Kedah Ke KL - MctHeory |
HOT! Bila Orang Muslim Mula Sokong Kristian? #BiarBetui Posted: 05 Jan 2014 07:31 AM PST Cerita yang pelik tapi benar.. malah lebih pelik bila gerakan dan sokongan ini dibuat oleh anak Mantan Perdana Menteri Malaysia yang tegar Islam dan pembela melayu. Awat la jadi macam ni? Hampir 1,000 orang menyertai himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang di pagi yang dijangka bakal menghadapi beberapa kumpulan Islam yang marah dengan mereka, tetapi dengan tidak disangka sekumpulan Islam datang membawa bunga untuk mereka. Antaranya yang datang adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang mebawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian. Namun di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian. Mereka juga menyokong serbuan yang dibuat oleh Jais terhadap Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim yang merampas kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban serta menahan dua pemimpinnya. "Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ. "Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya. Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." Beliau menyifatkan serbuan Jais sangat mencurigakan dan kesal dengan tindakan mendiamkan diri pihak kerajaan. Marina dan rakannya Nik Elin kemudiannya pergi menemui penganut Kristian di situ dan memberikan bunga untuk mereka dengan diringi sorakan daripada orang ramai. ~ The Malaysian Insider McTheory: Seseorang perlu beri penjelasan yang lebih jelas.. kenapa perkara ini berlaku? |
#HOT! Tahanan ISA di Bebas Sebab Putrajaya nak Buka Hard Rock Cafe? Posted: 04 Jan 2014 09:35 PM PST Tajuk tu pelik? a'a saja buat pelik sikit.. he he Sebenarnya Mc hari ni blurr taktau nak up story apa.. banyak blog mainkan story Putrajaya nak buka HardRock Cafe.. alamakk.. bagi diri Mc, biar saja la.. yang korang sibuk bising pasaipa kan? Nak buka boleh tapi bagi syarat untuk dipatuhi, jangan jual minuman keras dan pelayannya berpakaian sopan. Kann mudah tu.. buat ala-ala HardRock Cafe Islamik la katakann.. Tu pun kalau nak buka sangat la. Ok sambung baca pasal tahanan ISA yang dibebaskan.. Kuala Lumpur – Enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak akan dibebaskan hari Ahad, umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment