Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pas Nak Jadi Parti Islam atau Parti Tupperware? #PrkKajang

Posted: 29 Jan 2014 05:12 AM PST




Nota: SELAMAT TAHUN KUDA PAS, KUDA YANG `IKHLAS', `TAAT' DAN `BIJAKSANA' LAKSANA KELDAI. KENAPA LA TAK ADA TAHUN KELDAI?!!!

Pas sudah angin satu badan dengan permainan politik PKR

PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.

"Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. "Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

"Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya," katanya.

PAS, parti tupperware?

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

"PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan," soalnya

Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

"Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

"Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan," katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

"Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR," tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

"PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor," katanya. ~fmt

WOW! Anwar dah ditabalkan menjadi Menteri Besar Selangor? #PrkKajang

Posted: 29 Jan 2014 01:12 AM PST



Sumber gambar : CTS

Wow! Nampaknya Anwar dah suruh gengnya tukar wikipedia kot, hinggakan update terbaru wikipedia, nama Anwar Ibrahim diletakan sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Gila kuasa betul la. Bertanding pun belum, menang pun belum, dah letak nama jadi MB? Iskk iskk.. buruk perangai tak sudah-sudah.

Tapi Sultan Selangor perkenan ke Anwar ni jadi MB Selangor?


Mungkin kalau baginda tolak, baginda akan ditekan dari segala penjuru. Namun rakyat Selangor penentu segala.

TUDIAA!! Bekas Timbalan Menteri Ni Memang Cari Nak Kena Maki!! #PrkKajang

Posted: 28 Jan 2014 10:01 PM PST


Disebabkan dia pandai politik la dia kalah dalam PRU ke 13 yang lepas! Orang kawasan sendiri pun tak suka dia. Dia ingat nak pancing undi PR, tapi undi dari orang BN pun dia tak dapat. he he he..

Pandai sangat la kononn..

Baca tweet orang bijak pandai..



Sanggup buka sejarah yang orang muda sekarang taktau, semata-mata nak backup PKR? Sanggup buka pekung parti sendiri untuk apa?  Ehh mangkuk, ko blah la dari UMNO, buat semak dok dalam ni jadi parasit. Kalau tak reti nak masuk PKR, meh Mc tolong isi dan pos borang PKR ke rumah ko la mangkuk.


McTheory:
Belajar tinggi, tak semestinya pandai sangat pun..

HOT! Berani Ke Pemuda Pas Nak BOIKOT #PrkKajang!

Posted: 28 Jan 2014 07:30 PM PST

kata-kata Mantan Ketua Pemuda Parti Tupperware.. hehe


Pemuda Pas nampak macam marah. Tapi betul-betul ka dia marah? Atau hanya wayang politik nak selamatkan maruah Pas kerana kencing beradap dengan PKR. Masuk kali ni, dah berapa kali PKR buat keputusan tanpa persetujuan dan berbincang dengan Pas.

Mungkin ada ahli Pas 'Anwarinas' yang tahu pasal ni. Tetapi pucuk pimpinan tertinggi Pas pun terkejut, malah hanya dimaklumkan 'last minit' dari PKR. Tapi bila media tanya, seperti biasa la, mereka berlakon kononnya takdak masalah, sedangkan dibelakang ada ahli Pas sendiri mengamuk kerana tindakan PKR jelas menunjukan mereka berpolitik kerana jawatan, bukan kerana perjuangan.

Pemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Pemuda PAS.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihanraya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Kononnya sibuk berkempen tentang isu kehidupan, nasib rakyat, barang naik dan pembaziran kerajaan. Namun apakah perletakan jawatan secara 'syok-syok' ni menguntungkan rakyat? Sudah tentu tidak, sebab rakyat nak kena pi mengundi lagi, yang mana pengundi luar kena balik, nak kena beratur panjang pula untuk mengundi, buang masa dan menyusahkan orang Kajang sendiri.

Malah berbelanja untuk pilihanraya kecil angkanya mencecah hingga puluhan juta. Bukan untuk mana-mana parti, tetapi hanya untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Dari SPR hinggalah ke RELA semuanya terpaksa dikerahkan bekerja lebih masa.

Disebabkan 'seorang' mamat yang gila kuasa, disebabkan seorang peliwat tua yang kepinggin jawatan. Beliau dah menyusahkan seluruh rakyat Kajang, kerajaan dan seluruh Malaysia disebabkan kerja gila beliau ni.

Jadi jika Pemuda Pas nak boikot pun rasanya bagus, sebab membuktikan Pas ada intergriti dan membela rakyat. Bukan macam PKR, lebih kepada membodohkan rakyat!


McTheory:
Rakyat tak bodoh.. yang bodoh orang Pakatan saja..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...