BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! MINYAK #RON95 NAIK 20 SEN !!! PENIPUAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 Jan 2014 09:06 AM PST


lihat gambar di atas.kan dah kantoi menipu.sejak petang semalam pembangkang mengedar gambar kononnya PM akan umum kenaikan harga minyak RON 95.nampak tak permainan mereka ??? ini ke yang di kata kan kononnya tak pernah tipu rakyat ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! HARD ROCK CAFE #HRC !!! PENIPUAN #MALAYSIAKINI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 Jan 2014 07:30 AM PST


Seperti yang telah di duga,portal pembangkang Malaysiakini begitu berminat untuk melaporkan isu yang boleh menimbulkan sentimen,kebencian dan kemarahan masyarakat berbanding laporan yang bersifat telus dan adil.Terbaru mereka cuba mewujudkan sentimen kebencian masyarakat khususnya mereka yang bukan beragama Islam dengan laporan jahat yang bertajuk, 'Menteri OK Dengan Hard Rock, Tetapi Versi Nasyid'.Mereka cuba menggambarkan,kononnya Menteri Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan sekiranya pusat hiburan terkenal itu berminat untuk membuka cawangan di Putrajaya ia WAJIB Bercirikan Islam dengan membawa elemen Nasyid.Sedangkan pada hakikatnya,ketika Tengku Adnan memberikan penjelasan berhubung isu tersebut,beliau menegaskan tiada sebarang penjualan minuman keras dan tiada sebarang persembahan hiburan yang menghairahkan akan dibenarkan sekiranya penguasa pusat hiburan itu ingin membuka cawangan di Putrajaya. 

"Pendirian kita mudah,Hard Rock Cafe boleh dibuka tetapi kena ikut syarat iaitu penjualan arak tidak dibenarkan.Tetapi kalau mereka masih hendak jual dan buat perkara yang tidak mengikut syarat,kita tidak akan luluskan seperti telah disebut oleh Presiden PPj,Tan Sri Dr. Aseh Che Mat semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya.Mengulas lanjut,Tengku Adnan berkata,pihaknya mengalu-alukan sekiranya pelabur pusat hiburan terkemuka dunia itu hanya mahu membuka hotel dan menjual barangan cenderahati jenama tersebut di sini.Menurut beliau,pihaknya juga tidak menghalang persembahan hiburan dibuat tetapi perlu mematuhi garis panduan selain tidak menghidangkan persembahan keterlaluan. 

"Persembahan yang dibenarkan ialah jenis bersih,kita tidak benarkan persembahan menjolok mata atau memberahikan orang ramai dan kalau boleh hiburkan pengunjung dengan persembahan nasyid atau berlandaskan Islam,ini akan menjadi yang pertama di dunia," katanya.Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu kaya dengan adat sopan yang tinggi terutama dalam penggunaan bahasa kiasan bagi menjaga hati semua pihak.Contohnya,cuba kita lihat dalam adat merisik / bertunang yang sering dijalankan oleh masyarakat Melayu.Apabila pihak perempuan ingin menolak permintaan keluarga pihak lelaki,pelbagai ayat-ayat kiasan akan digunakan bagi menjaga hati dan maruah pihak yang datang menyampaikan hajat. 

Kenyataan yang disampaikan itu lebih bersifat penolakan secara halus bagi menjaga 'kesucian' bandar Putrajaya sebagai kota pentadbiran kerajaan Malaysia.Dalam bahasa mudah,Tengku Adnan ingin menekankan bahawa Perbadanan Putrajaya lebih mengalu-alukan pembangunan lain seperti hotel dan barangan cenderahati dan membina pusat hiburan seperti yang sedia ada.Ini kerana umum mengetahui Hard Rock CafĂ© adalah merupakan premis hiburan jenama antarabangsa yang menawarkan minuman keras khusus untuk pengunjung yang bukan beragama Islam.Oleh yang demikian kenyataan untuk tidak membenarkan Hard Rock menjual minuman keras adalah merupakan kenyataan tersurat / kiasan bagi menolak permohonan tersebut (sekiranya ada).Namun untuk bersangka baik,mungkin kita boleh katakan kerana wartawan yang menulis laporan tersebut tidak faham kiasan,maka sudah tentu dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan itu.Apa yang boleh dikatakan ialah,isu ini sengaja dipolitikkan oleh segelintir pihak,kerana pada hakikatnya tiada sebarang permohonan yang telah dikemukakan bagi membuka premis hiburan itu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! 1 LAGI VIDEO SEKS #ANWARIBRAHIM DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 Jan 2014 04:00 AM PST


lagi video seks anwar ibrahim keluar.video mana pulak ni ??? ada lagi ker ??? tengok lah video penuh di bawah.malas nak ulas panjang.


kenapa saya buka cerita di atas ??? saya terfikir pasal penipuan anwar ibrahim.macam ni ker kononnya nak jadi PM ??? asyik kata 'ini bukan saya'.habis tu sapa sebenarnya muka sebenar video di atas ??? nak tipu lagi ker ??? lihat video di bawah pulak.


LEPAS NI ANWAR IBRAHIM NAK TIPU APA LAGI ???










APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PERANG BESAR #DAP BAKAL TERCETUS DI JOHOR !!!

Posted: 09 Jan 2014 12:30 AM PST



Kenyataan anak emas kepada penasihat DAP,Lim Kit Siang yang bersedia untuk menjadi pengerusi yang baru untuk parti itu di Johor bukanlah satu perkara yang mengejutkan.Anggota Parlimen Kluang,Liew Chin Tong mengatakan bersedia menjadi pengerusi DAP Johor yang baru andai memenangi pemilihan jawatankuasa DAP negeri pada 12 Januari ini.Kenyataan Chin Tong itu memang telah dijangka oleh ramai pihak khususnya dari kumpulan penyokong Kit Siang.Malah bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Johor, 'perang dalaman' yang sedang melanda parti itu memang telah lama dihidu oleh pemerhati politik dan pihak media.Seperti yang pernah didedahkan oleh pihak media sebelum ini,DAP Johor sedang berdepan dengan perebutan kuasa yang hebat antara kumpulan Pengerusi DAP Johor,Dr Boo Cheng Hau dengan kumpulan Dinasti Lim.Kumpulan Cheng Hau sedang berdepan dengan delima antara meneruskan penguasaan terhadap masyarakat Cina di Johor atau berdepan dengan tentangan dan kemaraan kumpulan 'Dinasti Lim'.   

Bekas pimpinan DAP,Shen Yee Aun sebelum ini mendedahkan walaupun dari segi luaran DAP nampak tenang namun pada hakikatnya ia penuh dengan pergolakan dan krisis dalaman.Parti ultra kiasu itu,dikatakan mempunyai dua kem yang saling cuba 'bunuh-membunuh' antara satu sama lain.Satu kem dikatakan pro kepada Kit Siang dan satu lagi dikatakan cuba menentang penguasaannya yang cuba mengekalkan kuasa dan pengaruh 'Dinasti Lim' di dalam parti tersebut.Malah dengan faktor umur yang semakin meningkat,Kit Siang sudah tentu khuatir sekiranya dia tidak sempat menyediakan tapak yang kuat bagi mengekalkan kuasa politik anaknya bagi meneruskan penguasaan legasi Lim.Ini kerana ramai pemimpin DAP sebenarnya dikatakan menolak kepimpinan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung yang dikatakan tidak mesra,bersikap kuku besi dan biadap khususnya terhadap para pemimpin senior di dalam DAP.Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan telah bersikap kurang ajar dengan mencantas pemimpin lama DAP dengan meletakkan 'orang-orang baru' di kawasan mereka yang tidak sebulu dengannya.   

Contohnya penyokong dan ahli DAP sebelum ini dikejutkan dengan gesaan yang dibuat oleh Naib Pengerusi DAP Johor,Ong Kow Meng dan bekas Adun Bentayan, Gwee Tong Hiang yang mendesak agar pimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Cheng Hau ditukarkan kepada pemimpin yang lain.   Mereka juga turut menamakan ahli Parlimen Kluang,Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Kulai,Teo Nie Ching diangkat sebagai pemimpin yang baru.Ini kerana selain masih muda,mereka juga mendakwa Chin Tong dan Nie Ching mampu dan lebih layak memimpin berbanding Cheng Hau.Walaupun secara dasarnya kenyataan tersebut adalah merupakan perkara biasa dalam proses demokrasi,namun ramai yang merasakan ia dilakukan ekoran dari arahan pemimpin 'atasan' yang mahu menyingkirkan Cheng Hau ekoran tindakannya sebelum ini yang dilihat jelas menentang Kit Siang.Rupa-rupanya di sebalik slogan demokrasi yang dilaungkan, wujud satu usaha untuk mewujudkan satu corak pemerintahan ala 'Dinasti Cina' di dalam DAP.Namun persoalannya mampukah Kit Siang menyingkirkan Cheng Hau, sekali gus mengukuhkan penguasaannya di Johor atau sebaliknya ??? Bersamalah kita saksikan episod drama perang yang akan berlangsung ini

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! CINA KIASU #JUNEWONG #THESTAR NAK JEMPUT ORANG LUAR PULAK !!! APA CERITA NI ???

Posted: 08 Jan 2014 09:18 PM PST


Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'.Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut, halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan 'Bapa' adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri.Justeru,katanya,sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya.Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia.Selain itu,perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald,apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun,June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah.Namun,June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama 

Persoalannya,kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan ??? Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah ?? saya pasti June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini.Pun begitu,beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising,kononnya untuk menakut- nakutkan kerajaan.Hakikatnya,June Wong,DAP,Marina Mahathir,COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama,hak asasi manusia mahupun keadilan.Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan.Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan.Oleh itu,biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain,tetapi itu belum cukup bagi mereka.Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam.Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot,sampah dan bodoh.


Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan.Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam ???   Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak,maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah,kolot dan bodoh pula ??? Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa ??? Kenapa Islam perlu didiskriminasi ??? Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi ??? Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune,Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa,Anak dan Holy Spirit.

Sedangkan 'Allah' yang disembah oleh umat Islam adalah Esa,tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing.Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu,sebagai Allah.Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah,Eloihim,El Shadai,Adonai,Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew,TETAPI nama 'Allah' BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya.Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini,maka inilah diringkaskan seperti berikut :  

1. Memandangkan nama 'Allah' tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati- matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.   

2.  Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah.Maka,saya pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan ???  


Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya,maka tidak salah jika saya menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun.Sekali gus,ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati,tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam.Untuk  itu,June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri.Malangnya,June Wong,Marina Mahathir,DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! KEPADA @NETRAKL #MARINAMAHATHIR #MM !!! RAMPASAN BIBLE TAKKAN BERLAKU JIKA PIHAK #KRISTIAN IKUT UNDANG-UNDANG !!!

Posted: 08 Jan 2014 06:00 PM PST


Dalam memperkatakan mengenai tindakan JAIS merampas Injil berbahasa Melayu dan Iban di premis Bible Society of Malaysia baru-baru ini,pembaca Badut Rakyat wajar merujuk kepada Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada Orang Islam di Selangor. Untuk pengetahuan pembaca badut Rakyat,enakmen tersebut yang menyatakan bahawa bukan Islam adalah dilarang menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk 'Allah','Nabi','Injil' dan 'InsyaAllah',tidak pernah dimansuhkan.Selain itu,pembaca juga wajar merujuk keputusan kes The Herald sebelum ini yang mana turut menghalang penggunaan nama Allah di dalamnya dan bahawa penggunaan nama Allah dalam aktiviti dan risalah keagamaan Kristian hanya dibolehkan di Sabah dan Sarawak.Enakmen dan keputusan kes The Herald adalah selaras dengan amalan harian masyarakat Malaysia sejak azali lagi.Penganut Kristian tidak pernah mengalami masalah dengan amalan dan undang-undang ini dan umat Islam juga tidak ada masalah dengan penganut Kristian.Bagaimanapun,pada hari ini beberapa pemimpin Kristian telah dengan sengaja ingin mengubah amalan tersebut sekali gus mencetuskan masalah dan ketegangan.  

Pemimpin agama  Kristian akhir-akhir ini dilihat sengaja mencabar undang-undang di mana melalui BSM, mereka berdegil menggunakan kalimah Allah di dalam 320 Injil berbahasa Melayu dan Iban yang bakal diedarkan. Tindakan mereka pastinya menyentak kesabaran pihak berkuasa serta menimbulkan kemarahan umat Islam.Lebih dari itu ia turut menimbulkan kehairanan di kalangan penganut Kristian sendiri yang rata-ratanya tidak pernah,tidak ingin dan tidak nampak apa-apa keperluan pun  untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka.Peliknya,mereka juga enggan bersuara mempersoalkan tindakan pemimpin agama mereka.Pemimpin Kristian ini mendapat pembelaan NGO yang memperjuangkan liberalisasi iaitu keterbukaan dan kebebasan tanpa had - meliputi agama dan perlakuan seks.NGO ini yang diwakili oleh Marina Mahathir yang juga mewakili Majlis Perundingan Perpaduan Negara telah bertindak menyertai penganut Kristian di gereja Our Lady of Lourdes,Klang bagi menyatakan sokongannya terhadap BSM dan juga kecamannya terhadap JAIS.    Marina menyatakan bahawa tindakan tegas JAIS ke atas pihak Kristian yang melanggar undang-undang adalah tidak adil atau bersifat membuli.Marina bagaimanapun langsung tidak membangkitkan soal kenapa perlunya Kristian merujuk kepada Tuhan mereka sebagai 'Allah' akhir-akhir ini.   

Pendek kata,bagi Marina,Kristian punya hak untuk menggelar Tuhan mereka dengan apa jua nama termasuk nama Allah,biarpun sifat Tuhan agama Kristian langsung tidak menepati Allah yang Esa dan JAIS atau umat Islam tidak punya hak untuk mempersoalkannya.Marina mahu agar rakyat melihat JAIS sebagai zalim dan kerajaan sebagai berat sebelah kepada Islam biarpun yang mula-mula mencabar Islam dan undang-undang adalah pihak Kristian.saya tertanya-tanya,inikah yang dipanggil 'keadilan' dalam kamus liberalisasi Marina,iaitu apa-apa yang bertentangan dengan Islam pastinya zalim,kejam,kolot dan salah ??? Sedarkah Marina bahawa penganut Kristian sendiri merasa pelik melihat gelagat Marina dan pemimpin Kristian yang gemar mencari masalah dengan umat Islam ???      

Marina terlalu angkuh dan tidak mampu membayangkan dirinya dari kaca mata orang.Di dalam dunia Marina yang sempit, beliau menyangkakan bahawa lebih seratus orang yang menyatakan sokongan kepadanya itu sebagai mewakili suara majoriti rakyat.Sedangkan,realitinya amatlah jauh dari yang disangkanya.Pada hari ini,Marina memperlihatkan hipokrasi dirinya dan penentangannya terhadap Islam dengan jelas.Marina hidup di  kalangan kelompok kecil kumpulan liberal yang berkiblatkan Barat.  Marina mempunyai mentaliti dijajah yang kronik.Baginya,adat dan agama yang berkaitan bangsanya sendiri iaitu Melayu dan Islam adalah buruk dan memalukan.Dari segi psikologi,Marina adalah contoh manusia yang mempunyai 'inferiority complex' yang rumit.Beliau angkuh dalam rasa rendah dirinya.  Beliau memusuhi diri sendiri sebagai Melayu yang dilahirkan dalam keluarga beragama Islam.Oleh itu,Marina akan menyokong apa saja yang bertentangan dengan Melayu dan Islam.Sesiapa yang menunjukkan cara pemikiran yang berbeza darinya akan ditempelak sebagai kolot dan hanya dirinya sajalah yang bijak.Jika ini tidak benar,maka Marina tentu dapat melihat dengan jelas bahawa isu JAIS merampas Injil dari Bible Society of Malaysia (BSM) tidak akan berlaku sekiranya BSM akur pada undang-undang dan hormat pada umat Islam.Malangnya,Marina tidak dapat melihat apa-apa lagi kerana telah dibutakan oleh keangkuhan dan kebodohan sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PINDA #ENAKMEN1988 !!! #PEMBANGKANG NAK HAPUSKAN RAJA DI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Jan 2014 05:40 PM PST


Tindakan tiga Ahli Dewan Negeri Selangor mencadangkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga merupakan bukti jelas fahaman liberalisme yang dibawa oleh pakatan pembangkang sudah menular di negara ini.Kononnya enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Fasal 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama bagi orang bukan Islam sebenarnya mempunyai agenda jahat yang lebih halus dan licik.Bunyinya macam menjaga hak asasi beragama bagi orang bukan Islam tetapoi hakikatnya adalah untuk melemahkan perundangan Islam di negeri Selangor.Sub-seksyen 9 kepada enakmen 1988 itu menyatakan,seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai atau (c) dalam ucapan 

atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika ia dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan,menggunakan perkataan"Allah"atau34perkataanArabtermasuk Hadith,Syariah,Kalifah,Fatwa,Alhamdulillah,Insyaallah dsb untuk menyatakan atau menceritakan fakta,kepercayaan,idea,konsep,tindakan,kegiatan,perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.Apa makna jika subseksyen ini berjaya dipinda pada persidangan DUN akan datang ??? Ini bermakna orang bukan Islam akan bebas menggunakan apa sahaja istilah-istilah yang berkait rapat dengan Islam seperti kalimah Allah.Sememangnya sasaran tersebut adalah kepada kalimah Allah yang diperjuangkan bermati-matian oleh gereja Kristian Katolik di negara ini dengan mendapat sokongan pakatan pembangkang.Yang akan membawa cadangan itupun terdiri daripada tiga Adun kafir daripada Dap dan PKR dan ini jelas membuktikan persekongkolan pakatan pembangkang dan pihak gereja untuk menyerang Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14.Pelan mereka ialah untuk mengasak perundangan Islam di seluruh negara dengan cuna mempertikaikan enakmen-enakmen Islam tertentu. Mereka juga cuba menimbulkan rasa curiga dikalangan rakyat bukan Islam bahawa orang Melayu dan undang-undang Islam menindas mereka. 


Persoalannya apabila cadangan ini dikemukakan kelak apakah tindakan dan respon exco Selangor dari Pas yang menjaga hal ehwal agama Islam dan juga semua Adun dari parti itu dan juga PKR ??? Jika mereka menentangnya ia akan menyebabkan pergolakan baru di kalangan tiga parti pembangkang itu.Jika semuanya bersetuju sahlah pakatan pembangkang adalah anti-Islam dan anti-Melayu. Adalah mereka sanggup dilabel demikian dan rela mengorbankan undi orang Melayu pada PRU14 nanti.Ini adalah satu risiko politik yang maha besar yang dihadapi oleh pembangkang jika ia mahu terus relevan dalam arena politik di negara ini.Apa yang menarik,apakah pandangan tokoh-tokoh besar Pas seperti Nik Aziz Nik Mat yang seringkali menyebelahi fahaman liberalisme dan pluralisme yang disebarkan oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.Jika Pas menyokong cubaan tiga Adun itu untuk meminda enakmen tersebut maka eloklah parti itu membuang sahaja perkataan Islam dan tukar parti itu sepenuhnya kepada perjuangan sekular.Pembangkang dan pihak gereja cuba menggunakan insiden rampasan 300 naskah Alkitab berbahasa Melayu oleh pihak JAIS sebagai alasan untuk terus menyerang Islam.Mereka tahu perkara ini akan berdepan dengan kekalahan kerana hal ehwal Islam dan asat istiadat Melayu terletak di bawah hak mutlak Sultan Selangor. 

Apa sahaja pindaan pada mana-mana enakmen yang berkaitan Islam perlu mendapat persetujuan Sultan sebagai ketua agama negeri dan juga Majlis Agama Islam Selangor.Pembangkang tahun usaha mereka akan gagal tetapi mereka mahu mengukur sejauh mana keperihatinan orang Melayu dan umat Islam. Pembangkang dan pihak gereja akan menggunakan apa sahaja helah beralasan akal fikiran dan logika mereka untuk menggusutkan fikiran umat Islam di negara ini.Mereka juga mahu menghasut penganut agama lain seperti Hindu dan Buddha juga berbuat tindakan yang sama.Strategi ini bertujuan untuk menekan kerajaan sehabis mungkin supaya perdana menteri akan tunduk kepada semua tuntutan mereka.Tidak mustahil puak-puak gereja ini juga akan membawa bantahan mereka kepada pihak Vatican di Rom jika usaha mereka gagal. Ini akan meletakkan isu ini di bawah teropong antarabangsa dan seterusnya menambahkan lagi tekanan terhadap kerajaan.Agendanya satu sahaja iaitu untuk menukar corak pemerintahan ini daripada sistem beraja kepada bentuk republik di mana Islam dan Melayu tidak lagi mempunyai kedudukan atau status istimewa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...