BADUT RAKYAT |
- HOT VIDEO !!! PUAK PAKATAN HARAM MENGHINA POLIS DI DATARAN MERDEKA !!! WAJIB LIHAT !!!
- EKSKLUSIF !!! FAKTA SEBENAR DI SEBALIK 12 DAKWAAN DAN FITNAH PAKATAN HARAM KEPADA SPR TERSEBAR !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! POLIS DI SERANG !!! DBKL PAGAR DATARAN !!! PUAK PAKATAN HARAM DI JANGKA AKAN MENGGANAS ESOK !!!
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! #BERSIH3.0 SATU MALAPETAKA BESAR UNTUK PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! VIDEO KEGANASAN PUAK BERSIH PAKATAN HARAM TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!
- HOT NEWS !!! GAMBAR ZARINA ANJOULIE DICIUM OLEH LELAKI TERSEBAR ??? WAJIB BACA !!!
| HOT VIDEO !!! PUAK PAKATAN HARAM MENGHINA POLIS DI DATARAN MERDEKA !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 27 Apr 2012 12:41 PM PDT |
| Posted: 27 Apr 2012 05:00 AM PDT ![]() Eksklusif Untuk Pembaca Badut Rakyat,saya akan beri anda 12 Dakwaan Oleh Pakatan Haram dan fitnah mereka untuk menjatuhkan kredibiliti SPR.saya akan beri juga Jawapan Sebenar dari SPR !!! LIHAT KEBENARAN SEBENAR KHAS UNTUK ANDA !!! SEBARKAN ![]() Dakwaan 1 : SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti. Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan. SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya. Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara. Justeru,SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan. Dakwaan 2 : Kawasan mengundi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen. Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002). YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan. ![]() Dakwaan 3 : SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih,SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.Pada bulan September 2011,pihak JPN telah memberimaklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih.Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN,tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka.Oleh yang demikian,SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka. Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan,SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN.SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut. Dalam tempoh pemeran itu juga,SPR telah turut mengedarkannama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.Bagaimanapun,di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung.sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka,jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang.Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka. Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian,nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN,kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk. Dakwaan 4: SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini.Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi.Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih,permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.Justeru itu,tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan. ![]() Dakwaan 5 : Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua,pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.Justeru itu,walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun,undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia,SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan.Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara,SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya. Dakwaan 6 : Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat.Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya.Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti.Dalam peta pilihan raya,Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat,dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen. Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor,yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih,di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap.Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee.Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat,walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi. ![]() Dakwaan 7 : Berlaku peningkatan pengundi secara yang mendadak dibeberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyerurakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011.Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara.Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan,Johor,Perak dan lain-lain.Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008).Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%) dan P.032 Gua Musang (30%). Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak.Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor,yang belum mendaftar sebagai pemilih.Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan,mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara. Dakwaan 8: SPR sengaja menambah ramai petugas mengundi secara pos pada PRU Ke-13 nanti Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.Justeru,melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.Bagaimanapun,tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos.Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan,petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa,sama seperti pemilih awam yang lain.Demikian juga,sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan,beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan. Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih.Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian.Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai.Justeru itu,amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas. ![]() Dakwaan 9 : SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR.Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya.Justeru,mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka.SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun,untuk PRU-13,SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding. Dakwaan 10 : Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos.Justeru itu,pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.Untuk PRU-13 akan datang,golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir dan berhak mengundi secara pos,SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka.Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi. 12.Bagaimanapun,bagi mereka yang terlibat dengan operasi,mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos. ![]() Dakwaan 11 : Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos.Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut.Prosedur memproses permohonanpendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti.Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi,mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan. Dakwaan 12 : Isu pengundi hantu Isu "pengundi hantu" yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini.Pada SPR,dakwaan "pengundi hantu" adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak sama ada di mahkamah atau di luar mahkamah. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.Semasa pilihan raya,apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya,pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.Oleh yang demikian,pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya "pengundi hantu" sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama- nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih.Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan. ![]() ANDA SUDAH MELIHAT JAWAPAN SEBENAR SPR ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 27 Apr 2012 01:28 AM PDT ![]() Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar awal pagi tadi jam 2.30 pagi.lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.Malam tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk esok berkuatkuasa jam 6 pagi tadi sehingga 6 pagi hari ahad. Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.Menurut seorang lagi saksi,selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi sebagai halangan kedua untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran. Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang,mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.Sebelum itu,ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi.Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi. Menurut Syahmi lagi,sewaktu DBKL memasang barricade,tiada pertembungan dengan pihak berkuasa DBKL,malah mereka mengikut arahan yang diberikan.sebahagian daripada mereka duduk dan ada yang tidur di seberang jalan,di tepi bangunan Sultan Abdul Samad.Traffik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad masih dibuka kepada orang ramai. KITA LIHAT KEGANASAN PUAK PAKATAN HARAM TERHADAP POLIS DI BAWAH RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 26 Apr 2012 11:00 PM PDT ![]() Maklumat dari sumber yang sahih saya dapat mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang esok akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Haram.Menurut sumber tersebut lagi,petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat 'terunggul' mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo,begitu kuat sekali.Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April,yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber Pakatan Haram), yang mana jauh dari sasaran awal 100 Ribu orang.Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga,sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja,contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang. Perlu diingatkan bahawa semua angka yang saya nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro Pakatan Haram dan seperti mana yang kita sedia maklum,angka tersebut amat diragui kebenarannya.Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Pakatan Haram cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan,kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat. Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta 'dinaikkan tarafnya' kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro Pakatan Haram, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Meloyakini.Meloyakini melaporkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja,selepas itu boleh pulak tambah 500,jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Meloyakini.Itu dari segi kehadiran. Dari segi agenda juga,perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah.Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka,akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Harsm sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.Malah,beberapa blog pro Pakatan Haram juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT) walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS.Tapi dalam masa yang sama,siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November. Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Haram seperti PKR dan DAP,tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya.Sumber yang saya dapat walaupun terjadi nya Bersih 3.0 saya menganggarkan hanya sekitar kurang dari 10 ribu orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut kalay nak sangat pergi esok.yang hadir itu semua nya adalah rakyat yang tidak pernah bersyukur kepada kerajaan yang memberikan nikmat yang di perolehi,lagipun rakyat yang pergi tu tak fikir siapa Ambiga Sebelum ini RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! VIDEO KEGANASAN PUAK BERSIH PAKATAN HARAM TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!! Posted: 26 Apr 2012 07:00 PM PDT ![]() Setelah gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka,Pihak Pakatan Haram kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.alasan senang salah SPR Dan tak Bersih,dah Kaut 4 Negeri tak Bersih lagi ker wahai Pihak Pakatan Haram Sekalian ??? macam biasa,Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya,Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.sebelum itu nak tanya,layak ker jadi Perdana Menteri ??? opsss..kita sambung balik apa yang saya nak ceritakan Strategi Anwar Ibrahim nak melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR,PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.saya tak fikir mereka akan Duduk Dan Bantah.itu pendapat saya.Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.Realitinya perhimpunan haram Bersih sama ada ia diadakan dalam bentuk perarakan,demonstrasi,bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adalah satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini. Sejak merdeka,negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak,wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR. Malangnya pihak Pakatan Haram ni tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal,ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk di jadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.Taktik Pakatan Haram mudah untuk dibaca segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng Pakatan Haram akan terheret dalam perhimpunan haram esok,apabila tindakan undang-undang diambil,Pakatan Haram macam biasala akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia kononnya tidak demokratik dan tidak adil. saya ulang balik perkara di atas,Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008,hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa Pakatan Haram.Pakatan Haram telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak itu pun sekejap,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan !!! apa cerita ??? Mengapa Pakatan Haram tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang ??? Adakah apabila Pakatan Haram memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri,barulah pilihan raya itu dianggap bersih,adil dan tidak tercemar.banyak cantik ??? kuasa di tangan rakyat !!! rakyat akan menentukan ok,jangan nak mengada-ngada tukar semua itu.lagipun pihak SPR bukan tak buat kerja pun,harus di ingat Pakatan Haram pun dah ada negeri yang menang.opss,ter ulang lagi..Sebenarnya Pakatan Haram tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara. DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya,PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Haram,jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih,tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan Pakatan Haram yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.sebenarnya Pakatan Haram sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.saja buat tak tahu,yang tahu nak tidas rakyat lepas tu janji rakyat ntah ke mana !!! Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan Pakatan Haram untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.Lantas,usaha Pakatann Haram mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia,lucu,membuang masa dan tidak mendapat sambutan. TAK PERCAYA ??? TUNGGU ESOK !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! GAMBAR ZARINA ANJOULIE DICIUM OLEH LELAKI TERSEBAR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 26 Apr 2012 04:00 PM PDT Laman sosial Twitter tempatan tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi,Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.Menurut laman web hiburan terkenal,murai.com,gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan 'paksa rela'. ![]() Bagaimanapun,identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.Selain itu,murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat,bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.Dia juga baru saja reda 'berperang' dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan 'ketiak basah'. Sebelum ini,Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia,FHM yang anda lihat pada gambar di atas sekali sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.Bermula dengan identiti seksi,Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri,Anak Pontianak. ANDA LIHAT GAMBAR DI ATAS !!! KENA PAKSA ATAU RELA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.














No comments:
Post a Comment