Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Akibat Nak Terbalikkan Bendera Jepun, Akhirnya Terbakar!! #Kelakar #Lawak

Posted: 22 Jan 2014 05:12 AM PST



 Sam Ketot nafi bakar dan pijak bendera Jepun.. tapi betui ka?

Tengok kat bawah ni,





Kalau bukan AMK yang bakar dan pijak.. gambar sapa kat bawah tu, beruk ka?





Kaedah menghantar memorandum terbaru AMK



Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang dah boleh mula tutup kilang-kilang jenama barangan Jepun di negeri masing-masing, menggantikan Toyota Camry dengan Mercedes Benz, tutup Sushi King dan restoran makanan Jepun yang lain, boikot jenama Honda, Kawasaki, Toyota, Suzuki, Seiko, Casio, Canon, Ultraman, Doraemon.... wah banyaknya...


BOIKOT barangan Jepun, tapi guna kamera CANON?


Apasal main telefon ni Sam? Dok cari kawan-kawan yang tak sampai-sampai lagi ke?
12 orang tu kira terbaik la beb... Ada terasa macam orang bodoh tak bila geng lain tak nak join? ha ha ha.....


Kelakar la AMK ni. Macam orang bodoh pula Mc tengok puak ni.. he he he..


McTheory:
Sumber gambar dari SINI

#HOT! Ketua Pemuda Bahagian Pahang HINA Kepimpinan UMNO? @NajibRazak @KhairyKj @AzwanBro

Posted: 22 Jan 2014 01:12 AM PST


Memalukan parti dan diri sendiri..

Apa dah jadi ni, Ketua-ketua Pemuda Bahagian yang diangkat dalam pemilihan yang lepas, memberontak dalam sidang media dan membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda negeri Pahang sendiri? Apakah tujuan dan sebabnya hingga KP Bahagian ini membelakangkan parti? Apakah ada udang disebalik mee, hingga mereka bertindak begitu?

Sepatutnya sebagai ahli Umno yang sayangkan parti ni, depa tak boleh buat macam ni. Mc agak kesal dengan sikap 11 Ketua Pemuda Bahagian Umno ini yang hanya mementingkan diri sendiri, mereka telah membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang saudara Shahruddin Ahmad. Malah tindakan mereka ini juga, memalukan Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia secara terbuka di media.

Teruk sangatkah permasalahan yang timbul hingga tak boleh tunggu masalah ini diselesaikan diperingkat dalaman? Apakah tidak ada saluran dalam parti yang boleh mereka berhubung sebelum membuat sidang media?

Diberitahu, kononnya mereka cuba menghubungi Kj selama 2 minggu namun tiada jawapan. Sebagai KP Bahagian yang telah diangkat secara sah, rasanya mereka boleh terus hubungi Kj melalui pegawai atau tinggalkan pesanan. Mungkin, mereka boleh cuba mengadu kepada Azwan Bro selaku NKP sebelum berfikir mendedahkan masalah dalaman kepada umum.

Perkara ini memalukan parti..

Apakah mereka sedar tindakan membuat sidang media mengecam Ketua Pemuda Pahang yang juga Ketua Pemuda Pekan boleh menjadi peluru kepada pihak pembangkang? Apajua masalah dalaman yang timbul dikalangan pemuda, rasanya masih boleh dibawa bincang.

Mereka ini pun baru saja jadi KP Bahagian, rasanya semua masih lagi mencari tapak untuk bekerja dengan lebih bagus. Namun tindakan mereka kali ini agak melampau, rasanya pihak tertinggi parti perlu membuat sesuatu, supaya kejadian yang serupa tidak akan berulang lagi.

Cuba rujuk pada PERKARA 7

7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan / atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awarn berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

7.2 Mana-mana Ahli parti yang melanggar Perkara7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO kerana menghina parti.

CONTOH(a) Ahli A mempertikaikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi parti, Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti(b) Ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tak adil. Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.

Mc tak sebelahkan sesiapa, namun sebagai insan yang sayangkan parti, rasanya Jawatankuasa Disiplin Parti perlu meneliti masalah ini dengan serius. Jika terdapat salah laku dan ugutan terhadap parti, rasanya 11 KP Bahagian ini perlu diambil tindakan, supaya mereka ini dijadikan contoh kepada semua yang mahu merosakan parti dari dalam.


McTheory:
Tak puas hati saja, sidang media.. tak puas hati sidang media.. patut ka?

HOT! Si Kadir Jasin Dedah Seluar Dalam di Khalayak Ramai? #SyokSendiri

Posted: 21 Jan 2014 09:12 PM PST

Bila orang utan berkata-kata

Dia kutuk orang boleh.. kita kutuk dia, tau pulak marah..

Sebagai blogger pro UMNO yang agak aktif di alam maya. Mc juga terasa dengan kata-kata si Kadir ni. Blog ni taklah hebat sangat, cuma baru 10.1 juta pagewiew saja. Jika bukan kami yang mendokong dan membantu UMNO di alam maya selama ini. Siapa yang membela UMNO?

Tertarik dengan apa yang dikongsi oleh Tun Faisal mengenai perihal si Kadir.

Kadir mengkritik orang lain, namun sukar menerima bila dikritik, boleh ka macam tu?

Baca dibawah,


1. Tidak mengapa jika Kadir mengkritik, tapi jangan mengkritik Kadir

2. Blogger-blogger (&cybertrooper) pro-UMNO tidak pernah membantu kepimpinan UMNO, tetapi 8 artikel Kadir sebelum PRU13 yang membantu kemenangan BN

3. (Tidak ke bodoh) Blogger UMNO basuh seluar dalam di khalayak ramai, tapi kalau Kadir menyerang kepimpinan, tidak mengapa basuh seluar dalam di khalayak ramai

4. Saya bini dua pun orang tulis, apa saya kisah - err kalau tak kisah kenapa Kadir nak bangkitkan dalam wawancara

5. Kadir dah berkawan dengan Datuk Seri Najib sejak tahun 1977, tapi Kadir tiada saluran untuk menyampaikan isi hati dan berjumpa Datuk Seri Najib? Sms, BBM, whatsapp pun tak dapat? Kalau betul la kenyataan ini, bukan saja Datuk Seri Najib teruk tapi Kadir pun sama juga la teruknya... blogger maki hamun yang tak kenal Datuk Seri Najib begitu lama pun ada saluran untuk berjumpa beliau.

Saya malas hendak campur hal A Kadir Jasin dengan Perdana Menteri berkaitan MEDIA PRIMA seperti yang di dakwa blogger Malay Rights dan RBF. Saya pun ada perkara-perkara yang saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, terutama penasihat serta punahsihatnya. Kalau ada pun sebab kenapa saya hendak menyampuk adalah kerana Kadir TIDAK MENGHARGAI peranan dan sumbangan para pejuang siber pro-UMNO yang telah mengabdikan tenaga dan masa untuk berhadapan dengan pejuang siber pro-pembangkang sejak 2009 lagi.


Bersetuju dengan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sdr Ibdilillah sebelum memahami pendiriannya mengenai pejuang siber pro-UMNO yang mengakibatkan dia diserang sebelum ini adalah tindakan tidak matang seorang wartawan lama dan so-called blogger. Cubalah buat groundwork sedikit untuk memahami punca kenapa Ibdil diserang begitu rupa. Kalau tidak mahu membaca dari blog pro-UMNO yang dipandang keji oleh Kadir, bacalah dari blog Mazidul dan cuba fahami isunya.

IBDILLILLAH ISHAK (PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO) : BAHASA ROJAK GRED A+
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/ibdillillah-ishak-pengerusi-biro-media.html

KEMAS KINI TERAKHIR ENTRI BLOG MILIK PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO PADA TAHUN 2010 DAN 2012
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/kemas-kini-terakhir-entri-blog-milik.html

PERLUKAH PENGENDALI BLOG PRO-KERAJAAN DIBAYAR?
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/perlukah-pengendali-blog-pro-kerajaan.html

SUPERMAN BAKAL TURUN PADANG
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/superman-bakal-turun-padang.html

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO IBDILILLAH ISHAK TIDAK MEMBENARKAN SEBARANGAN INDIVIDU MEMBACA BLOGNYA
http://www.mazidulakmal.com/2013/12/pengerusi-biro-media-baru-umno.html

PENGERUSI BIRO MEDIA BARU UMNO (IBDILILLAH ISHAK) WAJAR BERUNDUR
http://www.mazidulakmal.com/2014/01/pengerusi-biro-media-baru-umno.html

Eloklah jika Kadir juga kata Mazidul membasuh seluar dalam di khalayak ramai. Saya nak tengok Kadir cakap begitu terhadap Mazidul. Ada berani?

Saya percaya ramai pejuang siber pro-UMNO/BN (blogger, facebooker, twitterti, youtuber, hacker dan sebagainya) BERSETUJU DENGAN SAYA jika saya katakan di dalam perang era media sosial hari ini, 8 ARTIKEL PANJANG BERJELA Kadir Jasin sebelum PRU13 BELUM CUKUP untuk membantu kemenangan BN.

Kedua, jika dikritik sedikit pun Kadir dah tak tahan, tak payah cakaplah hendak berdepan dengan serangan, penipuan, fitnah dan ugutan Red Bean Army. Dalam hal ini, saya yakin ramai cybertrooper pro-UMNO dan pro-BN yang jauh lebih berketahanan daripada Kadir. Mungkin zaman Kadir sudah berlalu.

Sebagai salah seorang yang pernah terlibat dan dilibatkan di dalam pelbagai operasi siber, operasi war room dan TIGA daripada EMPAT Rapid Response Team, saya juga mempunyai pandangan saya sendiri mengenai prestasi jentera siber UMNO dan Barisan Nasional.

Saya tidak pernah menyatakan yang kita telah mengatasi kelebihan jentera siber PR, tetapi saya tidak pernah tidak menghargai sumbangan dan penat lelah jentera siber UMNO dan BN. Untuk membuat sweeping statement bahawa pejuang siber pro-UMNO dan pro-BN BERBAYAR, TIDAK ADA KERJA LAIN KE, HARI-HARI POLITIK, SYOK SENDIRI dan TIDAK MEMBANTU KEPIMPINAN UMNO adalah keterlaluan dan tidak wajar sama sekali!


McTheory:
Terima kasih pun tidak.. dihina lagi adalah.. nasib pejuang.

INFO! Tahniah Pasukan Kedah Kalahkan KL 4 - 0!! #HanyaDiKedah #ThisIsDarulaman

Posted: 21 Jan 2014 05:52 PM PST


Tahniah buat pasukan Kedah yang berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-0 semalam. Gol Kedah dijaringkan oleh Khairul Helmi, Khyrill Muhymeen dan Adam Grifith (2 gol). Selepas ini pasukan Kedah akan menentang Perlis pada 4/2/2014.

Kekalkan momentum kemenangan! Nampaknya semangat Lang Merah memang benar-benar mencengkam.

#ThisIsDarulAman

Layan video jaringan gol dibawah,


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...