Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Kerajaan negeri Kedah Bakal guna Kereta Proton Perdana! #HanyaDiKedah
- TERKINI! Masyallah!! Tanah Runtuh di Kuala Lumpur!!
- Tindakan Saman Akan Dibuat terhadap Dato' Undang Naning PALSU
INFO! Kerajaan negeri Kedah Bakal guna Kereta Proton Perdana! #HanyaDiKedah Posted: 07 Jan 2014 08:17 AM PST Kedah bakal mengikut langkah kerajaan pusat apabila bercadang menukar kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan exco kepada Proton Perdana yang baharu. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kereta itu bakal menggantikan kereta rasmi sedia ada, iaitu Toyota Camry, yang dibeli pada 2010 oleh kerajaan terdahulu. "Kita sedang nantikan maklumat terperinci berhubung kelebihan menggunakan Proton Perdana baharu daripada pihak Proton. "Kerajaan pusat sebelum ini memberi pertimbangan positif dan Kedah juga akan mempertimbangkan," katanya, ketika ditemui, selepas perjumpaan bulanan bersama warga kerja Wisma Darul Aman yang pertama bagi tahun ini, semalam. Menurutnya, pihaknya yakin ia suatu pilihan yang tepat kerana kereta rasmi kerajaan negeri digunakan setiap masa dan memerlukan kenderaan yang berkualiti. "Tentunya kereta ini dapat memenuhi keperluan exco untuk turun padang ke pelosok negeri dan perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Ini juga antara inisiatif kita bahawa kereta buatan Malaysia juga berkualiti tinggi dan harus menjadi kebanggaan," katanya. Pada 11 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan, menampilkan dua varian, iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Mengenai Toyota Camry sedia ada, Mukhriz berkata, kereta itu akan dijual kepada bekas-bekas exco. "Perkara ini sudah diputuskan atas permintaan mereka yang mahu membeli kereta itu dan kita bersetuju," katanya. Namun, Mukhriz belum menetapkan tempoh tertentu untuk membuat pembelian kereta baharu itu. "Apabila proses menggantikan kereta selesai, baru kita akan jual Toyota Camry itu. Saya tidak pasti bila, tunggu selesai proses pembelian dulu," katanya. Kerajaan PR Kedah membeli lima kereta Toyota Camry untuk kegunaan exco dan pegawai kanan pada Julai 2010, bagi menggantikan kereta rasmi, Proton Perdana V6 Eksekutif yang tidak lagi ekonomik digunakan kerana kerap rosak dan kos membaiki yang tinggi. Pembelian lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner itu mencecah RM1.2 juta. |
TERKINI! Masyallah!! Tanah Runtuh di Kuala Lumpur!! Posted: 07 Jan 2014 03:10 AM PST |
Tindakan Saman Akan Dibuat terhadap Dato' Undang Naning PALSU Posted: 06 Jan 2014 12:28 AM PST KENYATAAN MEDIA PEJABAT KEBAWAH KAUS ORANG KAYA SERI RAJA M'RAH Y.A.M DATO' UNDANG WILAYAH NANING KE 19 DI ISTANA NAN PANJANG WILAYAH NANING Kenyataan Media ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar perihal berkaitan Institusi Naning yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama pada 01 Januari 2014 dan 04 Januari 2014. Kebawah Kaus Orang Kaya Seri Raja M'rah Y.A.M Dato' Undang Wilayah Naning Ke 19 yang begitu prihatin terhadap kedaulatan Institusi Undang Wilayah Naning merasa amat gembira dengan perkembangan baru-baru ini. Bersama Majlis Dato'-Dato' Wilayah Naning, Yang Amat Mulia akan mengatur siri-siri program bagi menyerikan lagi Istana Nan Panjang pada tahun 2014 ini. Yang Amat Mulia ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka diatas pendirian tidak campur tangan dalam Struktur Sosial dan Amalan Tradisi Undang Wilayah Naning, melalui Keputusan Mesyuarat Exco Negeri pada 10 Ogos 2011 ,penderian tidak campur tangan ini dibuat kerana mengiktiraf Institusi Undang Wilayah Naning dan bukan sebaliknya. Oleh itu Yang Amat Mulia meminta agar semua pihak menghormati keputusan tersebut. Bagi menenagkan keresahan rakyat mengenai keewujudan beberapa Dato' Undang Wilayah Naning palsu , Yang Amat Mulia akan mengambil berberapa tindakkan undang-undang , termasuklah mengemuka saman malu berjumlah RM19 juta kepada setiap Dato' Undang Wilayah Naning yang palsu tersebut melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates oleh peguam Adnan Seman dan Tetuan Aziatul & Associates oleh peguam Aziatulnadia Roslan. Bagi membantu pihak berkuasa membanteras kewujudan berberapa sindikit haram yang menjual Anugerah Kebesaran Istana Nan Panjang yang palsu, Yang Amat Mulia telah mengarahkan Majlis Dato'-Dato' Wilayah Naning untuk mengambil beberapa langkah strategic dan pro-aktif seterusnya membuat Laporan Rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Selain itu, Yang Amat Mulia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan Pingat oleh Dato'-Dato' Undang Wilayah Naning palsu , agar tampil segera beserta dengan bukti-bukti hingga tertangkapnya Ketua Sindikit tersebut. Tawaran ganjaran sebanyak Rm 19,019,19. Yang Amat Mulia sentiasa mendoakan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya Anak-anak Naning. Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Kebawah Kaus Orang Kaya Seri Raja M'rah Dato' Undang Naning Ke 19. Dato' Seri Ab. Malek bin Adam Setiausaha Sulit Kebawah Kaus Orang kaya Seri Raja M'rah Y.A.M Dato' Undang Wilayah Naning Ke-19. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment