BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! SIAPA YANG SEBENARNYA BERBOHONG BERKENAAN PILOT #MH370 ???

Posted: 19 Mar 2014 08:57 AM PDT


saya membayangkan bahawa pengakhiran kepada penafian isteri Anwar,Kak Jijah bahawa suaminya ada hubung kait dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah ini akan berakhir sama seperti kes melibatkan Saiful Bukhari pada 2008 dan kes video seks.mula mula nafi,kemudian semuanya terdedah.Ternyata apa yang saya bayangkan menjadi kenyataan.ingat tak apa yang saya dedahkan sebelum ini ???


UNTUK SELANJUTNYA

bukti telah menunjukkan bahawa Anwar bukan sahaja mengenali Zaharie,bahkan juga bersaudara dengan juruterbang MAS tersebut setelah menantu perempuan tunggalnya (isteri kepada Ehsan),rupa-rupanya ada pertalian kekeluargaan dengan Zaharie.Dengan Zaharie dikenalpasti sebagai antara suspek utama (selain pembantu juruterbang) yang membawa kepada kehilangan pesawat MH370,pertalian persaudaraannya dengan Anwar menambahkan keyakinan rakyat akan penglibatan Anwar dimana-mana sudut dalam kes ini.

Tapi biarlah bab itu polis yang menyiasat,saya tidak mahu membuat apa-apa spekulasi.Cuma yang nak dijelaskan disini,persoalannya kenapa Anwar dan isterinya bersungguh-sungguh benar menafikan hubung kait dengan Zaharie sebelum ini ??? Bukan sahaja Kak Jijah,beberapa pemimpin PKR seperti Ahli Parlimen Sg Petani,Johari Abdul pun ada pandangan yang sama : Anwar tidak kenal Zaharie.


Pengakuan Menantu Anwar Bahawa Zaharie Adalah Bapa Saudaranya.Malah,sebelum hubungan persaudaraan ini didedahkan media,Anwar dan Kak Jijah tak langsung menyebut pertalian mereka berdua dengan Zaharie dalam mana-mana ceramah dan kempen,cuma bila dah terdedah barulah tergagap-gagap nak konar sana dan konar sini.Apa yang tak kena dan apa yang cuba disembunyikan ??? Tidak ada satu orang yang waras pun di dunia ini yang mampu menolak teori hubungkait Anwar dengan kehilangan pesawat MH370 ini,terutama setelah pertalian saudara antara dia dan Zaharie didedahkan media.Kalau Anwar mampu pengaruh ramai orang untuk percaya banyak pembohongan yang dilakukannya sebelum ini,apakah susah sangat untuk Anwar mempengaruhi satu orang untuk buat kerja bodoh setelah dia dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat Saiful ??? 

Maka itu sekali lagi saya menggesa pihak polis agar menyiasat dari semua aspek.Kalau perlu peliwat yang telah disabitkan dengan kesalahan ini ditahan reman untuk membantu siasatan,lakukan sajala tanpa apa-apa keraguan lagi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

MISI MENCARI #MH370 !!! #MALAYSIAKINI SPIN ISU PM DS @NAJIBRAZAK DAN DS @HISHAMMUDDINH2O ???

Posted: 19 Mar 2014 05:00 AM PDT


CNN seperti hilang modal dah untuk hentam PM dan Menteri Pertahanan DS Hishamuddin dalam mister kehilangan pesawat MH370 dengan mengungkit soal pertalian kekeluargaan antara mereka.bukan itu saja,malaysiakini pun nak spin jugakkk.Sepatutnya CNN tanya di sidang media berkenaan tentang perkembangan terkini MH370 tetapi ini tidak dengan soalan peribadi yang tak relevan.Tapi ia tetapi dijawab dengan bukan dalam nada emosi tetapi tegas oleh Hishamuddin semalam.Selain itu,tukang spin pembangkang Malaysiakini sepatutnya pergi tanya hubungan kekeluargaan pemimpin pembangkang yang jauh lebih ramai .Mereka lebih teruk mengamalkan kronisme keluarga berbanding kerajaan .

"WHY ARE U PROTECTING NAJIB BECOZ OF YOUR COUSIN ?"


Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam sidang media di Sama-sama Hotel petang semalam,seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.


"Ya,saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza,banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media,tentunya ia memakan masa," katanya.Beliau turut menegaskan,beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.

HABIS TU KENAPA TAK NAK CAKAP HUBUNGAN KELUARGA  DAP DAN PKR ???

CUKUP LAH TU !!!

TAK ABIS-ABIS NAK SPIN !!!

KENAPA PRK KAJANG TAK CARI CALON LAIN WAHAI PKR ???

MAKNANYA PERTANDINGAN DI PRK KAJANG ANAK BERANAK KAN ???

MELOYAKINI KALAU TAK SPIN TAK SAH !!!

TAKUT KERR NAK KAITKAN MEREKA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR PETUALANG NEGARA A.K.A PRESIDEN KELAB VETERAN TENTERA TAK BERPENCEN (KVTTB) DIDEDAHKAN !!!

Posted: 19 Mar 2014 01:30 AM PDT


KENALI SIAPAKAH PRESIDEN KELAB VETERAN TENTERA TAK BERPENCEN (KVTTB) 

1. Dia heret dan paksa seluruh ahli KVTTB untuk sokong Pembangkang,Walhal dia dah dapat RM1juta semasa pertemuan dengan SETPOL PM pada 25 April 2012 untuk ROADSHOW satu Malaysia.itulah dia komando sabri

2. Selain itu BERJUTA lagi dana kerajaan bagi untuk gerakkan koperasi KVTTB 

3. Program entah kemana,duit habis entah kemana.Ini namanya LALANG !! 

dah sengkek mulalah cari 'sumber' lain nak tampung kos hidup mewah beliau.sebenarnya beliau bukan nak sangat pun sokong parti tetapi duit !!! itu tujuan utama

SEMUA PROGRAM BELIAU ADA DI ATAS !!!

INI LAH LALANG !!!

INI LAH PETUALANG !!!

APA PUN KITA TUNGGU JAWAPAN BELIAU !!!

ADAKAH INI SEMUA NYA BENAR ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KURANG AJAR !!! #MALAYSIAKINI MEMPOLITIKKAN MISI MENCARI #MH370 !!!

Posted: 18 Mar 2014 10:00 PM PDT


Hampir separuh negara di dunia kini sedang mencari MH370.Semua aset yang berkenaan telah digerakkan ke rantau ini untuk mencari pesawat tersebut.Sejak hari pertama lagi,kerajaan Malaysia telah melakukan segala-galanya yang termampu dan telah menerima semua tawaran untuk membantu dari semua pihak sehingga membawa kepada persoalan mengenai had capaian persempadan negara.Walaupun kerajaan telah meletakkan MH370 mengatasi keselamatan negara,kerajaan masih lagi dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang atas alasan tidak melakukan yang terbaik atau tidak melakukannya dengan betul.Spekulasi dan fitnah disebar di dalam media massa tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya.Tiba-tiba kita seolah-olah kembali ke insiden Lahad Datu di mana tidak seminit pun dibazirkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.Seolah-olah mereka telah menjangkanya dan kemudiannya 'meraikannya'.apabila perisikan Filipina mendedahkan kaitan pembangkang dengan pengganas Sulu, rakyat tidak lagi menerimanya sebagai satu kejutan.  

Walaupun hakikat ini agak mengganggu perasaan,namun kita tidak boleh menafikan bahawa senario sikap pembangkang dalam isu MH370 benar-benar menyamai isu Lahad Datu.Setiap negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah memuji dan mengiktiraf sikap professional dan dedikasi kerajaan Malaysia.Bagaimanapun,pengiktirafan dan pujian tersebut telah dipersetankan saja oleh pembangkang.Perkembangan terbaru mengenai pendirian politik Juruterbang yang merupakan penyokong fanatik Anwar,pastinya merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Oleh itu, mereka harus mengemukakan teori bagi mengaburi fakta ini.Untuk tujuan itu,Malaysiakini pantas mencipta fitnah baru.Malaysiakini,sebuah portal pro-pembangkang yang terkenal dengan menipu,menyiarkan artikel yang menuduh kerajaan sebagai berkali-kali menolak bantuan Interpol dalam usaha mencari MH370.Nampaknya, 'menipu' sudah menjadi perkara biasa bagi portal ini di mana mereka tidak lagi peduli jika penipuan itu merosakkan imej negara.Tanpa mereka ketahui,yang akan tertipu hanyalah penyokong pembangkang sahaja kerana seluruh dunia sedia maklum betapa ikhlas dan bimbangnya kerajaan terhadap nasib MH370.  

Seluruh dunia dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan telah bekerjasama dengan 15 negara sebagai satu pasukan demi MH370.Pesawat ini pada hari ini,menjadi keutamaan,bukan hanya pada Malaysia,tetapi dunia.Oleh itu,jika Malaysia perlu dipersalahkan,maka seluruh negara yang terlibat juga turut bersalah.Tidak sukar untuk kita memahami sikap Malaysiakini yang tidak patriotik dan tidak peduli dengan imej negara kerana portal itu telah diketahui sebagai beroperasi atas dana asing.Tampak semakin jelas kini bahawa Malaysiakini bukan hanya sebuah portal berita,tetapi sebuah portal yang membawa agenda. Apa jua agenda yang dibawanya,ia tidak ada kena mengena dengan kesejahteraan rakyat Malaysia atau keselamatan penumpang dan krew MH370.Sejak pesawat tersebut hilang,Malaysiakini dan pembangkang secara bergandingan sengaja mempolitikkan keadaan.Hasilnya dapat kita lihat sendiri melalui komen- komen pembaca di portal tersebut.Majoriti pembacanya akan mengucapkan takziah kepada mangsa dalam beberapa patah perkataan sebelum mengutuk dan menghentam kerajaan dalam beberapa perenggan.  

Jika matlamat Malaysiakini adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia,menanam perasaan benci dan mencipta generasi yang tidak sensitif serta tidak patriotik,maka kita harus mengakui bahawa mereka telah berjaya.Media seperti Malaysiakinilah yang melahirkan manusia fanatik dan pembenci. Walaupun kita enggan memikirkannya, namun dengan hakikat bahawa Malaysiakini menjadi sumber maklumat utama kepada puak pembangkang termasuk Kapten Zaharie,maka saya tidak hairan jika sang juruterbang benar-benar mengambil tindakan sepertimana yang digambarkan oleh media asing.Biarpun kita sedih dengan apa yang berlaku dan biarpun Malaysiakini terus menipu,namun atas nama kebebasan media,portal itu akan terus bebas beroperasi di negara yang bebas ini. Pun begitu,percayalah bahawa portal syaitan ini akan terus melaungkan 

Tiada Kebebasan Bersuara !!!'

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKAJANG !!! DATUK @ZULKIFLINOORDIN MEMBELASAH #ANWARIBRAHIM DAN #WANAZIZAH #ANWARIZAH KAW-KAW !!!

Posted: 18 Mar 2014 07:00 PM PDT


Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008.Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.

Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata,Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang.Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata,walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.Pada tahun 2008,setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008,Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008. Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat. Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut.Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008.Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti pada 10.01.2012,setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali.


Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful.Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah,yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara. Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya.Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang,berlaku PRK DUN N.25 Kajang ; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh,ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah.Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut,malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi.Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang,namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor.Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan,setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori. 


Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar! Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya,maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal. Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong! Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar,Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014. Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014,kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11,PRU-12,dan PRU 13.Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik,political life-line kepada Anwar Ibrahim.Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia.Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu. Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi.Bagi Khalid,menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage.Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR,dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor! 

Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh.Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya. Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar.Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll. Pendek-kata,Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya. Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti! Kalau itu berlaku,Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng.Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu,tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali,blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor! Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid! Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid,bukalah hati dan jiwa.Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini. Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid,kembalikan mandat kepada rakyat.Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan! 

Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur! Diwaktu yang sama,saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar. Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah,saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur! Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih! Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis! Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar! Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar? 

Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut! Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan? Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri! Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu? Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti.Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat! 

Seruan saya kepada pengundi Kajang,hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar,Wan Azizah,pembangkang DAP-PKR-PAS ; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini.

Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah

'SAY-NO-2-ANWARIZAH'. 

TOLAK WAN AZIZAH,JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG!

Sumber : Zul4Kulim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKKAJANG !!! SAH !!! BEKAS ADUN #KAJANG HANYA PANDAI BERJANJI !!!

Posted: 18 Mar 2014 05:00 PM PDT


tu dia !!! pandai berjanji tapi semua janji tak dikotakan.itu lah nasib semua penduduk di kajang.mana janji anda wahai bekas ADUN Kajang ??? dari 2008 sehingga kini takkan tak dilaksanakan janji tu.apa cerita ni ??? anda tak percaya ??? lihat gambar di bawah untuk penjelasan selanjutnya.

KEPADA PENGUNDI KAJANG !!!

TOLONG BERFIKIR SEBELUM MENGUNDI !!!





KALAU BETUL WAN AZIZAH BERKEMPEN SEMUA JANJI UNTUK RAKYAT KAJANG !!!

APA CERITA DENGAN GAMBAR DI BAWAH !!!


APA CERITA NI ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...