BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FAKTA !!! #PRKKAJANG !!! #ANWARIBRAHIM KORBANKAN #ANAKMUDA KERANA TAMAK KUASA !!!

Posted: 01 Feb 2014 07:30 AM PST


Keputusan Anwar Ibrahim memaksa Menteri Besar Selangor mencalonkan dirinya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang adalah satu harakiri politik baginya.Ini kerana keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut hanya lapan bulan memenangi dibuat atas kepentingan Anwar bukannya rakyat.Banyak spekulasi bertiup kencang bahawa ketua pembangkang parlimen itu akan dilantik sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Khalid Ibrahim.Mungkin Anwar,Azmin dan penyokong-penyokong PKR jahil tentang politik atau kaedah pelantikan seorang menteri besar.Mereka fikir begitu mudah sekali Khalid diturunkan hanya kerana beliau berlaga angin dengan kroni kesayangan Anwar,Azmin.

Kuasa menyetujui calon dan perlantikan seorang menteri besar terletak sepenuhnya di tangan sultan.Mungkin Anwar lupa episod calon-calon menteri besar yang ditolak sultan dan raja di Terengganu dan Perlis semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.Seorang perdana menteri sekali pun tidak boleh mencampuri apatah lagi mengekang kuasa sultan dalam isu perlantikan menteri besar inikan pula Anwar yang inga dirinya mengatasi sultan dan perlembagaan.Kedua,Anwar sememangnya tidak layak dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan penjawat mestilah anak jati kelahiran Selangor manakala ahli parlimen Permatang Puah itu anak kelahiran Cherok To Kun.Sekutu pakatan pembangkang sudahpun melahirkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba mereka kekurangan satu kerusi DUN di Selangor.Ketua Dewan Pemuda Pas,Nasrudin Tantawi menyelar tindakan PKR itu sebagai berkepentingan diri,membuang masa dan membazir.Malah Nasrudin menyindir sinis sambil mengatakan pilihan raya tersebut adalah ciptaan Anwar sendiri dan bukannya bagi kepentingan pembangkang. 

Jika pilihan raya kecil diadakan,kemungkinan besar jentera pilihan raya Pas dan Dap tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk membantu Anwar melihatkan ia adalah lebih kepada permainan politik beliau.Sudah tentu apa yang dilakukan Anwar adalah bersifat unilateral dan mengambil keputusan tanpa dahulu berbincang dengan Pas dan Dap di Selangor.Tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai keputusan untuk menyelamatkan karier politiknya yang semakin pudar dan ditolak oleh pakatan pembangkang.Masih ingatkah kata-kata Karpal Singh bahawa Anwar adalah liabiliti paling besar kepada pembangkang dan beliau seharusnya bertaubat atas segala dosa-dosa seks liwat yang dilakukannya ??? Anwar hanya mementingkan diri sendiri kerana beliau telah melanggar piagam PKR dan pembangkang untuk mengangkat suara orang muda di dalam parti.Apa yang terjadi,beliau sanggup korbankan seorang ahli politik Cina yang muda dan pertama kali menjadi YB demi kerakusan untuk menggaut lebih banyak kuasa. 

Di mana letakkannya pendirian PKR yang selama ini mengeksploitasi golongan muda untuk tujuan politik parti itu dan dengan mudah golongan ini diketepikan untuk menjaga kepentingan pemimpin atasan.Angkatan Muda Keadilan mesti mengkaji semula kedudukan mereka di dalam PKR dan usah biarkan mereka diperkotak-katikkan demi kepentingan seorang individu.Sanggupkah AMK menelan kepahitan melihat wakil mereka ditolak begitu sahaja untuk kepentingan seorang tua berumur 67 tahun ??? Rakyat Selangor juga telah terhina dengan tindakan Anwar tersebut. Ini kerana sebagai sebuah negeri paling kaya,termaju dengan beratus-ratus institusi pengajian tinggi,akhirnya terpaksa mengambil calon import dari Permatang Pauh untuk bertanding mewakili Kajang.Bukankah ini satu tindakan yang paling menghinakan walhal di kalangan PKR Selangor terdapat ramai calon yang lebih layak dan lebih bijak daripada Anwar sendiri.

Inilah yang dinamakan tamak kuasa yang tidak ada hadnya.Sudah menjadi ahli parlimen,kemudian dilantik ketua pembangkang,lepas itu memegang jawatan penasihat ekonomi pula dan kini kemaruk hendak menjadi ADUN pula.Anwar sebenarnya individu yang amat kecewa kerana kempunankan jawatan perdana menteri yang tidak kesampaian.Begitulah nasib seorang yang terlalu 'frust' seolah-olah hilang arah dan panduan dalam 'political widerness' yang diciptanya sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SIAPA KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN KALAU #ANWARIBRAHIM JADI MB SELANGOR ???

Posted: 01 Feb 2014 04:00 AM PST


PR sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 'sementara' menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR,PAS dan DAP.Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang 'setara' bagi jawatan Perdana Menteri.Bagaimanapun,pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat.Apa yang mengejutkan ialah,Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.Sekiranya ini benar,ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang.    

Walaupun ia dikira tindakan 'turun pangkat' bagi Anwar,namun pada hakikatnya,jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih 'berkuasa' lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia.Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat.Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang,maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.Dari situ,PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja.Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan.    

Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah,jika Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang,siapakah yang akan menggantikannya ??? Calon yang dikatakan 'logik' adalah Lim Kit Siang,Hadi Awang dan juga Azmin Ali.Malangnya,mengikut pandangan umum,tiada seorang pun dari mereka ini dilihat mampu mewakili keseluruhan PR,jauh sekali keseluruhan rakyat.Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili kaum Cina.Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan India.Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Kit Siang.Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.Ini,ditambah lagi dengan hakikat beliau adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.Atas dasar ini,Kit Siang tidak mungkin boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.  

Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu- sekutunya.saya difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat dalaman PAS sekali pun dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan tugas bagi pihaknya.Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang,maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan dominan.Justeru,walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu,tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik.Tanpa kepercayaan dari ahli parti sendiri,terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua Pembangkang Malaysia.Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal.  Beliau yang terkenal sebagai suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua Pembangkang terdahulu.Secara dasarnya,Azmin mungkin boleh bergerak sebagai bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan.Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal,tetapi itu tidak bermakna DAP menyokongnya seratus peratus.Apa yang saya tahu,Azmin sering dicurigai oleh DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.     

Kesimpulannya,ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.Masing-masing membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian PR.Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang.Hakikatnya,biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti.Tanpa Anwar sebagai Ketua Pembangkang,PR akan mendapati amat sukar untuk bersatu.Berdasarkan hakikat ini,saya semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.Mungkinkah Anwar akan melakukan kejutan di saat-saat akhir ??? Apapun,yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja keputusannya nanti adalah untuk dirinya,bukan untuk rakyat,bukan untuk parti dan tentu sekali bukan untuk negara ini.Anwar adalah seorang yang gila kuasa.Beliau sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa beliau tidak perlu bekerja.Permatang Pauh,Kajang,Selangor,PKR,PR dan Malaysia,kalau boleh semua ingin diterajuinya. Bukannya susah,hanya perlu menabur janji sahaja

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! 3 KALI RAKYAT KENA TIPU OLEH #ANWARIBRAHIM MELALUI #PRK !!!

Posted: 31 Jan 2014 10:06 PM PST


Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa.Pilihanraya adalah simbol 'kepercayaan rakyat','integriti' dan 'keadilan'.Justeru,sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat.Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga,SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit.Contohnya,bagi PRK Kuala Besut yang lalu,perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta.Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan.Berdasarkan hakikat ini,seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti.Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat,bukan parti.    

Bagaimanapun,pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.Bagi pembangkang,tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata.Manakala,berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional.Justeru itu,Ketua Pembangkang,iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan 'menukar' wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat,dirinya.Perletakan jawatan ADUN Kajang,Lee Chin Cheh baru-baru ini,bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang.Sebelum ini,perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar,iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya.Dalam isu Penanti,Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir.Fairus,dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau,mengesahkan andaian 'ada yang tidak kena' dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.  

Malah,beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR.Nama beliau kemudiannya dibersihkan,namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti,sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR.Dalam Pilihanraya 2008,Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.Nampaknya,Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang.Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius.Dalam fikiran Anwar,rakyat bukan memilih  calon,tetapi memilih dirinya dan partinya.Oleh itu,beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa,bagi menjayakan agendanya.    

Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat,tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri.Keadilan,integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.Bagi Anwar,pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu,walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir.Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu,maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik ???? Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya 'sesuka-hati-mak- bapaknya' ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...