House PK |
PANAS BERAPI! DEMOCRAZY SANG PAKATAN YANG MEMAKAN DIRI Posted: 01 May 2014 05:05 AM PDT Dah le datang dari jauh-jauh buat bantahan kononnya, padahal himpunan ni nak sokong peliwat je sebenarnya. Kan dah kena! Gaduh sama sendiri le, bas bawak penyokong PAS dari Klenatan terlanggar babi hutan. Apa korang dapat? Aku nak korang himpun hari-hari sebab makin kurang le penyokong al jubs sebab mati kerana gaduh sesama sendiri. Kita kena galakkan mereka ni berhimpun selalu. Yes...... |
AIK! HIMPUNAN GST KE HIMPUNAN GADUH SESAMA SENDIRI NI? Posted: 01 May 2014 04:44 AM PDT KENYATAAN MEDIA DARIPADA PERSATUAN JURUFOTO MEDIA MALAYSIA ( MPPA) 1 MEI 2014 6PM KUALA LUMPUR 1 MEI 2014- Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan segelintir sekumpulan peserta perhimpunan bantah GST menyerang jurufoto media di Dataran Merdeka Kuala Lumpur di sini hari ini. Dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah. Jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumnuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut. Menurut Sharil Amin semasa kejadian beliau ternampak sekepul asap yang dinyalakan dari suar oleh kumpulan (pemuda) berkenaan. Semasa menghampiri mereka menghambur kata-kata kesat seterusnya adengan kekecohan mula berlaku. " MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus. " Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindal liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz. Sehubungan dengan itu MPPA bercadang akan mengemukakan satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan akan mempertimbangkan ke pihak peguam kerana bukti bergambar wujud dalam kejadian tersebut. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment