BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! BERUBAH KAH PENDIRIAN #DAP SELEPAS KETIADAAN #KARPALSINGH ???

Posted: 21 Apr 2014 08:00 AM PDT



Pagi kelmarin,negara telah dikejutkan dengan berita kematian ahli politik pembangkang dan juga peguam tersohor,Karpal Singh.Karpal atau nama penuhnya,Karpal Singh a/l Ram Singh lahir pada 28 Jun 1940 merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Pulau Pinang sejak 2004.Beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Kebangsaan parti DAP sejak tahun yang sama.Pemergian Karpal Singh dilihat sebagai peristiwa yang agak signifikan dalam politik Malaysia kerana beliau dianggap sebagai 'dinding pemisah' antara PAS dengan DAP atas sebab kenyataan kontroversinya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 8 Oktober 1990 mengenai Negara Islam.Dalam kenyataan tersebut,Karpal mencabar agar melangkah mayatnya terlebih dahulu jika ingin mewujudkan Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.Namun,pada tahun 1999,selepas DAP bekerjasama dengan PAS,Karpal pernah dilaporkan meminta maaf atas kenyataan tersebut.Walaubagaimanapun beliau menegaskan bahawa DAP tetap menolak Negara Islam yang dicadangkan oleh PAS.

Ketegasan DAP akhirnya memaksa PAS mengalah dan melupakan Negara Islam.PAS kemudian mengumumkan Negara Berkebajikan tanpa mengenepikan terus impian untuk melaksanakan Undang-undang Hudud.Sehingga ke akhir hayatnya,Karpal terus diletakkan oleh DAP di barisan hadapan dalam menentang Hudud PAS.Tujuannya tentulah untuk mengelak daripada PAS dan orang-orang Melayu menyalahkan kaum Cina di dalam DAP sebagai penentang Islam.Karpal yang mewakili kaum India dalam kepimpinan DAP,dilihat sebagai alat paling sesuai untuk dijadikan 'penentang Islam' dalam strategi parti rasis Cina itu meraih sokongan Melayu.Secara teknikalnya,kewujudan Karpal di dalam DAP hanyalah untuk mengaburi mata rakyat mengenai hakikat parti DAP adalah parti perkauman tegar Cina yang memusuhi Islam.Dengan pemergian Karpal,pemimpin berbangsa Cina DAP mungkin terpaksa bangkit menentang Hudud PAS secara lebih terbuka dan agresif,melainkan mereka mampu mengenengahkan personaliti lain dari bangsa Melayu atau India juga,yang dapat menggantikan tempat Karpal sebagai 'dinding pemisah' dan 'penentang Islam' tadi.PAS selama ini telah berjaya menyelamatkan hubungan dengan DAP dengan menyalahkan Karpal Singh seorang dan bukan DAP dalam memperkatakan isu hudud.Menurut PAS,Karpal menolak hudud atas kapasiti individu bukan parti. Kononnya, DAP tidak pernah menentang hudud secara langsung tetapi bersifat terbuka mengenainya.

Kononnya DAP bukan menolak hudud tetapi sekadar tidak faham Islam.Kononnya juga,DAP telah menerima Islam dan berbagai-bagai konon lagi.Apa yang pelik ialah hanya PAS yang memberi berbagai alasan bagi pihak DAP manakala DAP pula secara tegas mendesak klausa 'Islam sebagai agama rasmi' di dalam Perlembagaan dihapuskan terus.Jika DAP menentang Islam sebagai agama rasmi,mana mungkin hudud dilaksanakan jika PAS memerintah bersama DAP ??? Hari ini,ada pemimpin Islam dari PKR yang berikrar akan meneruskan perjuangan Karpal.Memandangkan Karpal merupakan juara dalam menentang hudud,maka ini bermakna bahawa PKR juga akan memastikan yang PAS tidak akan melaksanakan hudud sekiranya PR berkuasa.Nampaknya,pemergian Karpal mungkin tidak membawa apa-apa perubahan bagi isu hudud dalam Pakatan Rakyat. DAP dan PKR kekal menentang hudud, negara Islam mahupun Islam sebagai agama rasmi negara. 

PAS pula kekal menjadi parti 'sumbang' dalam PR yang membawa mimpi berbeza dari sekutunya.Biarpun tanpa Karpal,PAS akan terus menjadi semakin lemah, semakin kecil dan semakin tidak bermakna dalam PR.Namun,PAS mungkin mampu kekal relevan dalam politik negara kerana ia mewakili bangsa majoriti iaitu Melayu.Tidak pasti sejauh mana PAS mampu bertahan sebagai parti tanpa maruah dan sesat dalam mencari hala tuju dalam PR.Apa yang pasti,Karpal bukan penghalang kepada hudud,tetapi DAP yang juga tidak akan mampu menghalang hudud jika bukan kerana PAS yang terlalu 'hadap' dengan kasih sayang parti rasis tegar Cina itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#JELAJAHPANDAN !!! #WARTAWAN #ANTARAPOS KENA HALAU KELUAR !!! INI KERR DINAMAKAN DEMOKRASI ???

Posted: 21 Apr 2014 05:00 AM PDT


Wartawan Antarapos telah dihalau keluar oleh pengerusi majlis Jelajah Pandan bersama Nurul Izzah Anwar,Rafizi Ramli dan Datuk Saifuddin Nasution yang berlangsung di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).Insiden itu berlaku selepas jurukamera Antarapos sedang merakamkan visual Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar bersama beberapa ahli parti itu.Selang beberapa minit merakam aksi Izzah,beliau bangun dan terus mendapatkan urus setia program berkenaan sebelum pengumuman agar krew Antarapos diminta keluar dari dewan dibuat. 

"Apakah wartawan diundang? soal Izzah. "Kami tak tahu dia (Antarapos) datang sendiri," jawab urusetia terbabit.Selepas diminta keluar pengerusi majlis bergegas mendapatkan wartawan kami dan beliau memohon maaf kerana terpaksa bertindak sedemikian.Katanya,program jelajah yang berlangsung hanya untuk ahli parti sahaja.Beliau juga berkata media hanya akan dilayan selepas majlis itu selesai.Apa yang menghairankan,wartawan dari Sinar Harian yang turut hadir membuat liputan dibenarkan untuk terus berada dalam dewan terbabit.anda nampak tak permainan mereka.kenapa wartawan sinar boleh masuk,wartawan antarapos tak boleh masuk ??? adakah ini dikatakan demokrasi yang dilaungkan oleh PKR ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#HIMPUNAN #ANTIGST !!! #DBKL AKAN HALANG SIAPA YANG DATANG #DATARANMERDEKA !!!

Posted: 21 Apr 2014 01:30 AM PDT


Seperti biasa kontroversi ini akan berulang dan berulang.Kita tunggu tengok apa jadi pada 1 Mei ini ekoran hobi puak pembangkang nak adakan perhimpunan besar pada hari itu.Namanya 'Perhimpunan 1 Mei' dan tujuannya untuk memprotes cadangan kerajaan hendak laksana cukai barangan dan perkhidmatan yang ringkasnya dikenali sebagai GST.Ia hendak dianjurkan oleh gabungan 90 pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti PR.Sekalipun 161 buah negara di seluruh dunia sudah lama laksanakan GST tanpa sebarang masalah namun pembangkang di Malaysia 'terlebih pandai'.Mereka sedang cuba putar habis-habisan untuk mengambarkan ia akan menyusah dan menekan rakyat jelata.Setakat ini kerajaan tidak berganjak dalam pendirian bahawa GST tetap akan dilaksanakan pada April 2015. 

Semua orang tahu matlamat pembangkang cuma untuk bikin riuh untuk tarik perhatian konon mereka begitu perihatin pada nasib rakyat.Untuk bikin heboh apa lagi kalau bukan Dataran Merdeka hendak dijadikan destinasi akhir perhimpunan yang dirancang itu.Mengikut penganjur mereka hendak berarak dari KLCC menuju ke Dataran Merdeka.Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjadi penyelia lokasi bersejarah negara itu sudah tegas tidak membenarkan sebarang perhimpunan di situ.Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sendiri berkata Sabtu di Dataran Merdeka tidak boleh. 

"Sekali-kali tidak di Dataran Merdeka,kami mungkin menimbang Padang Merbok atau tempat lain,tapi bukan Dataran Merdeka," katanya pada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur.Pihak polis Kuala Lumpur yang telah mengadakan pertemuan dengan penganjur telah meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana DBKL sedang melakukan kerja naik taraf di sana.Kalau diimbas balik beberapa perhimpunan anjuran pembangkang atau yang disokong oleh pembangkang apa yang dilarang itulah yang hendak dilanggar. 

Ini berlaku semasa perhimpunan Bersih dulu dimana berlaku cubaan untuk merempuh Dataran Merdeka.Mereka yang faham gelagat pembangkang tahu sangat bagi mereka kalau tiada tindakan polis,gas pemedih mata dilepaskan dan kontroversi semasa perhimpunan ia dianggap 'tidak berjaya'Kini apa yang diharapkan oleh orangramai yang sudah muak melihat taktik perhimpunan demi perhimpunan ialah ketegasan pihak berkuasa dalam menanganinya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #ANWARIBRAHIM DAH BUAT HAL !!! BOLEHKAH KITA TUNDUK HORMAT KAT MAYAT KAFIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Apr 2014 10:00 PM PDT


di bawah adalah fakta sebenar boleh kah kita sembah atau tunduk hormat depan mayat kafir ataupun bukan islam.saya bukan nak main politik di sini.ini adalah untuk kebaikan bersama sealin dari isu anwar ibrahim ni.jom lihat di bawah


والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hadis tersebut adalah sahih,muttafaq alaih.Lafaznya seperti berikut :

Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri.Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?".

Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

 - Hadis ini menunjukkan digalakkan berdiri apabila ada jenazah melintasi kita,samada jenazah itu Muslim ataupun kafir.Cuma ada pendapat ulama yang mengatakan ia mansukh.

- Illah berdiri ketika jenazah bukan Islam melintasi,ialah seperti berikut :

a) kerana ia satu jiwa yang diciptakan Allah (sebagaimana di dalam hadis di atas)
b) kerana merasai kegerunan terhadap kematian.Dalilnya: Jabir bin Abdillah melaporkan: Kami dilintasi oleh satu jenazah, lalu Rasulullah SAW berdiri, dan kami berdiri bersamanya. Aku berkata: "Wahai Rasulallah, Ia hanyalah jenazah Yahudi". Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya bagi kematian itu ada kegerunan. Maka apabila kamu melihat jenazah, berdirilah". Direkod oleh Ahmad (no: 1992) Dinilai Sahih oleh Ibn Hibban (no: 3050)
c) Menghormati Malaikat.Berdasarkan hadis Anas bin Malik,katanya : Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW,lalu baginda berdiri.Diberitahu padanya : "Itu jenazah Yahudi".Baginda bersabda : "Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat". Direkod oleh Nasai (no: 1929).Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya :

Nabi SAW ditanya: "Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?" Jawab baginda: "Ya, berdirilah. Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh". Direkod oleh Ahmad (no: 6573),dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).


seperti Kisah Nabi SAW diatas,Nabi bangun memberi hormat kepada jenazah bukan Islam adalah betul termasuk juga tidak memotong kenderaan yang membawa jenazah kecuali mmg ada keperluan.Tetapi tunduk memberi hormat apatah lagi sambil memegang lilin serta mendoakan kesejahteraannya ada lah dilarang

TAK PERCAYA ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BUKTI PERPECAHAN DALAMAN #PKR #PEMILIHANPKR #AZMINALI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Apr 2014 06:49 PM PDT


Kempen bagi pemilihan PKR semakin 'panas' selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya,Mohamed Azmin Ali.Risalah bertajuk 'Layakkah Azmin?' dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0.Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak,Annuar Zakaria berkata,beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam. 

Menurutnya,risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu "Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita.Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0,di Wisma PKR Negeri.Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.


Pada Himpinan Reformasi 2.0,beberapa pimpinan PR di peringkat negeri dan pusat hadir memberikan ceramah.Selain ucaptama Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim,beberapa pemimpin termasuk Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli,Setiausaha Agung PKR,Datuk Saifuddin Nasution,Pengerusi MPN Perak,Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak,Razman Zakaria.

NAMPAK TAK PERMAINAN PKR ???

LAIN KALI JANGAN KATA PARTI LAIN !!!

PARTI PKR PUN SAMA JERRR !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...