House PK

House PK


PANAS BERAPI! SAMPAI BILA NAK BAGI MUKA KAT KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSTATUS BIAWAK HIDUP?

Posted: 04 May 2014 09:00 PM PDT

Antara masalah paling utama yang melanda Perkhidmatan Awam adalah sikap kakitangan awam itu sendiri. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sebenarnya sudah berlebihan, membuatkan perkhidmatan yang diberikan tidak sahaja kurang cekap, bahkan tidak memuaskan hati. Dengan lambakan pegawai-pegawai tua yang dinaikkan kedudukan kerana seniority selain kurangnya kerja yang dihadap, membuatkan mereka mempunyai masa lapang dan mula berlagak seolah-olah merekalah yang paling baik, paling bagus dan paling berkuasa.

Kakitangan awam adalah pekerja kerajaan. Kerajaan yang dimaksudkan adalah Kerajaan Masa Kini dan Kerajaan Masa Kini di Malaysia adalah Kerajaan Barisan Nasional. Dengan kata lain, mana-mana parti politik yang menang serta menguasai majoriti Kerusi Parlimen, maka itulah majikan kepada pekerja-pekerja awam.

Bukan seperti yang mereka sangkakan, kononnya mereka adalah PEKERJA RAKYAT.

Tidak ada istilah PEKERJA RAKYAT di dalam dunia ini. Begitu juga dengan Kerajaan Rakyat kerana semua pekerja adalah rakyat dan Kerajaan pula memang untuk rakyat. Istilah-istilah retorik sebegitu hanya digunakan dan dikeluarkan untuk menunjukkan akrab dan hebatnya sesebuah kerajaan walaupun hakikatnya, Kerajaan Rakyat dan Pekerja Rakyat yang boleh dijadikan contoh, hanya terdapat di negara Cambodia pada zaman Pol Pot manakala istilah untuk Kerajaan Rakyat merupakan istilah yang digunakan oleh Kerajaan-Kerajaan berfahaman Komunis dan Fasis.

Di Malaysia, perkataan rakyat cukup dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dan DAP. Segala-galanya telah dirakyatkan walaupun dari segi praktikalnya, sebarang keistimewaan dan kuasa hanya berlegar-legar di sekitar kroni dan ahli keluarga sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Bagi mendapatkan sokongan daripada kakitangan awam, diberitahu kepada mereka bahawa mereka adalah pekerja rakyat. Majikan mereka adalah rakyat kerana gaji mereka dibayar daripada cukai rakyat seolah-olah jikalau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan, tiada lagi cukai dikenakan dan sebarang gaji dan imbuhan diambil daripada cukai rakyat, sebagaimana yang sering dicanangkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

Satu perkara yang mungkin puak-puak ini terlepas pandang ialah, kewajipan mereka adalah melaksanakan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Mereka tertakluk kepada peraturan dan pekeliling. Mereka juga tidak boleh berbuat sesuka hati dengan jawatan yang disandang.

Masalahnya di Malaysia ialah, kakitangan awam cukup hebat berdalih. Mutu kerja mereka terlalu rendah tetapi mereka sangat bijak bermain politik ugut. Mereka seringkali berhujah bahawa mereka tidak bekerja dengan Barisan Nasional sebaliknya dengan Kerajaan dan Rakyat. Justeru, mereka boleh berbuat apa-apa sahaja kerana kononnya, kalau tindakan diambil terhadap mereka, maka Kerajaan sedia ada akan tumbang.

Walhal apa yang berlaku ialah, kakitangan awam inilah yang sebenarnya telah menjadikan imej kerajaan sekarang sebagai korup dan sebagainya. Mereka tidak amanah dan mereka tidak cekap, sebaliknya mereka meletakkan atau memindahkan segala ketidakjujuran dan ketidakcekapan itu kepada Kerajaan. Mereka pembohong dan tidak melaksanakan dasar-dasar yang digubal untuk kebaikan rakyat, sebaliknya mereka menuduh majikan mereka sebagai berbohong dan tidak mempunyai dasar-dasar yang baik.

Mereka yang berurusan dengan pejabat kerajaan, pasti akan tahu apa yang dimaksudkan. Pegawai-pegawai yang pro Pakatan Rakyat yang sering berkursus, tiada di pejabat, bermain golf, bercuti bahkan terlalu lambat bekerja walaupun sekadar untuk menguruskan satu fail, bukannya susah dicari. Pergi sahajalah ke mana-mana pejabat kerajaan dan kemudian NIKMATILAH mutu kerja seperti itu, kemudian bawa-bawalah bersembang dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di pejabat kerajaan itu. Nanti kita akan tahulah mana puak yang mereka sokong.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam. Anehnya laporan-laporan Ketua Audit Negara, jarang ditanggapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya. Kakitangan-kakitangan yang menyebabkan ketirisan, keborosan dan kebobrokan masih lagi kekal bekerja tanpa sedikit pun rasa bersalah, mahupun dihukum. Peruntukan hilang begitu sahaja dalam pembelian indent yang berharga tinggi, tidak dipedulikan bahkan kesatuan-kesatuan sekerja awam pula, cukup kuat membela mereka, sekalipun kakitangan-kakitangan berkenaan jelas melakukan kesalahan dan pengkhianatan terhadap rakyat dan majikan mereka sendiri.

Menariknya, golongan yang bercakap pandai ini, tidak pula mahu bekerja kerja dan mengosongkan tempat mereka untuk penyokong kerajaan. Sebaliknya mereka terus bertahan dengan hujah mereka bukannya bekerja dengan Kerajaan Barisan Nasional dan gaji mereka tidak dibayar oleh Barisan Nasional.

Ironinya, di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kakitangan awamnya diberikan kata dua sama ada mahu melaksanakan dasar dan menyokong majikan mereka, atau melepasksan kerja masing-masing untuk diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat.

Yang pasti, lambakan kakitangan yang keterlaluan sebenarnya telah menyebabkan pelbagai masalah melanda negara ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, seharusnya sudah mula memikirkan kaedah untuk meminimakan jumlah pekerja dan memaksimakan produktiviti. Kalau pihak swasta yang bergantung kepada margin sendiri, mengapa pula perkhidmatan awam yang menggunakan wang dari perbendaharaan, tidak boleh melakukannya.

Terlalu berlambak pegawai-pegawai tua yang masih hidup dengan alam fantasi mereka yang seharusnya disuruh bersara dan mengaji balik. Terlalu ramai kakitangan awam yang tidak berminat dengan kerja mereka, sebaliknya lebih minat berpolitik dan aktiviti politik yang seharusnya dibenarkan mereka bergiat dalam politik sepanjang masa.

Mana-mana pegawai atasan yang jelas tidak dapat menjalankan dasar-dasar kerajaan sedia ada, perlu diberhentikan kerana mereka tidak menyumbang apa-apa kebaikan pun!

Alasan MEMBANTU MELAYU-BUMIPUTERA dengan mewujudkan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, seharusnya dihapuskan kerana sebahagian besar kakitangan awam bukannya berminat dengan Melayu-Bumiputera lagi. Bahkan mereka yang paling kuat melaung-laungkan ANTI-RASIS jikalau wujud perkataan MELAYU-BUMIPUTERA walaupun hakikatnya mereka mendapat pekerjaan kerana MELAYU-BUMIPUTERA yang menjadi status mereka.

House PK: Ini aku petik dari blog Flying Kick, aku setuju dengan segala apa yang dituliskan beliau. Sudah tiba masanya kena rawat penyakit yang dah lama berakar umbi ni. Kepada Ali Hamsa sudah tiba masanya parasit-parasit atau Little napoleon dalam kakitangan awan ini dibersihkan.

WTF! RAFIZI RAMLI DAN SAMM MAHU SAMAN PDRM?

Posted: 04 May 2014 07:00 PM PDT

Dasyat gile dah deme ni, makin lama makin melampau, akibat dari dah terkantoi untuk tutup kemaluan maka mereka kata nak saman PDRM, nak tahu kisah penuh? Ini kisah nak jatuhkan kerajaan pada malam tahun baru yang dikatakan ada perancangan nak meletak bom di beberapa lokasi di KL....

KLIK SINI

CILI KASI TARUK! BERBALOI LAGI KE PAS NAK SOKONG PKR YANG SEMAKIN BESAR KEPALA SEKARANG NI?

Posted: 04 May 2014 05:00 PM PDT



Sebelum ini, setiap kali nak demo atau nak buat ceramah, Unit AMal PAS yag jaga keselamatan dan lakukan gerak gempur di hadapan.


Pergaduhan SAMM dengan Unit Amal PAS memberi anggapan seolah-olah mereka ini dah tak dihargai lagi.

Lama dah kkami beritahu PAS, PKR dan DAP hany anak perguna PAS. Sokongan dan jentera PAS diperguna untuk meletakan calun mereka menang di kerusi-kerusi tertentu.



Bila beza pendapat pasal hudud, dah mula sampai nak gaduh dan tak hormati Unit AMal.





Hinggakan dikatakan ada kecederaan dan kematian. Wallahu alam.

MAsih lagi hendak terus diperguna?

HOUSE PK: Walau sudah beberapa hari berlalu kisah Himpunan Gagal pertahankan Anwar Ibrahim yang ditopengkan dengan nama Himpunan Anti GST ni, aku masih nak kongsi dengan korang bagaimana unit Amal PAS dianjingkan oleh SAMM. Inilah hakikatnya sekarang ni, PKR sangat besra kepala.

Mereka dah lupa segala jasa Unit Amal PAS sebelum ini, yang sanggup diperkudakan oleh PKR dalam apa keadaan sekali pun, hari ini mereka dianjingkan oleh golong penyokong si MAHA PPELIWAT! Kesian aku tengok Unit Amal Pas ni, sedih siot.

Aku amat bersetuju dengan pendedahan The Unspinners ni. PAS kena kaji semula hubungan dengan PKR! PAS boleh melihat sendiri betapa jijiknya parti PKR dikala ini, dalam soal pemilihan dalam parti mereka sendiri pun mereka sangat ganas dan berkelakuan seperti manusia tidak bertamadun.

Berbaloi ke PAS nak rosakkan nama mereka dengan bersama parti yang menyokong dan menjulang LGBT ni? Fikir balik PAS, walau aku benci PAS tapi aku tak sampai hati tengok PAS dianjingkan sebegini. Sudah-sudah la tu, jangan la parti kamu diperguna oleh PKR mahupun DAP. Sudah tuba masanya PAS berdikari. 

Segala pengorbanan korang selama ini sia-sia sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...