|
|
Adalah dimaklumkan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012). Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut: - Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun
Kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991 - Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun
Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5% (kenaikan 0.5%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. Selaras dengan perubahan kadar caruman ini, KWSP mengeluarkan Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 terkini untuk panduan majikan yang boleh dimuat turun dari laman ini. Sila klik di sini untuk mendapatkan Soalan-soalan Lazim berkaitan. Pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke: a. Maklum balas online melalui Enquiry b. Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 c. Mana-mana Pejabat KWSP Tarikh kemaskini: 27 Disember 2011 | |
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment