Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


Al-Fatihah! Harun Taib Meninggal Dunia.. gugurnya seorang pejuang Kalimah Allah!

Posted: 24 Jan 2014 10:52 AM PST

Takziah Mc ucapkan pada keluarga Allahyarham Ustaz Harun Taib kerana kehilangan seorang tokoh agama yang amat dihormati di Malaysia.

Allahyarham juga salah seorang ulamak Pas yang berani kedepan untuk pertahankan Kalimah Allah, walaupun PR punya pendirian bertentangan dengan apa yang Allahyarham perjuangkan.

Mc minta pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang disayangi Allah.

Al-Fatihah..

HOT! Video Bukti Nurul Izzah 'Ceraikan' Suaminya!

Posted: 24 Jan 2014 05:12 AM PST


Nak tau cerita sebenar? Tengok video kat bawah laa..




Minta untuk diberikan ruang peribadi? ha ha ha.. dia kacau peribadi orang takpa pulak. Bila kena muka sendiri.. tau pulak nak mengelabah! pui..

HOT! Skandal KUIN, Tajul Urus Tikam Mukhriz Mahathir?

Posted: 23 Jan 2014 10:37 PM PST



Exco Pendidikan Kedah diminta untuk berfikir panjang dengan cadangan untuk berpindah ke Kuala Ketil. Exco ini dilihat terlalu obses untuk berpindah setelah mendapat taklimat daripada pihak Kuin. Sebenarnya apa yang ditaklimatkan oleh pihak KUIN telah pun ditaklimatkan kepada bekas Menteri Besar dulu, Arwah Ustaz Azizan.

Sekarang ini oleh kerana proposal tu tak menjadi, maka proposal itu ditaklimatkan pulak pada Tajul Urus untuk dibentangkan pada MB. Benda yang sama nak berulang dan diulang... Skrip yang sama dan tindakkan sama juga diambil.

Skuad Bersih berkata demikian kerana orang yang membentangkan pada Tajul Urus adalah orang yang sama yang menjahanamkan kerajaaan negeri dulu iaitu Hj B. Tak kan kerajaaan Kedah sekarang nak jadi macam kerajaan dulu.??

haji B

Dulu keadaan Kuin jadi kucar kacir kerana apa yang dirancang oleh beliau langsung tak menjadi. Asrama yang kata nak siap dalam 4 minggu langsung tak siap2 walaupun pelajar diberi cuti selama 7 minggu. Sekarang Tajul Urus dikatakan menjadikan puak2 ni sebagai tink tank beliau dalam Kuin.

Skuad Bersih tau Tajul urus tak berapa peka tentang Kuin masa Pru 13 dulu, jadi senang la puak2 tu masuk jarum sambil gorelng Tajul sampai hangit. Tajul Urus kena sedar mereka ni la yang merosakan Kuin dulu, la ni dia ambik puak2 tu sebagai penasihat. Kerajaan Kedah kena sedaq apa yang berlaku, jangan ulang kesilapan dulu. Tajul Urus perlu baiki kesilapan dan jangan hancurkan kerajaan yang ada sekarang.

Staf Kuin kini ingin mengetahui apa peranan Hj B dalam Kuin. Apa jawatan beliau dalam Kuin sehinggakan beliau boleh berjanji pada pihak Klinik Mahkota yang beliau akan menguruskan bayaran tunggakan bil Kuin pada klinik Mahkota secepat mungkin. Janji ini dibuat beliau pada 3 minggu yang lepas tapi hingga sekarang tunggakan bil rawatan di klinik Mahkota belum dijelaskan dan staf terpaksa membayar untuk mendapatkan rawatan.

Soalnya sekarang apa tugas Hj Besar ini di Kuin hingga beliau boleh berjanji demikian. Mungkin Rektor telah memberi jawatan yg lebih besar pada beliau selepas apa yg buat zaman Jamil berjaya ditutup.

Doktor di klinik mahkaota berkata ada orang atasan bernama Hj B telah berjanji akan selesaikan masalah bayaran bil rawatan tapi sampai sekarang sebarang bayaran tidak dibuat. Kita staf Kuin masih ingat jasa Hj Besar pada kita masa zaman Jamil dulu. Dia adalah salah seorang `failure` yg merancang bangunan Kuala Ketil yg menyebabkan nama Kuin tercalar.

Tapi beliau dilantik oleh Rektor baru untuk mengeruskan hal di Kuala Ketil. Cukuplah apa yang dia buat dulu masa zaman Jamil. Takkan tak dak orang lain yang boleh buat selain dia. Hj B patutnya tidak diberi sebarang jawatan dalam Kuin tunggu kontrak dia tamat sudah la. Umur pun dah nak expired. Rektor pun kena ambik iktibar atas apa yang berlaku dulu jangan sampai pisang berbuah dua kali. Kerajaan dulu dah terkena takkan kerajaan baru pun nak terkena jugak.

Email dari staff KUIN

Sambung baca kat SINI

INFO! Siapa yang memperalatkan nama Tun Dr Mahathir?

Posted: 23 Jan 2014 05:12 PM PST


Kita tahu akhir-akhir ini Perdana Menteri dikritik hebat oleh A Kadir Jasin. Malah kritikan A Kadir Jasin tak berhenti disitu saja, bersambung hingga di sebuah portal pro pembangkang. Kononnya Kadir Jasin ni ikhlas nak tegur PM dan pentadbiran tertinggi kerajaan.

Tetapi semasa ditemubual oleh portal pro pembangkang tu, Kadir bukan sahaja mengkritik kerajaan, malah telah mempersendakan blogger-blogger pro UMNO yang kononnya tidak membantu BN dalam kemenangan PRU yang lepas.

Akibatnya kini blogger pro UMNO yang tidak membantu ni (termasuk Mc sendiri) mulai dendam dan campur tangan dalam permainan yang dibawa oleh Kadir Jasin sendiri.

Mc percaya Kadir Jasin tidak bertindak sendirian. Pasti ada 'tukang bayar yang kuat' untuk membuatkan dirinya terus hidup dan berasa kebal apabila mengkritik kepimpinan Najib di Putrajaya.

Selidik punya selidik, terkeluar pula nama Tun Daim Zainudin. Apa kaitan diantara Kadir Jasin dan Tun Daim?

Kaitannya, Kadir Jasin digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Siapa mereka untuk berbuat begitu? Apakah disebabkan kepentingan peribadi, mereka sanggup mencemarkan nama kerajaan?

Malah ada orang yang menganggap permainan diantara Kadir dan Tun Daim ada kena mengena dengan Tun Mahathir, disebabkan Tun Mahathir tu kawan baik Tun Daim. Malah apa saja suara dari Kadir dan Tun Daim, kononnya ia juga suara Tun Mahathir.

Mc tak rasa begitu, sebabnya.. Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.

Jadi mana mungkin beliau terlibat dalam statement mengutuk dan mengeji blogger-blogger pro UMNO.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun Mc percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir.

Bukan Mc saja yang sedar akan keadaan ini, malah sahabat blogger APA juga sedar dan mengulas benda yang sama.

Dah lama Tun Daim menyepi, malah beliau tak pernah muncul dan mengkritik kerajaan pada zaman Pak Lah tido dulu. Jadi apa yang menyebabkan beliau muncul sekarang? Ada sesuatu yang akan berlaku?

Atau kepentingan beliau selama ini diusik? hmm..





P/s: Dari Tun Daim bayar Kadir, baik Tun Daim bantu blogger-blogger pro UMNO yang sedang susah sekarang ni..



McTheory:
Something fishy going on..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...