Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Hadi Awang menyokong Program DS Najib di Marang?
- GEMPAR!! Zaid Ibrahim, bubar parti KITA masuk Dap?!!
- TUDIAA!! Teruk Betui UMNO Kedah Hutang Sampai RM710 Juta!!
- LAA EHH!! Cerita Menarik Kejayaan Pas Kedah dengan balaknya!!
- PANASS!! Tun Dr Mahathir Kafir??
- GEMPAR!! Tun Dr Mahathir Pun Kena Tipu 12 Tahun?? - Zulkifli Noordin
- KASI PANAS!! PKR dan Dap menjadi penyebab dan penghalang saya!! - Dr Hasan Ali
PANASS!! Hadi Awang menyokong Program DS Najib di Marang? Posted: 07 Feb 2012 07:35 AM PST Sambutan meriah yang diberikan penduduk Marang kepada PM semalam sememangnya sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka program BN yang diadakan di kubu kuat PAS Terengganu boleh mencapai kejayaan seperti itu. Kalau anda pernah berkesempatan ke Marang atau Masjid Rusila, anda akan lebih memahami mengapa kami berkata sedemikian rupa. Kita perlu ingat bahawa Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO lahir di sana. Rata-rata penduduk Marang adalah penyokong PAS. Yang tidak menyokong secara terang-terangan akan dipulau dan dijadikan musuh. Marang seolah-olah satu negeri anti UMNO di dalam Malaysia. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada PM Najib. Beliau ingin melihat sendiri tahap sokongan rakyat walaupun di kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang. Beliau sedar rakyat yang hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada program bakal menghadapi risiko dipulaukan rakan-rakan dan saudara mara. Sedangkan pasang bendara pun boleh dapat amaran keras. Tetapi rakyat tetap turun kerana mereka sedar hanya UMNO dan BN sahaja yang dapat membela mereka! Atau sebenarnya wujud satu perancangan sulit di antara Presiden PAS dengan PM?!! Macam jadi satu kebetulan pula PM memilih untuk melawat Marang ketika Hadi Awang berura-ura untuk mengundur diri. Sebelum ini Hadi Awang, Najib dan Muhyiddin pernah mengadakan perundingan sulit bersama YDPA yang diuruskan oleh Pak Lah. Sampaikan bertempurlah dua kabilah PAS di perkarangan Masjid Rusila apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim! Silap-silap, Hadi Awang sendiri yang kerahkan pengikut tegarnya untuk memastikan program lawatan PM itu berjaya. Mana tahu?! Fuyohh cerita panass ni Mc ambil kat SINI McTheory: apakah ini petanda baik? hehe... | ||||
GEMPAR!! Zaid Ibrahim, bubar parti KITA masuk Dap?!! Posted: 07 Feb 2012 05:12 AM PST Ada kabar-kabar yang bertiup kencang mengatakan Zaid Ibrahim Presiden parti KITA ni tengah 'deal' nak masuk Dap. Khabarnya setelah kecewa dengan parti KITA yang beliau tubuh sendiri. Zaid sedang mencari payung baru untuk berlindung. Beliau tubuhkan parti KITA, namun kini Zaid sendiri yang dihalau keluar dari parti tersebut. Malang-malang, cubaan untuk membubarkan parti KITA, telah ditolak bulat-bulat dari ketua negeri yang lain. Akhirnya dijangka Zaid akan membawa diri dan mencuba nasib bersama Dap. Mula-mula UMNO, lepas tu PKR, kemudian KITA, lepas ni Dap pulak. Kalau dalam Dap pun Zaid bermasalah, nampak gaya Zaid boleh bersaralah dari bidang politik. Baik pi jaga kuda saja, lagi bagus. Nampaknya, beliau sering bertukar parti, ini bermakna, bukan salah parti yang beliau sertai. Tetapi salah diri sendiri yang tidak boleh mengikut pendirian parti. Sampai parti yang beliau tubuh sendiri pun halau, nampak sangat perangai Zaid ni kritikal!! McTheory: Dap memang sesuai dengan Zaid ni.. soSIALis.. | ||||
TUDIAA!! Teruk Betui UMNO Kedah Hutang Sampai RM710 Juta!! Posted: 07 Feb 2012 02:12 AM PST Pada 12hb ni akan ada satu majlis pecah tanah di dua tempat yang berbeza di Langkawi. Satunya di Pulau Tuba iaitu tapak yang dicadangkan untuk membina Sekolah Tahfiz Sains. Dan yang keduanya pula bertempat di tapak Hotel bajet Metro Giant di Pokok Asam, Langkawi. Kedua-duanya akan dihadiri oleh Ustaz Azizan sebagai perasmi majlis tersebut. Persoalan yang timbul ialah dari manakah Kerajaan Negeri nak cekau duit untuk pembangunan kedua-dua tempat tersebut? Difahamkan peruntukkan kedua-dua projek tersebut adalah datang dari Permodalan Kedah Berhad (PKB), salah satu dari anak syarikat Kerajaan Negeri. Sekolah Tahfiz Sains melibatkan kos berjumlah sebanyak RM20 juta atau lebih. Kos pembinaan hotel bajet pula dianggarkan dalam lingkungan yang sama. Tolak campur bahagi darab, Kerajaan PAS Kedah sudah berhutang sebanyak RM40-50juta dah dalam jangkamasa tidak sampai setahun. Sebenarnya PAS lagi hebat bila berhutang. Baru setahun sudah hampir RM100 juta. Mengapa hendak pertikaikan hutang BN pula? Sedangkan BN memerintah selama hampir 50 tahun, hutang yang tinggal kepada PAS cuma RM710juta sahaja!! Jika dihitungkan selama 50 tahun BN memerintah Kedah, BN hanya buat hutang sebanyak RM13.9 juta setahun. Berbeza dengan PAS sekarang. Baru setahun sudah berhutang sebanyak RM100 juta dah. Bayarnya pula baru RM10 juta. Hebatkan PAS ini mentadbir Kerajaan? Yang cerita menariknya juak-juak PAS pukul canang keliling Kedah Kerajaan PAS Kedah sudah bayar hutang sebanyak RM10 juta. Yang tambah hutang juak-juak PAS ni tak mahu ceritakan juga ker? Bukan kami ni penentang kemajuan, cuma jika kita nak lihat dari segi faktor hutang. Pas lagi banyak membuat hutang dari kerajaan BN. Simpanan takdak, projek nak buat, hutang saja lebih. Kalau setahun buat hutang RM100 Juta, tapi cuma bayar RM10 Juta setahun. Bila hutang nak selesai? makin lama makin parah ada la. McTheory: Kalau BN yang buat, mampuih la depa maki lumat! | ||||
LAA EHH!! Cerita Menarik Kejayaan Pas Kedah dengan balaknya!! Posted: 06 Feb 2012 11:12 PM PST Sebenarnya Mc dapat ni dari risalah yang disebarkan semasa ceramah UMNO. Mc masukkan dalam blog untuk bacaan pembaca, mungkin ada diantara kita yang belum pernah baca. Boleh tahan jugak la lawaknya. kita masuk sketsa kedua.. Once Upon a time in Kedah.. Peristiwa kononnya ada la dua pembesar dok merancang satu projek besar. Pembesar 1: Apa kata kita tebang balak-balak ni, kita bersihkan kawasan, lepas tu kita cadang buat kolam ikan keli. Pembesar 2: Good Idea! Pembesar 1: Dalam masa seminggu saja kita dapat untung, beratus-ratus ribu ringgit. Pembesar 2: Ehh.. takkan ikan keli dapat hasil secepat itu? Pembesar 1: Bukan hasil Keli, tapi hasil jual balak!! P/s: Nak projek balak ke, nak projek keli? he he he.. Ada satu lagi Sketsa Penceramah dari Pas Kedah.. janji-janji manis pilihanraya. Penceramah: Kami akan berikan bantuan pisau toreh kepada penoreh, baja kepada pekebun, bot kepada nelayan. Pendek kata semua penduduk di kawasan ini akan mendapat nikmatnya. Hadirin: Tapi disini mana ada nelayan, laut pun tak ada! Penceramah: Tak apa jangan bimbang, kami akan buat laut di sini! Teng Teng Teng... kah kah kah.. McTheory: Sumber ni dari risalah.. untuk gelikan hati kita.. hehe.. | ||||
PANASS!! Tun Dr Mahathir Kafir?? Posted: 06 Feb 2012 08:22 PM PST Assalamualaikum...
Berkenaan sambutan Maulidur Rasul, jika kita mampu berarak keliling kampung. Buat je lah. Jika kita mampu buat kenduri dan mengucap selawat ke atas Baginda Rasullulah di dalam masjid, lakukan je lah. Mengapa hendak mempertikai pulak tentangnya? Bukannya sesuatu pembaziran. Persoalan yang timbul adalah kerana Nik Aziz telah mengeluarkan satu teguran umum kepada masyarakat yang mempertikaikan Sambutan Maulidur Rasul selama ini. "...Istiadat menyambut Maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian…"
Alasan beliau sebenarnya tidak kukuh bilamana sambutan ulangtahun orang lain dianggap bidaah la, mengikut cara orang kafir la. Tetapi apa perasaan beliau semasa disambut oleh kaum kerabat beliau semasa hari kelahirannya? Gembira, kan? Itu menampakkan sikap munafik yang jelas dalam diri Nik Aziz bilamana sambutan ulangtahun orang lain, difatwakan sebagai ikutan orang kafir. Sedangkan bila ulangtahun beliau disambut, tersenyum lebar sahaja. P/S: Nak dengar pulak apa lagi spin juak-juak pembangkang berkenaan isu ini. Rasanya sudah cukup buktinya kot? | ||||
GEMPAR!! Tun Dr Mahathir Pun Kena Tipu 12 Tahun?? - Zulkifli Noordin Posted: 06 Feb 2012 06:19 PM PST Apa yang kena tipu 12 Tahun tu?? | ||||
KASI PANAS!! PKR dan Dap menjadi penyebab dan penghalang saya!! - Dr Hasan Ali Posted: 06 Feb 2012 03:12 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment