Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Video Cubaan Bunuh Diri, Terjun Dari Jambatan!!
- VIDEO!! FAUZIAH THORON TERINGIN MASUK MASTER CHEF MALAYSIA
- PANAS!! Cabang PKR Lumpuh Lagi!!
- PANAS SEH!! Wardina Jatuh Cinta Dengan Blogger Pro UMNO?
- TUDIAA!! Rakyat Kedah Bising Pasai Jalan BerLubang La Pulakkkk!!
- PANAS!! Cerita Kain Nurul Izzah Bakal Terlondeh!!
- PANAS LAGI!! Makin Ramai Pulak Ahli PKR Keluar Parti!!
HOT!! Video Cubaan Bunuh Diri, Terjun Dari Jambatan!! Posted: 15 Nov 2011 09:35 AM PST Cuba fokus kepada orang yang terjun tadi. Masih hidup dan bergerak-gerak namun tiada siapa yang pedulikannya. Nampak gaya undang-undang negara China menyebabkan rakyatnya takut untuk saling bantu membantu. Apa dah jadi? Manusia saling mementingkan diri hingga tidak pedulikan orang lain. Bersyukurlah di Malaysia kita masih ada yang tolong menolong dan bantu membantu. Kalau dah nama hati perut komunis, memang tak pernah berubah, KEJAM!! | ||
VIDEO!! FAUZIAH THORON TERINGIN MASUK MASTER CHEF MALAYSIA Posted: 15 Nov 2011 07:00 AM PST Video ini adalah hasil daripada kebodohan seorang MP PKR yang cuba memperbodohkan rakyat Kuantan dengan meghasilkan video klip masakan yang menunjukkan semua jenis bahan bahan di cemari oleh radiasi dari projek Lynas di Gebeng.. Sebelum ni banyak sesi penerangan oleh pihak Lynas sendiri mengenai tahap radiasi projek mereka,malah wartawan hebat TV3 Karam Singh Walia membalun secukupnya si Fauziah Thoron ni.tapi si Fauziah ni tetap dengan Kebodohan nya dengan menghasut fikiran rakyat supaya menentang projek Lynas tersebut.. Anda nilaikan la sendiri clip video di atas,adakah si Fauziah Thoron ni layak menjadi wakil rakyat. PMK NI LA JADINYA BILA ORANG KATA BODOH DIA P BUAT PARTI....MALU CUKUP MEMALUKAN This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | ||
PANAS!! Cabang PKR Lumpuh Lagi!! Posted: 15 Nov 2011 05:08 AM PST Gambar di sekitar majlis rasmi Ahli PKR PJS (Petaling Jaya Selatan) mengumumkan keluar parti!! Di laporkan hampir 180 orang ahli PKR PJS Bekas Ketua PKR PJS mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan PKR dan menyertai UMNO untuk meneruskan perjuangan Alif, Ba, Ta. Cabang PKR Petaling Jaya Selatan (PJS) mempunyai 17 ranting dan keahlian seramai +4,300 orang. Setakat ini 400 orang ahli PKR telah meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO. 200 lagi mungkin akan melakukan tindakan yang sama dalam masa terdekat. Suhaimi mengetuai selaku bekas Naib Ketua PKR PJS keluar parti dan menyertai UMNO. Di kawasan PJS, beliau amat popular di kalangan pengundi baru, dan beliaulah pengerak parti yang sentiasa aktif bersama pengundi muda. PKR hanya mengutamakan pembodek dan penjilat Anwar Ibrahim sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan tidak pandai membodek, pasti tidak akan dilayan oleh Anwar dan pemimpin atas PKR yang lain. Jadi melihat situasi berikut, mereka ini mengambil keputusan dengan meninggalkan parti PKR. Insyallah, berbekal dengan semangat baru, kesuraman UMNO di PJS akan diceriakan semula dengan kedatangan ahli-ahli baru yang sememangnya mahu berjuang bagi membantu masyarakat di PJS. Sumber gambar Mc ambil dari SINI. McTheory: Insyallah.. makin ramai yang sudah sedar dari kesesatan perjuangan PKR. | ||
PANAS SEH!! Wardina Jatuh Cinta Dengan Blogger Pro UMNO? Posted: 15 Nov 2011 02:09 AM PST
Nampaknya khabar angin Wardina nak jadi bertanding jadi MP bertiup kencang. Namun Wardina menafikan dalam Tweetnya baru-baru ini. Sedangkan hakikatnya dari dulu lagi ramai orang dok memerhatikan perangai sebenar si Wardina. Rapat benar dia dengan puak Pkr ni.. Dulu dia asyik bertweet dengan Adun dan Mp Pkr. Mula-mula ok lagi, lepas tu lama-lama mungkin dah terpengaruh sangat, Wardina mula menunjuk belangnya dengan menghantar tweet yang agak kasar kepada Kak Ijat, Menteri Wanita. Namun selepas tu, terdedah pula gambar Wardina di sebuah karnival anjuran Bersih 2.0. Selepas itu Wardina teruk diserang bertubi-tubi oleh blogger pro UMNO sehinggakan dia mengugut untuk menyaman para blogger jika masih menulis mengenai dirinya. Namun selepas beberapa lama mendiamkan diri dari kontroversi, kini Wardina seolah-olah mencabar para Blogger pro UMNO untuk menyerangnya semula. Kenapa agaknya dia usik kita ni? Gila glamor ka apa? Kali ni nampaknya Wardina saja cari pasal? Dia kata kita suka dia? Apakah Wardina yang suka kat Blogger Pro UMNO ni? Asyik-asyik nak cuit aje memanjang. Wardina suka kat blogger yang mana satu? Mai habaq mai sat. lagi cerita Panas pasal Wardina sambung baca di Keris Lok 7 McTheory: Blogger Pro UMNO lagi bagus dari blogger haprak Pakatan.. | ||
TUDIAA!! Rakyat Kedah Bising Pasai Jalan BerLubang La Pulakkkk!! Posted: 14 Nov 2011 11:10 PM PST kenderaan terpaksa beratur di jalan laluan masuk ke pintu ke dua Hospital Sultan Abdul Halim, jalan berhadapan dengan projek pertanian Lembah Jerai..(projek Kerajaan Negeri Kedah)..yang sering di lakukan EXPO. pertanian Kerajaan Negeri Kedah Merbahaya keadaan jalan yang berlubang Jalan Berkenaan berada berhadapan dengan projek peratanian Kerajaan Ni apa ni? Jalan ka kolam tadah air untuk SADA? Besaqnya lubanggg.. Kalau pakai sport rim ni mau bengkok habis la. Mana pi duit peruntukan jalan yang kerajaan pusat berikan kepada kerajaan negeri pada bajet yang lepas? Kata ada berpuluh juta lagi. Awat tak boleh guna pakai sikit untuk turap jalan ni? Main banyak la puak ni.. Gunakanlah untuk bantu keperluan rakyat. Turap jalan bagi elok balik, ni baru satu tempat. Ada banyak lagi jalan berlubang teruk kat Alor Setar ni. Takkan nak tunggu orang bising baru nak buat? Dok simpan duit jalan tu kata masukkan dalam tabung amanah. Tabung Amanah mana yang hangpa simpan? Atau nak guna duit tu untuk PRU 13 ni kot. Sebab tu simpan sampai tak keluar-keluar. Nak tau cerita lanjut pi baca kat Media Kedah | ||
PANAS!! Cerita Kain Nurul Izzah Bakal Terlondeh!! Posted: 14 Nov 2011 08:05 PM PST 1- Mydin, Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), setelah menunggu dan berdiam sekian lama akhirnya semalam mengadakan sidang akhbar khas di Gudang Kelana Jaya. Rupa-rupanya mereka sedang menunggu laporan makmal. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersama pembekal membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka bahawa barangan mereka adalah berkualiti dan tidak seperti didakwa oleh Tony Pua. Ameer berkata tuduhan Pua tidak berasas dan "separuh benar" kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah. "Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu," - berang Datuk Ameer 2- Jikalau telah lengkap dengan laporan makmal, bermakna Tony Pua dan Dr Zulkifli akan terlondeh seluar dan Nurul Izzah akan terlondeh kain menunggu saman dari Mydin dan pembekal-pembekal. Mydin mesti mewakili semua pembekal-pembekal untuk menjaga integriti Mydin. Sekarang kita menunggu Perang Mydin-PKR. DS Najib mungkin boleh berehat bab kedai KR1M. Pesatuan Penguna tak mahu masuk campur ka, kerana Tony Pua telah membohongi pengguna-pengguna Malaysia? H Halem | ||
PANAS LAGI!! Makin Ramai Pulak Ahli PKR Keluar Parti!! Posted: 14 Nov 2011 05:08 PM PST Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang. Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut. Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim. Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi. AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat. Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju. Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan. Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN). Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat. "Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya. Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat. "Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai. "Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya. Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan. Perjuangan UMNO dan BN dalam usaha untuk membela rakyat lebih meyakinkan, katanya. - Utusan McTheory: Awat makin ramai keluar ni? Nanti PKR nak ada sapa? heh.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment