Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANAS!! Kabinet Bayangan Keluarga Penipu Rakyat!!
- KANTOI!! Pengundi HANTU UMNO dijumpai??
- PUNGGAH!! Apa dah jadi? Projek Pertanian Kedah, bungkuih?
- MAMPUIH!! Blogger Pas Kedah HINA Blogger UMNO Kedah!!
- TUDIAA!! PRU ke 13 ni UMNO Kedah Bungkuih lagi??
- GEMPAR! Gambar Anak Gaddafi dalam tahanan sebelum di bunuh!!
- PANAS!! Call Girl Servis klik 'LIKE' sini!!
PANAS!! Kabinet Bayangan Keluarga Penipu Rakyat!! Posted: 23 Oct 2011 08:13 AM PDT Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Dr. M.Kayveas tidak hairan sekiranya pakatan pembangkang masih terus berdiam diri dan tidak mengemukakan nama-nama bagi mengisi kabinet bayangan yang pernah mereka utarakan. Katanya, tindakan sekutu pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang masih tidak menamakan anggota mereka untuk mengisi kabinet sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang bukanlah satu taktik politik. "Kita tak payah terkejut dengan apa yang mereka lakukan kerana tentunya hanya ada tiga keluarga saja yang akan menduduki kabinet bayangan iaitu keluarga Anwar Ibrahim, keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Sebelum ini, pakatan pembangkang pernah menyuarakan bahawa mereka sudah mempunyai kabinet bayangan yang akan dikemukakan sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13. "Kita sendiri tengok sekarang dalam parti mereka mana ada orang lain yang berkuasa selain tiga keluarga dengan anak isteri masing-masing jadi tentunya jawatan-jawatan dalam kabinet juga akan diletakkan kepada nama-nama terbabit tidak kiralah sama ada Anwar atau Kit Siang yang jadi Perdana Menteri." "Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa beliau enggan menjadi Perdana Menteri dan sekiranya dilihat trend sekarang ini tidak mungkin jawatan tertinggi tersebut akan diserahkan kepada Hadi Awang," katanya. Bidas beliau lagi, politik pembangkang adalah politik yang tidak melihat kepada masa hadapan sebaliknya lebih berteraskan kepada kepentingan keluarga sendiri. "Inilah politik tak boleh pakai yang digunakan oleh pembangkang sedangkan jika dilihat dahulu para pemimpin inilah yang lantang menuduh kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nepotisme dan kronisme dan hari ini mereka sendiri telah mengaplikasikan apa yang pernah mereka tuduh pada BN." Jelasnya, sekiranya pemimpin sedemikian dibiarkan menjadi pentadbir apatah lagi sebagai ketua negara maka tentunya Malaysia akan hancur dan lebih teruk lagi, nama negara di persada antarabangsa akan buruk. Ketika ini, Anwar adalah Penasihat Umum PKR, isterinya Wan Azizah Wan Ismail menjawat Presiden manakala anaknya Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR sementara Kit Siang yang pernah menjadi Pengerusi DAP mewariskan kepimpinannya kepada Lim Guan Eng yang menjawat Setiausaha Agung sementara menantunya iaitu isteri kepada Guan Eng, Betty Chew pula adalah Adun Kota Laksamana di Melaka. Selain dikuasai keluarga Kit Siang, DAP juga dikuasai keluarga Karpal Singh di mana Karpal adalah Pengerusi DAP, anaknya Gobind Singh Deo merupakan Setiausaha Biro Guaman Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Puchong dan seorang lagi anaknya, Jagdeep Singh Deo adalah Adun Datuk Keramat, Pulau Pinang. - MediaUMNO | ||||
KANTOI!! Pengundi HANTU UMNO dijumpai?? Posted: 23 Oct 2011 06:08 AM PDT
Menarik cerita ni, taktau la belah mana yang kantoi. Puak sebelah sana nak kantoikan UMNO, tapi rasanya puak depa yang kantoi kot. Seorang pengundi baru di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Langkawi yang di tuduh sebagai pengundi hantu telah tampil membuktikan tuduhan yang di lakukan oleh geng PR kawasan tersebut ke atas dirinya. Pengundi baru tersebut yang bernama Yusri Che Zainol (34 tahun ) melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila ada pihak tertentu dalam PR cuba mempertikai hak beliau sebagai pemilih. Sedangkan setiap rakyat di negara ini berhak memilih siapa pemimpin mereka. Saudara Yusri telah menetap di kawasan itu (Taman Nilam Langkawi) sejak 3 tahun lalu, terkejut apabila kira-kira seminggu lepas dia mendapat notis serahan tangan meminta beliau menghadiri perbicaraan awam yang di kendalikan SPR Kedah di pejabat Daerah Langkawi pada 21/10/2011. Oleh kerana perbicaraan itu, dia terpaksa meminta cuti untuk menghadiri perbicaraan yang mempertikai status sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat. Turut menemani Saudara Yusri pada perbicaraan itu adalah Adun Ayer Hangat Yb Mohd Rawi Abdul Hamid dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Langkawi, saudara Mansor Bahari. Pada masa yang sama Yb Mohd Rawi Abdul Hamid meminta SPR menyemak semula prosedur bantahan yang di dakwa beliau longgar dan membuka ruang-ruang kepada individu yang tidak bertanggung jawab (PR la tu..) mengatur strategi menggugurkan nama pengundi daripada daftar pemilih. - Media Kedah Punya la pulun nak kantoikan SPR kata ada UMNO bawa pengundi hantu, rupanya bukan hantu, memang betui orang. Apa punya turr la puak sana tu. McTheory: Jenis tak boleh tengok orang senang.. | ||||
PUNGGAH!! Apa dah jadi? Projek Pertanian Kedah, bungkuih? Posted: 23 Oct 2011 03:08 AM PDT
Apa dah jadi ni? Baru beberapa bulan Projek Pertanian yang KONONnya gah sangat tu, nampak macam seropa nak bungkuih saja. Takkan takdak aktiviti lain yang boleh support kot. Planning main serbu saja ka? Atau jenih asal boleh saja ni. Rakan blog di Media Kedah mendedahkan apa yang berlaku pada projek pertanian peringkat negeri Kedah ini. Maka untuk memutar belitkan pemikiran orang-orang kampung dengan projek kerajaan Negeri Kedah..maka telah di buat road show menceritakan kejayaan mereka pada penduduk kampung.padahal expo ni di adakan untuk menutup isu MB Kedah (Tok Zan) yang telah berjanji pada orang kampung Padang Terap pada 26/05/2011 dalam majlis Mesra Rakyat yang di adakan di Dataran Pekan Naka....Tok Zan berjanji,,kerajaan negeri melalui Kedah Agro akan membeli hasil buah-buahan orang kampung,terutamanya buah rambutan untuk di jadikan produk rambutan dalam tin... Tapi setelah musim buah hampir sampai ke penghujung,,tak nampak seorang pun dari wakil kerajaan Negeri atau wakil Kedah Agro datang untuk membeli hasil buah-buahan orang-orang kampung,,rambutan orang-orang kampung terbiar sehingga busuk..setelah itu orang-orang kampung telah lakukan satu bantahan secara aman terhadap MB Kedah kerana memungkiri janji yang di adakan pada bulan Ramadhan baru-baru ni,bertempat di Pekan Naka. Expo usahawan pertanian dan asas tani ini di adakan di peringkat Parlimen Padang Terap dari 19 oct sehinggalah 22 oct 2011..yang memalukan di khabarkan di hari pertama kehadiran lebih kurang 50 orang,,pada hari terakhir pulak kehadiran tidak sampai 100 orang..orang kampung sudah muak dengan janji-janji kerajaan negeri Kedah......Di khabarkan produk rambutan dalam tin yang di pamerkan dlm expo itu,,adalah hasil dari Thailand dan di labelkan semula sebagai produk buah-buahan yang telah di kumpulkan di pusat .pengumpulan hasil produk pertanian Lembah Jerai.. sambung baca SINI Ni boleh dikatakan projek ni bungkuih la dalam erti kata.. he he.. McTheory: Apa kata bungkuih sekali dengan Pas Kedah dan Ostat Jijan.. | ||||
MAMPUIH!! Blogger Pas Kedah HINA Blogger UMNO Kedah!! Posted: 23 Oct 2011 12:08 AM PDT Mc ada baca satu blog penyokong kerajaan negeri Kedah (blog Pas Kedah). Penulisnya membuat komen yang agak sombong menganggap dialah diantara blogger Kedah paling tersohor kononnya, dengan ayatnya yang mengatakan blogger Kedah Pro UMNO sekarang ni, semuanya ranking dah jatuh teruk, disebabkan rakyat Kedah tidak lagi memilih untuk membaca blog Kedah pro UMNO. Bagi Mc ini satu kenyataan yang melampau dan merendahkan taraf blogger pro UMNO di Kedah. Apakah blogger pro UMNO Kedah nak biarkan perkara ini terus berlaku atau nak bangkit buat sesuatu bagi mengubah keadaan yang sedia ada sekarang? Oit.. hangpa dah kena kutuk ni, takkan tak bara kot? Bangun oii bangun.. Tapi Mc juga salah seorang wakil blogger Kedah. Rasanya blog Kedah Ke KL lagi baguih dari blog Kedah La Ni kot..he he.. Mc ni sara blog pakai poket sendiri, depa sana, ada support elaun tiap2 bulan, tapi tak la tera mana sangat. Tu pun dok kata depa baguih kot tu la. McTheory: dah kena kutuk, takkan nak tengok saja kot? | ||||
TUDIAA!! PRU ke 13 ni UMNO Kedah Bungkuih lagi?? Posted: 22 Oct 2011 09:08 PM PDT Ada satu kumpulan yang mengelarkan diri mereka Istiqlal Center. Mereka ni sebuah badan bebas yang terdiri dari sukarelawan IPT selesai menyiapkan sebuah kajiselidik berhubung 'Sikap Politik Terkini Rakyat Kedah' berhubungan dengan pasca Bajet 2012 di seluruh negeri Kedah. Kumpulan yang menamakan diri mereka Istiqlal Center itu telah menemui 1440 rakyat Kedah secara rambang tetapi masih mengikut peratusan kaum yang terdapat dalam satu-satu kawasan DUN. Antara beberapa penemuan agak menarik dalam kajiselidik tersebut ialah: 1) PAS 'kalah' di 3 kerusi DUN iaitu Jeneri, Bukit Lada dan Ayer Hitam, di samping mengekalkan kesemua yang dimenangi pada PRU 12. 2) BN 'kalah' di 4 kerusi DUN iaitu Derga, Gurun, Guar Chempedak dan Bakar Bata, di samping mengekalkan semua kerusi yang dimenangi PRU 12. 3) Sekali imbas faktor 'luar bandar dan bandar' dan 'komposisi kaum' menjadi faktor yang ada hubungkait. Misalnya BN amat sukar memenangi kawasan di mana majoriti bukan Melayu melebihi 20%. Bakar Bata misalnya mempunyai bukan Melayu 30%, meletakkan Datuk Bashah dalam keadaan sukar kalau masih mahu bertahan di situ. 4) Umumnya sokongan rakyat terhadap PAS/PR dalam konteks memerintah Kedah adalah seperti berikut: Maklumat yang Mc dapat di atas Mc ambil dari blog Pas Kedah. Mc bukan nak suruh kita yang baca ni percaya, tapi Mc nak bagitau, depa kat sana dah mula psywar terhadap orang UMNO/BN. Apa mereka harap dengan kabar dan berita macam ni, boleh membuatkan UMNO/BN Kedah lemah dan menyerah? Jangan pulak ada yang betui2 menyerah. Benda ni biasa la, ni di namakan reseach syok sendiri. Sendiri kaji, sendiri selidik, sendiri puji, sendiri tulis. Kemudian sendiri senyum sorang2, silap2 gila lagu tu la. Nak bagitau ni, Mc ada buat reseach pasal kumpulan IPT yang sukarela tu, jawapannya, nama kumpulan Istiqlal Center tu, dalam Malaysia ni tak wujud pun. Paling dekat cuma ada kat Jakarta. Takkan depa import tukang reseach dari Jakarta kot? Kalau kumpulan pun tak wujud, macam mana dengan reseach ni? Boleh pakai ka? Tak payah Mc bagi jawapan la, sendiri fikir. McTheory: memang puak Pas ni kaki pembelit. | ||||
GEMPAR! Gambar Anak Gaddafi dalam tahanan sebelum di bunuh!! Posted: 22 Oct 2011 06:05 PM PDT
Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), mengesahkan seorang anak Gaddafi, Mo'tassim juga terbunuh dan mayatnya dibawa ke Misrata, barat Sirte, tempat dia dan bapanya ditangkap lapor Reuters. Seorang doktor, Ibrahim Tika memberitahu televisyen Al Arabiya, Mo'tassim mati selepas kematian bapanya. "Terdapat kecederaan besar di dada dan bawah lehernya. Ada tiga kecederaan di belakang tubuh dan di belakang kaki. "Ada juga kesan tembakan pada kakinya, tetapi ia luka yang dialaminya beberapa hari lalu. "Keadaan pendarahannya membuktikan dia dibunuh selepas Gaddafi," kata Ibrahim. Detik-detik sebelum Mo'tassim dipercayai "dihukum mati" oleh kumpulan penentang. Motasim di tangkap ketika melarikan diri ke sempadan Niger. Kematiannya disebabkan hukum bunuh oleh pihak kerajaan sementara yang tidak mengendahkan arahan dari pucuk pimpinan. Selepas Gaddafi, habis pewarisnya pula diburu. Libya semakin haru-biru. McTheory: Al-Fatihah kepada si Mo'tassim.. | ||||
PANAS!! Call Girl Servis klik 'LIKE' sini!! Posted: 22 Oct 2011 12:38 PM PDT KUALA LUMPUR – Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran. Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan 'produk' mereka di laman berkenaan. Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***. Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan. Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima 'bekalan ayam'. Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana 'tidak menang tangan' melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota. Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat. "Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ," katanya pada Ahad lalu di sini. Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook. Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal 'teman-teman segera' yang terpilih. Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan. Selain akaun Facebook, 'Malaysia No 1 Call Girl Service' berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan 'perniagaan' mereka di blog rasmi mereka, 'No 1 Malaysia Escort Service 2011'. Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai 'lelaki hidung belang' yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. "Yes, Good service. Can do whatever u want" katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu. Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan 'perniagaan' tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya. "Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi. "I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?," komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut. "I call xdapat la.." kata kucing hodoh pula di dinding yang sama. Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah. –Mynewshub.my McTheory: Donia..donia.. macam2 hal pun ada.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment