Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANAS! Benarkah Perhimpunan Sejuta Umat Islam 'HIMPUN' GAGAL??!
- PANAS!! Aziz Bari nak masuk Dap Melayu?
- CISS!! Beruk-beruk Import Rupanya , Ingatkan Budak UIAM!!
- ISLE CARA PAS IALAH MENOLAK PERHIMPUNAN SESAMA UMAT
- TUDIAA!! Artis pun sokong HIMPUNAN SEJUTA UMAT ISLAM!!
PANAS! Benarkah Perhimpunan Sejuta Umat Islam 'HIMPUN' GAGAL??! Posted: 22 Oct 2011 08:14 AM PDT
Maaf Mc lambat update pasal HIMPUN ni, disebabkan kesihatan yang agak merosot. Namun secara ringkas yang boleh Mc katakan, Perhimpunan Sejuta Umat Islam ini mencapai tujuannya. Mengabung umat Islam tidak kira ideologi dan pendapat. Semuanya bersatu dengan satu tujuan iaitu mahu jenayah akidah umat Islam dibenteras. Lebih 10 ribu umat Islam berkumpul, walaupun pada mulanya di lihat agak 'lembab' sambutan namun setelah acara berjalan, bilangannya bertambah. Orang UMNO, orang Pas dan ahli2 yang mewakili NGO juga bersatu dan bersama dengan satu tujuan. Alhamdullilah.. Paling menarik apabila melihat Hassan Ali dan Mufti Perak Harussani bergandingan, bersatu demi menegakkan syiar Islam. Ini yang kita mahu, politik tolak tepi, Islam lebih penting dari segalanya. Pada yang hadir ke perhimpunan HIMPUN Mc ucapkah tahniah! Untuk mengetahui detail tentang acara ni, boleh ikuti di SINI McTheory: Bersatulah MELAYU demi Menegakkan ISLAM!! | ||||||
PANAS!! Aziz Bari nak masuk Dap Melayu? Posted: 22 Oct 2011 03:08 AM PDT
Ura-ura geram tindakan kerajaan, Profesor kangkung Aziz Bari di katakan mahu menyertai politik pembangkang dan menyertai Dap. Khabar angin yang sedang bertiup ini menandakan kemuncaknya peralihan profesion Aziz Bari dari ahli akademik menjadi ahli politik. Tapi yang peliknya kenapa pilih Dap, bukan Pas dan Pkr? adoii.. pening betul orang tua ni. Orang yang pilih Dap ni selalunya anti sistem raja di Malaysia. McTheory: Kalau berita ni betul pun peduli apa.. | ||||||
CISS!! Beruk-beruk Import Rupanya , Ingatkan Budak UIAM!! Posted: 22 Oct 2011 12:08 AM PDT Kalau mengikut sumber dari blog MPP. Beruk-beruk yang dok berdemo ni sebenarnya bukan pelajar UIAM pun. Ada yang di import dari UKM, UM, UPM, KUIS dan ada dari beberapa U lagi, yang amat popular dengan masalah pelajar serupa beruk macam diorang ni la. AMK PKR di percayai mengimport beruk-beruk ni untuk membuat kacau di UIAM berlakon yang kononnya pelajar UIAM sendiri berdemo untuk membela Aziz Bari. Sedangkan pelajar UIAM sendiri mengakui, dari berdemo terkinja2, baik mereka tidur atau study lagi baik. Kalau ada yang join pun hanya beberapa orang saja. Lainnya takut kena tangkap, kena hukum, kena gantung U menyesal pula. Kalau tak salah Mc, yang bukan pelajar dan penyokong PKR pun ada kat sana. Saja buat tambah nampak ramai. Patut halau saja si beruk2 ni dari buat kacau, tapi paling tak boleh tahap laporan dari TheMalaysian Insiders dan Malaysiakini yang mempropa kata pelajar pelajar UIAM berdemo, sedangkan mereka ini hanyalah BERUK IMPORT! McTheory: Woitt.. balik study lagi bagus la oitt.. | ||||||
ISLE CARA PAS IALAH MENOLAK PERHIMPUNAN SESAMA UMAT Posted: 21 Oct 2011 09:08 PM PDT Perpaduan kaum di sebalik kisah NatrahESOK hari Sabtu 22 Oktober 2011, akan menjadi hari Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) yang aman buat pertama kali bagi orang Islam setelah berlalu 60 tahun sejarah memurtadkan Natrah oleh penjajah. Kecuali isu murtad, banyak bezanya himpunan ini dengan apa yang ada dalam sejarah Natrah. Apa hebatnya sejarah Natrah? Apa kaitannya sejarah agenda penjajah memurtadkan Natrah dengan perpaduan antara kaum? Sejarah Natrah sebenarnya adalah sejarah yang sangat istimewa - bukti cintakan agama bagi bangsa Melayu dan India Muslim ketika itu. Sejarah Natrah juga adalah bukti perpaduan orang Melayu yang berbeza fahaman politik, berbeza latar belakang pendidikan dan berbeza status kedudukan - bergabung membela agama yang dihina penjajah sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri tahap tertinggi iaitu nyawa mereka sendiri. Setelah 60 tahun berlalu, apa jadi kepada perpaduan orang Melayu ini? Nampaknya dalam isu murtad yang begitu aggresif terhadap orang Melayu kini, ia belum berjaya menghimpunkan atau menyatukan pelbagai perbezaan kedudukan orang Melayu hari ini untuk bersatu membela Islam. Sehingga rencana ini ditulis - Parti Pas terang-terangan menolak untuk bersama Himpunan ini, padahal isu murtad jelas berkepentingan Islam yang dikatakan diperjuangkan oleh Pas. Sejarah Natrah juga menjadi bukti gabungan semangat kerjasama dan perpaduan luar biasa kepada bangsa-bangsa yang bergabung dengan Melayu atas nilai-nilai murni sejagat dan hak asasi manusia. Ketika itu dengan rela hati, tanpa ada kepentingan diri bangsa-bangsa Cina, India dan Serani ikut berjuang menentang penjajah Inggeris yang menzalimi hak asasi anak kecil bernama Natrah. Sekiranya kita menyemak kembali isu perpaduan bangsa ini, selepas 60 tahun sejarah itu berlalu, kita hairan melihat betapa biadapnya kini sesetengah bangsa bukan Melayu ini mempersoalkan hak kedudukan Melayu, hak kedudukan raja/sultan mahupun hak Islam sebagai agama rasmi yang ada di dalam Perlembagaan. Kalau dulu kita pernah berlaku jujur dan bersatu menentang musuh yang satu yakni penjajah dalam sejarah Natrah. Kenapa bangsa Melayu kini diasak pula dan dianggap sebagai musuh? Padahal tiada bangsa sebaik Melayu yang memberikan hak kewarganegaraan semudah itu dan tiada bangsa semulia Melayu dalam hal kompromi dan tolak ansur. Sebagai imbasan kembali betapa hebatnya penyatuan Melayu dan bangsa-bangsa lain dulu, lihatlah bukti semangat berkorban ketika rusuhan Natrah. Dalam senarai 14 kematian di tempat kejadian pada hari pertama yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times 13 Disember 1950 - lima kematian adalah daripada bangsa Cina dan India, tiga orang bangsa Melayu manakala selebihnya adalah bangsa Eropah. Dalam senarai 138 orang yang cedera dalam kejadian rusuhan itu - 52 orang berbangsa China, 19 Melayu, 14 India, 11 Serani sementara selebihnya seramai 42 orang adalah bangsa Eropah. Bagi saya sebagai pengkaji sejarah ini, gabungan bangsa-bangsa yang sanggup mati dalam sejarah Natrah ini adalah perpaduan luar biasa dan cukup hebat bagi sebuah negara yang belum lagi merdeka ketika itu. Unsur perpaduan yang jujur dan kukuh ini telah wujud begitu lama - 60 tahun lalu, lama sebelum kerajaan menjadikan slogan 1Malaysia, empat tahun yang lalu. Gelombang globalisasi, dunia tanpa sempadan - internet, telefon tangan - telah menukar corak budaya hidup dan pegangan agama generasi kedua bangsa Melayu, Cina, India dan Serani yang tidak kenal hidup susah dan tidak pernah tahu pengorbanan dan perpaduan antara bangsa dalam sejarah Natrah dulu. Musuh dari luar yang menggunakan media eletronik - tv, pawagam, internet dan komputer, dunia sukan dan hiburan sebagai agenda melunturkan pegangan terhadap akidah agama, termasuk Islam. Oleh itu struktur budaya, pemikiran dan pegangan terhadap agama berubah, kerana perubahan kemewahan hidup dan faham kebendaan yang mengambil tempat. Hal ini meresap masuk ke segenap aspek dan institusi kehidupan bangsa-bangsa besar Malaysia ini - sama ada politik, ekonomi, sosial mahupun institusi agama. Agenda musuh dari luar yang datang bersama globalisasi dalam mencairkan pegangan agama, mengambil tempat dengan mudah untuk menawarkan hidup mewah dan kaya raya apabila nilai pegangan agama boleh ditukarkan dengan nilai kebendaan. Jadi pada pandangan saya, inilah isu sebenarnya - sikap melampau dalam agama - sama ada Kristian, Islam, Buddha atau Hindu dan sikap pentingkan diri sendiri di kalangan bangsa-bangsa itu yang akhirnya bertukar menjadi musuh dalam selimut kepada perpaduan kaum - yang menjadi nilai hebat dan utama sejak zaman Natrah itu lagi. Jadi musuh dalam selimut ini berusaha sehingga berlaku usaha-usaha aggresif memurtadkan orang Melayu sejak zaman Aishah Bukhari, Lina Joy hingga kepada usaha yang melampaui batas - kes gereja Damansara Utama sangat mendatangkan kemarahan orang Melayu. Kita percaya banyak lagi usaha senyap yang berjalan terus untuk memurtadkan orang Melayu yang tidak dapat dihidu. Mengapa sejak 20 tahun kebelakangan ini begitu menjadi-jadi agenda memurtadkan bangsa Melayu ini? Mengapa bangsa yang dulunya pernah bersatu dalam isu memurtadkan Natrah oleh penjajah kini beria-ia mahu berusaha memurtadkan sahabat dan saudaranya sendiri bangsa Melayu dengan taruhan wang ringgit dan air suci (holly water)? Mengapa mahu menggadaikan perpaduan seluruh bangsa dengan nilai kepentingan diri kelompok minoriti daripada bangsa-bangsa tersebut? Kita harus cermat menilai isu memurtadkan orang Melayu atau orang Islam ini untuk mengelakkan ia menjadi fahaman perkauman yang sempit yang merugikan semua pihak. Kita tidak mahu bangkit satu lagi tragedi seperti rusuhan Natrah yang musuhnya adalah sesama kita sendiri. Alangkah ruginya rupa bangsa yang telah beratus tahun hidup bersatu padu dan harmoni jika saling menikam diri sendiri, saling bermusuh sesama sendiri atas kepentingan peribadi dan faham agama yang melampau dari kelompok minoriti bangsa-bangsa itu. Faham kepentingan diri dan faham memperalatkan agama yang melampaui batasan ini juga ada di kalangan orang Melayu/Islam. Demikian juga mereka yang bernafsu besar terhadap wang ringgit, kebendaan dan kelazatan melakukan maksiat. Teladan buruk peringkat pimpinan atasan membawa kesan buruk kepada rakyat pertengahan dan bawahan yang hidup sempit. Mereka menjadi peniru yang baik terhadap amalan buruk beragama peringkat atasan itu. Kesempitan hidup tidak lagi ditanggapi sebagai ujian Allah untuk memberikan erti redha dan erti ikhtiar hidup. Kesempitan hidup dengan mudah pula boleh ditukar dengan iman untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan seperti orang lain daripada pendakwah-pendakwah Kristian yang menangguk di air keruh. Jadi pada pandangan saya, inilah musuh utama semua bangsa di Malaysia hari ini. Oleh itu semua bangsa dan semua penganut agama terutama kelompok pimpinan agama seperti ulama, paderi atau sami mesti menyemak dengan serius unsur faham melampau agama dan faham melampau pentingkan diri sendiri yang ada dalam penganut agama masing-masing. Kita mesti berusaha membendung fahaman yang melampaui batasan ini sebelum terlambat. Bunga-bunga ke arah kehancuran perpaduan kaum dan perdamaian antara bangsa di Malaysia sudah jelas kelihatan dengan usaha-usaha melampaui batas memurtadkan orang Melayu kini. Dalam hal seberat ini, kelompok pimpinan tertinggi politik dan pimpinan agama dan pimpinan pertubuhan agama bukan politik harus duduk semeja menangani persoalan murtad yang melampaui batas ini. Ketepikan persoalan percaturan politik dan percaturan kuasa, demi keutuhan agama. Undang-undang murtad yang baru harus diusahakan agar dengan tegas boleh mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang sengaja mendakwahkan orang Islam kepada Kristian atau kepada agama lain di negara ini. Sesungguhnya Islam itu wajib dibela oleh semua pihak, terutama kepada pihak yang memegang kuasa. Bagi saya, Islam mesti diletak di atas segala-galanya melebihi kepentingan politik, melebihi kepentingan peribadi. Parti Pas atau UMNO sepatutnya menanggalkan kepentingan politik apabila isu murtad ini diketengahkan. Survival Islam sebenarnya adalah makna survival bangsa bernama Melayu. Hancur bangsa Melayu belum lagi menghancurkan Islam. Tetapi hancur Islam sudah pasti menghancurkan bangsa bernama Melayu ini. Orang Melayu patut insaf akan nilai perjuangan mengorbankan kepentingan diri demi agama daripada sejarah Natrah. Kalau dulu kita berani dan kuat dalam ketiadaan kuasa, mengapa kini kita lemah setelah merdeka, sedangkan kerajaan dalam pegangan kita? Semoga matlamat Himpunan Sejuta Umat ini membuka mata bangsa Melayu, terutama para pemimpin politik yang sedang lalai dan masih leka bermain politik dalam isu survival serius agama dan bangsa ini. Salam himpunan dari saya pengkaji sejarah Natrah. PAS MAKIN LAMA MAKIN SESAT,PAS HANYA SEBUAH PARTI POLITIK.BERSELINDUNG DISEBALIK ISLAM,BELAGAK HEBAT YANG MEREKA NI LAH YANG ISLAM LEBIH DARI ORANG ISLAM LAIN..DALAM ISU MURTAD DAHULU MEREKA LAH JUARA TAPI SELEPAS BERKHAWIN DENGAN AGAMA LAIN,PAS TERUS TERPESONG JAUH DARI AKIDAHNYA. MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN BERSIH 2.0 DARI PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT.. PMK PAS SUDAH MURTAD SEJAK BERKHAWIN DGN DAP | ||||||
TUDIAA!! Artis pun sokong HIMPUNAN SEJUTA UMAT ISLAM!! Posted: 21 Oct 2011 06:04 PM PDT Walaupun ada artis dikatakan kurang bijak kalau berbicara dalam bidang agama, namun mereka juga ada hak untuk menyuarakan apa yang mereka rasa. Kalau tak pandai boleh di tegur, bukan di cemuh. Kalau yang tak pandai di cemuh, sampai bila mereka nak pandai dan mendekati Islam? Islam tu cantik, sempurna dan indah.. cuma menghayatinya.. bukan dengan paksaan, tapi ajaran. McTheory: hanya ektrimis yang selalu hodohkan Islam.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment