BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!
- BONGKAR !!! #PAS DAN #PKR BERBALAH UNTUK JAWATAN #MENTERIBESAR SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! PEMBOHONGAN #PKR BERKENAAN ADUN PERAK KELUAR PARTI DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! 32 STAFF #PKNS KORBAN PERTAMA BAKAL #MENTERIBESAR SELANGOR ???
- KANTOI !!! PERJANJIAN SULIT SEBELUM #PRKKAJANG ANTARA BEKAS ADUN,#AZMINALI DAN #KHALIDIBRAHIM DIDEDAHKAN !!!
KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 06 Feb 2014 07:30 AM PST tu diaaa !!! 1 per 1 penipuan teresa kok didedahkan.sebelum ini teresa kok kata dia tak pernah hina melayu dan dia pusing kata dalam bahasa mandarin 'malay sey lah' maksud nya bukan 'melayu pergi mati'.ok dia tak hina melayu.takperr pusing lah selagi nak pusing pun.gambar dan video di bawah akan mebongkar perangai teresa kok.are you readyy ??? ITU YANG MENGHINA ISLAM !!! YANG DI BAWAH PULAK KENA BOGEL OLEH BEKAS PEMBANTU SENDIRI !!! KALAU BETUL-BETUL TELUS APA KATA SAMAN BEKAS PEMBANTU PERIBADI !!! TAKKAN TAKUT KOTTT !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! #PAS DAN #PKR BERBALAH UNTUK JAWATAN #MENTERIBESAR SELANGOR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 06 Feb 2014 04:00 AM PST Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini,rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru.Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.Namun disebabkan penegasan itu juga,ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan,penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini,menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas,Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor. "AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor," katanya. Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN Kajang,namun itu tidak bermakna,Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini segera dihentikan.Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut. "Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid).Hormat beliau.Beliau masih MB Selangor.Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam. Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baru hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar.Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan.Malah perebutan itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.Pada mereka,Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka.Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PEMBOHONGAN #PKR BERKENAAN ADUN PERAK KELUAR PARTI DIDEDAHKAN !!! Posted: 06 Feb 2014 12:30 AM PST Masyarakat khususnya mereka yang melayari laman-laman sosial gempar seketika apabila dikatakan kononnya ADUN Hutan Melintang dari PKR,S Kesavan telah mengumumkan untuk keluar parti.Kesavan dikatakan telah menghantar sepucuk surat bertarikh 2 Januari lalu kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN),Datuk Seri S.K. Devamany bagi memaklumkan kononnya dia telah menjadi Adun Bebas kerana telah "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."Namun begitu apabila dihubungi oleh pihak media,Kesavan menafikan mengenai perkara itu dan mengatakan surat tersebut adalah palsu. "Saya dapat tahu mengenai surat berkenaan kira-kira pukul 2 petang.Setelah diteliti menerusi aplikasi WhatsApp, saya dapati tandatangan di dalam surat berkenaan tidak sama dengan tandatangan saya.Kepala suratnya juga tidak sama dengan kepala surat rasmi yang biasa saya gunakan walaupun nama, alamat dan nombor kad pengenalan saya adalah betul.Saya terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tidak pernah berhasrat untuk keluar parti," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu,Devamany yang dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan pada pukul 2.40 petang daripada keraninya.Beliau difahamkan,penghantar surat berkenaan seorang lelaki.Kesavan sebelum ini mengesahkan dia menerima makluman mengenai perkara ini pada pukul 2.00 petang,manakala Speaker memaklumkan beliau menerima surat tersebut pada jam 2.40 petang.Persoalannya ialah,bagaimanakah Kesavan boleh menerima makluman awal mengenainya surat tersebut ??? Jawapannya mudah,isu surat peletakan jawatan itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat yang ketika ini sedang marah dengan tindakan PKR di Dun Kajang.Umum mengetahui tindakan parti itu yang sengaja meletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding adalah merupakan satu bentuk pembaziran dan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pengundi.Malah maklum balas dan komen-komen yang diterima melalui laman-laman sosial jelas membuktikan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.Peletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai calon hanya bertujuan untuk mengelakkan perebutan kuasa dan meredakan masalah dalaman yang sedang melanda parti itu.Di dalam ceramah penerangan yang diadakan sebelum ini,Anwar turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa. Dalam masa sama,Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang. "Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut. Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya. Bagaimanapun,sepanjang kira-kira 45 minit berucap,Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.Dalam erti kata lain,Anwar gagal meyakinkan penyokong sendirindan cabaran lebih besar bakal menantinya.Iaitu mengembalikan sokongan pengundi Kajang yang marah kerana telah ditipu dan diheret dengan permainan politik PKR.Oleh itu,sekiranya kemarahan rakyat di Kajang gagal ditangani,Anwar bakal dimalukan sekali gus memadamkan impian dan harapannya untuk menjadi Menteri Besar.Jalan terbaik dengan mementaskan sandiwara baru,bagi mengalihkan tumpuan masyarakat.Dengan cara itu,rakyat akan menyalahkan Umno dan kembali menyokong PKR. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! 32 STAFF #PKNS KORBAN PERTAMA BAKAL #MENTERIBESAR SELANGOR ??? Posted: 05 Feb 2014 09:00 PM PST Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba mengejutkan banyak pihak.Ia difahamkan sebagai 'kesinambungan' dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan beliau dengan kepimpinan negeri,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Pemecatan besar-besaran ke atas kakitangan awam,walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah lagi tanpa sebarang penjelasan.Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR.Bagaimanapun,rakyat Malaysia jauh lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para pemimpin politik.Rakyat sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah 'pertunjukan' gila kuasa di dalam PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP.Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri,perbalahan antara Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and Construction atau PKNS Holdings. Akibat dari pendekatan ini,yang mendapat keuntungan hanyalah pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung tinggi.Tindakan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar.Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya,segala tindak tanduk beliau perlu mendapat 'kelulusan' atau pun arahan dari DAP.Oleh itu,saya tidak hairan apabila beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di PKNS.Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar,tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak mempercayainya. Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini,bagaimanapun,agak samar.Ada yang berkata bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri Besar.Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus. Jika benar,nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dengan satu tendangan sahaja.Pertamanya,mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor terus beroleh keuntungan,keduanya,usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari bandar terus berjalan lancar serta ketiganya,matlamat mereka untuk mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan pusat.Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu,iaitu "jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja,maka kita akan kemukakan satu projek yang dinamakan 'Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam' untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun." DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan dalam kes di Selangor ini,mereka melakukannya melalui 'proxy' yang bersifat boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR.Khalid Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal akidah Islam.Namun,hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan DAP.Justeru,siapa lagi yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP,iaitu Anwar Ibrahim.Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme,beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu,terutamanya di bandar. Justeru,Anwar sebagai Ketua Pembangkang,merupakan personaliti yang paling layak untuk menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang Melayu.Orang Melayu tidak akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri.Dalam fikiran Anwar,mungkin beliau menyangka yang beliau sedang mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya.Di dalam fikiran DAP pula,Anwar lah yang sedang dipergunakan mereka.Hakikatnya,kedua-dua pihak saling guna-memperguna.Sementara PAS duduk memerhati,setia menunggu arahan dari kedua-dua mereka.Berdasarkan hakikat ini,nasihat kita kepada orang-orang Melayu Kajang agar menolak Anwar. Bayangkan, dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang di dalam perancangan di Kajang,siapakah yang akan mendapat keuntungannya ??? Apakah ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang ??? Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 05 Feb 2014 06:02 PM PST Rupa rupanya ada termeterai sudah satu perjanjian "sulit" yang menjadi punca diadakan Pilihanraya Kecil [PRK] N25 DUN Kajang….Pada tanggal 27 Januari 2014 kancah politik tanahair telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan seorang wakil rakyat dari PKR yang menjadi ADUN Kajang Selangor apabila Lee Chen Cheh membuat keputusan yang mengundang pelbagai reaksi rakyat khususnya dinegeri Selangor.Bermula daripada peristiwa tersebut maka rakyat negara ini berpeluang menyaksikan satu lagi episod drama yang didalangi oleh juak juak Pakatan Pembangkang mewarnai persada politik tanahair. Bersahut-sahutan cerita bahawa rakyat dinegeri Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru! Kemelut politik dalaman PKR mencecah suhu yang hangat sejak bersepah cerita krisis diantara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.Percakaran mereka berdua bukanlah satu episod drama yang baru pernah kita saksikan… Ianya sudah menjadi satu kisah lama, sekejap panas, sekejap suam suam kuku, ada kalanya sepi seketika. Apabila berlaku insiden Azmin Ali dipecat dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS maka krisis Khalid-Azmin memulakan rentak pencak silat mereka berdua…. Kalau kita masih ingat,sebaik sahaja selesai PRU 13 bulan Mei 2013, kecoh bukan main lagi dengan kisah Azmin bersama bala tenteranya TAK mahu Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.Kalau diilihat daripada struktur pimpinan PKR di Selangor kita juga boleh menilai sendiri terdapat dua kem dengan 'pembahagian kuasa' diantara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Sepatutnya selaku Menteri Besar,Khalid dilantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor.TETAPI ini tidak berlaku dalam PKR Selangor setelah Anwar memilih Azmin yang terbukti mempunyai sokongan yang tersangat MANTAP dikalangan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR. Malah ianya terbukti dengan keunggulan Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR iaitu orang nombor 2 dalam parti… Berbalik kepada kisah DUN Kajang….Anwar Ibrahim terpaksa masuk untuk menyelesaikan krisis Khalid-Azmin secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah! Setelah dihitung,selepas dikira,setelah dibelek sana sini,selepas ditinjau tinjau maka Anwar mahu pucuk pimpinan PKR bersetuju untuk menjadi DUN Kajang sebagai kambing hitam.DUA sebab utama kenapa Kajang menjadi pilihan. Pertama : ADUN bukan popular tak memegang apa apa jawatan penting dalam parti. Kedua : Peratusan pengundi cina yang sangat tinggi melebihi 40% memberikan keyakinan untuk PKR menang mudah. Kebencian pengundi cina terhadap lambang dacing sudah melebihi tahap maksima! Anwar Ibrahim tahu bahawa segala 'wahyu' dan sebarang 'perintah' darinya tidak akan mendapat tentangan dari mana mana pimpinan PKR…Ini bukanlah kali pertama Anwar pernah desak keputusan seperti ini untuk dipersetujui. Dia pernah lakukan di Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau,DUN Penanti dan kini untuk sekali lagi selesaikan penyakit dalam kain PKR maka DUN Kajang menjadi pilihan….TETAPI kerja gila untuk 'memaksa' satu PRK ini adalah julung julung kalinya diadakan di negeri pemerintahan PKR sebagai ketua kerajaan negeri.Berbeza dengan DUN Bukit Selambau waktu itu Kedah dibawah PAS dan DUN Penanti dibawah kerajaan DAP.Oleh yang demikian Anwar tahu dia punyai 'kuasa' untuk membahagi-bahagikan 'harta rampasan perang' dikalangan mereka….Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah melihat keadaan ini apabila diadakan adegan S Shamsuddin dengan Aziz Satar membahagikan harta dalam gua "Satu Untuk Engkau Satu Untuk Aku….".Maka satu "Perjanjian SULIT" pun dibuat dan termeterai sudah 'mutual understanding' dimana Anwar menjanjikan "Win Win Situation" untuk mereka yang terlibat dalam episod drama kali ini…. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment