UMNO Online - “MH370: Bukan Mudah Kelola SAR Berskala Besar- Najib” plus 3 more

UMNO Online - “MH370: Bukan Mudah Kelola SAR Berskala Besar- Najib” plus 3 more

Link to UMNO Online

MH370: Bukan Mudah Kelola SAR Berskala Besar- Najib

Posted: 30 Mar 2014 10:33 AM PDT

SEPANG, 30 Mac — Hubungan baik Malaysia dengan negara lain telah menyumbang kepada bantuan antarabangsa yang dihulur dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Perdana Menteri menegaskan bukanlah tugas mudah untuk menghimpunkan 26 negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran itu sekiranya Kuala Lumpur tidak mewujudkan hubungan rapat dengan ibu negara lain.

 

“Masyarakat perlu menyedari bahawa menjadi tugas yang besar untuk melibatkan begitu banyak negara dalam satu operasi besar-besaran. Perkara ini tidak akan berlaku jika Malaysia tidak mempunyai hubungan akrab dengan banyak negara,” kata Najib.

 

Beliau ditemui media selepas menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia Petronas di Litar Sepang di sini hari ini.

 

Najib berkata Malaysia amat menghargai semua sokongan dan bantuan yang

dihulur negara terbabit dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada paparan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

 

Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

 

Operasi SAR yang ketika ini tertumpu di Lautan Hindi setakat ini belum

membuahkan hasil.

 

Najib mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib Ucap Selamat Tahun Baharu Kepada Masyarakat Telugu

Posted: 30 Mar 2014 05:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu.

 

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ‘Ugadi Shubhakanshalu’ kepada semua rakyat Malaysia dari kaum Telugu sempena Tahun Baharu Telugu,” katanya di akaun Facebook.

 

Namun nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines yang hilang masih menjadi ingatan Najib.

 

“Sementara mengalu-alukan menjelang tahun baharu, mari turut mengingati dan berdoa ke atas penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 serta keluarga mereka,” kata beliau.

 

Pesawat Boeing 777-200 yang menuju Beijing hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.

 

Terdapat kira-kira 300,000 masyarakat Telugu, yang berasal dari negeri

Andhra di India, di Malaysia.

Kerajaan Buat Keputusan Kurang Popular Berhubung Rasionalisasi Subsidi – Hasan

Posted: 30 Mar 2014 04:53 AM PDT

KUALA PILAH, 30 Mac — Kerajaan telah membuat keputusan kurang popular berhubung tindakan merasionalisasi subsidi, sedangkan usaha itu bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan negara, penyediaan prasarana untuk rakyat dan kewangan kerajaan.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata jika kerajaan terus memperuntukkan jumlah subsidi yang begitu besar, defisit kewangan akan meningkat.

 

“Maka adalah lebih wajar untuk kerajaan melaksanakan kaedah subsidi bersasar kepada kumpulan sasaran yang tepat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan RM100 dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).

 

“Keprihatinan yang ditunjukkan kerajaan ini membuktikan betapa kerajaan mengambil serius terhadap kebajikan 29 juta rakyat.

 

“Saranan saya ialah sebagai pengguna yang bijak, kita perlu berbelanja secara sederhana dan mengikut kemampuan serta bijak memilih barangan yang memberi nilai terbaik untuk wang yang dibelanjakan,” katanya pada Seminar

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup anjuran Persatuan Pelindung Pengguna Malaysia (PPPM) di sini, hari ini.

 

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata bagi memudahkan pengguna membuat rujukan, portal 1Malaysia pengguna bijak disediakan sebagai platform kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat kepenggunaan pada bila-bila masa.

 

Ia juga menyediakan ‘price watch’ yang memaparkan perkembangan semasa harga lebih 100 barangan yang merangkumi premis seperti pasar raya besar, pasar raya, pasar basah dan kedai serbaneka 24 jam di seluruh negara.

 

Katanya lagi kementeriannya melaksanakan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) pengguna untuk menyebarkan maklumat dan pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat.

 

Katanya peranan NGO sebagai organisasi bebas dan berpengaruh adalah sangat penting dalam membantu menyalurkan maklumat serta penjelasan yang tepat dan cepat kepada pengguna serta mendidik pengguna agar menjadi lebih bermaklumat dan cekap membuat tindakan serta pilihan dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

 

“Persatuan pengguna di negara ini boleh menjadi ‘kumpulan pendesak’ yang berkesan terutama dalam menangani isu-isu mengambil kesempatan dan keuntungan yang tidak munasabah.

 

“Di negara maju seperti di Eropah, pengguna berkuasa menentukan permintaan dan penawaran di pasaran. NGO juga bertindak sebagai saluran untuk pengguna mengetengahkan isu-isu semasa kepenggunaan kepada kerajaan,” katanya.

 

Sementara itu, katanya kementerian menyedari isu kenaikan harga barang dijadikan isu mainan politik dan contohnya, kenaikan harga barang dijadikan senjata untuk menyerang kerajaan dan menggugat kestabilan politik negara.

 

“Ingin saya jelaskan bahawa kerajaan tidak melaksanakan kawalan harga ke

atas semua barangan kerana negara ini mengamalkan sistem ekonomi terbuka yang mana harga pasaran akan dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran.

 

“Untuk mengatasi masalah itu, kementerian saya telah mengambil pelbagai langkah termasuk menguatkuasakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dan Akta Persaingan, di samping gerakan pematuhan tanda harga, menambah baik jaringan pengedaran dan mempertingkat penglibatan pasar raya besar dan koperasi,” katanya.

 

Di KOTA BELUD, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan kerajaan sekarang menzalimi rakyat.

 

Sebaliknya beliau berkata langkah penstrukturan semula subsidi termasuk

subsidi petrol dan diesel itu adalah untuk berlaku adil kepada semua lapisan

rakyat dengan memberi subsidi itu kepada golongan sasar yang benar-benar berhak menerimanya.

 

Abdul Rahman berkata yang zalim ialah memberikan subsidi kepada orang yang tidak berhak menerimanya dan membenarkan ketirisan berleluasa dengan begitu banyak melalui penyeludupan.

 

“Kalau pihak pembangkang mengatakan penstrukturan semula subsidi zalim, saya ingin menekankan lebih zalim lagi mereka, kerana membenarkan ketirisan subsidi yang nilainya ratusan juta ringgit sebelum ini yang tiada sekatan,” katanya kepada pemberita.

 

Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan

Kawasan Kota Belud Ke-21 hari ini dan turut menyerahkan bantuan elaun sara hidup bernilai RM200 kepada 556 nelayan daerah Kota Belud.

 

Menurut Abdul Rahman hasil daripada rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan itu boleh digunakan untuk pembangunan rakyat dan negara serta memberi bantuan langsung kepada rakyat seperti pemberian BR1M.

 

Terdahulu dalam ucapannya Abdul Rahman menjelaskan pengenalan rasionalisasi subsidi tidak bermakna kerajaan mengabaikan kebajikan golongan berada untuk terus maju dalam setiap bidang diceburi kerana mereka juga adalah pembayar  cukai.

 

Bagaimanapun katanya kerajaan mempunyai pendekatan lain dalam membantu golongan berkenaan termasuk menyediakan infrastruktur asas yang moden dan canggih bagi memastikan aktiviti ekonomi mereka terus maju dan berdaya saing serta menyumbang kepada pembangunan negara.

Jawatan Presiden: PKR Kian Tidak Rasional – Rahman Dahlan

Posted: 30 Mar 2014 04:47 AM PDT

KOTA BELUD, 30 Mac — PKR kian tidak rasional apabila pemilihan jawatan presiden parti itu bakal menjadi rebutan antara Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga penyandang jawatan Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara ini apabila suami dan isteri berentap untuk merebut jawatan yang sama.

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

"PKR ini sudah jadi parti yang tidak rasional, yang pada saya begitu kucar kacir sekarang ini. Mana ada dalam sejarah isteri (dan) suami bertanding satu jawatan. Mungkin Anwar boleh tunjuk mana negara yang mengamalkan (ini), isteri, suami, anak lagi (bertanding).

"Dia tuduh kita nepotisme tetapi itu adalah nepotisme terbesar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud serta penyampaian elaun sara hidup kepada nelayan Kota Belud di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...