Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Sanusi Bekas Setpol Allahyarham Ustaz Azizan dan Blogger Pas Kedah di SAMAN!! #HanyaDiKedah
- HOT! Bila Mahfuz Omar Pulak UGUT Mukhriz Mahathir! #HanyaDiKedah
- HOT! Dah la Macam Pelacur, Rembat Duit Pulak Tu! #RasisDapgis
- HOT! Tazkirah Anwar Ibrahim di Kajang di Sambut Hambar! #PrkKajang
HOT! Sanusi Bekas Setpol Allahyarham Ustaz Azizan dan Blogger Pas Kedah di SAMAN!! #HanyaDiKedah Posted: 06 Feb 2014 06:15 AM PST Baru Mahfuz Omar dok canang kononnya Pas Kedah bersih suci lagi murni masa jadi Kerajaan negeri. Tu laa orang kata, jangan RIAK dan TAKABURR! Kan dah ada yang kena saman! Baca posting dari Medan Tempur, Masih ingatkah lagi anda tentang kisah balak Papua New Guinea yang didapati mengalami kerugian sehingga projek berkenaan direkodkan sebagai projek paling bermasalah dalam laporan audit negara.. Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010. Kes itu kini dibawa ke Mahkamah apabila ahli perniagaan Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid pemilik syarikat MAS Incorporated LTD mengambil tindakkan menyaman Sanusi Md Nor dan Blogger Tua Pas Kedah Zulkifli Yahaya Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan Pas Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usaha sama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di Papua New Guinea. Mc baru keluarkan posting mengenai salahlaku Pas pada zaman pentadbirannya dulu. Sapa belum baca boleh klik kat SINI. Belum nak dedah, dah kena saman? he he he.. McTheory: Orang RIAK dan TAKABUR.. Allah SWT marah.. wahai Tuan Mahfuz Omar yang terlalu bijaksana! |
HOT! Bila Mahfuz Omar Pulak UGUT Mukhriz Mahathir! #HanyaDiKedah Posted: 06 Feb 2014 12:46 AM PST Wow! Marah benar Mahfuz Omar pada Dato Seri Mukhriz Mahathir bidahulu. Kononnya kerajaan Pas terdahulu suci lagi murni hingga tak buat apa-apa kesalahan. Baca statement dari Mahfuz Omar,
Untuk Pengetahuan Mahfuz Omar yang bijak pandai lagi bijaksana. Zaman Pas dulu bersepah salahlaku, tu laa.. orang suruh baca blog malas, kemudian dok buat statement memperbodohkan diri dikhalayak ramai. Tuan Mahfuz Omar reti baca ka dak? Atau hanya dok baca Haramkah saja kot. Sebab tu buta tuli sampai taktau apa langsung. Siapa kata tak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir ketika PAS menerajui Kerajaan Negeri Kedah? Apakah Mahfuz telah melupakan peristiwa bagaimana projek pembinaan KUIN yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada syarikat IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ? Agak pelik apabila satu projek diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD sedangkan PAS sendiri semasa mentadbir Kerajaan Negeri Kedah menyatakan pendirian mereka bahawa setiap projek semestinya perlu melalui sistem TENDER yang lebih telus. Apakah projek yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD merupakan projek yang mengamalkan sistem BARTER diantara IJM dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ketika itu? Apakah keuntungan yang diperolehi Kerajaan Negeri sehinggakan projek pembinaan KUIN diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD? Kami yakin bahawa Mahfuz tidak pernah melupakan peristiwa projek pembinaan KUIN yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD kerana ketika peristiwa itu berlaku, Mahfuz masih menjadi Pengerusi Kedah Sato (Anak Syarikat BDB). Akibat projek pembinaan KUIN yang pada mula diberikan kepada Kedah Sato yang dipengerusikan Mahfuz di tarik balik oleh BDB dan diberikan kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ianya telah menyebabkan Mahfuz naik berang dengan apa yang berlaku. Perhubungan di antara Mahfuz dan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak telah menjadi renggang akibat peristiwa terbabit dan Mahfuz telah mengambil tindakan meletak jawatannya serta merta sebagai Pengerusi Kedah Sato. Tak perlu la Mahfuz hendak mendabit dada kononnya tidak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir semasa PAS menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Mahfuz sendiri yang melompat kepanasan dan meroyan sehinggakan kain yang menutup kemaluan PAS terselak dan terdedah kepada orang ramai ketika itu. Mungkin itu tidak dianggap salahgunakuasa oleh Mahfuz sebab Mahfuz memang tak rasa bersalah dalam Hal demikian. Ataupun Mahfuz taktau pun benda tu sebenarnya salah! Belum lagi kami buka isu balak bunian di Papua New Guinea, import lembu khayalan dari Indonesia, transaksi duit rm1juta, tapi lembunya ghaib tak nampak pun. Projek Keli-K yang bertujuan untuk sebat balak, projek balak di Pedu, balak di Bukit Kachi yang meceroboh dan merampas tanah orang kampung. Malah ketika audit tahun 2012, ada laporan yang menyatakan bayaran renovation untuk projek perumahan telah dibuat keatas projek hantu! Duit keluar tapi projeknya takdak! Bukan sikit bayarannya.. jutaan juga. Apakah itu bukan Salahlaku dan penyelewengan. Itu baru sikit, rasanya ada beratus lagi salahlaku yang Pas buat. Termasuk mentransfer duit Pejabat Tanah Alor Setar ke akaun MBI untuk kegunaan dana khas. Mungkin Pas menganggap itu sebagai derma amal kot.. Kalau Mahfuz rasa nak cabar, mulai dari hari ni kami TMK akan buka balik file isu lama Pas Kedah untuk tatapan tuan Mahfuz Omar! Selamat menjawab nanti ya Pas Kedah! Mctheory: Anda mintak, anda dapat bro.. |
HOT! Dah la Macam Pelacur, Rembat Duit Pulak Tu! #RasisDapgis Posted: 05 Feb 2014 09:12 PM PST Aiyoo.. tak habis kes hina Melayu, Teresa Kok terlibat dengan kes penyelewengan pulak! Seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini tampil membuat dakwaan bahawa Teresa terlibat dalam penyelewengan duit DAP. Lelaki berkenaan, Tony Tan, bersama bekas pengerusi cawangan Seputeh, Wong Choo Chieang antara lain mempersoalkan isu penjualan 'patung kung fu' menjelang PRU13 lalu di mana modalnya sebanyak RM40,000 dikeluarkan dari akaun parti, bagaimanapun Teresa mengatakannya hasil tajaan pihak tertentu. Menurut Tony, patung berkenaan dijual dengan harga RM20 sedangkan kos hanya RM6 sahaja bermodalkan RM40,000 duit akaun parti. "Jadi saya mahu persoalkan ke mana hasil jualan dan jika benar modal yang dikeluarkan adalah hasil tajaan, siapa yang menaja? Dan mengapa Choo Chieang mengakui ada mengeluarkan kos berkenaan dari akaun parti," katanya. Tony juga mahu Teresa bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memberikan penjelasan. "Sebelum ini dia sering menafikan kenyataan yang saya buat, setelah dia mendakwa saya dipecat kerana menyalahgunakan wang, sedangkan saya telah letak jawatan. "Saya cabar dia saman saya, dan saya akan bawa perkara ini untuk laporkan kepada ROS dan SPRM minggu depan," katanya. Dalam pada itu, Choo Chieang berkata, dia tidak pernah mengetahui bahawa patung berkenaan telah ditaja namun mengakui pernah menandatangani cek bernilai RM40,000 kepada satu pembekal. Dakwanya, perkara itu dinyatakan Teresa dalam satu mesyuarat 'post-mortem' yang dipengerusikannya (Choo Chieng) pada 21 Jun 2013. Sementara itu, Teresa memberitahu Sinar Harian bahawa semua kenyataan yang dibuat Tony adalah tidak berasas sama sekali. Katanya, secara terbuka dia tidak gentar dengan laporan yang akan dibuat kepada ROS dan SPRM keran yakin dengan ketelusan gerak kerja yang dilakukan. "Semua penyata kewangan parti diaudit oleh juruaudit yang bertauliah, jadi pada saya kenyataan yang dibuat adalah tidak berasas. "Tony sebelum ini juga sering kacau bilaukan hidup saya dengan pelbagai tuduhan setelah dipecat kira-kira 9 tahun lalu kerana penyelewengan wang yang dibuat. "Tindakan saman malu juga telah diambil terhadapnya kira-kira dua tahun lalu dan mahkamah telah mengarahkan untuk dia membayar saya RM200,000 namun dia enggan terima keputusan. "Jadi jika ditanya tentang tindakan saya selepas ini, pada saya dia akan bankrap kerana dia hutang saya," katanya. |
HOT! Tazkirah Anwar Ibrahim di Kajang di Sambut Hambar! #PrkKajang Posted: 05 Feb 2014 05:25 PM PST Anwar Ibrahim memulakan kempen prk Dun Kajang dengan memberi tazkirah disebuah surau di Taman Muhibbah Kajang. Sebelum itu Anwar dan beberapa pemimpin pkr mengadakan majlis Hi-Tea di pusat khdmat Dun Kajang. Walaupun promosi bahawa Anwar Ibrahim akan mengadakan tazkirah dihebahkan disemua media sosial namun masyarakat Kajang enggan hadir mendengar tazkirah daripada ustaz Anwar Ibrahim ini. Desas desus mengatakan bahawa bekas Adun kajang telah diberikan sejumlah wang sebagai saguhati kerana berkorban meletakan jawatan dan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Anwar berkata, antara syarat yang dikenakan untuk Lee melepaskan jawatan hanyalah Anwar akan menggantikan beliau di kerusi berkenaan. Anwar Ibrahim melantik Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya bagi pkr Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sumber SgRapat |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment