Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pekan Rabu TENGELAM diserbu dengan Baju Hijau? #HanyaDiKedah

Posted: 02 Feb 2014 05:35 AM PST


Satu perhimpunan anjuran Pemuda PAS Kedah di depan Pekan Rabu di Alor Setar hari ini gagal mendapat sambutan orang ramai.

Himpunan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup "Himpunan Kangkong" dengan alasan untuk membantah kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup penduduk di Malaysia meningkat itu hanya disertai tidak sampai 100 penyokong parti berkenaan berbanding 'beribu-ribu orang' yang mereka sasarkan.

Himpunan selama dua jam yang bermula pukul 3.30 petang itu turut membabitkan 10 badan bukan kerajaan (NGO).

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Md Khalil Abdul Hadi, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang Romani Wan Salim dan Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria.

Nasir, yang ditemui pemberita, mengakui himpunan itu kurang mendapat sambutan.

Bagaimanapun, beliau berkata himpunan itu penting bagi memperjelas kesan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia.

Jom kita tengok, himpunan kongkang yang Nasir cuba buat tu.. he he




Walaupun hari ni Pekan Rabu ramai dengan pengunjung, tapi bila depa tengok lalat hijau mai buat kacau, pengunjung pun melarikan diri dari lalat-lalat hijau ni.

Kononnya Pemuda Pas nak harapkan orang ramai sokong depa, last sekali yang tinggal hanya petugas Pas dan unit amal saja berhimpun. Dari 100 tinggal 50 orang. he he he..

McTheory:
Orang Kedah pun menyampah dengan politik murahan Pas ni..

HOT! Gambar PM dan Isteri yang takkan Masuk Media Pembangkang! @NajibRazak

Posted: 02 Feb 2014 01:29 AM PST

Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan wajah seorang ibu apabila menyatakan kesanggupan pergi ke Sweden untuk membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.


 Keprihatinan itu dinyatakan Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; di kediamannya di Taman Duta. 

"Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.



"Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telah pun berjaya membawa kanak-kanak ini balik," kata Rosmah yang gembira dengan kepulangan adik beradik tersebut. 

Rosmah berkata, beliau dan suami akan membantu anak-anak pasangan berkenaan yang akan dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan setakat yang mampu.

"Saya harap tolonglah jaga budak-budak ini dengan baik macam anak-anak mereka. Kalau ada masalah beritahu. Kalau saya dan suami dapat bantu kita akan bantu," kata Rosmah.
Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden pada 18 Disember lalu kerana disyaki merotan anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Berikutan itu keempat-empat anak pasangan tersebut pada awalnya diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam.

Ketika di bawah penjagaan keluarga angkat bukan Islam itu, keempat-empat adik beradik tersebut dikatakan tidak gembira dan kurang selesa, sehinggakan anak sulung pasangan tersebut, Aisyah, 14, merayu supaya mereka dijaga oleh keluarga Islam.




SUMBER : UTUSAN ONLINE


Selamatlah kerajaan Malaysia prihatin, kalau tak macam mana la nasib adik-beradik yang comel-comel ni.


McTheory:
Confirm blog pembangkang tak main cerita ni kann?

HOT! Hangpa Kacau Kami Lagi, Kami Tibai Hangpa Balik! - Mukhriz Mahathir

Posted: 01 Feb 2014 07:03 PM PST


Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

"Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga akan bertindak," katanya, selepas majlis penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

"Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin)," katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

"Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas," katanya.

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu.

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).


#TMK Sudah Bersiap Sedia Gempur PAS Kedah
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...