Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


LAA EHH!! Blogger di rasuah supaya Tutup Mulut??

Posted: 08 Feb 2012 05:15 AM PST


Biar betul cerita ni? Blogger mana agaknya tu? Kenapa tak diberikan nama blog? Betul ke ahli politik tu sebangang tu? Hadiahkan kereta? dari bagi kereta baik bagi duit, sebab kereta tu besar, orang nampak. Kalau bagi duit takdak la bukti macam dalam gambar tu.


Mengikut firasat Mc, cerita ni rekaan semata-mata. Mana ada orang politik sebangang tu.. bagi rasuah besar-besar, itu namanya cari kantoi!

Lain kali nak reka cerita pun, agak-agak la.. buat la yang macam betul sikit. Ni cerita bangang macam ni yang korang buat. adehh.. budak tadika pun susah nak percaya.


McTheory:
takdak sapa nak hadiah kat Mc pulak ka? ha ha ha..

PANASS!! Ceramah Hasan Ali gegarkan Langkawi, Meletup!!!

Posted: 08 Feb 2012 02:12 AM PST


Semalam telah berlangsung satu majlis Ceramah Perdana "Cabaran Akidah Ummat Kini" di Kg. Sg. Kedak. Ianya membariskan dua orang penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hafiz Nordin dan Dato' Dr. Hasan Ali membincangkan berkenaan tajuk akidah. Dianggarkan seramai lebih dari 1,200 orang telah hadir memberi sokongan dan mendengar penerangan dari YB Dato' Dr. Hasan Ali.

Pada awal perancangannya penceramah jemputan iaitu Dr. Riduan Tee akan menyampaikan ceramah bersama-sama Dato' Hasan tetapi terpaksa membatalkannya di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Disini MKT menyiarkan beberapa gambar yang telah di ambil untuk tatapan para pembaca. Ulasan mengenai tajuk ceramah beliau dan tayangan klip video, MKT akan siarkan pada esok hari. Nantikanlah...















P/S dari MKT : Anggaran bilangan penonton ceramah Hasan Ali lebih ramai dari siri Ceramah 2 Menteri Besar yang berlangsung baru-baru ini....Nampak sangat MB sebelah Timur tu dah mula tidak popular...hehehehe

Laporan dari blog Melayu Kedah Terakhir

TUDIAA!! Mahasewel Bakal Menyerang Ostat Azizan dan KUIN!!

Posted: 07 Feb 2012 10:33 PM PST


Nampaknya isu Ustaz Azizan dan KUIN menjadi semakin panass.. geng mahasewel yang baring depan UPSI tempohari dalam perancangan untuk bebaring depan Wisma Darulaman dan kemungkinan besar akan baring juga didepan KUIN.

Nampak sangat puak mahasewel ni tak hormat Ustaz Azizan sebagai MB Kedah. Kalau tak hormat Ustaz Azizan sebagai MB Kedah dibawah naungan Pas. Ini bermakna mahasewel upahan PKR dan Anwar ni juga tak menghormati parti Pas selaku rakan dalam Pakatan Rakyat.


Bagaimana selaku rakan dalam gabungan pembangkang, mereka sanggup menyerang Ustaz Azizan yang diberi mandat untuk mentadbir Kedah. Apa hak mereka untuk berbuat demikian. Nampak sangat puak mahasewel upahan PKR ni langsung tak pandang Pas sebagai parti yang harus dihormati.

Sudah la selama ini Pas menjadi lembu PKR dan Dap. Kali ni pun mereka mahu Pas turut kata mereka dan menjadi lembu juga. Jikalau tak ikut cakap, mereka akan ambil tindakan. Samseng sungguh PKR dan geng mahasewel ni.

Paling menyedihkan, apabila Pas Kedah, Exco dan adunnya hanya berdiam diri apabila Ustaz Azizan diserang bertubi-tubi. Apakah ini bermakna, mereka tidak mahu lagi Ustaz Azizan mentadbir Kedah? Atau puak-puak Pas Kedah dan exco ni berasa suka hati apabila Ustaz Azizan sibuk bersilat diserang seorang diri, sedangkan mereka tersengih suka dan berdiam diri.

Dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, memang ada yang tak kena. Mana ada anak buah, nak biarkan ketuanya diserang seorang diri. Lainlah kalau memang depa suka kalau ketuanya mati. Betul dak?

McTheory:
pasal ramai sangat yang dok geli-geli nak jadi MB!

KASI PANAS!! Mai Tengok Ranking Blog Pro BN Bulan Februari!!

Posted: 07 Feb 2012 06:12 PM PST


Alhamdullilah.. disebabkan sokongan padu pembaca dan rakan blogger lain, blog Kedah Ke KL sudah masuk Top Ten ranking Malaysia dikalangan pro BN.

Walaupun Blog Kedah Ke KL disabotaj oleh rakan-rakan blogger pro BN sendiri dengan membuang blog list (individu tertentu), namun Allah sentiasa menjaga dan membela orang yang ikhlas berjuang, dari orang yang berhati busuk dan dengki. Di ucapkan juga terima kasih kepada rakan blogger lain yang masih menyokong perjuangan Mc di alam maya.

Ini akan menguatkan lagi semangat Mc dan rakan-rakan dalam TMK dan UMB untuk berjuang.

Thumbs UP guys!!

Sumber rank Mc ambil kat SINI

McTheory:
Orang tak suka kita, nak buat macam mana?

TUDIAA LAA!! Lagi Pas Masuk UMNO di Padang Terap Kedah!!

Posted: 07 Feb 2012 04:15 PM PST

Semalam berlangsungnya penyerahan borang keahlian baru UMNO di Padang Terap. Dalam keahlian baru UMNO itu ada diselitkan dengan geng Terap Care, salah satu badan bergerak dari Pas.

serah borang UMNO



sidang media

makk aii kain pelekat beb.. hehe..


Alhamdulillah..majlis penyerahan borang keahlian SMP dan borang keahlian UMNO berjalan dengan lancar di Kampung Bukit Nyamuk semalam. Seramai 50 org pemuda daripada Malau, Bkt Nyamuk, Kuala Janing dan Bukit Endin telah menyerahkan borang keahlian SMP. Ada diantara mereka adalah bekas ahli Terapcare (PAS). Seramai 20 org pemuda jugak telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah/Padang Terap Hj Badrol Hisham. Lebih membanggakan lagi apabila 2 org anak kepada pengerusi PKR Bukit Nyamuk jugak turut menyertai UMNO.

Ironinya bulan lepas, 2 org ahli UMNO Bukit Nyamuk telah masuk PKR dan majlis dibuat dirumah pengerusi PKR Bukit Nyamuk namun takdir Allah, mlm semalam 2 org anak dia telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bersama2 berjuang dengan kami di dalam UMNO..TAHNIAH..SELAMAT DATANG BUAT SAHABAT BARU UMNO PADANG TERAP..KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KALIAN.

Ada sapa-sapa nak masuk tender untuk bida projek membina muzium Pas Padang Terap dan Terapcare tak? Tak perlu lesen kontrak, cukup sekadar tunjukkan no keahlian pas saja. Ahli seumur hidup Pas diutamakan, borang tender boleh didapati di MTD Pas Pedu..atau hubungi yb Nasir Zakaria dan Miezan..



Majlis yang sangat santai, tanpa protokol, tenang dan yg penting skali..sangat INTIM..pakai kain pelekat lagi..janji matlamat tercapai..pemuda yg berbaju putih dn berambut ala-ala mat emo tu adalah anak kepada pengerusi pkr Bkt Nyamuk.

Mc ucapkan syabas kepada Troopers TMK  Padang Terap kerana membawa info yang berharga ini.



McTheory:
Pada sesiapa yang nak masuk UMNO tu boleh contact kami.. jangan malu-malu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...