BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI DIDEDAHKAN !!! BETUL TAK #AMENOWORLD ??? VIDEO INSIDE !!!
- KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! #PRKKAJANG !!! MARAH KEPADA #ANWARIBRAHIM ADALAH LAKONAN #PAS UNTUK RAIH SIMPATI RAKYAT !!!
- EKSLUSIF DAN FAKTA !!! KERUSI #MENTERIBESAR LANGKAH 'CHECK MATE' #ANWARIBRAHIM UNTUK #BN ???
- EKSKLUSIF !!! SIAPA KAH SEBENAR NYA #TERESAKOK ??? SIAPA YANG RASIS ??? WAJIB LIHAT !!!
- EKSKLUSIF !!! BAHAYA AMBIL #PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE SANGAT KERAP DIDEDAHKAN !!!
Posted: 05 Feb 2014 07:30 AM PST Tidak cukup dengan ucapan maaf,Ketua Strategi PKR,Rafizi Ramli terpaksa membuat lakonan A.K.A menangis bagi memastikan rakyat khususnya pengundi di Kajang tersentuh dan simpati dengan pementasan drama terbaharu yang sedang dilakonkan ini.Ia dilakukan bagi memastikan pengundi Kajang terus menerima PKR walaupun pada hakikatnya tindakan yang dilakukan ini boleh disifatkan seperti mempermain-mainkan kepercayaan rakyat sekali gus menghina sistem demokrasi negara.Paling menarik di dalam rakaman 'drama air mata' berdurasi 2 minit itu,Rafizi turut meminta pengundi di Kajang agar menolak Anwar Ibrahim sekiranya merasakan tindakan PKR ini merupakan satu 'permainan'. "Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami" katanya. Dia yang sebak dengan mata yang kemerah-merahan sehingga menyebabkan ucapannya tersekat-sekat berkata,ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya."Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah. Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan ???" katanya lagi. Setiausaha parti Sosialis Malaysia (PSM),S. Arutchelvan yang juga merupakan sekutu pakatan pembangkang ketika mengulas isu yang dibangkitkan ini mengatakan PKR tidak sepatutnya menjadikan isu pergolakan dalaman kerajaan campuran di negeri Selangor sebagai beban kepada rakyat sehingga perlu diadakan satu pilihanraya kecil di Kajang. Menurutnya lagi kesan daripada tindakan itu telah menyebabkan rakyat marah. "… bahawa PKR tidak dapat menangani masalah dalaman dan tidak boleh menguruskan isu rumah tangga (sehingga) menyebabkan rakyat di Kajang terpaksa menentukannya. Ia telah memberikan satu precedent (teladan) yang tidak baik," tegasnya. Paling menarik,blogger 'AmenoWorld' yang begitu kuat menyokong pakatan pembangkang sebelum ini dilihat turut tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan itu.Menurutnya apa yang berlaku di Kajang hanyalah untuk menyelesaikan masalah dalaman PKR yang telah menyebabkan rakyat turut diheret sama. "Sejujurnya.Aku tahu,kau tahu,Rafizi tahu,Anwar tahu,Khalid tahu,PKR tahu,PR tahu dan semua tahu pilihanraya di Kajang adalah kerana polemik dalaman PKR yang nampaknya sudah semakin meruncing. Khalid tidak mahu berkompromi. Azmin tidak mahu berkompromi. Semua tidak mahu berkompromi", luahnya di dalam entri blog tersebut. Penulis blog tersebut turut berpandangan sekiranya masalah dalaman PKR ini masih tidak dapat diselesaikan dengan kehadiran Anwar sebagai Adun Kajang,ia akan menyebabkan rakyat sekali lagi menjadi mangsa keadaan. "Kita katakan la saja bahawa Anwar akan berperanan menyelesaikan konflik dalaman dengan Kajang move.Masalah dalaman PKR jika tidak diselesaikan ia akan mengganggu-gugat pentadbiran dankelangsungan pemerintahan PR di Selangor kerana masing-masing sibuk berbalah sesama sendiri.Maka,mula la masing-masing menyerang kawan dengan isu-isu peribadi.Maka,mula la masing-masing tidak bersetuju antara satu sama lain mengenai usul-usul tertentu.Maka,mula la masing-masing mula mencari jalan macam mana nak jatuhkan pihak- pihak yang tidak disenangi.Maka,oleh kerana wakil-wakil rakyat pun tak sehati sejiwa untuk menumpukan perhatian bagi selesaikan masalah rakyat secara automatik hak rakyat akan dicabuli dan terjejas," luahnya lagi. di bawah adalah video drama air mata yang dipentaskan oleh Rafizi baru-baru ini bagi menarik simpati rakyat APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PENIPUAN #TERESAKOK DIDEDAHKAN !!! Posted: 05 Feb 2014 04:00 AM PST Ahli parlimen DAP,Teresa Kok cuba mempertahankan tindakan biadap dan kurang ajar yang dilakukan melalui video sindiran sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.Menurutnya Umno sengaja ingin memutarbelitkan isu kandungan klip video yang bertajuk 'Onederful Malaysia' itu kerana telah bankrap idea.Wakil rakyat dari Seputeh itu mengatakan,rakaman video tersebut hanyalah merupakan 'satira politik' (lawak politik) semata-mata kerana ia tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan tidak menyebut sebarang nama serta bukan bersifat hasutan.Paling menarik dia turut mengatakan sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dirinya ia adalah merupakan "penindasan politik".Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara,Termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.Malah,seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut : But then,you can travel to Sabah,where you get to see pirates,with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire" (anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan). Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan isteri,Datin Seri Rosmah Mansor.Yang menariknya isu yang hampir sama ini,pernah terjadi pada beberapa tahun yang lalu. Pada 9 Oktober 2008,dia telah mengemukakan saman berjumlah RM30 Juta terhadap Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan,Datuk Mohd. Zaini Hassan dan Utusan Melayu (M) Bhd yang kononnya telah menerbitkan sebuah artikel fitnah.Artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais,UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' itu dikatakan bertujuanmemperkecilkan dirinya secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen,ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.Ketika perbicaraan kes tersebut,dia yang ditanya oleh peguam mengakui artikel tersebut langsung tidak menyebut namanya.Tidak lama selepas itu,Teresa telah mengarahkan peguamnya untuk menarik semula kes tersebut tanpa memberikan sebarang alasan. Selain daripada itu dia juga pernah mengemukakan saman terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya kerana menulis sebuah cerpen bertajuk "Politik Baru YBJ" yang kemudiannya diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008.Merasakan cerpen tersebut merujuk kepada dirinya, anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu segera memfailkan saman pada 12 Disember 2008 yang berjumlah RM30 juta juga.Dia mendakwa cerpen tersebut telah merujuk kepada dirinya dan bukan hanya sekadar kebetulan. Kes tersebut juga akhirnya diselesaikan di luar mahkamah. Kesimpulannya,apabila terkena batang hidung sendiri dia bukan main marah lagi,sehingga bertindak mengemukakan saman yang bernilai jutaan ringgit.Pada ketika itu,tidak timbul pula soal satira politik atau hanya sekadar lawak jenaka.Diharapkan siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan dengan segera agar hukuman dapat dijalankan sekiranya terbukti dia bersalah.Semoga dengan tindakan itu,tidak ada lagi kes-kes yang menyentuh sensitiviti dan bersifat perkauman dilakukan oleh mana- mana pihak yang tidak bertanggungjawab APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 05 Feb 2014 12:30 AM PST Ramai di kalangan penyokong dan pemimpin Umno yang dilihat begitu teruja dengan tindakan beberapa tokoh pimpinan Pas yang menyatakan pendirian seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan PKR.Ia berhubung dengan isu pilihan raya kecil DUN Kajang dan desas-desus yang mengatakan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.Ada yang mengatakan Pas sudah mula 'celik hati' kerana berani untuk bangkit menempelak tindakan Anwar yang seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kehadiran parti itu di dalam pakatan pembangkang.Namun ada yang merasakan tindakan tersebut hanyalah merupakan satu lagi bentuk lakonan di dalam lakonan.Ini kerana Pas sedar,sejak parti itu memutuskan untuk 'bertahaluf siyasi' dengan PKR dan DAP,sokongan terhadap mereka sudah semakin berkurangan khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di luar bandar.Di tambah pula dengan beberapa isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu terpaksa diketepikan oleh parti itu demi untuk menjaga hubungan dan hati pimpinan rakan sekutu mereka.Malah ada ketikanya parti itu turut dilihat seperti akur dan tunduk dengan tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR. Oleh yang demikian,bagi mengelakkan perkara itu terus dijadikan isu untuk melemahkan Pas,mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan dan keyakinan rakyat.Maka jalan terbaik adalah mewujudkan 'kumpulan kecil' untuk membuat 'sedikit' tentangan terhadap mana-mana tindakan PKR dan DAP yang dilihat agak melampau.Motifnya mudah,supaya masyarakat khususnya penyokong dan ahli parti itu dapat melihat Pas bukanlah merupakan kuda tunggangan atau boneka di dalam pakatan pembangkang seperti yang didakwa sebelum ini.Hanya dengan cara itu sahaja,Pas dapat membuktikan dan meyakinkan penyokong dan ahli mereka,parti itu masih mempunyai maruah untuk bersuara lantang dan garang.Sedangkan pada akhirnya,Pas tetap terpaksa bersetuju dan menerima segala keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan DAP.Contoh paling mudah,Pemuda Pas Pusat sebelum ini begitu hebat mengkritik dan mengecam tindakan PKR yang menjadi 'pelacur politik'.Namun selang beberapa hari,nada dan suara mereka itu mula berubah sehingga akhirnya bersetuju dengan pendekatan yang dicorakkan oleh Anwar Ibrahim. Begitu juga Pemuda Pas Selangor yang sebelum ini menyatakan akan memboikot pilihanraya kecil sekiranya PKR gagal memberikan alasan yang munasabah secara bertulis.Percayalah,sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh penamaan calon,tempoh berkempen dan pembuangan undi semua jentera parti itu akan berhempas pulas bagi memastikan kemenangan Anwar di Kajang.Semua ancaman,ugutan dan kritikan yang dilemparkan sebelum ini akan hilang begitu sahaja.Begitu juga dengan kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor sebelum ini,kononnya Pas akan bertegas dalam soal perlantikan Menteri Besar yang baru sekiranya PKR ingin memecat Khalid.Sama seperti drama yang dipentaskan sebelum in,akhirnya parti itu tetap akan akur dan tunduk dengan segala kehendak serta kemahuan Anwar Ibrahim.Dalam bahasa mudah,inilah yang dinamakan lakonan dalam lakonan.Baik PKR mahupun Pas semuanya berlakon untuk menipu penyokong dan ahli sendiri.Bak kata Awie, ini semua poyo…. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSLUSIF DAN FAKTA !!! KERUSI #MENTERIBESAR LANGKAH 'CHECK MATE' #ANWARIBRAHIM UNTUK #BN ??? Posted: 04 Feb 2014 09:00 PM PST Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang 'huru-hara',kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara,identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti.Akibatnya,rakyat menjadi celaru,haru-biru dan buntu.Dalam kegilaan politik ini,tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari.Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi.Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi.Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah 'jangan sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh'.Justeru,adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh.Adalah lebih baik dianggap 'paranoid' daripada gagal membaca strategi musuh.Namun,apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka.Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing.Dalam politik Malaysia,BN dan musuhnya PR,sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya.Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama,apa perlunya mereka bersengketa,bukan begitu pembaca Badut Rakyat ??? Oleh itu,apakah yang membezakan BN dan PR ??? Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama ??? Siapakah yang mengundi BN dan kenapa ??? BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera.BN meletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama.Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab,sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa,apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia.Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa. Pun begitu,Malaysia di bawah BN bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya.BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan 'gaya' di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN.saya bukan nak puji tapi itu adalah fakta !!! Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu sebagai tonggak utama.DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.DAP ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat. Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT.Malah,pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang mengharamkan homoseksual adalah lapuk.Beliau juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama.Selain itu,pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai 'sahabat'.Kedua mereka ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara,antaranya,memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia.Parti PAS,sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai matlamat utama. PAS berpendekatan ekstrem di mana parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk merobohkan kilang arak.Walaubagaimanapun, itu cerita lama. PAS hari ini sudah terlalu keliru,buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju.Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP,sementara penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim.Hari ini,PAS telah memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT,Kristian dan pastinya turut menikmati wang Yahudi.PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN.Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu. Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa. PAS boleh bertakbir,melalak dan berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.Secara ringkasnya,sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza dari pemerintahan BN.Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam setiap PRU. Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu.Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai PR.Semakin perubahan itu ketara,semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13. Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara semulajadi.Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini,entah bagaimana,berada di dalam BN.Usaha mengubah BN menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin menolak BN.BN dilihat 'takut' untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR.Walaupun PR dilihat semakin 'berkuasa' di dalam BN,namun parti itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja.Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor ialah beliau ingin 'dekat' kepada Sultan dan Raja-raja Melayu. Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony.Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang.Walau betapa kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar,kita tidak harus mengenepikannya. Jika ini benar,ia bermakna musuh telah berada di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk 'check-mate'.Dengan dana Selangor yang begitu banyak,tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim.Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan tidak masuk akal,namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala kemungkinan dan bersedia menghadapinya kecualilah,jika kita benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya.Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti dan satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas paksi asalnya.Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu.Oleh itu,BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan turut ditolak.ingatlah,golongan liberal,plural,LGBT bukanlah majoriti.Begitu juga dengan golongan korporat,konglomerat atau taikun-taikun,mereka bukannya mewakili majoriti.BN tidak perlu terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini.Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada golongan korporat,konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh rakyat dan negara.Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC.Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak - hanya perlu perbaiki APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! SIAPA KAH SEBENAR NYA #TERESAKOK ??? SIAPA YANG RASIS ??? WAJIB LIHAT !!! Posted: 04 Feb 2014 06:00 PM PST saya nak tahu apa jawapan anda wahai pembaca dari puak pembangkang,adakah benar UMNO rasis ??? mana bukti UMNO rasis ??? adakah anda tahu pemimpin pembangkang yang sebenar nya rasis ??? contoh nya Lim Kit Siang.apa yang dia kata masa 13 mei.adakah itu tak rasis ??? lihat dulu gambar di bawah adakah teresa kok tidak rasis ??? malas nak cerita panjang-panjang nanti ada yang kata Badut Rakyat rasis.lihat gambar dan video di bawah APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! BAHAYA AMBIL #PANADOL ACTIFAST ATAU SOLUBLE SANGAT KERAP DIDEDAHKAN !!! Posted: 04 Feb 2014 04:00 PM PST Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi ??? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan. Ikuti kisah benar dari seorang yang mengalaminya : "Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital,di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya.Dia mengenali rapat doktor tersebut.Doktor memberitahu suami saya,apabila mengalami sakit kepala,mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya,mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita.Ia merosakkan organ hati.Menurut doktor tersebut,Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Menurutnya lagi,pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan.Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut,sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.Sebagai rawatan alternatif,beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik,campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2.Mudahnya,secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam.Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.Panadol adalah sejenis "pain killer",semakin banyak anda mengambilnya,semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda". Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.Untuk wanita,mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat.Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda,seperti mereka yang ada migrain,ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin ??? Hargailah kehidupan anda.Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment