House PK

House PK


CILI KASI TARUK! KENAPA MANUSIA SEMACAM DR MAZA AND THE GANG SUKA BUAT FITNAH?

Posted: 06 Jan 2014 04:00 PM PST

Buat fitnah ni mudah tapi nak perbetulkan apa yang telah difitnah lebih susah terutama sekali bila seseorang tu dah ada nama besar atau pernah berkhidmat dalam jawatan tertentu dalam negeri. Ini aku nak cdrita pasal Dr Maza la ni, bekas mufti Perlis yang sangat EMO orangnya.

Kalau bekas mufti Perlis, Asri Zainal Abidin atau MAZA keluarkan kenyataan yang berapi-api dan mencabar minda menerusi Facebook selepas ini, jangan percaya kerana yang mengeluarkannya adalah orang lain. Atau lebih tepat lagi orang upahannya.

Justeru tidak menghairankan sama sekali, banyak kenyataan-kenyataan celaru yang dikeluarkan menerusi Facebook dan Twitter atas namanya selama ini merupakan kenyataan-kenyataan cetek ilmu yang lebih banyak merujuk sokongan kepada golongan yang juga diketahui jahil tetapi berpakaian ulama di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, kebenaran mengatasi kebatilan. Af'al Allah Taala merangkumi perbuatan yang baik pada pandangan zahir mahupun perbuatan jahat pada pandangan zahir tetapi tidak pada hakikat seperti kufur dan maksiat. Manusia pula sebaik-baik makhluk ciptaan Allah Taala yang diberikan kebebasan dalam memilih perbuatan mereka dan setelah diberikan pendidikan, ilmu, pengetahuan, bimbingan dan ingatan, manusia diperingatkan tentang balasan yang akan mereka terima daripada perbuatan yang dilakukan sepanjang hidup iaitu syurga dan neraka.

Dan Allah Taala juga mengingatkan manusia bahawa Dia tetap akan mengutamakan kebenaran di atas kebatilan.

Begitulah MAZA.

Walaupun selama ini, hebat benar dia membelasah orang itu, orang ini, sehinggakan dia kelihatan terlalu bijak berbanding gandingan ulama-ulama atau cerdik pandai Islam, namun akhirnya Allah Taala mendedahkan bahawa dia tidak mengeluarkan kenyataan dari mulutnya. Sebaliknya dia hanya 'memperdagangkan' namanya, manakala kenyataan-kenyataan menerusi Facebook selama ini, orang lain belaka.

Mustahil MAZA seperti Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS yang sudah tentu tidak mengetahui langsung namanya telah dipergunakan oleh sesetengah pihak yang berkepentingan yang kemudian memburuk-burukkan serta melakukan fitnah agama atas namanya sehinggakan Nik Aziz sendiri terpaksa tampil untuk membela fitnah tersebut atas permintaan orang yang membuat fitnah walaupun dia sedar, dia mengamalkan assobiyyah yang begitu ditentang dan dibencinya.

Bagi mereka yang mahu berfikir, inilah petunjuk yang Allah Taala berikan untuk kita bertawajjuh kepada-Nya!!!

House PK: Ini petikan yang aku ambil dari the Flying Kick! Mujurlah PM Office telah menjawab isu ini dengan begitu terperinci sekali, KLIK SINI kalau tidak naya je dah jadi lagi satu bahan fitnah dari puak yang kununnya menyokong UMNO la kan?

Macam-macam tengah terjadi sekarang ni kan? Senang-enang je boleh fitnah PM macam tu sekali, sudah tu wahai saudara sekalian, kalau korang tak boleh nak menolong tolong jangan jadi nasi tambah ok. Peace!

WAHAI PUSAT ZAKAT, BAITULMAL DAN JABATAN KEBAJIKAN! DIMANA KAMU SEMUA DIKALA ADIK INI MEMERLUKAN BANTUAN KAMU? SEBARKAN

Posted: 06 Jan 2014 08:10 AM PST

Ini kisah menyayat hati yang aku ingin kongsi dengan pembaca blog aku sekalian. Kisah ini benar-benar berlaku di salah satu sekolah agama di KL. Ayuh, kita baca ni dan kita buat iktibar:

"Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling]Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00.

Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.

Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.

Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya.

Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi.

Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik.

Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014.

House PK: Aku dapat kisah ini melalui email, aku tak tahu pun siapa yang tulis kisah benar ini, tapi aku nak share sebab inilah masalah kat negara kita ni, pusat zakat ada, jabatan kebajikan masyarakat ada, pusat baitulmal ada tapi penuh dengan manusia suka membuat birokrasi.

Bayangkanlah ini cerita yang kita tahu, aku percaya ada ramai lagi kisah-kisah sebegini yang tak keluar. Lihat wajah comel anak kecil itu, lepas korang baca cerita ni pasti akan bergenang airmata. Ya Allah, kau lindungilah umat Islam di bumi Malaysia ini.

Mulai tahun ini aku akan serang habis-habisan Pusat Zakat, Kebajikan ka, Baitulmal. Harami-harami ni kalau buat kerja, confirm tarak masalah punya. Aku jugak nak jasa baik pembaca blog aku ni, kalau ada kisah-kisah sebegini, tak kira la anak yatim ke, ibu tunggal ke, orang yang terlampau daif dan ditindas oleh badan-badan harami tak bertanggungjawab ni.

Maka email aku kat 1housepk@gmail.com - kita ajar depa cukup-cukup!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...