UMNO Online - “State Government Companies Must Have Efficient Management – Musa” plus 9 more

UMNO Online - “State Government Companies Must Have Efficient Management – Musa” plus 9 more

Link to UMNO Online

State Government Companies Must Have Efficient Management – Musa

Posted: 10 May 2014 09:45 AM PDT

TAWAU, May 10 – All agencies or companies under the state government must have efficient managements in order to generate significant profits, said Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

He said the dividends that would be paid to the state government would also increase if the agencies obtained big profits.

“When there are profits, they can pay dividend to the state government and the money can be used to develop Sabah including in the rural areas,” he said at the launching of the Seraya Benta Wawasan Sdn Bhd Oil Palm Factory (BWSB) near here, today.

He also hoped all the agencies could boost efforts so as not to be left behind by private sector companies.

Meanwhile, Musa, who is also Sabah Foundation Trustee chairman, congratulated BWSB for its success in opening the factory.

“I believe it is a success for BWSB in strengthening its capability to optimise the products from oil palm. The state government always supports such efforts and initiatives as it has impacts on increasing productivity of palm oil based products.

“It is also in concert with the direction of development and progress of the economy of Sabah to expand the agriculture sector,” he said.

In this regard, Musa urged all BWSB staff to continue to work with high determination and commitment to create more successes in the future, to simultaneously help boost the economy in the state.

Perdana Menteri Ulangi Jaminan TPPA Beri Faedah Pada Negara

Posted: 10 May 2014 06:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa negara akan mendapat faedah daripada pasaran lebih luas dengan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memandangkan 12 negara yang sedang berunding perjanjian itu berpotensi bertambah kepada 20 pada masa depan.

Perdana Menteri berkata jika Malaysia tidak menyertai TPPA, negara akan kerugian besar memandangkan Malaysia sebuah negara berorientasikan eksport yang membentuk sebahagian daripada rejim perdagangan bebas global.

Beliau berkata TPPA berpotensi menawarkan akses pasaran yang lebih luas bukan sahaja kepada syarikat-syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia, malah mampu menarik minat pelabur di seluruh dunia untuk membuka operasi perniagaan mereka di sini.

Dengan itu, perkongsian TPP boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik sekaligus meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI), kata beliau dalam rancangan Ruang Bicara Khas bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.

Najib yang juga Presiden Umno ditemu ramah selama sejam di Pejabat Perdana Menteri oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun Umno ke-68 Ahad ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan antara negara perdagangan yang besar di dunia, dengan jumlah nilai perdagangan negara adalah 167 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Syarikat-syarikat boleh eksport dari Malaysia tanpa dikenakan tariff ataupun dikenakan tarif yang rendah. Jadi kita ada kelebihan untuk menarik pelabur,” katanya.

Perdagangan Malaysia tahun lepas berkembang sebanyak 4.6 peratus kepada RM1.36 trilion berbanding RM1.309 trilion pada 2012 dipacu oleh prestasi eksport yang lebih baik meskipun persekitaran luar yang sukar.

Negara bersedia untuk mencapai pertumbuhan jumlah dagangan antara lima dan enam peratus tahun ini dengan pemulihan dalam eksport elektrik dan elektronik.

Pelaburan yang diluluskan dalam negara mencecah paras tertinggi pada RM216.5 bilion tahun lepas, naik daripada RM167.9 bilion pada 2012.

Sementara itu, Najib berkata jumlah negara yang terlibat dalam rundingan TPP juga dijangka bertambah kepada 20 negara pada masa akan datang berbanding 12 negara setakat ini.

TPP, perjanjian perdagangan bebas abad ke-21 itu kini dirunding antara Malaysia, Singapura, Jepun, Vietnam, Brunei, Australia, New Zealand, Peru, Mexico, Chile, Amerika Syarikat dan Kanada.

Negara-negara ini menguasai sehingga 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.
Taiwan dan Korea Selatan menyatakan minat dalam keanggotaan TPP pada tahun lepas.

Najib turut menyarankan seluruh rakyat supaya menilai penglibatan Malaysia dalam rundingan TPP yang masih berjalan secara menyeluruh.

“Kalau Malaysia terkeluar daripada TPP, apakah implikasinya? Mesti ada kosnya.

“Kita tidak nampak hari ini kosnya, sebab itu kita perlu menilai penyediaan kita dalam TPP secara keseluruhan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Di samping itu, Najib mengulangai pendirian kerajaan akan memastikan pentadbirannya tidak menandatangani sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya tidak kata kita boleh untung semua, tetapi asalkan keuntungan kita itu melebihi apa yang mungkin kita terpaksa lepaskan. Asalkan keseluruhannya lebih baik untuk kita,” jelasnya.

Semasa sidang akhbar bersama bersempena lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bulan lepas, Najib berkata Malaysia komited kepada proses mendapatkan persetujuan daripada rakyat sebelum menandatangani TPPA dengan melibatkan orang ramai dan membentangkannya kepada Parlimen.

“Kami sedang berusaha dalam soal sensitif dan cabaran dan cuba untuk menyelesaikannya dengan hasrat untuk memuktamadkanya dalam masa terdekat,” kata beliau.

Sementara itu, Obama berkata TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Beliau percaya TPPA merupakan perkara yang tepat kerana ia mewujudkan pekerjaan dan perniagaan yang akan memberi manfaat kepada negara-negara seperti Malaysia yang dalam peralihan daripada berintensif buruh kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi.

TPP merupakan perjanjian perdagangan untuk menguruskan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan dan mengintegrasikan ekonomi rantau ini yang mewakili pasaran yang besar daripada 800 juta orang.

Setakat ini, 19 pusingan rundingan formal TPP telah diadakan.

BN Perjuangkan Nasib Ibu Tunggal Melalui Juwita

Posted: 10 May 2014 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah untuk semua individu tanpa mengira lapisan masyarakat dan perbezaan kaum termasuklah golongan wanita yang bergelar ibu tunggal, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, melalui program Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal (Juwita), Pergerakan Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bergerak membantu memperjuangkan nasib golongan terbabit bersandarkan kepada satu payung sahaja.

"Juwita membantu persatuan-persatuan ibu-ibu tunggal di bawah satu payung untuk berjuang dan membela nasib mereka dan memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Juwita: Ratu Hatiku yang turut menyaksikan proses menandatangani memorandum persefahaman antara Juwita dengan tujuh persatuan ibu tunggal kebangsaan di Hotel Primiera, hari ini.

Menurutnya, Juwita akan mengambil perhatian kepada nasib ibu-ibu tunggal melalui perundangan, polisi dan peraturan-peraturan yang ada bagi memastikan sebarang masalah berbangkit dapat diselesaikan.

"Dua KPI utama Juwita kali ini ialah untuk mewujudkan kad insurans kepada golongan ibu-ibu tunggal bagi mendapatkan rawatan kesihatan untuk ahli keluarga mereka serta yang kedua ialah untuk mendapatkan kad diskaun bagi memperoleh potongan bagi harga barangan tertentu terutamanya barangan keperluan harian.

“Dengan pemberian kad diskaun tersebut,ia sedikit sebanyak membolehkan ibu tunggal yang menjadi ketua keluarga mampu menyara hidup keluarga mereka lebih mudah."

Beliau yang juga Yang Dipertua Juwita Kebangsaan turut menjelaskan bahawa pengerusi Juwita telah diwujudkan di 191 pejabat Wanita UMNO bahagian di setiap kawasan Parlimen bagi mendapatkan maklumbalas dan menyampaikan kepada pihak atasan berkaitan masalah-masalah yang ada.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 2,000 peserta ini, turut dihadiri oleh wakil usahawan ibu tunggal yang hadir bagi mempromosikan barangan dan produk keluaran mereka.

Juwita adalah satu pertubuhan yang dinaungi oleh Wanita Barisan Nasional dan diuruskan oleh Wanita UMNO dan telah dilancarkan tahun lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Selain itu, Juwita juga berperanan sebagai perantara anatara persatuan ibu tunggal dan gensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi membantu permasalahan yang dihadapi. – MediaUMNO

UMNO Perlu Tegas Pertahan Prinsip Dan Nilai Kesederhanaan – Muhyiddin

Posted: 10 May 2014 06:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO perlu terus cekal dan tegas mempertahankan prinsip dan nilai kesederhanaan yang menjadi teras perjuangannya bagi mengimbangi tuntutan politik zaman ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata Umno tidak boleh terperangkap dalam permainan politik ekstrem perkauman, agama dan hak asasi manusia semata-mata untuk menjadi juara kaum, agama atau kelompok tertentu.

Ini kerana tanggungjawab politik UMNO yang paling besar adalah untuk mengekalkan keseimbangan politik yang menjadi asas keamanan, kestabilan dan kemakmuran di Malaysia, katanya.

“Dalam mengharungi cabaran perubahan zaman masa kini, UMNO sedang berhadapan dengan desakan-desakan yang jika tidak ditangani dengan penuh hikmah akan menjejaskan kestabilan, keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

“Masa depan negara kita sebenarnya bergantung kepada sejauh mana hikmah politik UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional, parti yang diberi mandate untuk menerajui negara, dapat mengimbangi dan mengekalkan kestabilan, keamanan dan keharmonian negara kita,” kata Muhyiddin dalam perutusannya sempena hari ulang tahun UMNO ke-68, yang akan diraikan esok.

Muhyiddin berkata arus perubahan zaman yang kian mencabar dan peralihan generasi telah membawa kepada perubahan yang ditandai dengan kemunculan pemikiran dan nilai politik baharu.

Soal kebebasan, kesamarataan dan hak asasi manusia telah menjadi fokus utama perdebatan dalam ruang politik di negara ini serta semakin mempengaruhi pemikiran dan sikap rakyat sehingga ia menjadi kayu pengukur kepada ketepatan sesuatu keputusan dan tindakan politik, kata Muhyiddin.

“Dalam menghadapi arus perubahan zaman kini, UMNO tidak seharusnya mudah hilang kompas perjuangan. UMNO harus sedar bahawa nilai-nilai baharu ini juga mempunyai kecenderungan untuk membawa masyarakat kita ke arah dua haluan politik yang berbeza,” katanya.

Menurut Muhyiddin ada golongan yang mahukan kebebasan dan kesamarataan yang ekstrem sehingga melupakan nilai-nilai agama, budaya dan tradisi serta semangat saling hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi paksi kehidupan masyarakat majmuk di negara ini selama ini.

Kelompok itu kadangkala mengambil tindakan yang agak ekstrem dalam mengemukakan desakan-desakan mereka sehingga menyebabkan wujudnya ketegangan dalam masyarakat majmuk kita, katanya.

Di satu pihak lagi, ada juga golongan yang menolak sekeras-kerasnya nilai-nilai baharu ini dan menganggap ia sebagai ancaman besar terhadap kelangsungan tradisi agama dan budaya masing-masing dan golongan itu juga berpotensi untuk mengambil tindakan yang ekstrem demi mempertahankan nilai dan kepercayaan mereka, kata Muhyiddin.

Beliau berkata menggalas amanah perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara di samping mengekalkan kestabilan, keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia dalam persekitaran politik masa kini yang semakin mencabar adalah satu ujian besar bagi UMNO.

Katanya amanah itu bukan sesuatu yang mudah untuk digendong, malah menuntut suatu kebijaksanaan baharu dalam kalangan pimpinan dan anggota parti.

Justeru, sempena sambutan ulang tahun parti itu esok, Muhyiddin menyeru seluruh masyarakat, khususnya anggota parti untuk bersama-sama berdoa semoga UMNO sentiasa cekal mengharungi cabaran zaman, tegas mempertahankan prinsip perjuangan dan kekal sebagai sebuah parti yang kuat, berprinsip dan bermaruah.

Transformasi, Peremajaan UMNO Berjalan Lancar – Najib

Posted: 10 May 2014 05:55 AM PDT

PUTRAJAYA, 10 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses peremajaan UMNO sedang berjalan lancar dan mula menampakkan hasil positif.

Beliau berkata walaupun masih ada sebilangan anggota parti itu yang belum bersedia untuk berubah dari segi minda dan budaya, namun beberapa perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan menampakkan penerimaan yang lebih baik dalam kalangan anggota parti.

Antaranya pemilihan secara langsung yang dilaksanakan buat julung kalinya oleh parti itu dalam pemilihan UMNO tahun lepas, yang melibatkan penyertaanlebih 160,000 anggota akar umbi layak memilih pucuk pimpinan parti pada semua peringkat, berbanding hanya 2,600 perwakilan parti sebelum ini.

“Saya akui (transformasi) belum sepenuhnya lagi, tetapi saya anggap ini sebagai satu perjalanan. Ini mungkin fasa pertama (pemilihan parti). Selepas ini kita perlu melihat apakah kaedah yang lebih baik dan bagaimana hendak ubah mindset atau sikap dan nilai manusia serta pemimpin-pemimpin dalam konteks peringkat akar umbi.

“Dalam proses peremajaan parti, ia tidak mungkin berlaku dalam tempoh masa satu penggal sahaja atau kurang daripada satu penggal. Dalam satu penggal ada penggantian dengan pemimpin-pemimpin lebih muda dan baharu dan selanjutnya proses ini akan kita teruskan dan kita perlu mengenal pasti bakat atau talent baharu yang boleh kita ketengahkan,” katanya.

Perubahan yang dilakukan susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009 itu antara lain bertujuan mengekang politik wang dalam parti; menjadikan parti itu lebih terbuka, inklusif dan lebih demokratik.

Najib berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara Khas Bersama Perdana Menteri terbitan Bernama TV yang disiarkan melalui saluran Astro 502 malam ini.

Perdana menteri ditemu ramah selama sejam oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun UMNO ke-68, di Pejabat Perdana Menteri.

Perdana menteri berkata proses peremajaan UMNO perlu dilaksanakan melalui usaha yang tersusun supaya ia dilihat sebagai sebuah parti yang memang mengiktiraf kepimpinan baharu, intelektual, profesional selain turut mempunyai gandingan generasi muda atau GenY.

Mengenai pendapat pihak tertentu kononnya UMNO gagal membudayakan peremajaan dalam parti, kerana tidak banyak muka-muka baharu yang berjaya melangkah masuk dalam barisan kepimpinan selepas pemilihan tahun lepas, Najib berkata sebenarnya lebih kurang 35 peratus ada perubahan kepimpinan dari segi ketua bahagian.

Najib berkata anjakan kepimpinan tidak boleh dilakukan secara mengejut sebaliknya mesti dilakukan berasaskan kesinambungan dan pembaharuan.

“Dua unsur ini perlu kita lakukan secara serentak. Maknanya ada pemimpin-pemimpin yang perlu kekal sebab khidmat mereka masih diperlukan. Ada juga pemimpin baharu yang kita ketengahkan, kita naikkan kedudukan mereka dalam kerajaan, dalam parti di mana sumbangan mereka akan lebih meluas lagi,” jelas beliau.

Bagaimanapun kata Najib, UMNO adalah parti demokratik dan cuma boleh menggambarkan hasratnya berhubung perkara itu, tetapi kata putus tetap terletak di tangan anggota parti semasa pemilihan parti.

“Tak semestinya mereka kekalkan (semua) pemimpin sedia ada, dan mungkin juga mereka tolak semua. Jadi kalau pemimpin lama masih boleh berkhidmat dan member sumbangan serta mendapat sokongan daripada ahli, mereka akan kekal sebagai pemimpin,” katanya memberi gambaran.

Menyentuh usaha pengkaderan, iaitu membentuk generasi muda UMNO untuk menjadi pemimpin dan pejuang parti yang sebenar, Najib berkata ruang perlu diberikan kepada pemimpin-pemimpin baharu, khususnya daripada kalangan profesional untuk diserap dalam barisan kepimpinan parti bagi mencerminkan komposisi masyarakat secara keseluruhan tanpa mengetepikan pemimpin-pemimpin akar umbi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perasaan beliau apabila UMNO sering ditebak sebagai ‘parti tua’ dan ‘ketinggalan zaman’, khususnya oleh golongan muda, walaupun pelbagai rancangan telah dilakukan untuk membawa negara ke tahap lebih tinggi, Najib secara tenang menyifatkan pendapat itu mencerminkan keterbukaan dan kematangan masyarakat dalam melontarkan pandangan berbanding sebelum ini.

“Dari satu segi perkara ini boleh dilihat sebagai satu perkembangan sihat. Dari satu segi kita sebagai pemimpin kena banyak bersabar. Orang kata apa pun kena terima hakikat bahawa tidak ada satu aliran pandangan berbanding dengan masa lalu. Kepelbagaian pendapat merupakan sesuatu yang boleh dikatakan kelaziman dalam masyarakat yang semakin terbuka, semakin matang dan semakin terdidik,” katanya.

Bagi Najib, yang penting ialah majoriti masih bersama-sama UMNO, termasuk golongan muda, yang terbukti berdasarkan pertambahan kerusi parti itu pada pilihan raya umum ke-13, kata Najib.
Menjawab soalan berhubung pengukuhan Barisan Nasional (BN), Najib berkata BN perlu mencari formula untuk muncul sebagai sebuah parti dalam erti kata sebenarnya dan bukan masing-masing bergerak sebagai komponen yang berbeza.

“Kita perlu kongsi satu platform di mana kita bersama-sama dapat dilihat sebagai BN yang sebenar. Bukan MCA, MIC dan Umno berasingan. Ini merupakan satu model politik baharu dan kita kena fikir ke hadapan. Sebab nasib rakan-rakan dalam BN kena fikir juga supaya dapat tambah kekuatan kita secara keseluruhan,” katanya.

Menyentuh ‘kemarau’ sokongan kaum Cina terhadap komponen parti BN yang diwakili MCA, termasuk ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang baru-baru ini, Najib berkata parti itu tidak boleh merasa kecewa, sebaliknya perlu teruskan usaha untuk meyakinkan masyarakat itu tentang komitmen parti untuk mewakili kepentingan kaum itu.

“Mereka (MCA) kena tambah engagement dengan kaum Cina. Jelaskan kepada mereka di samping mendengar rintihan dan keluhan kenapa mereka tidak menyokong kerajaan dan cuba beri jawapan kepada keadaan sebenar supaya masyarakat tidak keliru dengan hasutan dan dakwaan daripada parti pembangkang,” katanya.

Perdana menteri juga berpendapat kemasukan wakil MCA ke dalam kabinet adalah perlu bagi memastikan kerajaan mendapat input sewajarnya daripada masyarakat kaum Cina selain membolehkan kaum itu diwakili dalam penggubalan dasar dan keputusan negara.

Bagaimanapun, kata Najib, komponen-komponen parti BN perlu terus melaksanakan proses pemulihan parti yang disifatkan masih belum selesai dan menambah kata mereka mempunyai waktu yang terhad sebelum berlangsungnya pilihan raya umum seterusnya.

Terdahulu, ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun UMNO esok, Najib berkata dalam usia mencecah 68 tahun, tidak bererti ia semakin lemah atau kurang bertenaga, sebaliknya UMNO membuktikan ia masih parti yang berwibawa dan terkuat di negara ini dengan penambahan jumlah kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun kata Najib, sebagai sebuah parti, UMNO perlu melalui transformasi dan menghadapi cabaran untuk memastikan parti itu kekal relevan pada setiap zaman.

UMNO Akan Terus Bela Nasib Rakyat – Ahmad Maslan

Posted: 09 May 2014 11:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO yang telah ditubuhkan 68 tahun lalu telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Jelasnya, perjuangan UMNO adalah perjuangan alif, ba, ta, perjuangan untuk mendaulatkan agama, meningkatkan bangsa dan memajukan negara malah perjuangan UMNO berterusan daripada dahulu hingga sekarang dalam bentuk transformasi di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO kini.

"Ahli UMNO seramai 3.4 juta ada di mana-mana sahaja dan pada 11 Mei ini sekali lagi kita akan menyambut hari UMNO.

"Maka oleh itu kita perlu bulatkan tekad, kukuhkan semangat. Percayalah bahawa UMNO yang membantu rakyat. Parti-parti lain yang bersama dalam BN terus berganding bahu untuk menerajui negara ini.

"Percayalah UMNO dan BN akan terus membela rakyat serta berusaha untuk memajukan negara. Pecayalah rakyat akan terus menjadi perkara utama dalam perjuangan UMNO," jelasnya dalam satu wawancara khas sempena Hari UMNO bersama UMNO-Online.

Tambah Ahmad Maslan, segala apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan. GST contohnya yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun adalah adalah bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara semakin telus, efektif dan berkesan.

Maka hasil yang lebih banyak diperolehi oleh kerajaan akan diberikan semula kepada rakyat.

"Semoga tahun 2014 ini menjadi satu lagi penanda aras dalam perjuangan UMNO untuk agama bangsa dan tanahair.Selamat Hari Ulangtahun UMNO," tambahnya. – MediaUMNO

Veteran UMNO Mampu Main Peranan Perkukuh Akar Umbi – Zahid

Posted: 09 May 2014 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 800 ribu ahli veteran UMNO masih sangat diperlukan bukan sahaja oleh pucuk pimpinan tetapi oleh akar umbi.

Ini kerana jelasnya, veteran UMNO ini merupakan 40 peratus daripada 3.4 juta ahli UMNO yang sangat berpengalaman dan mereka terlalu relevan untuk terus bergerak bersama-sama kepimpinan di peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat pusat. Pandangan mereka boleh dikongsi bersama demi kesinambungan parti.

Zahid berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Veteran UMNO di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjelaskan bahawa UMNO Pusat akan terus membantu sedaya upaya agar Veteran UMNO dapat terus digerakkan sebagai sebuah kumpulan yang dapat memainkan peranan yang baik di dalam membantu parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).

Tambah Zahid, Veteran UMNO mempunyai ilmu, pengalaman dan pendedahan yang boleh dipersesuaikan dalam suasana politik baru namun apa yang penting adalah untuk menukar terlebih dahulu persepsi dan minda Veteran UMNO agar dapat mendekati kumpulan sasaran yang kini amat berbeza dari zaman dahulu.

"Persepsi dan minda mereka harus relevan dan sesuai dengan lanskap politik sekarang. Kemudian ianya harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan terutamanya dalam menghadapi cabaran UMNO yang semakin hebat.

"Pengalaman Veteran UMNO boleh dipersesuaikan dalam suasana politik baru. Mereka juga boleh melontarkan pandangan agar anak-anak muda yang telah mula buta sejarah terutamanya sejarah politik moden dapat diberi kefahaman dan disuntik dengan ilmu sejarah baru.

"Ianya amat perlu disuntik kepada genarasi X dan Y dengan cara ilmu petriotisme kerana menjelang PRU ke-14 akan ada 3.8 juta pengundi yang bakal mengundi buat kali pertama," ujarnya.

Dalam ucapannya pula zahid menekankan agar rasa dendam ataupun berkecil hati dapat dilupakan agar UMNO dapat terus bertahan dan kukuh untuk masa mendatang.

"Kita jangan tunggu UMNO untuk membela kita tetapi kita yang perlu membela nasib UMNO. Dengan ini barulah UMNO akan terus revelan sampai bila-bila," ujar Zahid.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, Bekas Setiausaha Agung UMNO dan Tan Sri Sabaruddin Chik. – MediaUMNO

Perkukuhkan Roh Perjuangan UMNO Di Semua Peringkat – Zahid

Posted: 09 May 2014 11:44 PM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat roh UMNO bukan sahaja perlu diperkukuhkan sekadar di akar umbi, bahagian dan negeri malah yang penting ianya harus datang daripada peringkat nasional agar ia dapat dirasai oleh semua.

Sambil mengjangkakan akan ada banyak cabaran selepas ini, Zahid dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online sempena ulangtahun UMNO ke-68 seterusnya menambah cabaran berkenaan bukan sahaja daripada luar UMNO tetapi juga daripada dalaman parti itu sendiri.

"Kita tahu bahawa musuh luar kita boleh kenalpasti tetapi musuh dalaman agak sukar. Ini menjadi kekhuatiran kepada saya… menggunakan senjata yang kita ada untuk membunuh sesama sendiri.

"Dalam hal inilah kita harus melakukan muhasabah dan membedah diri. Oleh yang demikian perkaderan penting bukan hanya sekadar memberikan penjenamaan atau melihat dari segi membaluti semula UMNO ini dengan pelbagai jenama yang muluk dan indah tetapi yang penting adalah bagaimana pengisian dapat dilakukan dan 68 tahun adalah merupakan pengalaman yang panjang," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh seterusnya menambah sempena dengan ulangtahun ke-68, parti telah menyusun beberapa program khususnya untuk mantapkan semula perkaderan bagi memperkukuhkan kelangsungan perjuangan UMNO.

"Kita tahu bahawa dalam usia 68 tahun ianya tidak boleh direlatifkan dengan umur mana-mana insan. Ianya harus dilihat bagaimana kematangan itu telah mencapai kemuncaknya dan apabila kita berada di satu tahap ianya harus dimodifikasikan agar tidak menurun.

"Dan keberadaan kita di persada politik tanah air harus dilihat bukan kerana kita telah berada sebagai peneraju kerajaan dalam tempoh sekian lama dan perubahan yang didambakan oleh masyarakat bukan harus dilihat perubahan daripada kerajaan yang memerintah dan parti yang menunjangi pemerintahan itu tetapi harus dilihat daripada transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua.

"Bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk parti dan rakyat keseluruhannya terutama kita tidak boleh tegak seorang diri kerana kita berada dalam sebuah masyarakat majmuk”, ujarnya.

Justeru tambah beliau kemajmukkan ini sunatullah telah menentukan bahawa harus ada kesalingan dan pengertian daripada semua komponen majmuk yang membentuk Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dengan memberikan keharmonian dan penyatuan fikrah bagi menentukan bahawa negara ini terus maju di bawah panji-panji UMNO dan BN.

Wawancara lanjut boleh dilayari menerusi Media UMNO Di Youtube

Pertahan Sejarah 68 Tahun, Bersatu Harungi Cabaran Masa Hadapan – Shafie

Posted: 09 May 2014 11:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal menyifatkan ulang tahun UMNO yang ke 68 tahun pada 11 Mei ini merupakan satu tarikh yang amat bersejarah  bukan sahaja kerana mengenang tarikh kelahirannya UMNO malah keutamaan pengisian terhadap perjuangan parti pada masa-masa akan datang.

Jelas beliau perkara ini penting kerana mengisi perjuangan pada masa akan datang jauh lebih getir seperti cabaran yang sedang dilalui UMNO ketika ini.

“Kita berharap ahli-ahli UMNO akan memelihara dan menjaga parti keramat yang kita sayang ini, untuk kekal menjadi landasan untuk memungkin orang Melayu dan agama Islam mendapat perlindungan dalam negara kita.

“Selama 68 tahun UMNO telah banyak membuat jasa, menjaga rakyat, meningkat taraf hidup rakyat, melengkapkan prasarana hidup rakyat, memberi pendidikan, peluang pekerjaan, keamanan, keharmonian, mengangkat martabat negara ini ke tahap yang lebih tinggi dan pelbagai kejayaan lagi,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna.

Beliau juga turut menyeru agar semua ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat untuk menyahut saranan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan transformasi politik bagi menjamin kelansungan UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu di samping membela rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Kita sebagai ahli UMNO telah menghadapi pelbagai cabaran dan UMNO dalam kerajaan lebih-lebih lagi perlu kuat kerana jika kita hendak meneruskan agenda orang Melayu dan mahu meneruskan agenda rakyat Malaysia berbilang kaum, maka haruslah UMNO menang cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang di samping parti-parti komponen lain.

"Maka, hari ulang tahun UMNO ini, kita gunakanlah untuk meninggalkan semua perkara yang menjejaskan perpaduan dan kekuatan UMNO seperti hanya memikirkan jawatan parti dan melakukan kerja-kerja tersendiri yang bukan untuk parti dan rakyat" tambahnya. -MediaUMNO

Rapatkan Saf, Hindarkan Pertelingkahan Yang Merugikan Parti – Hishammuddin

Posted: 09 May 2014 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei  – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyeru ahli UMNO di seluruh negara agar merapatkan saf dan menghindarkan sebarang pertelingkahan yang mendatangkan kerugian pada parti.

Ini katanya penting demi untuk memastikan UMNO terus kukuh dalam menghadapi cabaran yang akan datang dalam perjuangan membela agama, memperjuangkan nasib bangsa dan juga mempertahankan tanahair.

Menurut beliau, sepanjang 68 tahun UMNO ditubuhkan, pelbagai ujian pahit getir telah dilalui. Dalam kepimpinan masa kini, UMNO katanya lagi telah telah diuji dengan pelbagai ujian seperti  pilihanraya umum yang getir, perhimpunan pembangkang yang cuba menghuru harakan negara, tragedi Lahad Datu dan yang terbaru isu kehilangan pesawat MH 370.

"Biarpun pelbagai ujian dan cabaran yang bukan calang-calang datang menguji sepanjang perjalanan UMNO menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi Alhamdulillah dengan pertolongan Allah pada hari ini kita masih dapat meraikan ulang tahun UMNO ke 68. Inilah yang dikatakan keramatnya parti UMNO yang tertubuh dengan nawaitu membela agama, bangsa dan negara.

"Sebab itu kita tidak boleh berhenti. Kita mesti melihat kehadapan. Ahli-ahli UMNO mesti berpandangan jauh melangkaui sempadan pemikiran. UMNO mesti berubah.  Contohnya seperti mengubah perlembagaan kita yang membuatkan UMNO lebih inklusif. Ini merupakan satu transformasi dalam UMNO yang menjadikan parti ini lebih terbuka berbanding parti politik lain di dalam negara," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, menurut Hishamuddin lagi, disamping melihat lakaran kejayaan UMNO, ahli-ahli dan kepimpinan UMNO di peringkat tertinggi mahupun akar umbi perlu  melihat kelemahan yang ada agar ianya dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

"Saya berfikiran postif untuk melihat UMNO terus maju ke hadapan. Apa yang penting bagi saya adalah sokongan dari setiap ahli-ahli UMNO itu sendiri untuk memastikan UMNO terus kukuh sepanjang masa. Jadi, sempena sambutan ulang tahun parti kita, saya merayu kepada semua pihak untuk merapatkan barisan.

"Perjalanan UMNO masih jauh. Hari ini, UMNO memimpin negara dalam situasi dunia yang menuntut satu keyakinan dan tekad yang kuat  untuk berjaya. Dan Alhamdulilah setakat hari ini UMNO berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan mampu untuk terus membawa obor perjuangan demi membela agama bangsa dan negara," tegasnya.

Justeru itu, beliau mewakili semua ahli parti dan juga ahli-ahli UMNO Bahagian Sembrong mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun UMNO yang ke 68 kepada semua ahli dan penyokong UMNO baik di dalam mahupun di luar negara.

"Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberkati dan merahmati perjuangan kita serta menyatupadukan hati-hati ahli  UMNO dalam  memastikan kita berada dalam satu saf yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran pada masa yang akan datang," akhirinya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...