANGAT 2 !!!

KALAU PROJEK LANGAT 2 DI TERUSKAN SEMUA INI TAK AKAN JADI !!!

AKHIRNYA TEMBERANG BERKENAAN DENGAN 2019 TAK MENJADI !!!

ADAKAH INI MENTERI BESAR ANDA WAHAI RAKYAT SELANGOR ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! MARINA TERJERAT DENGAN MAINAN PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2012 05:00 AM PDT


Ada juga sebenarnya beberapa kerat penyokong dan peserta BERSIH 3.0 yang non-partisan masih memegang erat kepercayaan bahawa BERSIH hanyalah sebuah NGO yang berniat baik sebagaimana digambarkan melalui 8 tuntutannya yang kelihatan tulus dan murni.Bak kata orang,mudah terpesona melihat kulit buku dan tajuknya hingga terlupa peri penting isinya perlu dihalusi dahulu sebelum mengotakan niat untuk membeli buku tersebut.Marina Mahathir adalah antara peserta BERSIH 3.0 yang tergolong dalam kumpulan tersebut,terpengaruh dengan tuntutan yang dilihat bagus dan menarik kemudiannya terjebak untuk mempertahankan segala tindak tanduk BERSIH atas nama kebebasan bersuara,keadilan dan hak asasi manusia.Menulis dalam blognya pada 08 Mei 2012,Marina meluahkan pendapatnya mempertahankan BERSIH 3.0 sebagai agenda rakyat yang langsung tiada kaitan dengan kebangkitan di negara Arab khususnya yang berlaku di Mesir,Yemen,Libya dan Syria.Katanya lagi,tiada alasan untuk dibimbangi tentang kemungkinan BERSIH 3.0 bertukar menjadi kacau bilau seperti yang terjadi di negara-negara Arab tersebut.

Itu kata Marina yang kita ketahui kerap bergiat aktif bersama pelbagai NGO,berfikiran sedikit liberal dan terbuka tapi naif soal sepak teranjang dunia politik sekalipun ayahnya,Tun Dr Mahathir Mohammad adalah tokoh politik terkenal tanahair.Sebenarnya nampak jelas,Marina sama ada lurus bendul atau sebenarnya sudah terjerat dalam mainan politik Pakatan Haram hingga terpaksa mencari dalil dan hujah untuk menghalalkan penglibatan dalam kerusuhan yang tercetus gara-gara BERSIH 3.0 Hakikatnya apa yang berlaku 28 April lalu hanyalah lanjutan kepada cubaan Pakatan Haram kononnya yang mahu meng'tahrir'kan Dataran Merdeka sebagaimana diterjemahkan melalui perarakan anti PTPTN yang diadakan pada 14 April 2012 yang kemudian meleret menjadi perkhemahan siang malam di sana selama beberapa hari.

BERSIH 3.0 temanya 'Duduk dan Bantah' manakala penegasan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 3.0,Ambiga sehari sebelum perhimpunan berlangsung ialah mereka hanya akan duduk dan bantah di kawasan yang sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka tanpa melanggar atau mengalih pengadang jalan yang didirikan oleh pihak polis dan DBKL.Jika BERSIH 3.0 berniat tulus ikhlas untuk mengadakan perhimpunan aman tentu saja sebaik arahan oleh Ambiga yang mahu peserta bersurai maka semuanya berakhir begitu saja tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Namun apa yang berlaku ialah perhimpunan diteruskan dan berlakunya serbuan peserta ke arah Dataran Merdeka selepas Anwar dan Azmin berbalas isyarat yang kemudiannya diikuti dengan tindakbalas pihak berkuasa untuk menyuraikan serbuan tersebut.

Malah ucapan Azmin Ali kira-kira sejam sebelum keributan berlaku jelas membayangkan hasrat Puak Pakatan Haram yang mahu mengepung dan menawan Dataran Merdeka,satu bukti nyata mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.Begitu juga ucapan Anwar Ibrahim sebelum masuknya waktu solat Zohor yang mahu peserta BERSIH 3.0 menuju masuk ke Dataran Merdeka.bukankah itu terbukti membelakangi arahan mahkamah yang memerintahkan supaya tiada perhimpunan di adakan di kawasan tersebut.

Arahan mahkamah akhirnya dicabuli,undang-undang dilanggar dan harta benda awam dijahanamkan dan anggota polis dicederakan,realitinya perhimpunan aman yang kononnya memperjuangkan ketelusan dan keadilan sebagaimana digambarkan selama ini oleh BERSIH dan Pakatan Haram sebetulnya hanyalah tong kosong yang di pukul bertalu-talu bunyi kuat tapi isinya kosong dan tiada manfaat.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! #BERSIH3.0 ADALAH USAHA TERAKHIR PAKATAN HARAM SEBELUM TERKUBUR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 12 May 2012 01:30 AM PDT



Rakyat semakin hari semakin marah kepada penganjur Bersih 3.0 dan pihak Pakatan Haram yang berperanan menyebabkan rusuhan di Kuala Lumpur pada perhimpunan 28 April lalu.Walaupun mereka cuba membersihkan diri mereka daripada sebarang ketanggungjawaban terhadap kecederaan yang dialami oleh anggota keselamatan,petugas media serta orang awam dan kerosakan kenderaan polis,namun paparan video menerusi media arus perdana telah berjaya mendedahkan peranan mereka yang sebenar.Dalam hal ini DAP cuba mengalihkan punca sebenar rusuhan semasa perhimpunan itu kepada pihak kerajaan.apa yang mereka kata kan,antara faktor rusuhan dan kekecohan pada hari itu di sebabkan tindakan kerajaan mengarahkan supaya stesen-stesen LRT ditutup kepada penumpang.apa pun sebenarnya Ianya dilakukan atas dasar keselamatan kerana tidak mahu orang ramai menyerbu stesen-stesen LRT ang berhampiran dengan kawasan perhimpuran untuk menghindarkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Yang peliknya sehingga kini DAP mahupun PKR dan PAS tidak pernah mahu memberi jawapan kepada rakyat mengapa mereka tidak mahu menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium Merdeka.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor penolakan inilah yang menjadi punca utama kepada rusuhan yang berlaku.Pakatan Haram sengaja menolak menganjurkan perhimpunan itu di stadium kerana mereka sudah merancang dari awal untuk mencetuskan keganasan jalanan.Jika ini berlaku maka berjayalah agenda mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di mata masyarakat dunia seolah-olah tidak ada amalan demokrasi di negara ini.Inilah tujuan sebenar mereka apatah lagi dengan kehadiran ratusan petugas media dari dalam dan luar negara,Pakatan Haram semenangnya merancang untuk mengeksploitasi situasi tersebut.


Tambahan pula tindakan pembangkang membawa sekumpulan 'pemantau' dari negara luar adalah sebahagian daripada rancangan jahat mereka.Dengan rusuhan yang didalangi pembangkang berlaku di jalanraya-jalanraya Kuala Lumpur serta liputan agensi antarabangsa yang disiarkan di seluruh dunia, mereka bertujuan untuk menumbangkan kerajaan pada hari ini.Lebih-lebih lagi kumpulan 'pemantau' yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Haram akan mengeluarkan kenyataan dan laporan berunsur negatif mengikut selera dan agenda tersembunyi untuk mengutuk kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

PKR,PAS dan DAP adalah tiga serangkai pakatan jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses pilihanraya yang sah,telus dan adil.Pakatan Haram yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim kini kecewa kerana mengetahui rakyat tidak lagi menerima budaya politik berasaskan fitnah dan tohmahan yang di bawa oleh mereka.Apabila melihat strategi ini tidak boleh mempengaruhi minda rakyat,Anwar merancang pula melalui pendekatan demonstrasi dan perhimpunan haram yang didorong ke arah rusuhan dan keganasan.Metod ini tidak berubah dengan cara Anwar mengeksploitasi isu kemiskinan di daerah Baling,Kedah pada awal tahun 1970an dahulu dengan mengapi-apikan pelajar universiti dan penduduk tempatan mengadakan demonstrasi.Kalau ketika itu beliau cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein,kini Anwar sekali lagi membuat onar mahu menumbangkan pimpinan Datuk Seri Najib.



Apa pun yang usaha yang dilakukan oleh Anwar dan gerombolan Pakatan Haram yang diterajui untuk meraih simpati dan undi rakyat pada pilihanraya umum nanti tidak akan memberi apa-apa kesan lagi.Tembelang mereka sudah pecah dan pembohongan Pakatan Haram sudah nyata.Bersih 3.0 adalah tanda jelas saat mereka di kubur kan sudah amat hampir.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! LAGU TEMA PAKATAN RAKYAT UNTUK PRU 13 TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 11 May 2012 10:00 PM PDT



wow,lagu tema baru untuk PRU 13 Pakatan Rakyat dah tersebar di youtube.boleh tahan juga lagu ni,menyentuh jiwa dan perasaan rakyat malaysia kalau anda lihat.menusuk hati tu...anda tak percaya ??? jom lihat video di bawah



GOTCHA !!!

MUAHAHAHAHA....

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PEGUAM MUDA PROFESIONAL BERSAMA @RAZALIIBRAHIM BANTU MENJAYAKAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 May 2012 07:00 PM PDT


Putrajaya - "Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier," ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi,"peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir pada HBN kali ini."

Di samping itu,KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.



AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!!

SEGALANYA UNTUK ANDA !!!

ANDA NAK TAHU APA YANG TERJADI PADA SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO SEMALAM ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

EKSKLUSIF !!! ARTIKEL KHAS UNTUK SAMBUTAN ULANG TAHUN UMNO KE 66 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 May 2012 05:05 PM PDT


Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah Malam Semalam.Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk.Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.Petikan lirik lagu UMNO iaitu,'UMNO Terus Mara' adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini.Walaupun dicabar,ditentang dan diasak dari luar,dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.Jika Pakatan Haram masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO,maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.

Tetapi,saya yakin bahawa Pakatan Haram sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH,perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.saya tahu lah semua ini.saya pun bekas Pakatan Haram juga.oppsss...Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap Pakatan Haram tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan.Malah,perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis,di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja.Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.Justeru,di manakah yang dikatakan kekuatan Pakatan Haram ??? Di dalam laman sosial di internet sajakah ??? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0 ??? Apakah mereka tidak cukup bersemangat ??? Atau tidak cukup keyakinan ??? Atau pengecut ??? Atau bayaran yang diberi oleh pihak Pakatan Haram /BERSIH terlalu rendah ???

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana.Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan,pengecut dan pak-pak turut belaka Yang kononnya ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera.Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan terima kasih kepada Pakatan Haram kerana saya percaya,semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan Pakatan Haram sendiri,terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.

Sesungguhnya,sifat Pakatan Haram yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan,memudahkan kerja UMNO.Jika Pakatan Haram perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO,UMNO pula tidak perlu berbuat begitu.UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana Pakatan Haram 'membunuh' diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap.Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap,berkempen dan berceramah.Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara. Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara !!!

Hidup UMNO !!! Hidup Melayu !!! Allah selamatkan Malaysia !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AARON AZIZ DAH TUKAR KERAKYATAN !!! APA KATA ALIFF AZIZ ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 11 May 2012 03:51 PM PDT


sebelum ini anda sudah melihat Aaron Aziz sudah menukar kerakyatan dari Singapura ke Malaysia.berlainan pulak dengan Aliff Aziz.Walaupun terpaksa berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur dek kerana jurnal seninya banyak dihabiskan di Malaysia,Aliff Aziz mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menukar kerakyatan,seperti dipetik daripada laporan mStar.Baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu,penyanyi yang popular dengan lagu "Sayang Sayang" yang ditemui ketika majlis pelancaran album ketiganya berjudul "Aliff Aziz" memberitahu dia ingin melihat kemampuannya meneruskan karier dalam industri hiburan tempatan terlebih dahulu.

"Buat masa ini,saya hanya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali.Biarlah saya melihat sejauh mana kemampuan saya untuk bertahan dalam industri hiburan di sini.Masih terlalu awal untuk saya memohon kerakyatan Malaysia, apatah lagi belum sampai setahun lagi saya menetap di sini," ujar penyanyi berusia 21 tahun ini.

Masih lagi mengekalkan lagu berkonsepkan pop seperti albumnya sebelum ini,Aliff yakin pilihan muziknya itu mampu menawan hati para peminatnya di Malaysia.

"Saya berjaya menghasilkan album ini dalam tempoh tiga minggu sahaja.Semua ini adalah dengan bantuan dua komposer yang saya senangi iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti.Album ini berjaya mempamerkan sisi kematangan saya walaupun muziknya lebih kepada keremajaan," kata Aliff yang turut berpuas hati dengan produk akhir itu.

Sudah berada di pasaran sejak Mac lalu,album ini memuatkan sepuluh buah lagu seperti "Cinta Ya Cinta", "Jangan Ganggu Pacarku", "Cinta Dusta", "Nada Cinta" dan banyak lagi.Ia turut menampilkan sebuah lagu duet bersama Hao Ren menerusi lagu "Dilema Cinta".
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...