UMNO Online - “Anwar Hanya Tahu Kritik Untuk Kepentingan Politik Semata-mata – Tengku Adnan” plus 9 more

UMNO Online - “Anwar Hanya Tahu Kritik Untuk Kepentingan Politik Semata-mata – Tengku Adnan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Anwar Hanya Tahu Kritik Untuk Kepentingan Politik Semata-mata – Tengku Adnan

Posted: 16 Mar 2014 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.

Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan.

tengku-adnan-menteri-wilayah-cabut-undi-unit-baru-sungai-besi-penduduk

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

“Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

“Dia (Anwar) tak faham…dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya”, kata Tengku Adnan selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut.

Kajang : PKR Uses Dirty Tactic, Twists Facts, Tarnishes Chew’s Credibility

Posted: 16 Mar 2014 07:30 AM PDT

KAJANG, March 16 – MCA deputy president Datuk Wee Ka Siong today rapped PKR leaders for using dirty tactics by twisting the facts to tarnish credibility of Barisan Nasional (BN) candidate for Kajang by-election, Datin Paduka Chew Mei Fun, in issues concerning Chinese schools.

Wee said MCA would never pawn Chinese schools if Chew, who is also MCA vice-president, managed to win the state seat in the by-election on March 23, as alleged by PKR leaders.

Instead, he said PKR leaders had purposely questioned Chew’s credibility when she was the member of Parliament (MP) for Petaling Jaya Utara in solving the issue concerning Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara.

“When she was the Petaling Jaya Utara MP, it was her and Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, the then Education Minister, who were responsible for relocating the school to a bigger site,” Wee told a press conference here today.

PKR vice-president Tian Chua and deputy treasurer-general Low Chee Chong yesterday launched an attack on Chew’s credibility, claiming that she had failed to solve SJK(C) Damansara issue and that she would close down Chinese schools in Kajang if given the mandate in the by-election.

Meanwhile, Chew also expressed disappointment with the allegation made by PKR leaders and asked voters in Kajang not to fall for it.

“I personally received my early and primary education in a national-type Chinese school before pursuing my secondary education at Kuen Cheng private school…how can I ever do that (close down Chinese school)?

“I will always find a way to strengthen and to harmonise Chinese culture with other cultures in the country because we have a peaceful and harmonious Malaysian society,” she said.

The SJKC Damansara was closed in 2001 after the government built a new building for the school in Jalan Tropicana, Petaling Jaya upon request from the school’s Parents-Teacher Association based on student safety, health and convenience factors.

However, in 2008, the Education Ministry had allowed the SJKC Damansara to be ‘reopened’ so that the original site be used by any SJKC with student shortage.

Sokongan Pengundi Cina Ada Petanda Dari Hitam Berubah Kelabu – Noh Omar

Posted: 16 Mar 2014 06:33 AM PDT

KAJANG, 16 Mac – Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) PRK Dun Kajang, Datuk Seri Noh Omar menaruh keyakinan bahawa sokongan daripada kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) di DUN Kajang dijangka akan semakin meningkat berbanding pilihanraya umum ke 13 yang lepas.

Menurut beliau, ini berdasarkan dengan reaksi positif yang diberikan oleh pengundi Cina di kawasan ini ketika bertemu ketika berkempen bersama pengundi di sekitar kawasan DUN Kajang ini.

"Setakat ini reaksi yang diberikan oleh pengundi di Kajang adalah lebih positif berbanding pilihanraya sebelum ini. Kalau dulu, sebut saja BN mereka geleng kepala tetapi kali ini penerimaan mereka terhadap calon BN nampaknya sudah berubah.

"Kalau dulu pengundi Cina ini boleh dikategorikan hitam menyokong pembangkang, tetapi kali ini nampaknya warna itu sudah berubah menjadi kelabu. Cuma kita perlu bekerja keras untuk meyakinkan mereka untuk mengundi calon kita demi masa depan penduduk di DUN ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

noh-omar-umno-bn-selangor-kempen-kajang-turun-padang-walkabout-kedai-pengundi-cina

Tambahnya lagi, kini sudah mula kedengaran rungutan demi rungutan apabila perancangan asal Kajang Move yang mahu meletakkan Anwar sebagai calon gagal apabila beliau disabitkan kesalahan meliwat dan terpaksa digantikan oleh isterinya, Dr. Wan Azizah.

"Kalau sebelum ini, Anwar jadi calon matlamatnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Tapi selepas Anwar tidak dibenarkan bertanding, digantikan pula dengan Azizah. Jadi sekarang ini, Wan Azizah nak jadi apa?

"Sepatutnya, ini kerusi kaum Cina maka berikanlah semula kepada kaum Cina apabila Anwar tidak dibenarkan bertanding. Ini tidak, diberikan pula kepada isterinya Wan Azizah.  Inilah antara luahan pengundi Cina yang kita terima," jelasnya.

Beliau juga berharap agar satu kejutan boleh berlaku dalam  PRK DUN Kajang kali ini di mana ia boleh menjadi batu loncatan dan penaik semangat untuk merampas semula Selangor dari pembangkang.

"Bagi saya, tidak ada yang mustahil. Di dalam pertandingan seperti ini, sudah tentu ada pemenang dan ada yang kalah. Biarpun ini merupakan kawasan dan negeri mereka, namun di dalam politik semuanya ada kemungkinan untuk berlaku," ujarnya. -MediaUMNO

New BR1M Mechanism Will Stretch Ringgit For Recipients – Ahmad Husni

Posted: 16 Mar 2014 06:24 AM PDT

IPOH, March 16 – Second Finance minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government planned to enhance the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) disbursement mechanism to ‘stretch the ringgit’ for recipients.

“The proposal has been submitted to the cabinet. We have not received any decision yet. Very likely we will move to the new system but it can only be done upon the cabinet’s approval,” he told reporters after appearing as a guest at Radio PerakFM here today.

He said the new mechanism would ensure that the BR1M is disbursed on a staggered basis, either quarterly or monthly.

“If we give the BR1M in one lump sum, the recipient might spend it all at once. But if we stagger the payout to quarterly or monthly, he would have the benefit of spending it on a long term,” he said.

Ahmad Husni reiterated that the BR1M was introduced to help the people cope with the rising cost of living.

“We carried out studies and found that our fiscal consolidation can be strengthened. For us to strengthen our fiscal consollidation, one of the aspects we can zero in to is subsidy,” he said.

He noted that everyone including those who did not need assistance from the government was presently able to have access to subsidy.

“If we make a subsidy rationalisation we will have savings, and who should rightly get the subsidy? Let’s say, the people who earn RM4,000 and below should enjoy the subsidy, so we transfer it to them. We are using the BR1M as an instrument.

“We are also in the midst of doing subsidy rationalisation for RON95. We have a model and we will present it to the committee on fiscal policy and then decide on the subsidy reduction. Most likely it will be done on a gradual basis,” he said.

According to him, the RON95 study revealed a subsidy to the tune of RM14 billion.

“If the RON95 rationalisation subsidy is implemented, the government has RM14 billions in savings. After setting aside the amount for BR1M, we will still have about RM4 billion to use for various developments,” he said.

NGO Perlu Saling Membantu Kerajaan Tingkat Imej Negara – Muhyiddin

Posted: 16 Mar 2014 06:19 AM PDT

KAJANG, 16 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak badan bukan kerajaan (NGO) untuk saling bantu-membantu kerajaan bagi mengangkat imej negara ke kedudukan lebih tinggi dan dihormati di persada dunia.

Beliau berkata kerajaan yakin setiap NGO ditubuhkan atas niat yang baik membantu menangani masalah rakyat, malah sanggup mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menjayakan cita-cita murni masing-masing.

“Memandangkan bidang dan skop yang perlu diberikan perhatian kerajaan amat luas, tidak mungkin agensi dan kementerian-kementerian yang ada mampu memikul tanggungjawab tersebut 100 peratus.

“Dalam keadaan tertentu, kerajaan dengan kuasa dan sumber-sumber yang ada tetap mempunyai kekangan dan sebab itu adalah penting bagi kerajaan melihat NGO sebagai rakan untuk dilibatkan bersama dalam program membantu rakyat,” katanya ketika berucap di majlis minum petang bersama NGO di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang di sini.

Selain 40 NGO, turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Muhyiddin turut menarik perhatian bahawa beliau menyokong penubuhan pelbagai NGO kerana yakin matlamat utama adalah untuk sama-sama membantu kerajaan membangunkan negara, bukannya untuk mengambil alih tugas dan peranan kerajaan.

Justeru adalah penting bagi agensi kerajaan melihat NGO sebagai rakan perjuangan dan bukan sebagai musuh, katanya.

Polis Ambil ‘Flight Simulator’ Juruterbang

Posted: 16 Mar 2014 06:17 AM PDT

PETALING JAYA, 16 Mac – Polis telah memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan mengambil simulator penerbangan yang terdapat di rumahnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar-pakar dengan harapan ia membantu memberi petunjuk untuk mencari pesawat yang hilang.

kapten-zaharie-ahmad-shah-juruterbang-mh370-pilot-simulator-polis-pdrm-siasatan

“Polis telah mengambil ‘flight simulator’ juruterbang dan semuanya yang dapat membantu kami.

“Kami menanggalkannya di rumah dan memasangnya semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar,” katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, Ahad.

Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.
“Kami telah pergi ke rumah juruterbang dan pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarganya.

“Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang,” katanya.

Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.

Beliau menegaskan, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.

Beliau menambah, siasatan polis akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.

Jelasnya, siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara.

MH370 : Tindakan Pihak Perlekeh Usaha Kerajaan Diselar, Perlu Ada Batas Politik

Posted: 16 Mar 2014 06:08 AM PDT

KAJANG,  16 Mac – Semua pihak tidak mengira latar belakang politik dan sebagainya sepatutnya bersatu padu dan tidak memperlekehkan usaha kerajaan berhubung usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dalam usaha kerajaan serta pelbagai negara bertungkus lumus ke arah itu, semua pihak tidak seharusnya menimbulkan perkara remeh sebaliknya sama-sama memberikan dokongan agar perkara itu sama-sama dapat dirungkai.

“Kerajaan bersunguh-sungguh untuk melakukan usaha tersebut .Tidak ada sebuah kerajaan yang mempermainkan isu ini… sepatutnya inilah waktunya semua pihak tanpa mengira latar belakang politik bersatu padu tatkala negara sedang menghadapi satu musibah besar yang bukan atas kehendak sesiapa pun.

” Apabila berada dalam keadaan begini, kita sepatutnya bersatu memberikan dokongan sehabis baik kepada pihak kerajaan untuk dapat kita rungkaikan masalah ini. Bukannya dengan cara pergi ke mana-mana atau menggunakan laman media untuk menambahkan lagi kebencian kepada kerajaan.

“Harap pada semua mereka yang langsung tidak ada sensitiviti terhadap kesedihan yang dialami oleh keluarga mangsa ini supaya dapat kembali semula, dapat fikirkan akan kesusahan keluarga mangsa dengan menghulurkan simpati serta dokongan kepada mereka.

” Janganlah keruhkan keadaan ini untuk menempelak dan untuk melemparkan pelbagai bentuk fitnah yang tak sudah-sudah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau beramah mesra bersama pengundi serta jentera parti di parti di Taman Impian Murni 2, Saujana Impian.

Beliau seterusnya memberitahu dalam soal-soal sedemikian perlunya ada batas-batas politik.

“Sepatutnya ada batas-batas politik. Bagi sebuah negara yang ada batas politiknya… ini melibatkan isu negara. Dan dalam isu ini sepatutnya kita bersatulah. Inilah yang kita tekankan berkali-kali bahawa kesatuan dalam isu yang sebegini besar,” ujarnya.

Menyentuh soal pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berkata calon yang diketengahkan oleh BN bukanlah orang baru.

“Beliau telah tunjukkan kemampuan beliau sewaktu jadi wakil rakyat. Bagaimana cara kerja beliau sebelum ini. Dan saya percaya akujanji beliau akan dilaksanakan kerana beliau sentiasa mendambakan dirinya kepada politik dan rakyat.

“Malah saya yakin dengan kemampuan Datin Paduka Chew Mei Fun, beliau akan beri khidmat terbaik kepada penduduk di kajang nanti sekiranya diberikan peluang,” katanya. -MediaUMNO

Modul Baru PBS Diumum Selasa ini – Muhyiddin

Posted: 16 Mar 2014 04:09 AM PDT

KAJANG, 16 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang ditambah baik tidak akan membebankan golongan pendidik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, modul baru sistem PBS yang akan diumumkan pada 18 Mac ini lebih mesra guru serta tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Saya sudah diberi taklimat dua kali. Saya puas hati kerana memang banyak penambahbaikkan yang dibuat.

“Kita potong banyak proses ‘key in’. Tak payah masukkan banyak data lagi dah,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh golongan pendidik di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di Sekolah Tinggi Kajang.

Sebelum ini Muhyiddin mengumumkan penangguhan PBS kerana Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula pelaksanaannya berikutan pelbagai masalah untuk merekod butiran pelajar dalam pangkalan data sistem berkenaan.

Muhyiddin dilaporkan berkata bahawa penangguhan sementara pelaksanaan PBS untuk dikaji semula adalah berikutan pelbagai aduan berkaitan kaedah dan masalah sistem pengkomputeran diterima daripada golongan guru.

Walaupun tidak memberikan penjelasan secara terpeinci mengenai penambahbaikan itu, Muhyiddin memberi gambaran bahawa guru-guru tidak lagi perlu memasukkan data secara dalam talian seperti sebelum ini.

“Lepas ini kalau nak simpan data hanya kena offline…simpan sendiri sahaja. Boleh begitu?

“Bukan lagi online…hanya simpan dalam data sendiri supaya apabila ibu bapa nak tahu tentang pencapaian anak, kita boleh tengok dalam data yang kita simpan itu.

“Ini datang dari cadangan dari guru sendiri. Mereka akui PBS adalah sistem yang baik. Cuma ia membebankan kerana banyak kerja perlu dilakukan. Harap lepas ini guru-guru akan rasa lega…boleh fokus kepada P&P,” katanya.

Wanita BN Tumpu Kempen Rumah Ke Rumah Bagi PRK Balingian

Posted: 16 Mar 2014 04:05 AM PDT

MUKAH, 16 Mac – Wanita Barisan Nasional (BN) akan berkempen dari rumah ke rumah semasa tempoh kempen 12 hari pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sebagai satu strategi mengalakkan pengundi keluar mengundi pada 29 Mac.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pengundi wanita memainkan peranan penting dalam PRK Balingian kerana jumlah mereka melebihi pengundi lelaki.

shahrizat-jentera-wanita-bn-sarawak-teguh-bersatu

"Kita akan berkempen dari rumah ke rumah bagi memastikan ramai pengundi terutama wanita keluar mengundi," katanya selepas melancarkan jentera Wanita BN bagi PRK Balingian di Dewan Serbaguna Kampung Telian Tengah di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan pengundi Balingian ialah 13,366 pengundi dengan 6,715 atau 50.24 peratus adalah pengundi wanita berbanding 6,651 atau 49.76 peratus pengundi lelaki.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sasaran sekarang ialah memastikan jumlah pengundi bagi semua saluran pengundi mencatat jumlah peningkatan semasa hari pengundian.

"Sasaran kita bukan sahaja wanita tetapi juga lelaki," katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa BN akan menang dengan majoriti besar.

Kerusi DUN Balingian kosong berikutan perletakan jawatan penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb yang kini dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Bekas Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak Tan Sri Adenan Satem dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 29 Mac sebagai hari pengundian.

BN telah mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo, 48, sebagai calon BN bagi PRK Balingian manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencalonkan Setiausaha PKR Bintulu yang juga ahli perniagaan berusia 55 tahun Abdul Jalil Bujang.

Jangan Politikkan Kes Kehilangan MH370

Posted: 16 Mar 2014 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Isu kehilangan pesawat MAS MH370 tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Katanya, sebaliknya rakyat harus bersatu tanpa mengira fahaman politik, agama dan keturunan untuk berdoa agar urusan mencari dan menyelamat pesawat itu dipermudah.

joseph-kurup-menteri-jpm-bn-pensiangan-sabah

“Di bawah Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) juga kami telah menganjurkan beberapa majlis doa yang disertai penganut pelbagai agama bagi tujuan tersebut,” katanya pada majlis makan tengah hari sempena sambutan Hari Tao anjuran Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia di sini.

Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru dalam penerbangan menuju Beijing dilaporkan hilang awal pagi 8 Mac lepas.

Kurup berkata rakyat mesti sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur yang tidak bertanggungjawab yang mengancam keamanan, keharmonian, toleransi agama dan kestabilan politik.

“Ini bermakna semua pihak termasuk institusi dan badan-badan agama perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama bagi menentang perkara-perkara yang menggugat ketenteraman negara,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...