HOT! Laporan Polis Pada Celaka yang Menghina Program #SelawatPerdana #MH370 #PrayForMH370 Posted: 18 Mar 2014 08:12 AM PDT Tindakan begini yang kita mahukan. Jangan bagi peluang puak chauvinis ni menghina kita. Bangkit buat laporan polis dan beri penekanan supaya pihak polis bertindak terhadap yang bertanggung jawab. SHAH ALAM - Seketeriat Selawat Perdana 1435H hari ini tampil membuat laporan polis selepas mengesan beberapa individu yang telah melakukan sabotaj terhadap poster rasmi program tersebut.
Ketua Biro Sukarelawan Seketeriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis mengingati Rasulullah saw.
"Kami ingin tekankan bahawa tujuan program selawat ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej penyatuan dan persaudaraan umat sesama umat islam.
"Kami mengecam dan kesal dengan tindakan individu terbabit yang jelas telah menghina dengan menggunakan kata-kata cacian dan penghinaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini.
Nur Aizat menjelaskan, tindakan itu juga mampu mencetuskan ketegangan dan perpecahan antara agama dan bangsa.
Katanya, setiap kaum di negara perlu menghormati agama dan bangsa satu sama lain agar negara ini terus berada dalam keadaan harmoni.
"Kami bimbang sensitiviti agama dan kaum ini merupakan perkara yang amat sensitif dan jika ianya melarat ketegangan kaum boleh terjadi. "Kita perlu ambil serius dengan perkara ini, dan peringatan kepada setiap individu di negara ini agar terus menghormati antara satu sama lain agar keadaan aman yang kita kecapi sekarang terus dapat dinikmati," ujarnya Poster rasmi Selawat Perdana dengan pelbagai kata cacian dan makian dalam tulisan cina dikesan di laman sosial antaranya 'Facebook' dan 'Twitter' sejak semalam. Program selawat tersebut yang bertemakan 'Malam Cinta Allah Dan Rasul' bakal berlangsung pada hari Jumaat, 21 Mac 2013 bertempat di Dataran Masjid Putra, Putrajaya. - Rakyat News
Video bantahan boleh tengok dibawah,
|
INFO! Kedah Maju Setapak Lagi "Perkenalkan e-Tutor" Untuk Kemudahan Pelajar! #HanyaDiKedah Posted: 18 Mar 2014 06:12 AM PDT Semalam perasmian e-Tutor oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir, bersama Exco ICT Kerajaan Negeri, YB Datin Nor Sabrina, Exco Pelajaran YB Dato Tajul Urus, Exco PBT YB Badrol Hisham dan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Kerajaan negeri memperkenalkan e-Tutor yang lebih dikenali sebagai DeT. Dibawah ucapan Dato Seri Mukhriz mengenai DeT, 1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat ALLAH Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmatNya dapatlah kita berkumpul bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Darul Aman e-Tutor atau singkatannya, DeT.
2. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjuran Program di bawah seliaan Yang Berhormat Norsabrina Mohd Noor kerana sudi mengundang saya untuk hadir dalam program pada petang ini . Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan penganjuran majlis yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
3. Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh warga Daerah Padang Terap, terutamanya Tuan Pegawai Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga warga sekolah Menengah Kebangsaan Pedu yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Pemilihan Daerah Padang Terap merupakan misi Kerajaan Negeri bagi memastikan infrastruktur ICT di daerah ini adalah setanding dengan daerah–daerah lain di Negeri Kedah. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam program ini.
KERJASAMA KERAJAAN NEGERI DAN YAYASAN BANK RAKYAT
4. Saya mengambil maklum bahawa Darul Aman e-Tutor merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Kedah dan Yayasan Bank Rakyat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Bank Rakyat kerana telah sudi menyumbangkan sebanyak 10,000 ID yang berjumlah 1.5 Juta Ringgit kepada pelajar–pelajar di Negeri Kedah. Sumbangan ini adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan di Negeri Kedah.
5. Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baikl usahasama seperti ini, di mana syarikat–syarikat besar, melalui program Tanggungawab Sosial Korporate atau CSR mereka bersama–sama merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif terbaik demi meningkatkan pendidikan dan kemahiran pelajar. Saya berharap lebih banyak syarikat akan memilih Negeri Kedah dalam pelaksanaan program CSR mereka.
PELAJAR, E-LEARNING DAN DET
6. Penggunaan ICT dalam "e-Learning" atau e-Pembelajaran merupakan inisiatif yang memerlukan usaha pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berdikari pada masa–masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran "e–Learning" akan memaksa pelajar memainkan peranan yang lebih aktif, di mana pelajar perlu membuat perancangan dan mencari bahan untuk maklumat dengan daya usaha dan inisiatif mereka sendiri.
7. Justeru itu, saya amat yakin bahawa Darul Aman e-Tutor merupakan platform e-Learning terbaik kepada pelajar–pelajar di Negeri Kedah. Ia merupakan satu perkhidmatan yang membantu merealisasikan objektif Pelaksanaan Dalam Pembangunan Pendidikan Negara di mana ICT diterapkan di dalam kelas. Capaian maklumat juga adalah bersifat Tepat Masa atau Realtime, di mana dapat membantu ibu bapa dan guru membuat pemantauan.
KEKANGAN INFRASTRUKTUR DAN PERKAKASAN
8. Namun begitu, saya mengambil maklum bahawa akses kepada ICT merupakan kekangan utama dalam pelaksanaan e–Learning di samping jurang digital yang ketara di kawasan luar bandar berbanding di kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri turut difahamkan bahawa syarikat telekomunikasi YTL bertanggungjawab untuk membekalkan perkhidmatan 1BestariNet ke sekolah–sekolah di seluruh Negeri Kedah.
9. Sehubungan itu, saya memohon perkhidmatan itu disegerakan, terutamanya di sekolah–sekolah di kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu iaitu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha mempercepatkan proses permohonan berkaitan asalkan permohonan tersebut mematuhi syarat–syarat yang telah ditetapkan.
10. Saya juga memohon pihak sekolah untuk membuka Makmal Komputer pada waktu hujung minggu bagi membolehkan pelajar-pelajar mendapat manfaat daripadanya. Ini memandangkan sekolah–sekolah telah disediakan makmal komputer yang lengkap.
HARAPAN KEPADA IBU BAPA, GURU DAN PELAJAR
11. Saya juga ingin memohon kepekaan semua ibu bapa agar mengambil peluang ini untuk mendapatkan Darul Aman e-Tutor kepada anak-anak. Saya amat yakin e-Pembelajaran ini amat berguna kepada pelajar–pelajar yang akan menempuh peperiksaan awam utama.
12. Selain itu, adalah menjadi harapan saya agar Darul Aman e-Tutor diperluaskan penggunaannya dan tidak terhad kepada 10,000 ID sahaja. Ia adalah sebagai salah satu langkah supaya pelajar–pelajar tidak ketinggalan dalam arus perkembangan ICT yang semakin pesat.
13. Kita tidak seharusnya tunggu sehinga semua infrastruktur telekomunikasi dan perkakasan lengkap barulah kita memperkenalkan "e-Learning" kepada pelajar kita. Bagaimanapun , kita harus faham bahawa kaedah e-Learning hanyalah sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan penting dalam mendidik para pelajar kita.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
SUMBANGAN KHAS
14. Saya juga ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menaja pemberian ID kepada tiga (3) buah sekolah yang mewakili Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan. Ketiga–tiga buah sekolah ini akan mendapat jumlah ID penuh bagi calon UPSR, PMR yang sedang ditambahbaik dan SPM tahun 2014.
15. Sekolah–sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, mewakili Zon Utara; Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau, mewakili Zon Tengah; dan Sekolah Kebangsaan Relau, mewakili Zon Selatan. Sekolah–sekolah ini akan menjadi perintis kepada ujian keberkesanan kaedah e-Pembelajaran Darul Aman e-Tutor ini.
16. Akhir kata, maka saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Darul Aman e-Tutor, yang diharapkan dapat membantu para pelajar Negeri Kedah mencapai kecemerlangan akademik.
17. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selesai perasmian DeT Dato Seri Mukhriz juga berkesempatan beramah mesra dan melawat sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu. Malah beliau juga merasmikan English Hub bagi sekolah tersebut. Gambar sekitar program semalam, Video penuh program DeT yang dilancarkan semalam, McTheory: Alhamdulillah pendidikan di Kedah maju setapak lagi.. |
HOT! Bila Wan Azizah dan Jentera PKR di HALAU Oleh Peniaga!! #PRKKajang #KajangMove Posted: 18 Mar 2014 01:12 AM PDT | Sukanya gelakkk.. |
Saksikan video Wan Azizah kena 'sound' dengan peniaga dari Penang yang dulunya di HALAU oleh kerajaan Dap, kini menetap dan mencari makan di Kajang.
Hambek kaww.. Penang pun tak terjaga, sibuk nak jaga Kajang pulak!
Kalau orang Kajang bijak, baik tolak orang macam ni.. bukan nak jaga rakyat pun, sibuk nak jaga batang bengkok suami dia saja.
McTheory: Jijah.. jam Omega bang non mana Jijahh? |
HOT INFO! Pilot Zaharie Saudara Anwar? Juga Mempunyai Minat Sama Seperti Anwar? #MH370 #PrayForMH370 Posted: 17 Mar 2014 09:12 PM PDT Mc percaya ramai yang dah pick up story Mazidul ni, cuma Mc ada tambah satu lagi persoalan (bukan tuduhan) yang boleh kita bincang atau fikirkan bersama. Saya memang jatuh cinta setiap kali melihat bayi comel terutama apabila dia tersenyum. Bayi bak kain putih, belum dicorakkan lagi dengan warna kehidupan.
Saya difahamkan, ibu bayi terbabit, MENANTU Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maka bayi comel itu, CUCU mereka.
Justeru tidak hairan jika Wan Azizah memangku cucu sambil diperhatikan oleh Nurul Izzah, bergambar bersama datuknya, Anwar.
Pastinya bayi itu berasa selesa dimanjakan oleh ahli keluarga terdekat.
Lebih menarik, melalui laman sosial Instagram (di atas), ibu bayi itu mencatatkan, JURUTERBANG pesawat MAS MH370, kini masih hilang, adalah bapa saudaranya, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Menurut wanita itu lagi, Zaharie gemar mengendalikan pesawat. Dia juga berharap, MH370 akan ditemui.
Semua photo di atas dipaparkan di sini untuk tontonan umum.
Agak pelik juga apabila Wan Azizah mendakwa Anwar TIDAK mengenali bapa saudara kepada menantu mereka.
Barangkali kerana Anwar terlalu sibuk berpolitik. Dia juga mungkin terlupa, secara jelas MENGAKUI mengenali Zaharie semasa bercakap di sidang parlimen minggu lalu.
Rujuk waktu 0:34
"Saya hendak juga sentuh, untuk ringkaskan tentang tragedi MH370. Tentunya kita ingin membuat beberapa kenyataan mendoakan supaya selamat semuanya. Ada sebilangan yang saya kenal termasuk juruterbang ..." - Sedutan rakaman sidang parlimen.
sambung baca DISINI | Ini dah satu persoalan.. |
Kenapa nak sembunyikan? Satu lagi persoalan, Pilot Zahari ni mempunyai minat yang agak pelik.. tengoklah video-video yang dia LIKE. Mc tak tuduh apa-apa, cuma agak hairan. hurmm... Kalau tak percaya boleh rujuk you tube dia kat SINIKita tak tuduh, pilot Zaharie, kita cuma menyiasat sebarang kemungkinan. Terutama bila PM Najib beritahu bahawa plane tu hilang dari radar kerana sistem radar, komunikasi dan transpondernya di OFF kan, sudah tentu ada pihak dalaman yang melakukan perkara tersebut. Malah dalam siasatan terbaru syarikat MAS. Ayat terakhir Pilot Zaharie semasa penerbangan MAS, ialah pada pukul 11.45am.. iaitu "bye bye, Gud Nite" Apa saja yang kita fikirkan, ia merupakan buah fikiran. Tak semestinya tepat atau ianya betul, kerana kita bukan Tuhan yang maha mengetahui.
McTheory:#DoakanMH370 supaya selamat.. #PrayForMH370 |
PANASS!! Bila Cina Dap HINA Program Keagamaan #SelawatPerdana! #MH370 #PrayForMH370 Posted: 17 Mar 2014 07:27 PM PDT Red Bean Army bertindak lagi! Lihatlah betapa biadapnya mereka ini. Hinggakan program keagamaan kita sendiri pun mahu dihina. Agaknya mereka dengki lihat kita sesama Islam bersatu. Kalau tak Mc sudah pasti ini kerja RBA cina chauvanist DAP, sebab mereka ini sahaja yang pantang tengok kita bersatu. Pihak berkuasa diharap dapat mengambil tindakan secepaat mungkin. McTheory: Dap tak suka tengok Melayu Islam kuat.. sebab tu depa sanggup buat apa saja untuk hancurkan melayu Islam.. |
No comments:
Post a Comment