Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Amaran KERAS Kepada Pengusaha Pasir! - YB Exco Kedah

Posted: 28 Jan 2014 05:12 AM PST



Macam ni la contoh Exco yang orang Kedah nak. Berani untuk menjaga hak rakyat Kedah.

Baca apa terjadi semalam,

Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

YB Haji Badrol Hisham menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari tersebut. Notis dua minggu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Padang Terap kepada pengusaha kuari pasir tersebut untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan air Sungai Sari tercemar. Sekiranya pengusaha kuari pasir tersebut gagal menepati syarat yang ditetapkan dalam masa dua minggu ini, tindakan tegas akan di ambil. Malah YB Haji Badrol Hisham juga turut memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha kuari pasir di negeri Kedah agar sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yg ditetapkan. Pemantauan terhadap kuari-kuari pasir akan lebih kerap dilakukan bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat yang ditetapkan.

McTheory:
Syabas Abang Sham.. jangan takut, buat yang terbaik untuk rakyat Kedah..

HOT! Tun Daim Marah Najib Sebab Naikkan Gaji Kakitangan Kerajaan?

Posted: 28 Jan 2014 01:12 AM PST

Why Tun Daim? Why?

Kenapa Tun Daim perlu keluarkan statement macam ni? Apa untungnya pada beliau?


Ada betulnya.. tapi?

Mc ada terbaca disatu blog mengenai perkara ini. Hairan juga bagaimana seorang bekas menteri kewangan boleh salahkan PM kerana menaikkan gaji kakitangan kerajaan? Memangla negara kita sedang dilanda kemelut ekonomi.. namun disebabkan peningkatan kos taraf hidup yang agak tinggi mungkin kenaikkan gaji tu mengurangkan beban mereka kakitangan kerajaan.

Kenapa akhir-akhir ini Tun Daim selalu menegur Najib dengan secara terbuka? Tak boleh kah kalau ada cadangan atau pandangan Tun Daim boleh terus call Najib dan terus beri pandangan beliau sebagai orang lama. Mc percaya PM akan lebih menghargai dan menerima nasihat Tun Daim tu dari beliau mengkritik secara terbuka di media dan akhbar-akhbar.

Sebagai orang lama yang banyak membantu ekonomi negara dulu. Tun Daim jangan jatuhkan standart yang ada pada diri beliau. Kalau nak membantu, pastikan buat kerja belakang tabir. Bukan tak boleh langsung tegur kerajaan, tapi kalau sebulan sampai 4, 5 kali tegur. Itu dah lain macam rasanya. Kita pun jadi pelik!

Soo.. harap-harap Tun Daim dan orang-orang beliau, menerima teguran Mc ni. Terimalah teguran dari blogger pencacai kerdil yang sayangkan parti.


McTheory:
Tegur kerana sayang takpa, jangan tegur disebabkan 'sesuatu'

PANASS!! Akibat Terlalu Melampau Exco dan Ketua Pemuda Kedah Buat Laporan Polis! #HanyaDiKedah

Posted: 27 Jan 2014 10:13 PM PST

Dari kiri Syed Hafiz (KP Alor Setar), Datuk Shaiful (KP Kedah), YB Dato Rawi (Exco), Marzuki (KP Langkawi) dan Shahrol (KP Kuala Kedah)

Nampaknya Exco Agama dan Ketua Pemuda UMNO negeri Kedah yang baru telah mula bertindak dengan membuat laporan polis keatas pemilik Tahfiz Amal yang kita sering dengar menyalahgunakan kanak-kanak.

Setelah diberi amaran berkali-kali oleh kerajaan negeri Kedah kepada pemilik pusat tahfiz amal (PTA) berhubung tindakan mereka mengeksploitasi kanak kanak untuk mengutip derma, Akhirnya Kerajaan negeri Kedah melalui Exco Yb Dato Md Rawi dan Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful membuat laporan polis terhadap PTA berkenaan.

Laporan Polis dibuat selepas Kerajaan negeri membuat keputusan bahawa pusat tahfiz amal berkenaan masih menjalankan aktiviti mengutip derma di seluruh pelusuk negeri dan pemilik PTA berkenaan merupakan pengasas ajaran sesat Azhar Wahab yang mengaku dirinya Raja Sakti.

Kita berharap dengan laporan polis terbabit, pihak polis boleh menjalankan siasatan dan bertindak keatas pemilik Tahfiz Amal tersebut.

Video kenyataan dari Yb Dato Rawi..

TERKINI! Anwar SAH Bertanding di #PrkKajang

Posted: 27 Jan 2014 08:16 PM PST


Semalam masih lagi menjadi khabar angin, tapi pagi ini telah sah segalanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Ini kerja gilaa.. tak dapat jadi PM, jadi MB Selangor pun kira oklah kot.. hehe

#HOT! Letak Jawatan Adun, Perebutan Kuasa Dalam PKR Bermula!

Posted: 27 Jan 2014 07:06 PM PST


Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, awal malam tadi:


27 Januari 2014 ‪
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera

Pilihanraya Kecil Kajang:

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

Belumpun reda kenyataan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media yang membantah kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA


Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.


Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat
27hb Januari 2014

Nampak gayanya memang sah parti ini gila kuasa. Bergaduh sesama sendiri berebut kuasa dan Rakyat menjadi mangsa. Duit Rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan PRK di Kajang untuk menyelesaiakan kemelut parti PKR. Amanah Rakyat Selangor dipermainkan. Yang bodoh siapa? Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis di dalam laman sosial Facebook beliau:


Sumber Cucu Tok Selampit
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...