Kedah Ke KL - MctHeory |
#HOT! Mukhriz Nafikan Dakwaan PM Najib Tidak Popular! Posted: 25 Jan 2014 06:21 PM PST Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat. Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang. "Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya," katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam. Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon. "Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu," katanya. Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit. "Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti. "Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti," katanya. Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa. Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil. McTheory: Biasa laa.. puak PR ni mana reti apa.. depa tau putar belit saja.. |
#HOT! Ada Adun Pakatan Letak Jawatan Kerana Bosan Dengan Anwar? Posted: 25 Jan 2014 10:34 AM PST Selepas ADUN PKR dari Sabah meletak jawatan, semakin ramai pula pemimpin dalam pakatan terutama dalam PKR mendapat hidayah untuk sama-sama meletak jawatan dalam parti. Maaf! Bukan letak jawatan sebagai ADUN, tetapi letak jawatan sebagai Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang. Perkara ini dikatakan disebabkan sikap Anwar yang kerap campur tangan dalam urustadbir PKR negeri yang beliau sendiri tidak dapat membuat keputusan dan hanya mengikut arahan dari Anwar sahaja. Keputusan itu telah diumumkan dalam mesyuarat Wanita PKR Pusat yang dipengerusikan oleh ketuanya YB Zuraida Kamaruddin semalam. Dengan perletakan jawatan yang disandang oleh YB Norlela Ariffin selama beberapa bulan selepas dipilih sebagai Adun Penanti, jawatan itu kini dikembalikan kepada bekas ketua wanita negeri, Norhayati Jaafar sehingga pemilihan pada 2014 nanti. - JawaBer6 |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment