Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANAS!! Ahli Parlimen Gaduh Dalam Parlimen Sebab Hal Kenaikkan Elaun!!
- PANAS!! MB MANA YANG ADA 2 BINI DI TANGKAP KHALWAT????
- GEJUT KEDAH! Ahli Pas Kuala Muda Keluar Parti!!
- TUDIAA!! Pas Cemburu DS Najib BERMESRA dengan Komunis!!
- PANAS! Menu Makanan 1 Malaysia, Milo Suam kena pijak lagi!!
- GEMPAR!! Kunjungan DS Najib ke UIA disambut demontrasi??
PANAS!! Ahli Parlimen Gaduh Dalam Parlimen Sebab Hal Kenaikkan Elaun!! Posted: 25 Oct 2011 08:09 AM PDT Kadang2 tengok ahli-ahli parlimen ni macam budak2 sekolah pun ada... heh.. | ||
PANAS!! MB MANA YANG ADA 2 BINI DI TANGKAP KHALWAT???? Posted: 25 Oct 2011 06:09 AM PDT
"BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu. Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa. MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan. Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya. Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur. Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu. Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan." MB NEGERI MANA TU YANG KENA TANGKAP TU?DIKHABARKAN KES NI DIAM CAM TU SAJA DAN TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH.?BILA MB KENA TANGKAP JABATAN AGAMA DIAM SAJA KA?APA KERJA HAMPA?BILA ORANG LAIN KENA TANGKAP HABES SEMUA PAPER MASUK..BILA MB KENA HAMPA DIAM..SEELOK ELOKNYA BAWA REPORTER SKALI BARU LA TAU SAPA MB TU.. PMK NAK KAHWIN 4 PUN AKU X KESAH,TP YG SALAH TETAP SALAH. | ||
GEJUT KEDAH! Ahli Pas Kuala Muda Keluar Parti!! Posted: 25 Oct 2011 03:08 AM PDT Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini. Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria. Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO. Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat. "Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO. "Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian. Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini. - Utusan Untuk pengetahuan pada yang taktau. Kawasan Kuala Muda ni, kawasan kuat Pas. Kubu kuat tahap kronik. Hinggakan simpang lampu isyarat, petak besar tu depa cat bendera Pas. Apa depa ingat bapak depa buat jalan kot. Ura-ura geng ni nak keluar parti, dah lama Mc dengar. Cuma masih teragak-agak. Tapi rasanya, ni bukan kumpulan yang pertama dan terakhir keluar parti. Akan ada peringkat seterusnya.. Tunggu dan lihat. McTheory: Kawasan hitam, sudah boleh dikelabukan.. | ||
TUDIAA!! Pas Cemburu DS Najib BERMESRA dengan Komunis!! Posted: 25 Oct 2011 12:08 AM PDT Tah apa la masalah dengan si Deris Hitam ni. Tak sudah2 nak pertikaikan MoU UMNO dengan PKC pada tahun 2010 dulu. Apa sebenarnya yang si Deris ni tak puas hati? Jealous dalam bahasa melayu atau cemburu dalam bahasa englishnya. hehe.. Berapa kali nak terangkan, MoU UMNO dengan PKC adalah perjanjian diantara parti pemerintah China dan parti pemerintah Malaysia. Masing2 boleh bertukar pendapat, tukar pandangan. Sebab PKC punya cara pemerintahan dan layanan mereka terhadap pembangkang kat China sana, boleh tahan kerasnya. Kalau tak salah Mc, Singapork juga ada MoU dengan PKC. Cuba tengok macam mana PAP mengawal parti pembangkang Singapork? Nak buat demo? Berkumpul lebih 5 orang pun dah kena angkut masuk lokap. Tindakan keras mereka menyebabkan pembangkang tunduk dan tak berani nak bersuara. Nak sentuh isu sensitif? Belum cakap dah masuk ISA kot. he he.. PKC dan PKM bezanya banyak, kalau negara China masih mengamalkan sistem dan ideologi komunis sampai sekarang, rasanya Malaysia takkan bersahabat dengan mereka. Bukan kata Malaysia, dunia pun takkan menjalinkan hubungan dengan negara China. Tetapi selepas mereka membuka negara mereka dengan dasar2 baru. Barulah negara2 luar datang melabur dan menjalinkan hubungan dengan negara China dan PKC. Jadi tak salah jika UMNO menjalinkan hubungan dengan PKC. Apa Pas sangat cemburukah bila melihat DS Najib buat MoU PKC? Atau Pas hanya mahu memainkan isu ini disebabkan mahu tengelamkan isu Mat Indera? Baru-baru ni DS Najib telah membuat kenyataan, dengan mengatakan pihak Polis ada video bukti pengakuan Mat Indera kepada polis bahawasanya dia adalah pejuang PKM. Malah dia mengaku dia telah membunuh polis-polis dan askar-askar melayu semasa dia menganggotai PKM. Pengakuannya ini juga di akui oleh kepala perang PKM sendiri iaitu Chin Peng dalam tulisannya yang menyebut, Mat Indera ini seorang pejuang PKM yang gagah berani dan tersohor dikalangan komunis melayu. Ini berbeza dengan kenyataan Pas dan Mat Sabu yang menyokong Mat Indera dengan mengiktirafnya sebagai pejuang kemerdekaan. Tuan punya badan mengaku komunis, ketuanya pun setuju bahawa Mat Indera komunis, siapa Pas yang nak mempertikaikan segala fakta dan bukti yang ada? Apakah Pas lebih komunis dari komunis? Sebab tu Pas sokong komunis? McTheory: Paling penting, rakyat takkan lupa apa yang Mat Sabu cakap mengenai perjuangan Polis di Bukit Kepong, si komunis di angkat, polis terus dihina!! | ||
PANAS! Menu Makanan 1 Malaysia, Milo Suam kena pijak lagi!! Posted: 24 Oct 2011 09:08 PM PDT Sebenarnya Mc dah lama nak tulis pasal isu ni, berikutan isu ni telah tersebar sejak si blogger paling popular dari puak Pakatan telah menulis mengenai harga makanan di restoran 1Malaysia dan mempermainkan isu tu, sambil di sambut oleh dua tiga ekor blogger sebelah sana. Blogger GWM menjawab balik fitnah Milo Suam dengan bahasa yang sepadan. Dibawah adalah artikel dan tulisan dari blogger Milo Suam yang bernama Rejam, nama pun macam syaitan yang di Rejam. Confirm geng baik dengan syaitan lanih. Almaklumlah, penganut Pas ni dengan syaitan depa halal berkawan. Baca cerita dibawah, HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia. Bagi mengesahkan dakwaan tersebut, semalam ReJaM© bersama beberapa orang rakan telah melawat sendiri restoran tersebut di Lorong Medang Tuanku Satu, Kuala Lumpur. Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik. Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan harga RM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap. ReJaM© memilih untuk makan nasi dengan sedikit lauk daging masak kari dan telur sambal bersama dengan air teh O ais. Lihat gambar di atas. Ini bermakna lauk yang ReJaM© pilih jauh lebih murah berbanding makanan yang ditawarkan di dalam banner tersebut. Malangnya harga yang terpaksa dibayar lebih kurang serupa sahaja dengan harga kedai-kedai lain. Lihat resit di bawah ini, ReJaM© dikenakan bil sebanyak RM5.70 untuk nasi campur (RM4.50) dan Teh O Ais (RM1.20). Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia". Sudah baca artikel ... lihat pula gambar-gambar yang diambil ... perhatikan kotak-kotak merah yang di highlight ... Nampak apa-apa perbezaan? Nampak Bengong betul blogger pakatan haram ni ... Bang ... menu sudah tertulis, lu pun dah tulis nasi + lauk daging / ayam / ikan + sayur + papadom + air sirap = RM 3.00 (package price / harga pakej) Lu pegi melantak nasi + 2 ketul daging + telur sambal + teh o ais ... harga pakej dalam menu ke bang? Of course lah harga lain ... Astaghfirullahl'azim! Reti ke baca menu ni dalam standing banner? Menu Rakyat 1 Malaysia offer package price (harga pakej) ... package price! Sama juga jika kita pesan McDonald Value Meal. Jika beli Big Mac, Coke dan French Fries secara berasingan, harga pun berasingan dan mahal ... lu tak faham terminologi harga pakej ke Milo suam!! Sambung baca sini Milo Suam ni Melayu ka Bangla? atau Nepal? Sebab bahasa kebangsaan pun dia tak pandai baca. Terang dan jelas menu tu ikut package, lagi nak nak buat kecoh. Bodoh sokmo mu nih nate.. McTheory: Buat penat Pakatan bela blogger benok macam dia nih.. | ||
GEMPAR!! Kunjungan DS Najib ke UIA disambut demontrasi?? Posted: 24 Oct 2011 06:08 PM PDT KUALA LUMPUR Okt. - Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi. Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari. SSM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab lagi. "Kita akan minta Perdana Menteri beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya beliau dapat gesa Kementerian Pengajian Tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik." Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November. Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik. Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil Menteri Pengajian Tinggi di bangunan sama. Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia. Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama. Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam. Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat. Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz. - KLpos Beruk-beruk import ni pasti akan buat kacau di UIA. Namun Mc tak hairan akan kewujudan mereka, sebabnya golongan student yang seperti ini, tak ramai. Ni semua golongan yang dapat pointer cukup2 makan saja. Mak bapa hantar suruh belajar, tapi mereka ni jadi beruk sokong pembangkang. Ini semua hasutan dan hasil didikan AMK Pkr dan pemuda Pas yang sering mengrekrut student untuk menjadi mangsa permainan politik mereka. Yang student, bodoh2 ni pun, ikut saja apa yang di suruh. McTheory: Buat malu muka mak bapak saja, kalau kena tangkap. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment