Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Dap Kata Wartawan 'Pelacur'!!
- Panas!! PAS sudah hilang maruah - Khir Toyo
- LAA EHH!! Jasa-jasa 'terbaik' Pas Kedah di Padang Terap!!
- TERPANASS!! Bila Seberang Perai Kembali Jadi Hak Kedah!! Email dari pembaca!!
PANASS!! Dap Kata Wartawan 'Pelacur'!! Posted: 14 Feb 2012 06:44 AM PST Nampaknya Dap sekarang ni makin melampau, sampai sanggup menghina wartawan dengan panggilan yang bukan-bukan. Baca artikel yang ambil dari blog MiM Rupa-rupanya, DAP bukan sahaja dilabelkan rasis tetapi sangat biadap kurang ajar langsi menghina wartawan! Hew Kuan Yau, Ketua Publisiti Pilihanraya DAP telah membuat kenyataan biadap tersebut apabila mendakwa para wartawan adalah 'pelacur'! Kebiadapan pemimpin DAP itu telah dibidas oleh oleh NUJ dan menuntut agar kepimpinan DAP yang lain supaya mengambil tindakan tegas terhadap Hew Kuan Yau. Tetapi macam mana caranya pemimpin mulut biadap itu mahu dihadapkan ke lembaga disiplin DAP? Ianya kerana Tan Kok Wai, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP pun turut menyokong kenyataan biadap pemimpin DAP itu. 2 x 5 sahaja! MiM setuju bahawa minta maaf sahaja tidak cukup. Kedua-duanya memang patut dikenakan tindakan seperti saranan NUJ. Selain daripada itu, MiM sarankan kepada para wartawan supaya boikot sahaja sidang akhbar DAP mulai daeipada sekarang. Baru mereka tahu tinggi rendah langit ini. Dan dengan sedikit kuasa yang mereka ada sekarang, pemimpin DAP sudah kurang ajar. Cuba bayangkan jika mereka ada kuasa yang lebih daripada itu! Baca laporan di bawah : KUALA LUMPUR, Feb 12 (Bernama) -- The National Union of Journalists (NUJ) is disappointed with DAP election publicity chief Hew Kuan Yau for making a sweeping statement that journalists were "prostitutes". McTheory: Puak ni dah melampau dan terlampau dah nih.. | ||
Panas!! PAS sudah hilang maruah - Khir Toyo Posted: 13 Feb 2012 11:12 PM PST | ||
LAA EHH!! Jasa-jasa 'terbaik' Pas Kedah di Padang Terap!! Posted: 13 Feb 2012 08:12 PM PST Poster mini ni dibuat oleh Pewaris Perjuangan UMNO, salah seorang pengiat UMNO di Pekan Naka. PPU telah menghimpunkan jasa-jasa 'terbaik' Pas Kedah selama ini untuk tatapan kita. Nampak sangat Pas 'terlalu' pandai untuk menjaga Padang Terap. Ini baru satu kawasan, belum lagi kawasan yang lain. Syabas Pewaris Perjuangan UMNO (PPU), hasil kreatif anda mungkin boleh menyebabkan Pas Padang Terap angkat bungkuih kali ni. McTheory: PPU termasuk dalam facebookers TMK.. | ||
TERPANASS!! Bila Seberang Perai Kembali Jadi Hak Kedah!! Email dari pembaca!! Posted: 13 Feb 2012 05:06 PM PST
Tan Anak Laha ni merupakan orang yang sangat berpengalaman dalam politik tanah air. Email yang selalu beliau berikan pada Mc, merupakan perkara yang jarang orang fikir. Lebih tepat lagi boleh kita panggil, perkara yang tidak terkejar dek akal. Mc amat berterima kasih pada beliau kerana sudi menjadi salah seorang penulis jemputan di Blog Kedah Ke KL.. steady la bro.. baca tulisan terbaru beliau. Dalam suasana politik yang panas diseluruh negara, teringat saya (kalau tak salah) selepas PRU ke 10, dimana prestasi BN agak lemah apabila PAS dapat menambah jumlah kerusi DUN di negeri Kedah. Dengan jumlah kerusi yang bertambah, bertambahlah juga semangat PAS dinegeri ini. Dalam keghairahan menonjolkan semangat perjuangan PAS, beberapa isu telah diketengahkan. Diantara isu yang paling kontroversi ialah masalah mengaut pasir di Sungai Muda (sempadan Kedah dan Seberang Perai) dan perbekalan air untuk pertanian dari Ampangan Muda di Kedah melalui Sungai Muda ke kawasan pertanian (padi) di Seberang Perai. Tetapi isu ini lenyap tanpa suatu keputusan muktamad antara kerajaan Kedah dengan Pulau Pinang. Tidak jelas di mata umum mekanisma yang digunakan bagi melenyapkan isu ini. Persoalannya adakah isu ini diselesaikan secara ADIL dan menguntungkan kedua-dua negeri terlibat atau masih menghantui mana-mana pihak. Selain isu diatas, hasrat negeri Kedah untuk menerima "kepulangan" Seberang Perai ke Kedah juga menjadi perbualan rakyat Kedah pada ketika itu. Berbagai-bagai alasan dan persoalan diutarakan oleh rakyat Kedah. Ada yang lojik dan ada yang sekedar alasan saja. Apa pun tidak ada usaha dan tindakan konkrit yang legal (seperti keputusan Dewan Undangan Negeri Kedah) atau badan-badan Perundangan lain yang sah yang dapat mewakili kerajaan negeri dalam mengembalikan Seberang Perai ke negeri Kedah. Bukanlah niat saya untuk menyuburkan kembali hasrat ini dan menimbulkan persoalan dan masalah yang telah di KIV atau terlenyap begitu saja. Tetapi dengan kedudukan politik sekarang di Kedah dan P Pinang yang berada dibawah kuasa Pakatan Rakyat, rasanya pada pengamatannya lebih mudah diselesaikan isu-isu berkenaan. Kedah dan P Pinang masing-masing mendapat keuntungan jika isu ini dapat dibawa berbincang dalam semangat Pakatan. Apatah lagi di pihak Lim Guan Eng (P Pinang) terlepas beban berat yang beliau terpaksa hadapi iaitu politik P Pinang. Lim sedia maklum bahawa kekuatan musuh politiknya bertunjang di Seberang Perai. Kalau Seberang Perai sudah dikembalikan ke Kedah, kekuatan BN lumpuh di P Pinang. Lim boleh bernafas lega. Dari segi pembangunan Lim tidak perlu lagi mengongkosi perbelanjaan yang banyak ke Seberang Perai. Pendapatan dari pulau lebih dari mencukupi untuk perbelanjaan di pulau. Segala hasil pulau boleh digunakan di pulau disamping mengukuhkan pengaruh politik Lim di pulau. Karenah penduduk Seberang Perai tidak lagi menghantui benak Lim. Dato Azizan (MB Kedah) terpaksa terima penduduk Seberang Perai yang lebih sofistikated ke Kedah hasil pengaruh dan pergaulan mereka dengan penduduk P Pinang. Tetapi masalah ini tidaklah serumit yang dijangkakan apabila Anwar Ibrahim (Penasihat Pakatan) menjadi orang Kedah. Untuk makluman Anwar adalah BOSS Azizan. Politik Pakatan Rakyat akan lebih mantap. Seperkara lagi Azizan boleh berbangga dapat "menawan" jaguh-jaguh UMNO seperti Pak Lah, Z Abidin (Pengerusi Perhubungan UMNO P Pinang) Musa Sheikh Fadzir (Timbalan pengerusi Perhubungan UMNO P Pinang, Nor Mohamad (menteri pusat) dan beberapa orang lagi jagoan BN dengan tidak payah mengadakan Pilihanraya Kecil tetapi hanya persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Ini baru politik gentleman. Azizan tak payah melayan isu-isu Pelajar di gantung (AUKU), jalan rosak, sampah tak dikutip dan lain-lain isu kecil-kecilan. Azizan berjaya memulangkan sireh ke gagang dengan sekali gus menawan jagoh-jagoh BN kebawah kuasa tadbirnya. Barulah rakyat nampak Wibawa Panglima Sungai Limau yang selama ini dianggap lemah oleh musuh dan kawan. Kawan yang geli nak rebut kerusi MB akan lari masuk lubang cacing. Apakah langkah ini sumbang?. Adakah ianya mustahil? Kalau Nik Aziz yang lebih "lama" dari Azizan pun menpunyai nafsu besar untuk membawa kembali Singapura kembali ke Malaysia, inikan pula Azizan dengan Seberang Perai. Apa beza Nik Aziz dengan Azizan? Sama-sama dalam Pakatan Rakyat, sama-sama Menteri Besar, sama-sama dalam PAS dan sama-sama berjiwa besar. Cuba dulu, pantang orang Islam berputus asa. Tan Anak Laha X-BTN McTheory: Berat kes ni.. tak pernah fikir pun..tapi Azizan berani ka?.. ada komen anda? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment