Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Aksi Anwar buang tabiat nak mampus!!

Posted: 09 Feb 2012 08:12 AM PST


Apa la agaknya orang tua ni buat? Dah tabiat sangat ka nih? Mc malas nak boh cerita orang tua ni. Tapi tengok kelaku macam ni. Dah nampak sangat dah terdesak!! adehh..


McTheory:
kesiann.. sampai macam tu punya nak jadi PM!!

TUDIAA!! Islam Pas Islam pembohong!! Kantoi lagi!

Posted: 09 Feb 2012 05:12 AM PST



Exco Pas kedah dalam satu siri ceramah mereka di Langkawi baru baru ini mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan mereka telah membawa masuk pelaburan yang tinggi ke dalam Negeri Kedah dan berada ditempat ke 4 terbaik di Malaysia..

Kehadiran Exco Pas ini hanya sebagai penganti kepada MB kedah yang tidak dapat hadir pada malam itu.


Dalam ceramah pada malam itu,pas kedah yang begitu mendabik dada kononnya semua kemasukan pelancongan dan pelaburan di negeri kedah adalah atas usaha mereka selama ini tanpa bantuan dari pusat.Siap menyenaraikan perbezaan antara kerajaan BN dulu dan Kerajaan Pas sekarang..

Baca perbezaan kenyataan antara exco pas kedah dengan Timb Menteri MITI

"Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan Pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan Pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini hari ini.

Katanya, tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.

Beliau berkata, Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.

"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.


McTheory:
Pas asyik menipu saja kerjanya.. bodo la kalau percaya

GEMPAR!! Kes Madrasah Salihiah, Pas Kedah nak rasuah Hakim pulak?

Posted: 09 Feb 2012 02:12 AM PST

6 Febuari 2012 sepatutnya sebutan kes writ saman injuksi Madrasah Salihiah ke atas kerajaan Negeri, Pentadbir Tanah Kota Setar dan kerajaan PAS Kedah bermula.

Namun kerana kegelojohan EXCO Kanan Kerajaan PAS Islam Kedah berulang kali menelefon Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, agar dibuat apa saja sabotaj bagi menghalang saman pihak Madrasah, maka mahkamah menetapkan tarikh baru 21 Febuari 2012 sebagai sebutan semula kes.

Kita kasihan melihat kedajalan PAS menghuru-harakan hukum agama dan hak umat ISLAM. Semenjak menjadi sekutu komunis DAP, perangai pemimpin PAS kesan jangkitan parasit Anwarinas, agama pas jual. Semuanya demi kuasa. 

Ba** menjadi sahabat setia PAS. PAS benar-benar memalukan maruah umat Islam. Dan ternyatalah sesiapa yang masih lagi bersama PAS, hati mereka hitam legam, ditutup dari menerima hidayah Allah. Kita berdoa agar pintu hati mereka ini dibuka untuk fahami bahawa PAS itu bukan agama, sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti politik yang gila kan kuasa, ba** dan laparkan undi dan ufti sehingga apa sahaja halal bagi mereka.
Kita kasihan setelah MUFTI diperalat dalam kes Madrasah salihiah untuk keluarkan fatwa kedua pada 4 Julai 2011 yang jelas bercanggah dengan fatwa pertama yang dikeluarkan pada Jun 2010, kini PAS maju setapak lagi.

Sementara MANTAN YDP MAIK Sheikh Uzir yang dipaksa untuk melakukan tipu daya kepada jawatankuasa nazir pemegang amanah MADRASAH SALIHIAH sehingga berlaku proses tukar nama secara tidak sah dan berlakunya penjualan tanah wakaf khas kepada PKNK kemudiannya kepada Sonny Ho meskipun MAIK sedar mereka hanyalah pemegang amanah dan bukan pemilik tanah wakaf madrasah salihiah.

Sudahlah begitu, Sheikh uzir ditekan pula oleh kerajaan PAS untuk paksarela menerima pampasan hasil jualan tanah wakaf khas berkenaan secara tipu kepada sonny Ho. Dan pampasan ini sesen pun waris dan jawatankuasa nazir amanah madrasah salihiah tidak menerima atau pernah melihatnya.



Sheikh uzir kini sudahpun bersara secara pilihan kerana tidak sanggup lagi menanggung beban penipuan dan dosa kesan arahan pemimpin pas NEGERI. Kita kasihan kerana kini Sheikh Uzir tidak dapat menikmati usia persaraannya dengan tenang. Siang malam meracau dan bercakap sorang-sorang, mungkin mengenangkan syubhah yang beliau lakukan demi memenuhi tembolok EXCO dan pimpinan PAS yang rakus mahukan tapak tanah wakaf khas madrasah salihiah. 

Meracau ataupun tidak Sheikh Uzir tetap akan disapina untuk beri keterangan di mahkamah nanti kerana proses jualan berlaku semasa beliau menjadi YDP Maik.

Setelah memperalatkan MUFTI, mengarah dengan paksa YDP MAIK kini EXCO kanan PAS yang sudah lama impikan kerusi MB, cuba pula menggangu hakim, cuba mempengaruhi Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar agar kes writ saman ini berpihak kepada kerajaan pas.

Duit bukan masalah, kerana dibelakang kerajaan PAS KEDAH ialah toke besar Sony Ho. Untuk menghadapi kes ini sahaja Sonny Ho sudah sediakan 10 orang panel peguam untuk berhadapan dengan peguam-peguam muda yang berani yang mewakili madrasah salihiah. Dan yuran guaman yang SONY Ho bayar semata-mata mahukan tanah wakaf khas madrasah salihiah ini kesemuanya berjumlah RM2 juta.. Sedangkan jawatankuasa madrasah tidak mampu mengeluar biaya untuk kos guaman, nasib baiklah peguam muda yang mewakili madrasah sanggup mengambil kes ini secara amal jariah dengan sedikit bayaran dibiayai oleh PERKASA. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik dan niat ikhlas peguam muda tadi.

Mungkin PAS ingat dengan duit mereka boleh lakukan apa sahaja.Tetapi mereka silap, hakim bukan mudah dijual beli, mereka silap Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor setar punyai integriti yang cukup tinggi.

Dan perlakuan si exco YANG bernama IR AMIRUDDIN ini pihak Jawatankuasa Madrasah Salihiah akan adukan pada SPRM dan mengemukakan writ saman khas selain aduan kepada HAKIM BESAR MALAYA.

DUHAI PAS, DAN pemimpin mereka, kamu insaflah, kamu bertaubatlah, cukup cukuplah menyusahkan umat Islam, cukup cukuplah kamu malukan ISLAM. Cukup cukuplah kamu jatuhkan maruah Islam.

Kamu boleh merancang, kamu berkuasa kini di KEDAH tetapi ingatlah perancangan Allah dan kuasa Allah s.w.t lebih besar dan hebat dari kuasa kamu.

Duhai PAS kedah, jadilah anak jantan sebenar, kenapa kamu takut untuk hadapi writ saman injuksi dari golongan bingai di mahkamah. Berilah ruang kepada golongan bingai dari Madrasah Salihiah untuk memperdengarkan kes mereka dimahkamah, biar mahkamah menentukan siapa salah siapa menipu.

Sekali lagi jika kamu pejuang Islam sejati, duhai pemimpin PAS KEDAH bertarunglah secara anak jantan, berlawanlah dengan penuh maruah.. Kini baru kamu semua sedar bahawa langit itu tinggi atau rendah, pembohongan kamu akan Allah s.w.t singkap biar rakyat ketahui bahawa hakikatnya kamulah dajal-dajal yang merosakkan sistem, memporak-perandakan umat dan melacurkan Islam demi kepentingan kuasa dan habuan untuk diri kamu.

BERTAUBAT DAN INSAFLAH.. Ingatlah dalam PRU KE-13 NANTI RAKYAT KEDAH AKAN MENGHAKIMI KAMU.

Dan di Mahsyar nanti, Allah s.w.t akan menghakimi kamu pula..
Dari blog Kedah Times

KASI PANAS!! Video Ceramah Dr Hasan Ali di Langkawi, Hasan Ali mengaku bersalah?

Posted: 08 Feb 2012 11:12 PM PST





Ceramah Dr Hasan Ali di Langkawi, penerangan mengenai ajaran Islam sebenar, mengapa beliau di pecat dari Pas dan adakah Pas mengikut ajaran Islam sebenar?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Ustaz Azizan BULI budak Sekolah!!

Posted: 08 Feb 2012 08:12 PM PST


Semalam Mc di hubungi oleh seorang pengetua sebuah sekolah yang ternama di Alor Setar. Kiranya sekolah ni memang terkenal la dengan pembelajaran bijak yang berprestasi tinggi.

Beliau mengadu pada Mc, perihal buruk perangai Menteri Besar Kedah yang kebudak-budakkan.

Ceritanya bermula begini,


Sekolah berprestasi tinggi ni ada sertai sebuah pertandingan kokurikulum (peringkat nasional). Dengan izin Allah, sekolah ini berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pertandingan peringkat akhir pula dilangsungkan di Kuala Lumpur. Jadi sekolah berprestasi Tinggi tu tak cukup bajet untuk ke Kuala Lumpur, untuk membawa pelajar dan penyokong mereka.

Jadi seperti biasa, pengetua sekolah tersebut mengadaplah menteri besar Kedah untuk meminta pertolongan. Pada siapa lagi nak mengadu jikalau bukan menteri besar.

Setelah menempuhi proses pelbagai untuk mengadap menteri besar, akhirnya berkesempatan juga pengetua tersebut mengadap muka Ustaz Azizan.

Setelah berjumpa, pengetua sekolah terbabit memberitahu masalah mereka kepada Ustaz Azizan, dengan harapan, Ustaz Azizan sebegai menteri besar Kedah dapat membantu.

Namun apa yang mereka harapkan berkecai apabila pemohonan bantuan mereka ditolak. Nak tau Ustaz Azizan tolak atas alasan apa?

"Nak minta tolong saya, Gambar saya di Sekolah pun tak gantung, macam mana nak tolong?" kata Ustaz Azizan

Kah kah kah.. akhirnya pengetua sekolah tersebut pun keluar dari pejabat menteri besar dengan hampa dan kecewa.

Profesional sungguhlah si Menteri besar Kedah kita ni. Perangai macam kebudak-budakkan. Kalau sungguh pun taknak bagi bantuan. Bagi la alasan lain. Alasan gantung gambar pulak yang dia bagi. kah kah kah.. lawak sungguh.

Ini cerita benar dan bukan cerita rekaan. Kalau tak percaya boleh tanya pada Ustaz Azizan. kah kah kah...

McTheory:
gelak besar bila dengar cerita ni sebenarnya..

GEMPAR!! Sayang Boyfriend Lebih Dari Sayang Allah?

Posted: 08 Feb 2012 05:23 PM PST



Mc terkejut juga bila baca screen shot facebooks di atas. Budak perempuan mangkuk ayun yang nama Nur Lysa tu bagaikan tidak rasa bersalah apabila menyuruh rakannya mencintai boyfriend lebih daripada menyintai Allah.

Namanya sedap, Nur Lysa, tapi bebal dan bodohnya boleh tahan. Kalau dah sayang boyfriend melebihi Allah, maknanya budak ni dah rosak akidah. Silap-silap, dah boleh isytihar murtad dah.


Suka la mana-mana lelaki yang ber'girlfriend'kan si Nur Lysa ni. Sebab dia sayang sungguh kat boyfriend, sampai agama pun dia tak sayang sampai macam tu.

Bila dah takdak agama, habis hancur la si budak ni. Agaknya kalau disuruh buat apa saja pun sanggup kot, hatta depan atau belakang. Ya laa.. dah melebihi Allah sayangnya, setakat belakang tu apa la sangat kan?

Mc malas nak ulas panjang pasal budak bangang ni, nak baca lagi, meh baca kat SINI.


McTheory:
Kalau dah jadi macam ni, siapa yang perlu kita salahkan?

KASI PANAS!! Pekerja KFC Belasah Customer!! Gilass..

Posted: 08 Feb 2012 01:31 PM PST


Kita tak tahu cerita sebenar, jangan main tuduh saja. Mc pernah kerja F&B macam ni. Tahu bagaimana tertekannya bila customer ramai. Tambahan pula ada customer yang suka buat bising dan mencabar kesabaran. Kalau tak sabar macam nilah jadinya.

Ini boleh menjadi pengajaran pada customer yang kurang ajar dan suka buat bising.

Pada kedua-duanya.. sabar itu penting.. sebab tu Sabar separuh daripada Islam.


McTheory:
kan dah kena debuk.. naya-naya..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...