BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! HUKUM #HUDUD !!! #ANWARIBRAHIM MUNGKIN MASUK #HOSPITAL UNTUK DAPATKAN RAWATAN !!!

Posted: 08 May 2014 05:00 AM PDT


Bukan sedikit dan bukan kecil masalah yang dihadapi oleh PR pada hari ini walaupun pakatan itu menafikan mentah-mentah yang mereka menghadapi masalah.Isu pemilihan CEC DAP masih belum selesai dan desakan semakin hebat kedengaran agar ROS tidak membenarkan parti itu bertanding dalam PRK Gelugor dan Teluk Intan dan mana-mana PRK atau PRU akan datang sekiranya tiada penyelesaian. Pemilihan PKR pula menyaksikan kegagalan total kepimpinan dalam mentadbir dan mengurus parti serta kerosakan jiwa yang kronik di mana tiada langsung sifat tanggungjawab,amanah dan telus di kalangan mereka yang terlibat.Apa yang dapat dilihat hanyalah kerakusan, tamak haloba,permusuhan dan kesanggupan untuk melakukan apa saja demi kuasa.Jika CEC DAP dimanipulasi secara senyap melalui kiraan komputer,penipuan PKR pula terserlah secara fizikal dengan kerusi berterbalikan dan kertas berterbangan.Pemimpin tertinggi kedua-dua parti DAP dan PKR nampaknya gagal menyelesaikan masalah parti masing-masing. 

Dalam keadaan sebegini,Ketua Pembangkang seharusnya memainkan peranan untuk mendesak kepada penyelesaian secara tegas dan tuntas.Malangnya,Ketua Pembangkang,iaitu Anwar Ibrahim,tidak mampu berbuat apa-apa.Anwar nampaknya benar-benar buntu dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua jauh sekali pemimpin.Tindakan PAS membangkitkan isu hudud untuk dibawa ke parlimen menambahkan lagi kekusutan dalam Pakatan.PAS berdegil ingin melaksanakan hudud manakala DAP dan PKR bertegas untuk menolaknya mentah-mentah.Namun di masa yang sama ketiga-tiga parti menafikan yang mereka mempunyai masalah dan cuba memperlihatkan seolah-olah isu hudud hanyalah permainan UMNO untuk memecahbelahkan mereka.Penafian ini tentu saja tidak membantu menyelesaikan apa-apa, sebaliknya membuatkan Anwar sebagai Ketua,yang telah sedia buntu, menjadi bingung.Anwar benar-benar terjerat dalam permainan ketiga-tiga parti dalam pakatan.Menyebelahi DAP akan membuatkan PR kehilangan undi Melayu manakala menyebelahi PAS pula akan menyebabkan kehilangan undi bukan Melayu.

Dalam keadaan di mana dirinya sendiri mempunyai masalah peribadi berkaitan mahkamah, Anwar kini benar-benar kehilangan arah.Segala karisma yang dimilikinya semakin terpadam. Segala lakonan sebagai pemimpin berkredibiliti kini hancur.Malah, khabarnya,Anwar sedikit pun tidak dilayan oleh orang ramai ketika menghadiri sebuah kenduri baru-baru ini.Publisiti yang cuba diraih setiap hari tidak lagi memberi apa-apa makna.Biarpun namanya terus terpampang di dada akhbar,namun ia tidak memberi impak kepada dirinya, parti mahupun negara.Kemunculannya di pentas politik hanya sebagai satu kenyataan bahawa demokrasi cukup segar di Malaysia, begitu juga dengan hak kebebasan bersuara. Anwar kini bukan lagi 'sesiapa'. Mungkin apa yang berlaku ke atas Anwar adalah akibat dari gemar bermain dengan isu agama. Antaranya, Anwar pernah berkata bahawa undang-undang pengharaman homoseksual adalah lapuk dan Anwar juga berdolak dalih dalam isu hudud. Anwar cukup konsisten menyokong gerakan liberalisasi dan pluralisme di pentas-pentas luar negara tetapi amat berhati-hati dalam memperkatakan mengenainya ketika di Malaysia. Anwar merupakan salah seorang yang menandatangan Annapolis Summit yang mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan Anwar juga pernah menyokong 'perlindungan ke atas Israel'. Pendirian Anwar yang bertentangan dengan apa yang ditonjolkan di hadapan umat Islam di negara ini akhirnya memberi kesan kepada mental dan juga fizikal beliau. 

Penampilan Anwar semakin hari semakin kusut dan sesiapa sahaja dapat mengesan yang beliau kini kebingungan.Apa yang berlaku pada Anwar adalah akibat dari perbuatannya sendiri.Tiada siapa yang dapat membantu beliau untuk pulih kembali, melainkan dirinya sendiri.Mungkin,Anwar perlu memohon agar hukuman hudud dikenakan ke atas dirinya bagi membolehkan beliau kembali tenang.Lagipun,bukankah Anwar juga yang begitu giat menjaja soal 4 saksi berikutan tuduhan liwat ke atasnya ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! MASA DEPAN #MEDIA GELAP SEKIRANYA #PAKATAN #PEMBANGKANG TADBIR #MALAYSIA !!!

Posted: 07 May 2014 10:00 PM PDT


Keganasan yang tercetus semasa perhimpunan haram anti-GST pada Hari Buruh mengukuhkan persepsi rakyat bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.Keganasan yang berlaku bukan buat pertama kali tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam setiap demonstrasi dan perhimpunan yang diadakan terutamanya di ibu negara. Mereka mendabik dada bahawa merekalah yang paling demokratik dan menjunjung undang-undang, kononnya berjuang untuk negara hukum.Bagaimanapun apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka,pembangkanglah pihak yang pertama melanggari segala peraturan yang mereka pertahankan.Umpamanya pihak polis telah menyatakan perhimpunan anti-GST tersebut adalah haram dari segi undang-undang kerana penganjur tidak mematuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan sebagaimana termaktub di dalam Akta Perhimpuanan Aman 2012.Malah sebelum akta tersebut digubal pembangkang mahu agar mereka dibenarkan berhimpun di dalam stadium atau tempat tertutup.Apabila syarat tersebut dimasukkan dil dalam akta berkenaan merekalah yang pertama sekali menolaknya pula dan mahu mengadakan demonstrasi jalanan. 

Dalam perhimpunan haram mana-mana pun pasti akan terjadi kejadian yang tidak diingini berlaku.Di dalam undang-undang sudah nyata dan jelas kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa bersama dalam sebarang perhimpunan.Apa yang berlaku penyokong pembangkang tetap menyeret anak-anak yang tidak berdosa dan mendedahkan mereka kepada risiko tercedera sekiranya terperangkap di dalam insiden keganasan.Pembangkang juga berjanji untuk tidak mengusik atau menganggu gugat tugas petugas media.Apabila yang berlaku adalah sebaliknya,wartawan diganasi dan dikasari sehingga ada yang tercedera.Perkara ini tidak harus berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka berhubung kebebasan media.Sekiranya inilah sikap pembangkang yang mensasarkan pertugas media khususnya daripada media arus perdana masa depan industri media di negara ini akan gelap sekiranya pihak pembangkang memegang kuasa.Apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kononnya kebebasan akan dijamin di bawah sekiranya mereka berkuasa hanyalah cakap kosong dan retorik sahaja. 

Hakikatnya pembangkang adalah musuh media kerana walaupun mereka berkuasa di beberapa buah negeri, namun nasib pertugas media yang tidak disukai mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3 sentiasa didiskriminasi.Wartawan diancam dengan tindakan saman dan undang-undang setiap kali mereka mengajukan soalan yang mampu menggugatkan kredibiliti dan kewibawaan mereke sebagai pemimpin politik.Malah sering kali para wartawan media arus perdana dimalukan dan diperli dikhalayak ramai kerana bertanyakan soalan yang mereka anggap sensitif. Bagaimanapun pemimpin pembangkang seperti Anwar amat lunak sekali apabila berdepan dengan media asing atau antarabangsa,jauh berbeza dengan layanan yang diberikan kepada media tempatan.Bagi Anwar media tempatan kecuali akhbar atau portal media yang menyokongnya, patut dilayan seperti hampas kerana kononnya tidak memberi ruang secukupnya kepada beliau.Tidakkah Anwar boleh dikatakan mendapat perhatian media saban hari di dalam media utama negara sejak 1998 ??? Mungkin beliau hanya media mengikut telunjuknya sepertimana beliau mencengkam media arus perdana semasa berada di dalam kerajaan dahulu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PAKATAN #PEMBANGKANG MEROYAN #OBAMA TAK LAYAN #ANWARIBRAHIM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 07 May 2014 07:00 PM PDT


Pembangkang suka menggunakan istilah 'selektif' apabila menuduh kerajaan mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam hubungannya dengan pemimpin atau parti pembangkang.Hanya dengan melihat insiden-insiden atau kenyataan tertentu pemimpin pembangkang baru rakyat sedar pihak mana sebenarnya yang suka bersikap selektif atau dalam peribahasa Melayunya 'pilih bulu'.Ketika menghadiri majlis perjumpaan Presiden Barack Obama dengan lebih 100 pemimpin muda peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya baru-baru ini,Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar bangun untuk bertanya pemimpin kuasa besar Amerika Syarikat itu tidak mahu bertanya dengan bapanya,Anwar.Obama tidak menjawab soalan itu apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa yang bertanya itu adalah anak pembangkang itu sendiri.Apabila soalan beliau tidak dihiraukan Obama,Nurul Izzah membuat kenyataan media mendakwa presiden itu mengamalkan sikap selektif dalam memperjuangkan demokrasi apabila bertindak tidak bertemu dengan Anwar. 

Perlu dijelaskan,pentadbiran Amerika Syarikat yang membuat keputusan bahawa Presiden Obama tidak akan membuat pertemuan dengan ketua umum PKR semasa lawatan rasmi tiganya ke Malaysia.Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat,Susan Rice yang membuat kenyataan berkata tidak ada sebarang jadual pertemuan antara Obama dan Anwar.Tuduhan Anwar bahawa kerajaan Malaysia menekan Amerika Syarikat supaya Obama tidak bertemu Anwar tidak masuk akal jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mempersoalkan bagaimana sebuah negara kecil boleh mendesak sebuah negara kuasa besar.Apabila pembangkang tidak dapat apa yang dihajati,mereka gemar menggunakan istilah selektif samada untuk menutup malu mereka atau mengalihkan isu sebenar.Pembangkang lupa bahawa dalam isu layanan terhadap media,merekalah 'culprit' yang selalu bersikap talam dua muka terutamanya terhadap media arus perdana.Siapa yang boleh lupa kata-kata ancaman Anwar kepada petugas media arus perdana, 'U ulang I saman',apabila ditanya bertalu-talu mengapa ketua pembangkang itu hanya gemar menyaman media tempatan tetapi tidak berani mengambil tindakan sama ke atas antarabangsa.Begitu juga ketika ditanya wartawan TV3 berkenaan isu jam Omega yang berhubungkait dengan video seks Anwar dengan pelacur Cina,beliau bersikap berang dan biadap terhadap pertugas media itu. Dalam hal ini siapa sebenarnya yang bersikap selektif ??? Tidakkah parti rasis Dap bersikap selektif apabila mengharamkan media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 daripada membuat liputan berita sidang media dan sidang Dewan Undangan Negeri ??? 

Bagaimana pulangan tindakan PKR yang melekatkan notis di pintu bilik mesyuarat ibupejabat parti itu untuk tidak membenarkan kedua-dua media yang sama membuat liputan sidang media mereka ??? Petugas media hanya menjalankan tugas hakiki mereka sebagai wartawan dan mereka tidak sepatutnya dijadikan mangsa agenda politik pembangkang apabila sesuatu berita mendedahkan kelemahan, penyelewengan atau sikap hipokirt pemimpin pembangkang.Dalam perbicaraan dua kes liwat membabitkan Anwar pada 1998 dan 2008, pembangkang juga menuduh badan kehakiman negara bersikap selektif.Bagaimana kerajaan atau pihak kehakiman boleh bersikap selektif apabila perbicaraan Anwar adalah hasil laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa nafsu rakusnya.Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Januari 2012,mengapa pembangkang tiba-tiba bersikap lunak terhadap badan kehakiman malah memuji hakim tersebut atas keputusan yang adil.Tidak timbul pula istilah-istilah seperti selektif, tidak adil, pincang, manipulasi, kroni dan sebagaimananya apabila ketua pembangkang itu dibebaskan.

Jadi sebenarnya pembangkanglah yang berpilih-pilih dalam sikap mereka untuk disesuaikan dengan agenda politik mereka.Apabila sesuautu keputusan atau tindakan kerajaan tidak memihak kepada mereka, maka kerajaan dituduh bersikap selektif.Sebaliknya,apabila keputusan mahkamah memenangkan mereka,hakim dipuji melambung malah pada ketika itu tidak ada cacat celanya pada badan kehakiman.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANTARA KEHILANGAN PESAWAT #MH370 DAN 800 PERWAKILAN #CEC #DAP !!! MANA LAGI HEBAT ???

Posted: 07 May 2014 05:00 PM PDT


pada 5 mei yang lalu,Genap lah setahun PRU13 berlalu,pembangkang masih lagi belum dapat menggulingkan Barisan Nasional walaupun telah berkali-kali berdemonstrasi dengan berbagai-bagai taktik dilakukan termasuk berkhemah,berguling,merusuh dan menjemput campurtangan asing.Segala usaha pembangkang terbukti sia-sia sahaja kerana kuasa asing juga tidak mampu menafikan hakikat bahawa PRU di Malaysia berjalan dengan adil dan saksama.Ini terbukti dengan saingan sengit yang diberikan oleh pembangkang,sehingga memenangi atau mengekalkan beberapa negeri. Enggan menerima hakikat kekalahan,pembangkang terus menolak hakikat bahawa PRU tersebut adil.Malah,blog Lim Kit Siang menulis bahawa pada ulangtahun pertama PRU13 iaitu pada 5 mei lalu,Malaysia kononnya telah dikaburi polisi-polisi Datuk Seri Najib yang gagal dan keterdesakan ingin melihat perpecahan PR melalui Hudud.Kononnya,sejak BN memenangi PRU itu,negara terus berada dalam keadaan kelam dan tidak tentu hala tuju.Jelas,Kit Siang sedang mengalami sindrom penafian yang kronik mengenai dua perkara. 

Pertama,kekalahan dalam PRU13 dan kedua,Hudud sedang memecahbelahkan PRakyat.Kit Siang masih bercakap mengenai 'undi popular' walaupun ia tidak relevan dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan Kit Siang juga masih menegaskan yang hudud bukan masalah sedangkan satu negara sudah riuh rendah dengan suara DAP yang menolak hudud sekeras-kerasnya.Jika kita melayari blog Kit Siang, kita akan dapat merasakan betapa beliau bukan sahaja mengalami sindrom penafian yang kronik tetapi juga seorang pemimpin yang amat tidak bertanggungjawab.Ini kerana,dalam Kit Siang asyik memikirkan ulangtahun pertama PRU13,beliau tidak pula ingin membangkitkan soal pemilihan CEC yang masih lagi belum selesai yang kini sudah menghampiri ulangtahun ke2.Pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012 memperlihatkan DAP telah 'tersalah kira' sehingga membawa kepada pengiraan semula undi pada Januari 2013.Keputusan dari pengiraan semula tersebut bagaimanapun menimbulkan berbagai persoalan matematik berikutan penambahan dan pengurangan undi individu tertentu yang tidak masuk akal.Tidak cukup dengan itu,aduan juga dibuat kepada ROS oleh para perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat.Akibatnya,keputusan pengiraan semula telah ditolak dan DAP disaran mengadakan pemilihan semula.DAP bagaimanapun enggan bekerjasama dan memberi berbagai alasan mencabar perintah ROS.Walaubagaimanapun,parti itu akhirnya tidak mampu melawan undang-undang dan terpaksa mengadakan pemilihan semula 9 bulan selepas pemilihan asal, iaitu pada 29 September 2013. Malang bagi DAP, sekali lagi, aduan dibuat oleh pemimpin bawahan kepada ROS mengenai pemilihan yang bertentangan dengan prosedur parti. 

Selain itu,DAP juga telah gagal menjawab ke mana hilangnya 800 perwakilan di hari pemilihan semula, mahupun kehilangan lebih 700 dari mereka dalam pemilihan asal di tahun sebelumnya.Sehingga kini,setelah 17 bulan berlalu dari tarikh pemilihan CEC yang asal,DAP masih lagi berdolak dalih mengenainya.Lim Kit Siang pula nampaknya mengambil sikap membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kit Siang bagai melupakan terus masalah besar yang melanda parti itu, tetapi tidak malu pula untuk bercakap mengenai masalah negara di dalam blognya saban hari. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Blog Kit Siang bukannya prihatin, tetapi seolah-olah 'obses' mengenai kehilangan MH370. BN telah memenangi PRU-13 dan semua pihak termasuk para pemerhati luar berpuas hati dengan perjalanan dan keputusannya. Yang merungut dan menolak keputusan PRU tersebut hanyalah pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat yang sentiasa memusuhi dan membangkang apa saja mengenai BN.

Namun,dalam kes pemilihan CEC DAP, pihak yang merungut dan menolak keputusannya bukanlah BN yakni musuh DAP,tetapi ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin kecil parti itu sendiri. Justeru, antara ulangtahun pertama PRU13 dengan pemilihan CEC DAP yang telah menghampiri ulangtahun kedua, apakah maknanya kepada rakyat Malaysia ??? Sebenarnya, apa yang dilihat oleh rakyat adalah jelas, iaitu negara terus bergerak ke hadapan, aman dan sejahtera selepas PRU13.Namun,DAP pula semakin hari semakin goyah, semakin hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina sendiri dan kini terumbang ambing pula dek isu hudud.Mungkin Kit Siang perlu berhenti menafikan hakikat bahawa partinya mempunyai masalah besar. Selagi Kit Siang enggan mengakui hakikat itu, maka selagi itulah masalah tidak akan selesai. DAP tidak boleh lari dari masalah atau berpaling dari undang-undang. Rakyat, termasuk ahli-ahli DAP sendiri bukannya anggota komunis atau hamba sahaya Maharaja Cina yang tidak mampu menyoal atau membantah sang Ketua. Jika parti sendiri tidak dapat mengikut prosedur. bagaimana DAP mampu berangan untuk memerintah negara ??? Untuk pengetahuan DAP, memerintah negara bukan seperti mentadbir perniagaan along atau kongsi gelap. Memerintah negara perlu bersandarkan undang-undang dan perlembagaan. 

Oleh itu,inilah disarankan kepada Kit Siang,daripada saban hari membincangkan kehilangan MH370 dan hal-hal negara,adalah lebih baik jika Lim Kit Siang menulis memperjelaskan mengenai ke mana hilangnya para perwakilan CEC semasa hari pemilihan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...