tun faisal dot com |
- [Video] Lawak: Apa kata peserta #BantahGST bila ditanya apa itu #GST
- #GST Siri 4 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal harga beras #PartiKangkungRakyat
- [Video] Macai gaduh sesama macai masa demo #BantahGST , kesian Melayu PR ni..
[Video] Lawak: Apa kata peserta #BantahGST bila ditanya apa itu #GST Posted: 01 May 2014 08:45 PM PDT Video ini menunjukkan sejauh mana tahap pengetahuan mereka tentang GST. Sama ada penerangan yang dibuat oleh pihak-pihak yang dilantik oleh Kementerian Kewangan gagal atau memang hasutan PR hanya berkesan terhadap mereka yang malas membaca dan mempunyai pengetahuan yang rendah seperti mereka yang di wawancara di dalam video di atas. "Saya tak tau apa maksud GST, saya tak peduli apa dia tu.." "GST ni cukai yang dikenakan kepada orang miskin.." tergeliat lidah mamat ni nak jawab pasal GST "GST = Government Service Tax" GST - Government Service Tax Sekarang saya tak kena tax, GST saya kena tax. Tepung pun kena tax. (Tepung sifar GST la bang) Saya sudah jalan, jawab (you tanya) dia |
#GST Siri 4 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal harga beras #PartiKangkungRakyat Posted: 01 May 2014 07:40 AM PDT Awek ni nampak cantik, tapi mungkin IQ ZERO atau kurang cerdik. Kalau minta dia jelaskan pasal GST, belum tentu dia tahu, tetapi sanggup memperbodohkan diri... Sebelum ini dalam tulisan #GST Siri 3 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal cukai Australia @Fuhas_Tweet #PartiKangkungRakyat http://tunfaisal.blogspot.com/2014/05/gst-siri-3-jom-sekolahkan-rafiziramli.html , kita saja nak sekolahkan Rafizi supaya dia jangan main cakap sebarang je.. Suka-suka je petik nama Australia, padahal dia tak semak pun sejarah Cukai Tidak Langsung, Cukai Koporat dan Cukai Individu di negara tersebut sejak tahun 2006. Sama lah macam dia main petik je nama Finland sebab nak menipu kononnya cukai Finland lebih rendah daripada cukai di Malaysia. Kali ini apa pula? Jom kita lihat hujah Rafizi mengenai harga beras pula.. Kefahaman yang dangkal mengakibatkan pemikiran dan perbuatan yang dangkal juga. Pengilang TERPAKSA MENAIKKAN harga untuk menampung KENAIKAN KOS? Kedua - Beras ni jatuh dalam kategori Sifar GST, bukan dikecualikan GST macam yang Rafizi dakwa.. Itu pun nak kena ajar dan bagitahu... Macam mana dia kira ya? Jom ajar dia mengira... Di bawah SST - bahan-bahan mentah, mesin dan sebarang perkhidmatan yang digunakan sudah dikenakan cukai. Walaupun tidak dicetak dengan nyata, tetapi cukai yang dikenakan telah dimasukkan ke dalam kos dan berganda dengan pengambilan margin. Berdasarkan Perintah Cukai Jualan Kastam 2008, kadar cukai jualan adalah 10% melainkan barangan dalam Jadual 1 - 5%, Jadual 2 - 20% dan Jadual 3 - kadar spesifik. Manakala untuk perkhidmatan pula, mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 1975, dikenakan cukai sebanyak 6%. Jika kita mengandaikan kos pemprosesan dan pembungkusan beras adalah RM 40 dan purata cukai bahan-bahan input ini adalah pada kadar 10%, maka cukai yang akan dimasukkan ke dalam kos pengilang adalah sebanyak RM 44. Jika diandaikan, pengambilan margin adalah sebanyak RM10, maka harga seguni beras yang sudah siap diproses untuk pengguna adalah RM 54. Di bawah GST, cukai untuk bahan-bahan mentah, mesin dan sebarang perkhidmatan yang digunakan dinyatakan dengan jelas pada SATU kadar yang STANDARD, iaitu 6%. Jika kos pemprosesan dan pembungkusan beras adalah pada RM 40, dengan GST 6%, cukai input yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 2.40. Berbeza daripada SST, di bawah GST , cukai INPUT (Bahan Mentah, Mesin, Operasi) boleh dituntut dan KOS penghasilan sepatutnya menjadi lebih murah, iaitu SST = RM40 berbanding GST = RM 37.60. Jika margin Pengilang adalah RM10, harga beras di bawah GST sepatutnya boleh diturunkan oleh Pengilang untuk Pengguna, iaitu pada harga RM 47.60 Soalnya sekarang, mahukah Pengilang MENURUNKAN harga dan menjualnya pada harga RM 47.60 atau masih menjualnya pada harga RM54? |
[Video] Macai gaduh sesama macai masa demo #BantahGST , kesian Melayu PR ni.. Posted: 01 May 2014 05:18 AM PDT Seronok tengok macai-macai ni bergaduh. Lawak pun ada... anak sapa la ni... |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment