Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Kerajaan Turunkan Harga Kereta? #HargaKeretaTurun
- HOT! Amran Fans Sebenarnya Dalang #RBA?
- #HOT! Isteri Adun Bersuami Dua?
- INFO! Punca 'Kalimah Allah' di Benarkan di Sabah dan Sarawak! - Ustaz Kazim Elias
INFO! Kerajaan Turunkan Harga Kereta? #HargaKeretaTurun Posted: 21 Jan 2014 05:12 AM PST
Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan,harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018. Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara,sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%,Nissan Sentra 13%,Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN,memohon rebat cukai. Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).Seperti yang dijangka,langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang 'perasan' bahawa kerajaan telah menciplak idea mereka.Namun,tidak seperti saranan pembangkang,langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional. Oleh yang demikian,kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak 'mengganggu' pasaran kereta nasional.Jelas,kerajaan cukup berhati-hati dengan mengambil tindakan secara berperingkat- peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai.Apa yang pasti,tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang,tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat. McTheory: Turun ka naik ka.. tetap tak mampu nak beli! :( | ||
HOT! Amran Fans Sebenarnya Dalang #RBA? Posted: 21 Jan 2014 01:12 AM PST Patut la tengok FB Amran ni macam budak masuk air saja pun. Rupanya ada udang disebalik mee. Mc tertarik dengan apa yang diulas oleh Unspin pasal budak FB ni.. Ini facebook yang mengelarkan diri sebagai Amran Fans. Sebelum ini, cybertrooper ini dinamakan Amran Perkasa atau Amran Pekida. Page yang menjadi bahan jenaka facebooker kerana acap kali siarkan status merepek, 3 suku dan childish. Kerap juga siarkan status politik yang mengangungkan Najib dan juga UMNO. Kami rasa tertarik.... Setelah diselidik ada yang tak kena dengan page ini. Yelah, rasa terpanggil meragui stail baru psywar cara Reb Bean Army. Untuk lebih memahami ialah page seperti ini dijana untuk raihkan sokongan orang muda supaya membenci kerajaan walaupun gaya page ini nampak santai dan kebodohan yang bertingkat-tingkat. Macam gaya reverse psychology Cuba selidiki page ini, status dan komen-komennya membuatkan kita berfikir dan juga mengiyakan apa jua isu politik semasa yang berlegar dalam atmosfera media baru kini. Ambil maklum musibat RBA nie sangat kreatif dan inovatif dalam penyampaian persepsi. Stail mereka jauh kehadapan ada kala tak terfikir akan game media macam ini. Minta mana-mana yang champion untuk kesan musibat dibelakang page ini. Kalu boleh dedah dan kasi tau semua orang. Bukan semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan. Cari dan dedah.... | ||
#HOT! Isteri Adun Bersuami Dua? Posted: 20 Jan 2014 10:12 PM PST
Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam dan Wan Amizan turut membuat satu lagi permohonan iaitu mahu mahkamah memfarakkan (membubarkan) perkahwinan defendan dengan pasangannya. Bagaimanapun, defendan Azma Azifazilla Azan, 28, yang juga pemilik restoran, membantah permohonan Wan Amizan sambil menegaskan dia tidak pernah berkahwin dengan ahli politik itu serta membawa bersama akuan bersumpah bagi menyokong kenyataannya. Azma Azifazilla berkata demikian selepas peguam syarie Mohamad Isa Abd Ralip yang mewakili Wan Amizan memohon kepada mahkamah untuk menyerahkan saman bagi memfarakkan perkahwinannya dengan Rizal Md Radzi, 40. Ketika memfailkan permohonan, Mohamad Isa berkata anak guamnya mendakwa masih suami sah kepada Azma Azifazilla dan menamakan wanita itu sebagai defendan pertama manakala Rizal defendan kedua. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kemudian mencadangkan defendan memfailkan pembelaan atau bantahan awal sekiranya berpandangan tuntutan yang dibuat plaintif itu tidak relevan namun ia perlu dibuat secara bertulis. Mahkamah turut menasihati kedua-dua defendan melantik peguam bagi mengimbangi kes dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula. Wan Amizan, 42, yang turut diwakili peguam Anita Arifin memfailkan permohonan cerai terhadap Azma Azifazilla pada Disember lalu mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Manakala bagi permohonan membubarkan perkahwinan, ADUN itu mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada mulanya hadir di mahkamah tetapi pulang sebelum prosiding bermula dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam kerana dimaklumkan mempunyai urusan penting. Sementara itu, Azma Azifazilla dan Rizal ketika ditemui di luar mahkamah, memberitahu mereka berkahwin pada 28 September 2013 di Hulu Langat. "Selepas empat bulan berkahwin baru masalah ini timbul, dan sekarang dia (Wan Amizan) mahu pisahkan kami pula. Ini tidak munasabah kerana Azma sudah jadi isteri saya," kata Rizal. | ||
INFO! Punca 'Kalimah Allah' di Benarkan di Sabah dan Sarawak! - Ustaz Kazim Elias Posted: 20 Jan 2014 07:51 PM PST
Al-Baqarah: 120 Berikut adalah sedutan daripada wacana ilmu oleh SF Ustaz Kazim bin Elias yang bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung. MH terjemahkan kembali sebahagiannya dalam bentuk penulisan terutamanya melibatkan penggunaan nama Allah di Sabah dan Sarawak. Insyaallah MH akan kemaskinikan lagi hujah-hujah Ustaz Kazim yang lain dalam siri Wacana Ilmu bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung ini pada masa-masa yang akan datang. 1. Seperti yang kita sedia maklum didalam buku teks sejarah sekolah menengah menerangkan tujuan kedatangan penjajah barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) adalah bertujuan untuk memonopoli perdagangan rempah. Satu persoalan menarik untuk dijawap, apakah orang-orang barat ini penggemar kari aka gulai yang tegar sehinggakan mereka ini ingin memonopoli perdagangan rempah? Setahu dan seingat kita hanya orang-orang Asia sahaja yang tahan dengan rasa pedas terutamanya orang Melayu. 2. Kuasa-kuasa barat pada masa yang sama telah membuka dan menjajah Negara-negara Islam di Afrika, Negara-negara Arab, Pakistan, India dan seluruh Asia Tenggara. Ada pun tujuan sebenar kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara dan Negara-negara Islam adalah bertujuan untuk menyebarkan agama kristian supaya orang-orang Islam mengikut agama mereka. Adapun seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 diatas penjajah barat cuba untuk mengajak umat islam hatta untuk yang sekecil-kecil syariat mereka seperti memotong kek pada majlis hari jadi. Itulah tujuan sebenar mereka. 3. Sebagai permulaan dibinanya rumah-rumah ibadat dan diikuti oleh penerampan kebudayaan penjajah. Kesemua ini diasimilasikan sebagai sebahagian daripada kebudayaan masyarakat islam tempatan. Semua ini terjadi disebabkan oleh pepecahan dan kelemahan umat Islam dinegara ini. Kota A Famosa contohnya dibina dari runtuhan dan batu2 nisan orang islam dan lebih dahsyat lagi kota a famosa itu dibina daripada runtuhan pepecahan umat islam di Melaka pada ketika itu. 4. Permulaan pada kerja dakwah agama kristian di tanah jajahan mereka termasuklah di Indoneasia ialah menterjemah kitab2 bible kedalam bahasa tempatan. Gerak kerja kristian Belanda telah menterjemahkan bible kedalam bahasa Indonesia. Ini termasukan perkataan2 "God" dan "Lord" ditukarkan dengan kalimah Allah pada tahun 1795. 5. Perkara ini terjadi ratusan dahulu dan kalimah Allah didalam bible berbahasa Indonesia telah di asimilasikan dalam kehidupan masyarakat tempatan yang bukan islam sejak ratusan tahun yang terhahulu. Ini merupakan tanda kejayaan orang2 yahudi dan Nasrani megikut jejak langkah mereka.Oleh sebab kita tidak boleh beranggapan bahawa pengguna kalimah Allah didalam bible di Indonesia sebagai sesuatu yang baru. Walhal ianya berlaku ratusan tahun yang dahulu. 6. Usaha ini dirintis pula oleh British di Tanah Melayu apabila mereka berjaya membuka Pulau Pinang dan juga Melaka. Stamford Raffles merupa perintis kepada pertukaran "God" atau "Lord" kepada Allah kedalam bahasa melayu pada awal 1820an. Alhamdulillah usaha Stamford Raffles untuk menterjemahkan bible kedalam bahasa melayu dan seterusnya menggunakan perkataan "God" atau "Lord" kepada kalimah Allah tidak Berjaya. Ini kerana Allah SWT memelihara tanah melayu ini dari segala perancangan jahat. 7. Kejayaan Belanda di Indonesia menterjemahkan bible dalam bahasa Indonesia dan kejayaan mereka menukarkan "God" atau "Lord" kepada Allah telah menarik minat keluarga Brooke yang memerintah Sabah, Sarawak dan Kalimantan (perlu di ingatkan Sabah dan Sarawak pada ketika ini belum lagi menyertai Malaysia untuk merdeka). Keluarga Brooke telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian daripada Indonesia untuk berdakwah di Sabah, Sarawak dan keseluruhan Pulau Borneo. Kitab2 bible dalam bahasa Indonesia telah diajar kepada masyarakat pribumi sabah dan Sarawak. Ini termasuklah perkataan2 "God" dan "Lord" ditukarkan dengan kalimah Allah juga diajarkan bersama kepada masyarakat disana.Disebabkan sejarah inilah maka perbezaan ini berlaku sehingga sekarang. 8. Dek kerana inilah di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini kerana proses asimilasi telah berlaku kepada mereka sejak dari zaman keluarga Brooke memerintah mereka lagi. Sebelum kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak majority pribumi Sabah Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme yang mana setiap satu daripadanya mempunyai nama tuhan yang tersendiri. 9. Di semenanjung Malaysia orang-orang bukan islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. Bila pertembungan Kalimah Allah ini berlaku pada hari ini alasan penganut kristian di Malaysia bahawa penngunaan kalimah Allah dalam bible di Indonesia dan disabah Sarawak telah lama diguna tidak boleh diguna pakai secara automatiknya. 10. Usaha penjajah barat ini juga berhasil di Mesir. Mereka telah berjaya menterjemahkan bible kedalam bahasa Arab seterusnya menukarkan istilah "God" dan "Lord" didalam bible kepada kalimah Allah. Al-Mukhatdas (Berita Baik) kitab bible dalam bahasa arab di Mesir manakala di Indonesia dikenali sebagai Al-kitab (Berita Baik). Bermula dari muka surat pertama lagi kalimah Allah telah digunakan. Penjajah barat telah cuba sedaya upaya meninggalkan kesan penjajahan mereka di tanah yang mereka jajah. Ini termasuklah menunarkan nama-nama tempat. 11. Berbeza dengan Malaysia kesan-kesan penjajahan ini telah dibuang daripada merdekanya persekutuan Tanah Melayu sedikit demi sedikit. Ini merangkumi nama tempat yang ada di Malaysia dan bermacam-macam lagi. 12. Berbeza dengan Negara2 lain yang mana usaha membuang segala bentuk kesan penjajahan tidak dilakukan. Ini termasuk Indonesia yang mana kalimah Allah yang digunakan dalam bible berbahasa Indonesia tidak dibuang dari bible mereka. 13. Manakala di Mesir, hujah mereka orang-orang bukan islam di mesir telah lama menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Untuk pengetahuan semua, penganut agama kristian ini terbahagi kepada 2, iaitu: i. Penganut kristian yang mengamalkan fahaman TRINITY, yang mana mereka percaya kepada Tuhan anak, tuhan bapa, tuhan jesus. ii. Satu lagi kepercayaan agama kristian ini ialah UNITY, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu. Kristian di Mesir adalah terdiri daripada kristian daripada fahaman UNITY. Kristian UNITY ini telah mengkafirkan kristian yang berfahaman TRINITY ini. Dan oleh kerana itu penganut kristian di Mesir ini percaya kepada Allah yang satu. Ini telah menjadi kebiasaan (uruf) atau asimilasi bagi masyarakat mesir. 14. Kristian di Malaysia terdiri dari golongan yang menganut fahaman TRINITY. Jadi adalah amat salah sekiranya penganut fahaman kristian trinity dimalaysia ingin menggunakan Kalimah Allah didalam bible mereka. Ini menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada kita kerana kebiasaannya penganut kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan kalimah Allah didalam kehidupan seharian mereka dan kenapa sekarang mereka sibuk nak menggunakan kalimah Allah? 15. Maksud uruf menurut Imam Ghazali ialah "Sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.". Dalam bahasa mudahnya bermaksud apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat. ialah kebiasaan disesuatu tempat. Contohnya larangan memandu kenderaan di arab Saudi walhal di Malaysia ianya dibenarkan. 16. Dari segi hukumnya penngunaan kalimah Allah ini diistilahkan sebagai perbezaan hukum disebabkan oleh perbezaan keadaan setempat yakni kebiasaan pada sesuatu tempat (Negara). Oleh kerana itu di di Mesir dibenarkan menggunakan kalimah Allah dikalangan masyarakat kristian disana disebab kebiasaan (uruf) mereka disana dan ditambah pula konsep mereka adalah sama dengan menyatakan tuhan itu satu. 17. Manakala di Arab Saudi, Ulamak mengharamkan penggunaan kalimah Allah kerana di sana tidak ada orang bukan Islam (Jikalau ada pun bilangannya amat sedikit 0.1%). Maka Malaysia pun mengambil pendekatan yang sama dengan Arab Saudi, ini kerana majority rakyat Malaysia adalah beragama Islam dan uruf di Malaysia juga tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 18. Di Malaysia, penganut agama kristian yang ingin menggunakan kalimah Allah ini sebenarnya tidak pernah menggunakan bahasa arab dalam percakapan harian mereka, perkataan seharian mereka pun tidak pernah mengunakan perkataan Allah malah penngunaan bahasa melayu mereka juga tidak fasih. Alih-alih mereka ini yang minta untuk penggunaan nama Allah dalam bible mereka. Mereka juga tidak pernah menyebut kalimah Allah sebelum ini. 19. Persoalan yang menarik untuk mereka jawab, berapa ramaikah dikalangan kamu penganut kristian di Malaysia menyebut kalimah Allah dan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab dalam percakapan harian kamu sebelum ini? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment