tun faisal dot com |
#GST Siri 3 - JOM sekolahkan @RafiziRamli pasal cukai Australia @Fuhas_Tweet #PartiKangkungRakyat Posted: 30 Apr 2014 04:23 PM PDT Hari ni 1 Mei. Hasrat nak bawa keluarga pergi makan-makan di Kuala Lumpur, tapi sebab ada macai-macai PR yang tak guna akal nak berdemo Tolak GST, maka hasrat nak bawa keluarga ke KL ditangguhkan dulu. Antara macai yang tidak cerdik dan ikut-ikutan adalah budak-budak universiti yang kononnya menggelar diri mereka `mahasiswa' tetapi tak tahu dan malas nak buat research sikit untuk semak pembohongan pembangkang. Memalukan gelaran `mahasiswa' je lah.. Pensyarah yang ajar mereka pun 2 x 5 juga tak cerdiknya, itu pun tak boleh nak ajar.. Hari tu, kita dah sekolahkan Chegu Bard. Nampak sangat dia tak tahu pun pasal GST. Tapi gelembong lebih nak cakap pasal Singapura dan status ekonomi 160 buah negara yang dah laksana GST. Boleh baca di sini untuk lihat kenapa Chegu Bard disekolahkan - "#GST Siri 2 - Chegu Bard kena sekolah.. #PenipuRakyat" Saya telah diminta untuk meneliti hujah-hujah dan penipuan PR tentang GST. Walaupun pada peringkat awal saya malas nak campur sebab mendapat tahu sudah ada Consultant dan pihak-pihak tertentu yang dilibatkan oleh Kementerian Kewangan untuk memberi penjelasan tentang GST sebelum ini, namun apabila diminta untuk membantu, kita tolong lah apa yang patut. Rafizi pernah ditangkap `red handed' berbohong sebelum ini, iaitu semasa Debat SINAR - Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 23 Mei 2012. Ketika berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin, saya masih ingat Rafizi menyebut bahawa kawan dia di kedutaan Finland memberitahu dia yang cukai Finland lebih rendah daripada Malaysia sedangkan hakikatnya berbeza. Cukai Individu - 51.13% VAT / GST - 24 % umum, 14 % makanan , 10 % penginapan, pengangkutan, farmaseutikal, buku, kebudayaan Cukai Korporat - 24.5 % sebelum ini 26% sedangkan di Malaysia Cukai Indidvidu - 26% VAT/GST - Belum dilaksanakan, jika dilaksanakan hanya 6% Cukai Korporat - 25 % Kita juga dah buktikan sebelum ini, beberapa unjuran yang di buat Rafizi tentang Pendidikan Percuma dan Penurunan Harga Kereta juga salah. [Video] Bicara Kampus #PTPTN: Unjuran @RafiziRamli salah! Unjuran Rafizi untuk pendidikan percuma salah, unjuran #HargaKereta pun hancus #ManifestoBukanJanji Pembohongan Rafizi mengenai GST sebelum ini juga pernah dibongkarkan oleh portal GST Malaysia Info GST - Pemimpin PR @RafiziRamli @Imokman @DrDzul @KhalidSamad disekolahkan @GSTMalaysiaInfo lagi Apa pula pembohongan Rafizi mengenai GST lagi? Apa yang kita nak sekolahkan dia kali ni? Meh tengok apa pembohongan Rafizi di bawah :- Masalah dengan Rafizi, protegee Anwar Ibrahim ini adalah dia suka berbohong.. "Di negara-negara lain, GST dilaksanakan kerana ia diimbangi dengan penurunan cukai pendapatan (contohnya di Australia). Ini boleh dibuat kerana gaji pekerja di Australia rata-ratanya tinggi dan majoriti mereka memang sudah membayar cukai pendapatan." Mari kita tengok hakikat sebenar... Kadar cukai di Australia sejak 2006 - GST/VAT adalah dalam kategori INDIRECT TAX. Bandingkan INDIRECT TAX di Australia dengan INDIVIDUAL TAX. Adakah terdapat sebarang penurunan? Agak-agakla kalau nak menipu... student dan pensyarah IPT yang sokong PR boleh la tipu sebab mereka malas nak buat research.. Kadar cukai di Finland sejak 2006 Kadar cukai di Sweden sejak 2006 Kadar cukai di Malaysia sejak 2006 Banyak lagi pembohongan yang akan dibongkarkan... mana consultant yang dibayar oleh kerajaan ni? |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment