Kedah Ke KL - MctHeory |
- GILA APA?? Video Perempuan Melayu Paling Bodoh!!
- MANSUH ISA! Puak Pakatan kecik hati DS Najib tak bagi kredit..
- KELANTAN JUARA MAKSIAT!! REKOD TERTINGGI DARI 2008 - 2011
- PANAS! Zaman Kegemilangan Anwar hampir tamat! Guan Eng for Presiden!!
- TUDIAA!! Khalid gagap Mula Projek Nak Gadai Selangor??
- Mat Sabu Komunis! Tunggu rakyat Bertindak, Baru Polis nak tangkap?
- PANAS!! Bangla lebih baik dari Rakyat Malaysia..
GILA APA?? Video Perempuan Melayu Paling Bodoh!! Posted: 21 Sep 2011 09:07 AM PDT Ni mesti dah kena taruk, lepas tu baru nak menyesal.. ya Allah.. rosak nama melayu. McTheory: Contoh terbaik, perempuan Melayu Singapork! | ||||||||
MANSUH ISA! Puak Pakatan kecik hati DS Najib tak bagi kredit.. Posted: 21 Sep 2011 07:05 AM PDT Lawak pun ada, sedih pun ada. Tapi memang kelakar bila puak Pakatan sakit hati sangat kat DS Najib sebab tak mengaku mansuh ISA tu atas usaha mereka. Mula dari Nik Aziz, lepas tu sampai pemimpin-pemimpin bawahan yang lain. Semuanya bengang sebab DS Najib tak sebut langsung sebab beliau mansuh ISA tu hasil perjuangan puak Pakatan, tapi hasil dari perbincangan dengan rakyat Malaysia. Lepas pada tu, hari-hari Haramkahdaily hentam dan maki DS Najib pasal perkara yang sama. Puak-puak pembangkang Malaysia ni memang special atau speSIAL? Puak ni buat kerja apa pun semua nak nama. Bukan ikhlas nak buat kerja. Kata perjuangan untuk BELA rakyat Malaysia, yang kononnya dizalimi oleh kerajaan sekarang. Tapi, bila kerajaan Malaysia mengubal dan mengubah untuk membuat sesuatu yang baik untuk rakyat pun mereka tentang. Jadi apakah maksud perjuangan mereka yang sebenar? Untuk rakyat ke? Atau untuk diri sendiri? Atau hanya untuk berkuasa? Patutla orang kata, beruk memang susah nak faham cakap manusia. Kita kena belajar bahasa beruk, baru puak-puak Pakatan ni faham maksud kita. McTheory: beruk lagi bagus, boleh tolong buat kerja, puak ni? Apa pun tak boleh! | ||||||||
KELANTAN JUARA MAKSIAT!! REKOD TERTINGGI DARI 2008 - 2011 Posted: 21 Sep 2011 05:35 AM PDT Nik Ajis ni tak habes2 menuduh umno adalah segala punca malapetaka yang berlaku di Negeri Kelantan..Baru2 ni Majlis Aids Malaysia mengatakan Negeri Kelantan mencatatkan bilangan paling tinggi di Malaysia. Beliau berkata semuanya berpunca daripada mantan PM Tun Dr Mahathir yang menghalang kerajaan kelantan melaksanakan hudud walaupun sudah diluluskan oleh DUN pada 1993. baca petikan perspectif yang saya petik dari utusan SEMUA di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek. Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu, memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik. Kelmarin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersuara meminta agar Perdana Menteri membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan, bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN). Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1993 kerana halangan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Cuba bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV di Malaysia, apa pula mereka akan kata? Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaan Islam di Kelantan." Tetapi apabila akhbar melaporkan Kelantan yang paling tinggi, terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr. Mahathir. Mereka hanya nak yang baik-baik, yang buruk semuanya milik orang lain. Dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara Islam.Mengikut laporan daripada Majlis AIDS Malaysia, bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang daripada mereka menghidap AIDS. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang lebih ramai daripada Kelantan, serta negeri yang tidak Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri, Kelantan berada di tangga kesembilan dengan bilangan penduduk 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak dipimpin oleh seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit AIDS yang lebih rendah daripada Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya. Jadi di manakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit AIDS tinggi di Kelantan? Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya. Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkah mana-mana orang yang pergi ke ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat tentang bahaya HIV atau AIDS? Tidak! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis Nabi, kemudian kutuk dan fitnah UMNO. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah, duit derma yang dikutip masuk poket. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas. Apabila kalah pilihan raya, salahkan parti lawan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr. Mahathir dan hukum hudud. Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek. Tun Dr. Mahathir mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri. Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal. Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat Islam. Ia hudud politik. Sengaja direka cipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah dijaja cerita UMNO tolak Islam. Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu. Jika Pas kata Tun Dr. Mahathir tolak hudud, kenapa selepas beliau berhenti daripada kerajaan, Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada Perdana Menteri selepas itu? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak? Itulah bukti mereka tidak serius dan ia sengaja dicetuskan untuk tujuan politik. Pas boleh berdemo untuk Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk Bersih 3. Pas boleh berdemo untuk Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan macam-macam demo lain yang diadakan atau disertai Pas, tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan? Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada Perdana Menteri yang ada sekarang. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan al-Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demonstrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bukan hudud dan bukan Tun Dr. Mahathir yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukan dengan mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi. Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah dididik dan diajar dengan ajaran Islam secukup-cukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit AIDS, lokap-lokap polis di Kelantan pun dah lama kosong. Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja.- utusan Ternyata Pas sebuah parti yang hanya mencari kesalahan orang lain,walaupun nik ajis dah perintah kelantan selama 21tahun,beliau masih salahkan umno adalah punca segala masalah yang menimpa rakyatnya.bagi pas,nik ajis adalah dewa yang tidak boleh dipersalahkan.. PMK PAS POMPANG SANA,POMPANG SINI.UMNO YANG KENA | ||||||||
PANAS! Zaman Kegemilangan Anwar hampir tamat! Guan Eng for Presiden!! Posted: 21 Sep 2011 02:06 AM PDT
Cerita dan gambar ni Mc ambil dari blog Pisau.net ceramah Perdana di Stadium Bandaraya Pulau Pinang tidak mendapat sambutan. Nama nama besar dalam pakatan hadir memberi ceramah malangnya tidak mampu untuk menarik jumlah penonton yang ramai. Anwar Ibrahim, Husam turut hadir. Menarik sekali apabila Guan Eng telah lari ke Singapura menaiki pesawat jam 9.15 malam tadi. Dikhabarkan beliau tidak mahu dilihat bersama Anwar. Lebih baik sambut birthday Kuan Yew di Singapura, dari sambut Anwar di Pulau Pinang. Para pemimpin DAP tidak mahu dilihat bersama Anwar kerana beliau adalah liabiliti kepada regim DAP Pulau Pinang. Apa yang dapat kita lihat, bagaimana chauvanis ultra kiasu DAP langsung tidak menghormati Anwar sebagai "anugerah tuhan" pakatan. Tetapi seperti biasa melayu haprak PKR dan khawarij PAS begitu sayang dengan bapak segala pembohongan si Anwar. Yang hadir hanyalah pengemar kencing Anwar yang sanggup menadah kencing ditengah padang. Tak ramai yang hadir, tak sampai mencecah 500 orang pun, ketika Anwar berucap ramai yang meninggalkan stadium. Ketika itu Anwar dilihat mengelabah dan kerap tersasul. Habis semua orang disumpah seranahnya. Nampaknya Anwar si pondan tua merupakan beban pada Pakatan Rakyat sekarang. Guan Eng sedar bahawa keakraban Dap dan Anwar hanya akan mengurangkan sokongan rakyat kepada Dap. Oleh sebab demikian, pihak Dap melayu sudah melancarkan projek Guan Eng ganti Anwar bagi menjadi perdana menteri Malaysia Pakatan yang pertama. Seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara republik dan menjadi presiden pertama Malaysia. Dap berada di zaman kegemilangannya sekarang. Hinggakan ramai betul melayu menjadi anjing dan hamba Dap. Andaikata Pakatan menang nanti, Guan Englah yang akan jadi Ketuanya.. bukan lagi Anwar.. Anwar sudah tiada apa2 lagi. Hanya punainya saja yang ada. McTheory: Nampaknya projek Guan Eng for Presiden, berjalan lancar.. | ||||||||
TUDIAA!! Khalid gagap Mula Projek Nak Gadai Selangor?? Posted: 20 Sep 2011 11:05 PM PDT Kenyataan Media GAPS Pendedahan blogger Darul Ehsan Today http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/09/tiga-bangunan-pkns-akan-di-jual.html mengenai penjualan 3 bangunan komersial milik PKNS menguatkan lagi cerita 'SelangorKu' untuk dijual sebelum pilihanraya umum ke 13. Laman blog itu memuatkan surat PKNS yang mengesahkan 3 bangunan komersial PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall dan Menara PKNS Petaling Jaya kini dalam proses pengambilalihan oleh ARREIT, sebuah konglomerat pelaburan. Apa ertinya semua ini ? GAPS mengambil pendirian ini merupakan penyelewengan dan rasuah terancang kolar putih yang melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi PKNS. Peniagaan buluh kasap - dapat pangkal hujung lesap. Atas nama pelaburan dan penyusunan semula korporat, PKNS kini kehilangan hak keatas 3 bangunan komersial yang strategik apabila ianya diambilalih sepenuhnya ARREIT mulai 1 Januari 2012. Penyelewengan ini adalah serupa dengan dengan Skandal Talam Corporation oleh MB Diperbadankan yang melibatkan penyelewengan wang negeri berjumlah lebih dari RM600 juta ringgit dari khazanah negeri Selangor pada tahun lalu. Yang akan menangung kerugian dari penyelewengan MB Selangor ini adalah rakyat. Sebagai contoh kadar sewa di Kompleks PKNS Shah Alam akan dinaikkan sehingga 100%. Peniaga dan penjaja yang menyewa tentunya akan meraung kerana kezaliman pentadbiran Kerajaan Dap-Pkr-Pas Selangor ini. Kesan yang amat mendalam adalah kepada peniaga dan penjaja kecil melayu yang berjumlah lebih 80% yang mencari rezeki berniaga di kompleks PKNS ini. Kerajaan negeri Selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang Melayu mengadu nasib untuk berjaya dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang khususnya dalam dunia peniagaan. Road Map 'SelangorKu' For Sale. MB telah merangka jalan penyelewengan dan rasuah 'the way forward' yang akan merugikan seluruh rakyat jelata di Negeri Selangor ! Inilah dia negeri kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim. Hamidzun Khairuddin Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 20 September 2011. Tudiaa.. projek jual Selangor sudah pun bermula! Cerita ni Mc ambil dari Blog bro Gap. Apa sudah jadi Pakatan RAKYAT? Rakyat la sangat.. habis lingkup Selangor korang kerjakan. Rasanya Khalid gagap dah agak dia tak mampu nak mempertahankan Selangor lagi, sebab tu habis semua 'barang' kat Selangor dia nak gadai. Selangor negeri maju pun lingkup puak jahilliah ni kerjakan. Macam mana nak jaga Malaysia? Habis punah tinggai punai.. he he.. McTheory: Inilah hasil nasihat ekonomi, Punai Sehat Anwar Ibrahim.. | ||||||||
Mat Sabu Komunis! Tunggu rakyat Bertindak, Baru Polis nak tangkap? Posted: 20 Sep 2011 08:05 PM PDT
Kisah Mat Sabu sokong komunis ni memang membuatkan ramai waris pejuang kemerdekaan dan rakyat Malaysia amnya 'bara' dengan lelaki melayu komunis terakhir yang gemuk gedempol ni. Selepas beratus laporan polis dibuat kepada Mat Sabu dan pelbagai cara tunjuk perasaan dan berdemo untuk mengutuk perbuatan bodoh Mat Sabu itu tidak diendahkan pihak berkuasa. Akhirnya, menyebabkan rakyat bertindak sendiri mengajar dan memberi amaran kepada Mat Sabu supaya jangan pergi lebih jauh dalam soal mempertikaikan pejuang kemerdekaan dahulu. Benar apa firasat Mc, pasti akan ada yang bertindak demikian, jika pihak berkuasa masih tak bertindak. Akibatnya rumah Mat Sabu kena bom dengan Bom Petrol, bom buatan sendiri. Bom yang gemar digunakan oleh pihak komunis untuk membakar rumah orang kampung, dan dengan bom inilah yang digunakan oleh komunis untuk membakar balai polis bukit kepong. Akhirnya ada yang baling depan pintu rumah Mat Sabu. Selamatlah depan pintu saja. Selang beberapa hari rumah Mat Sabu kena bom, pihak berkuasa mula bertindak untuk menangkap Mat Sabu bagi menjalankan siasatan. Baru nak tangkap? heh..
Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya. "Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di pekarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam. Ayub berkata terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu. Mengulas lanjut, Ayub berkata pemimpin Pas itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth esok bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama. Ayub berkata pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu. Antara lain, Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut. Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. - Bernama Tangkap saja Mat Sabu tu, tak payah lepas lagi, lepas pun buat semak Malaysia saja. McTheory: Orang macam ni mana ada guna untuk negara? mengabihkan beras ada la.. | ||||||||
PANAS!! Bangla lebih baik dari Rakyat Malaysia.. Posted: 20 Sep 2011 06:04 PM PDT Isu ni mengarut dan tak wujud pun. Tapi puak Pakatan haram ni tak sudah-sudah dok mainkan isu bangla ni. Mereka ni memang pandai cari isu, yang tak wujud pun dorang boleh buat serupa isu ni wujud. Walaupun Bangladesh sendiri yang menafikan semua ni, tetapi puak baghal Pakatan Haram ni dok tak faham serupa tu juga la. Agaknya, puak Pakatan ni dah tukar bahasa kot, sebab tu susah sangat nak faham bahasa melayu. Kalau baca tajuk di atas tu, Mc tahu, ramai yang panas punya bila baca. Tapi rilek dulu, Mc bukan tujukan pada semua rakyat Malaysia, Mc tujukan pada yang tertentu saja. Pada rakyat Malaysia yang tak pernah bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Orang luar berebut-rebut datang ke Malaysia untuk cari rezeki, untuk sara diri dan mengaut hasil di bumi Malaysia, tapi orang kita? masih dok baring, lena dan bermimpi. Bila diri susah, miskin dan tersepit, mulalah cari sebab untuk salahkan orang lain. Diri sendiri tak disalahkan, orang lain pulak yang jadi mangsa. Paling teruk kena, ialah kerajaan. Walaupun berbillion duit kerajaan bagi subsidi, dan kurangkan kos sara hidup. Namun masih ramai lagi yang tak sedar, tamak dan tak tahu berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Bangla kat Malaysia pun ramai yang kaya dari rakyat Malaysia. Nak kata bangla ni datang bawa harta, rasanya tak kot. Masing2 datang tangan kosong, tapi berkat rajin dan usaha, mereka berjaya kumpul harta dan lebih berjaya dari orang tempatan kita. Sebab tu, bangla suka duduk Malaysia. Sebab senang nak cari rezeki katanya. Sedangkan ada segelintir rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa nak lebih, bila tak dapat, mulalah hentam kerajaan. Patutnya orang macam ni, dihantar tinggal di Bangla, baru mereka tahu, betapa susahnya hidup di negara orang. Betapa susahnya nak cari rezeki, Mc rasa tak sampai beberapa bulan dok sana, puak yang dok kutuk Malaysia ni pakat nak balik sini kot. Negara kita ni sudah hampir sempurna, sudah lama merdeka, tapi masih ramai yang tak tahu bersyukur dan menghargainya. Hinggakan sejarah dan bendera pun nak ditukarnya. Puak yang nak tukar bendera dan tukar sejarah ni, patutnya dihalau dari Malaysia. Ada pun buat semak saja. Baik bagi warganegara kat Bangla dari bagi kat rakyat Malaysia yang tak sedar diri. McTheory: Bangla lagi pandai fikir dari puak Pakatan Haram.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment