House PK |
CILI KASI TARUK! APAKAH FELDA BODOH KERANA MENARIK BALIK SAMAN? INI CERITA SEBENAR... Posted: 23 Apr 2014 05:48 AM PDT Aku yakin ramai penyokong UMNO marahkan UMNO diatas keputusan menarik balik saman terhadap Saifuddin Nasution. Ada yang begitu marah sampai mereka luahkan melalui media sosial. Yalah lepas apa yang berlaku dalam episod Tian Chua yang dah la saman ditarik balik pastu ada pulak gambar SUA UMNO diambil bersama penghasut no 1 tu. Tapi kan, khabarnya kali ini kisah lain. Bukan ditarik balik sebab nak settle luar mahkamah tanpa apa-apa. Kita nak tau apa kisah sebenarnya kan? Sebelum kita melompat apa kata kita baca dulu ulasan RBF Online dibawah ni: Saya yakin ramai diantara kita masih ingat bagaimana Pas dan PKR menuduh Felda menjual minyak sawit Malaysia ke Israel pada tahun 2012. Seorang peneroka Felda yang gagal dan juga bekas bakal Pengerusi Felda sekiranya pak-khatan rakyat memenangi PRU 13 yang lepas, Mazlan Aliman dengan penuh bangganya mengumumkan dalam Muktamar Pas di Kota Bharu pada November 2012 bahawa dia ada invois sebagai bukti Felda menjual minyak sawit kepada Israel. Maka apa lagi, penyokong-penyokong Pas yang dungu dan berotak udang pun menyambutnya dengan laungan…TAKBIRRRRR….. Selepas itu gegak gempitalah dalam harakah dan suara keldaian bahawa kerajaan pimpinan Najib mesra Israel dan menjual minyak sawit kepada Israel, mengkhianati perjuangan rakyat Palestin dan macam-macam lagi tuduhan jahat. Felda telah menafikan perkara tersebut. Felda telah memberi tempoh 14 hari kepada mereka untuk menarik balik fitnah tersebut.
Perbicaraan telah berjalan. Sebanyak tujuh saksi defenden yang dipanggil. Ketujuh-tujuh mereka juga adalah orang yang dinamakan oleh Felda dalam saman itu. Saksi defendan adalah saksi-saksi pihak yang disaman atau kena saman. Dalam bahasa mudah kita boleh katakan saksi-saksi yang menyebelahi atau bersekutu dengan Pas. Manakala saksi-saksi pihak yang menyaman dipanggil saksi plaintif. Dalam bahasa mudah saksi plaintif adalah saksi-saksi yang menyebelahi Felda. Enam saksi yang menyebelahi Pas (saksi defendan) telah memberi keterangan di Mahkamah. Mereka ialah, Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah, Angkatan Edaran Sdn Bhd. Nak tahu seterusnya apa yang berlaku, BACA DISINI.. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment