Kedah Ke KL - MctHeory |
- GEMPAR!! Terbukti Anwar Ke Mekah, Tapi Benar ke Menunaikan Ibadah Haji!!
- TUDIAAA!! Bukti Pakatan Haram Fitnah Lagi!!
- KASI PANAS!! Pas Sokong Cina Jadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri!!
- PANAS!! Anwar bersama Ambiga dan Majlis Peguam Sokong LGBT
- KASI PANAS!! Penipuan Anwar Mengenai Pembelian Ahli Parlimen 16 Sept. - YB Zul Nordin
GEMPAR!! Terbukti Anwar Ke Mekah, Tapi Benar ke Menunaikan Ibadah Haji!! Posted: 04 Nov 2011 10:45 AM PDT Anwar kata dia dah pergi dua kali ke Mekah untuk menunaikan haji. Biar betul ni? Mc yang PEMINAT SETIA Anwar ni pun tak percaya Anwar dah naik haji dua kali.. baca kenyataan anwar dalam blognya pada gambar di bawah Pelik juga selalu orang pergi menunaikan ibadah haji ni dalam 40 hari tapi kenapa anwar pergi dalam masa 1 hari boleh dapat gelaran haji?? lihat foto dibawah anwar semasa di jakarta Cepat benar Anwar buat haji, tak kan buat haji tak ikut rukun haji..bila masa berwukuf di Arafah,bermalam di mudzalifah dan mina.melontar jamrah lagi..kalo di ikutkan perbezaan masa antara mekkah dan jakarta adalah 4 jam Penerbangan antara Jeddah dan Jakarta mengambil masa selama 10-12 jam..jadi bila masa Anwar naik pergi buat ibadah haji? McTheory: Anwar ada kuasa Supernatural ke? hehe.. |
TUDIAAA!! Bukti Pakatan Haram Fitnah Lagi!! Posted: 04 Nov 2011 08:21 AM PDT Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar. "The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik. Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu. Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily. Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000. Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat. Sumber ni Mc ambil dari SINI Tweet DS Najib yang menafikan tentang perkara terkutuk tersebut. Pendedahan yang berniat jahat kononnya DS Rosmah dan anaknya bershopping sakan di Australia.. McTheory: Apa lagi yang puak Pakatan Haram jadah ni tahu, selain dari membuat fitnah, seks dan cakap kosong? |
KASI PANAS!! Pas Sokong Cina Jadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri!! Posted: 04 Nov 2011 02:07 AM PDT Mc nak rasis, tapi Pas punyala benci dengan melayu, sampai sanggup memberikan jawatan Ketua Menteri kepada cina semata-mata untuk menafikan UMNO! Nauzubillah.. apakah Pas dah gila atau sakit mental? Demi politik mereka sanggup gadaikan segalanya, mereka pandang politik lebih tinggi berbanding agama dan bangsa. Puak ni dah bangang tahap kritikal. Andaikata Pas memerintah Malaysia. Bersedialah kita, mereka akan gadaikan segalanya demi kepentingan politik mereka. McTheory: Puak Pas ni bangang tahap longkang sebenarnya.. |
PANAS!! Anwar bersama Ambiga dan Majlis Peguam Sokong LGBT Posted: 03 Nov 2011 11:08 PM PDT Akhirnya pihak polis mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka yang didalangi oleh Majlis Peguam dan SUARAM. Akhirnya Nik Abdul Aziz turut menyuarakan tentangannya terhadap festival berkenaan. Begitu juga dengan Pemuda PAS. Yang tidak menentang cumalah Anwar Ibrahim, PKR dan DAP. Namun yang paling jelas sangat hendak menjadi juara kepada perjuangan menuntut kesamaan hak buat golongan seks bebas adalah Majlis Peguam dan SUARAM. LBGT dan perjuangannya sebenarnya bukan lagi perkara enteng yang bersifat remeh. Dengan sokongan daripada kuasa-kuasa besar, seks bebas dan seks sesama jenis sedang menempuhi fasa yang lebih menyenangkan dengan bermodalkan demokrasi. Sesebuah negara tidak demokrasi jikalau tidak membenarkan seks sesama jenis. Sesebuah negara dianggap kuku besi dan tidak bertamadun kerana menghukum para pengamal seks bebas dan seks sejenis, terutama sekali dengan hukuman mati seperti Iran. Dalam dekad kebelakangan ini, Majlis Peguam merupakan antara pendesak paling kuat untuk meliberalkan masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang mereka pandang sebagai elemen demokrasi dan kebebasan. Majlis Peguam Malaysia sebelum ini merupakan antara penyokong kuat perhimpunan BERSIH 2.0 tetapi memberi komen yang negatif terhadap HIMPUN. Majlis Peguam Malaysia juga merupakan pihak yang paling lantang memperkatakan tentang kebebasan beragama dan mendesak agar mereka yang menganuti agama Islam juga dibenarkan keluar dari agama itu tanpa sebarang hukuman, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap peguam yang juga merupakan ahli Majlis tersebut yang telah memurtadkan orang Islam seperti yang berlaku kepada Aisyah Bukhari. Pakatan Rakyat dan segala bala tentera mereka yang terdiri daripada NGO semakin menonjolkan isu kebebasan seksualiti apabila Anwar Ibrahim diheret ke muka pengadilan kerana melakukan perbuatan di luar tabii. Laungan tentang kebebasan berseksual dibuat untuk menghalalkan perbuatan liwat yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Penglibatan Anwar Ibrahim dalam meliberalkan dan meringankan pandangan terhadap perbuatan keji tersebut, amat ketara sungguhpun sehingga sekarang, Anwar belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Seksualiti Merdeka. Selain Majlis Peguam dan SUARAM, turut sama terlibat dalam SEKSUALITI MERDEKA adalah EMPOWER, MARINA CHIN ABDULLAH, AMBIGA SREEVANASAN dan XAVIER JEYAKUMAR. Kesemua mereka ini merupakan tulang belakang Anwar Ibrahim. Mereka ini sangat aktif apabila Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan seksualiti. Inilah juga golongan yang menggunakan Pakatan Rakyat untuk memastikan seks bebas merupakan rukun di negara ini. Anwar Ibrahim mungkin tidak kelihatan dalam Festival Seksualiti Merdeka, tetapi kita boleh meneka mengapa Festival tersebut diadakan pada penghujung perbicaraan liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya. Motif festival tersebut amat mudah difahami iaitu untuk menunjukkan perbicaraan liwat dan keputusan perbicaraan yang sekiranya tidak berpihak kepada Anwar, membuktikan Malaysia mendiskriminasi golongan songsang itu. SEL 13 |
KASI PANAS!! Penipuan Anwar Mengenai Pembelian Ahli Parlimen 16 Sept. - YB Zul Nordin Posted: 03 Nov 2011 08:08 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment