BADUT RAKYAT |
- KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! WARTAWAN DI BELASAH OLEH PUAK PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!!
- #BERSIH3.0 GAGAL !!! PUAK PAKATAN HARAM KONTOI SPIN DENGAN GAMBAR EDIT ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! POLIS KENA HENTAK OLEH PUAK PAKATAN HARAM !!! WAJIB LIHAT !!!
- TERKINI !!! HANYA 500 MAHASEWEL YANG SOKONG #BERSIH3.0 ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! SIAPA YANG TAJA #BERSIH3.0 ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! LAPORAN LENGKAP KEKECOHAN DAN PROVOKASI PUAK PAKATAN HARAM DI DATARAN MERDEKA !!!
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! ADAKAH NIK AZIZ HANYA ULAMA ATAUPUN ULAMA POLITIK ??? WAJIB BACA !!!
| KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! WARTAWAN DI BELASAH OLEH PUAK PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!! Posted: 28 Apr 2012 12:05 PM PDT ![]() Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya,TV Al Hijrah.Semalam,sepertimana kebanyakan rakan medianya yang lain, Azri berada di sekitar pusat membeli-belah SOGO untuk mengambil sedutan atau 'footage' yang menarik sepanjang demonstrasi Bersih 3.0 berjalan. Dia bukan orang UMNO,dia juga bukan penyokong Bersih 3.0, tetapi dia ada keluarga yang perlu disara dan diberi sesuap nasi.Azri juga bukan bekerja dengan media pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia mahupun TV3.Majikannya terkenal dengan program bercorak Islamik,bukan program bercorak retorik. Namun ada sesuatu yang cukup menyentuh hatinya.Dengan disaksikan kedua matanya sendiri,seorang anggota polis sedang dibelasah sekumpulan penyokong fanatik Bersih 3.0 di depan pusat membeli-belah itu. ![]() Ketika itu anggota polis berkenaan berada di dalam kereta pasukan.Azri tahu yang dia harus berbuat sesuatu,bukan kerana anggota itu orang kerajaan,tetapi kerana yang dipukul itu adalah orang yang seagama dan sebangsa dengannya.Lebih dari itu,Azri tahu,anggota itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, kalau pun dia berdosa mungkin kerana dia memilih untuk menjadi 'anjing kerajaan' – terma yang sering dirujuk oleh penyokong pembangkang kepada pegawai atau anggota PDRM.Lalu Azri cuba merayu agar tidak diapa-apakan anggota itu memandang dia hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis dan tidak lebih dari itu. Malangnya,bukan saja rayuan itu tidak diendahkan,malah Azri juga telah dibelasah tanpa belas kasihan oleh 20 hingga 30 orang penyokong Bersih 3.0 yang sedang 'naik hantu'.Azri menjerit kesakitan.Kepalanya berlumuran darah,namun semua itu tidak diendahkan,bahkan pukulan yang diterimanya lagi teruk daripada apa yang terjadi pada anggota polis itu.Puas dia merayu,puas dia memohon simpati tetapi apa yang dapat hanyalah sepak terajang insan-insan yang kononnya 'BERSIH'.Selepas puas dibelasah,Azri hanya dibiarkan sendiri menanggung kesakitan di lantai pusat membeli-belah itu sebelum diselamatkan. - MyNewsHub ![]() Ketika artikel ini ditulis,Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). RENUNG-RENUNGKAN |
| #BERSIH3.0 GAGAL !!! PUAK PAKATAN HARAM KONTOI SPIN DENGAN GAMBAR EDIT ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Apr 2012 09:24 AM PDT ![]() gambar di atas adalah gambar jelas bahawa puak Pakatan tak lepas masuk dataran merdeka,mana gambar edit mereka ??? kita lihat fakta sebenar di bawah.saksikan kebenaran,laporan lengkap apa yang terjadi. Anggaran yang diletakkan sekretariat Bersih 3.0 sebelum ini ialah 500,000 orang akan tampil untuk menyertai demonstrasi berkenaan.Namun, pihak pembangkang sendiri hari ini hanya mampu menyebut 35,000 orang sahaja. Dengan meluahkan harapan lebih ramai akan tampil pada saat-saat terakhir.Kemudian timbul pula angka 75,000 dan beratus-ribu. Kalau beratus ribu sudah pasti Datarn Merdeka dapat ditakluk.Mengikut sumber polis,hampir 25,000 sahaja peserta demonstrasi yang memenuhi sekitar kawasan Dataran Merdeka.Ambil angka yang mana sekali pun, baik 35,000 mahupun 15,000 atau 75,000, maka semuanya mencerminkan kegagalan Bersih 3.0. Menurut wartawan kami di lokasi, sehingga pukul 2 tadi, kawasan-kawasan sekitar Masjid India berhampiran Dataran Merdeka tidak 'semeriah' perhimpunan sebelum ini.Kawasan di hadapan bangunan Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) pun hanya dipenuhi sekitar 2,500 peserta sahaja. "Kalau cecah jumlah 500,000 orang, sudah tentu kawasan-kawasan ini semua penuh dengan peserta," katanya. ![]() Mungkin disebabkan jumlah yang datang tidak seperti yang dijangka, maka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan langkah untuk merempuh Dataran Merdeka bagi menarik perhatian semua pihak ke arah Bersih 3.0.Itu memang kepakaran Anwar Ibrahim. Dengan adanya aksi gas pemedih mata dan meriam air, ia umpama memberikan slot debaran dan penuh aksi kepada Bersih 3.0. Slot seperti ini boleh menghangatkan suasana dan perhatian anggota masyarakat.Jika tiada rempuhan ke Dataran Merdeka siang tadi, apakah Bersih 3.0 akan mendapat lebih banyak perhatian daripada sekarang? Pastinya tidak, menyedari hakikat itu, Anwar mula membakar sentimen peserta sebaik menjejakan kaki ke kawasan berhampiran dataran itu.Anwar berjaya mewujudkan senario rakyat (sedangkan semuanya hanyalah penyokong pembangkang) telah bangun membantah kezaliman kerajaan. Namun apakah dengan melakukan tindakan provokasi seperti itu maka ia mampu menzahirkan Bersih 3.0 telah berjaya? Ya, mungkin berjaya...tetapi dalam konteks menimbulkan huru-hara dan kontroversi semata-mata. Objektif asal yang kononnya berkaitan dengan reformasi sistem pilihan raya di negara ini entah ke mana.Mereka tentu gembira bila pihak polis terpaksa melepaskan tembakan, membuat tangkapan dan kalau boleh mahu ada yang mengalami kecelekaan agar cerita mengenainya tersebar di seluruh dunia.Malang sekali, PDRM bukanlah badan yang boleh diperkotak-katikkan dengan begitu mudah.Mereka telah dilatih untuk menangani permasalahan ini, bukannya seperti peserta perhimpunan yang muncul sekali-sekala itu. Kali ini nyata pasukan polis tidak melatah sama sekali. Mereka lebih cool dan lebih bijak. Tinjauan wartawan kami di lokasi secara jelas menunjukkan di antara kesan-kesan buruk demonstrasi haram Bersih 3.0 ialah mengganggu keamanan dan ketenteraman masyarakat, merosakkan iklim perdagangan dan perniagaan khususnya tempat berlakunya perhimpunan, menjatuhkan imej negara, menjejaskan industri pelancongan, menjejaskan kredibiliti sesebuah pemerintahan sehingga mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan harta benda, kesesakan lalu-lintas dan pelbagai perkara buruk lagi. Soalnya,sanggupkah penganjur perhimpunan itu membayar pampasan dan kerugian kepada golongan peniaga ini? Atau,adakah pihak penganjur akan sekali lagi bersikap lepas tangan dan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku rusuhan dan kerosakan harta benda awam akibat kedegilan dan kerakusan kumpulan berkenaan.Jangan lupa fakta ini,Malaysia memerlukan lebih 6 bulan untuk pulih sepenuhnya akibat demonstrasi haram Bersih sebelum ini.Melalui pengamatan kami,perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan.Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini. Sama ada suka atau tidak,kita terpaksa akui – Bersih 3.0 gagal sama sekali. -MyNewsHub ![]() (Gambar-gambar palsu terpaksa disebarkan untuk mencerminkan bahawa memang benar ratusan ribu menyertai Bersih 3.0) RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF AND HOT VIDEO #BERSIH3.0 !!! POLIS KENA HENTAK OLEH PUAK PAKATAN HARAM !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 28 Apr 2012 05:17 AM PDT ![]() apa cerita ni ??? polis kena hentak ??? tu dia,apa salah polis ??? polis minta bersurai puak Pakatan Haram Membelasah polis.saya akan beri video bukti polis kena hentak dan siapa yang memulakan Provokasi.inilah pengorbanan pihak Polis yang mana demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia maka pada hari ini sekali lagi pihak Polis menjadi mangsa kerakusan kuasa pemimpin Pakatan Haram.Video dibawah memberikan kita gambaran jelas bahawa itulah yang sememangnya ingin dilakukan oleh Pakatan Haram iaitu dengan mencetuskan rusuhan di Malaysia. SIAPA YANG MULAKAN PROVOKASI ??? ANDA NAK LAGI ??? ANDA NAK LIHAT SIKAP POLIS SEBENAR ??? BILA BARANG HILANG DAN KENA CURI PANDAI MINTA TOLONG DENGAN POLIS PUAK PAKATAN HARAM NI !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| TERKINI !!! HANYA 500 MAHASEWEL YANG SOKONG #BERSIH3.0 ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Apr 2012 01:30 AM PDT Hebat bunyinya apabila mahasiswa pro Pakatan Haram mengwar-warkan keyakinan mereka untuk membawa turun seramai 50 ribu mahasiswa untuk bersama-sama menjayakan demonstrasi BERSIH 3.0.Bab propaganda dan memperbesarkan angka dan nombor sukar untuk kita tandingi 'kehebatannya' kerana itu yang dipelajari dari pemimpin pembangkang yang mereka puja. Walau sekalipun propaganda tersebut nampak sangat mengarutnya,tapi kita perlu menerima hakikat tetap ada yang mempercayainya.Demikian halnya bila Pakatan Haram menghebahkan khabar kononnya 500 ribu orang akan membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan perhimpunan BERSIH 3.0 pun,tetap ada yang teruja.anda nak tahu berapa mahasewel yang sampai ??? hanya 500 orang sahaja.penyokong yang hadir yang tak sedar diri tak sampai 30 ribu,muahahaha... Walhal dari aspek keluasan persegi Dataran Merdeka hanya mengizinkan maksima sekitar 25 ribu sahaja boleh berhimpit-himpit pada satu-satu masa,tapi tetap jua angka 500 ribu juga yang di propagandakan,logik atau mengarut suku kira.Masih ingat demonstrasi anti PTPTN 2 minggu sudah ??? Seluruh jagat alam digegarkan dengan berita 5,000 mahasiswa akan membanjiri Dataran Merdeka sebagai bantahan terhadap jasa khidmat PTPTN. Realitinya apa yang berlaku ??? Hanya sekitar 200 hingga 300 orang Mahasewel saja yang turun berdemo itupun termasuklah 'pelajar-pelajar' tua yang datang entah dari mana tapi turut menempel dalam demonstrasi tersebut.Mahasewel yang terlibat dalam demo tersebut pula hanyalah segelintir yakni 0.0001% daripada jumlah ratusan ribu pelajar IPTA & IPTS.Apapun,melihat pada trend dan mood masyarakat umum tika ini,rata-ratanya sudah letih dengan pelbagai rantaian propaganda tak berkesudahan yang di hebohkan Pakatan Haram sejak pasca PRU 12 lepas hingga kini. Baik mahasewel Pakatan Haram mahupun pemimpin politiknya,masing-masing sedang hanyut dalam imaginasi dan persepsi ciptaan mereka sendiri.Dek kerana itu,tidaklah menghairankan bila mana mereka hanya pandai memperbesarkan angka dan nombor hingga lupa hakikat sebenar yang mereka hanyalah vocal minoriti sahaja. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! SIAPA YANG TAJA #BERSIH3.0 ??? WAJIB BACA !!! Posted: 27 Apr 2012 10:00 PM PDT ![]() seperti yang anda tahu hari ini merupakan perhimpunan haram di Kl yang dipanggil BERSIH 3.0 berlaku,jam 11 pagi tadi puak Pakatan Haram dah masuk sekitar Kl,sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak enak kepada polis.anda tahu kan apa perkataan itu.bila Polis diam,dah keluar kata tak enak,bila polis tangkap Marah pulak.biasalah puak Pakatan Haram ni.semua nya tak adil.dah barang kena curi pergi kat polis juga.berbalik dari siapa yang menaja BERSIH ini,Sebenarnya,sejak Anwar Ibrahim dipecat,rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa lepas tu provok polis.bila kena tangkap,tahu marah. Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat,mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram,iaitu tidak berdaftar.Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana saya yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.Yang mungkin tidak tahu apa-apa,hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.Bagi golongan ini,walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya. Hakikatnya,matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.Ini semua orang tahu.Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.saya akan bongkar kebenaran ini,saya harap kepada pembaca tolong sebarkan maklumat penting ini Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama mencetak dalam jumlah yang sama.Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak ??? Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik,telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan,bawahan dan peserta ??? Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat,perjumpaan,kos penginapan,pengangkutan,perhubungan,alatulis,banner,poster,bayaran kepada penulis, pemikir,kumpulan propaganda dan lain-lain. ![]() Justeru,dari mana datangnya dana ini ??? BONGKAR !!! Pada 27 Jun 2011,Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media,"BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain,yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan." Pokoknya di sini,bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa Tentang untuk apa ia digunakan,Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.Justeru,eloklah kita kaji sendiri apakah 'projek-projek' lain yang disebut Ambiga ??? Untuk tujuan ini,kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan 'kecil' kepada BERSIH !!! NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED. ![]() Siapa atau apakah NED ??? NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi,topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS).NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.Pengerusinya,Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.Untuk pengetahuan,Rahimi Othman,bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga. Seorang wartawan barat,William Blum dalam tulisan bertajuk "NED and Project Democracy" mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana,kemahiran teknikal,latihan,bahan-bahan pelajaran,komputer,mesin faks,mesin fotokopi dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih,organisasi masyarakat,kesatuan,puak penentang,kumpulan pelajar,penerbit dan akhbar dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa. Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama,Nicaragua,Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA),BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women's Action Society (AWAM),Centre for Independent Journalism (CIJ),Komuniti Masyarakat (KOMAS),Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER),Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),Women's Aid Organisation (WAO),Writer's Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain. Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.Maka,kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH ??? Tidak lain tidak bukan ialah untuk menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal,plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH. Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu 'mengganggu' Malaysia, jawapan saya ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 27 Apr 2012 07:00 PM PDT ![]() Sekitar kawasan Dataran Merdeka kecoh apabila beberapa kumpulan penyokong demonstrasi Pakatan Haram mula berkumpul dari jam 10 malam sampai jam 4 pagi.anggaran ialah antara 300 ke 500 orang.Keadaan dikatakan semakin tidak terkawal dengan beberapa peserta Bersih 3.0 menyepak kenderaan polis yang bergerak perlahan di sekitar Dataran Merdeka dan mengatakan kata lucah kepada polis.apa cerita ni ??? kalau barang kena curi pandai pula minta bantuan polis ??? nampaknya Situasi nyata berbeza dengan janji Pengerusi Bersama,Ambiga bahawa Bersih 3.0 akan hanya bermula pukul 2 petang nanti dengan peserta melakukan bantahan secara simbolik dengan hanya duduk.duduk ker macam tu ??? memekik macam beruk !!! Rata-rata penyokong yang hadir memakai baju kuning tertera lambang BERSIH manakala yang membantah projek Lynas pula mengenakan pakaian serba hijau.Walaupun dihalang keras oleh pihak polis dan DBKL mendekati Dataran Merdeka,penyokong Bersih 3.0 masih berdegil untuk terus berkumpul di kawasan tersebut sampai jam pagi.saya dengar mereka akan berhimpun jam 11 pagi ini dan akan memecahkan semua halangan yang di buat oleh Polis dan DBKL.nampaknya mereka dah buta dan tak nampak signboard gambar di atas. Kumpulan penyokong perhimpunan ini turut melaungkan slogan provokasi Reformasi dan disebabkan perhimpunan 'awal' itu juga,beberapa jalan raya mula sesak dan pelancong asing juga kelihatan terganggu dengan tindakan mereka.kesian pelancong.mesti pelancong kata puak Pakatan Haram ni gila,menjerit macam beruk. kita lihat video dan sedikit gambar di bawah ![]() ![]() ![]() saya difahamkan sepatutnya Mat Sabu akan merampas upacara Bersih 3 jam 2 petang,tapi nampaknya dia dah tak sabar dan dah mula ambil alih dulu.kat Dataran malam tadi ramai pemimpin pakatan haram yang turun dan nampak sangat la ini semua disponsor oleh yahudi melalui Anwar yang nak pertahankan Israel tu !!! Tapi lebai PAS bodoh,harapkan janggut je panjang tapi dungu nak mampos,tahu dah ini semua benda tak elok,tahu dah sebagai Islam tak patut seorang pengikut Kaum Nabio Lut,dah tau dah dibelakang ini ada LGBT tapi masih nak kedepan jugak puak PAS ni !!! kata perjuang islam tapi hampeh !!! anda tahu kan Ambiga tu dari mana dulu ??? dulu PAS ni sibuk memkik kat ambiga dengan cerita Kristian dan Murtad sekarang nak tolong Ambiga,dan sekarang jilat kaw2.muahahah....tak malu ker puak Pakatan Haram Jilat selepas anda ludah ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! ADAKAH NIK AZIZ HANYA ULAMA ATAUPUN ULAMA POLITIK ??? WAJIB BACA !!! Posted: 27 Apr 2012 04:00 PM PDT ![]() sebenarnya saya berat nak ceritakan berkenaan Menteri Besar paling lama di kelantan,Datuk Nik Aziz Nik Mat.tetapi saya harus ceritakan kerana ini adalah kebenaran untuk rakyat Malaysia.Nik Aziz sekali lagi membuat kontroversi apabila secara terbuka mewajibkan ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 3.0 sekalipun diketahui umum demonstrasi tersebut turut membabitkan NGO pro LGBT dan penyokong murtad.Satu pendirian yang kita lihat jelas sekali Nik Aziz lebih mengutamakan kepentingan politik kepartian berbanding soal akidah ummah bila mana kita bandingkan dengan pendirian PAS sebelum ini yang tidak mesra dengan gerakan anti murtad.saya bagi contoh kepada anda wahai pembaca Badut Rakyat !!! Akhir tahun lepas PAS pernah secara terbuka menolak misi menyelamatkan akidah ummah apabila tidak berani menyatakan pendirian terbuka menyokong NGO HIMPUN (gerakan anti murtad),sedangkan isu tersebut yang menjadi asas kewujudan HIMPUN berkait rapat dengan persoalan akidah dan denyut nadi umat.Memburukkan lagi keadaan, pemecatan pemimpin PAS Selangor,Datuk Dr Hasan Ali juga berkisar pada perasaan tidak senang pemimpin PAS yang melihat kesungguhan Hasan Ali menyokong HIMPUN sebagai ancaman terhadap kesepakatan PAS dengan pakatan Haram seperti DAP dan PKR.Dalam mana-mana sejarah parti politik di Malaysia,hanya PAS dan PKR sahaja yang tergamak memecat pemimpin dan ahli sendiri disebabkan kesungguhan pemimpin tersebut memperjuangkan akidah umat dan kesucian agama Islam.Mana Janji Anwar Ibrahim sebelum ini mengatakan ada seorang insan dari PAS akan terajui Pulau Pinang kalau dah menang 2008 ??? Jawatan YDP MAIPP pun boleh jadi rebutan.kesian kan Datuk Dr Hasan Ali,baru nak tegakkan Islam dan Mengatakan jangan pergi 901 Dah Kena pecat.saya cerita sejarah beliau serba sedikit selain 901 !!! ![]() Datuk Dr Hasan Ali Hasan Ali dipecat kerana begitu bersungguh memperjuangkan akidah umat daripada ancaman kemurtadan dan kristianiti manakala Zulkifli Nordin,Ahli Parlimen Kulim dari PKR pula dipecat disebabkan pendiriannya yang utuh mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T.Bila sahaja datang perhimpunan demonstrasi bermotifkan politik Pakatan Haram,BERSIH 3.0, tanpa fikir panjang tanpa ragu terus sahaja Nik Aziz mengeluarkan fatwa wajib menyertai perhimpunan tersebut.Unik dan pelik.betul tak wahai pembaca Badut Rakyat ??? Hakikatnya sejak sekian lama gelaran 'Tok Guru' dan pendewaan dirinya sebagai ulamak Islam yang sering diagungkan oleh penyokong PAS sebenarnya hanyalah satu propaganda politik semata-mata demi untuk memancing undi. Sedangkan tingkah laku dan perwatakannya jauh dari menepati sikap seorang ulamak sejati sebagai pewaris nabi.Rasulullah s.a.w sendiri pun amat menekankan kepentingan supaya umatnya berhati-hati dengan kewujudan golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan puak dan diri sendiri malah istilah ulamak su' juga turut perkatakan dalam Hadith yang menandakan pentingnya dibezakan dengan ulamak yang benar. ![]() Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : "Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (Hadith Riwayat Tirmidzi). Justeru itu,melihat kepada kecelaruan pendirian Nik Aziz yang gagal melihat keutamaan akidah umat dan kesucian Islam jauh lebih penting berbanding kepentingan politik PAS yang didukungnya itu,layaklah beliau dipanggil ulamak politik dan bukannya ulamak yang sebenar-benarnya ulamak. ![]() RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





















No comments:
Post a Comment