BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! #KALIMAHALLAH !!!KEPADA @NETRAKL #MARINAMAHATHIR !!! SIAPA YANG BERHAK ??? ISLAM ATAU KRISTIAN ???
- EKSKLUSIF !!! PENGAKUAN PADERI GUNA #KALIMAHALLAH MURTADKAN ISLAM DIDEDAHKAN !!!
- HOT NEWS !!! @NETRAKL #MARINAMAHATHIR #MM HARUS KEMBALI KE PANGKAL JALAN !!!
- HOT NEWS !!! TULISAN JAWI DIPERLEKEH !!! APA CERITA NI ???
Posted: 08 Jan 2014 07:30 AM PST Meloyakini,Malaysian Insider dan beberapa lagi portal dan blog pembangkang terus cuba menyemarakkan isu JAIS merampas 300 Injil berbahasa Melayu dan Iban dari premis Bible Society of Malaysia (BSM) Khamis lalu. Beberapa artikel yang disiarkan di dalam portal tersebut cuba menggambarkan JAIS sebagai samseng kerana menendang pintu menyerbu dan merampas kitab-kitab Injil yang mengandungi nama 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan Kristian.Apa yang portal pembangkang itu tidak sebutkan ialah tindakan JAIS itu adalah sejajar dengan Enakmen 1988 mengenai Kawalan Penyebaran Agama (lain) kepada Orang Islam di Selangor yang melarang bukan Islam menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka termasuk 'Allah', 'Nabi', 'Injil' dan 'InsyaAllah'.Sehingga kini,enakmen ini tidak pernah dimansuhkan sekali gus menjadikan tindakan JAIS sebagai sah.Pihak Kristian bagaimanapun,memberikan alasan bahawa penyebaran Injil Berbahasa Melayu dengan menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian itu adalah bertepatan dengan 10 persetujuan yang dicapai di dalam perbincangan pada April 2011. Perbincangan yang melibatkan pihak Kristian dengan beberapa Menteri di peringkat pusat,Datuk Seri Idris Jala serta Peguam Negara itu,telah memutuskan bahawa setiap penerbitan Kristian berbahasa Melayu perlu meletakkan tanda salib dan nota bertulis 'penerbitan Kristian' di luarnya.Jika ini benar,maka perbincangan itu wajar dipersoalkan kerana tidak turut melibatkan pihak yang mewakili Islam.Walhal,isu di sini ialah mengenai penggunaan hak sejagat Umat Islam yang ingin dituntut oleh Kristian,maka logiknya,badan-badan yang mewakili Islam perlu menjadi pihak utama untuk diajak berbincang.Adalah pelik sekali apabila badan-badan Islam tidak dirujuk mahupun dijemput langsung dalam perbincangan itu.Nampaknya,yang menjadi 'mangsa buli' di sini ialah Islam,bukannya Kristian.Pihak Islam telah diketepikan dalam perbincangan tersebut dan hak Umat Islam ke atas kalimah Allah telah dirampas secara biadab dan tanpa sebab atau alasan yang konkrit.Apa yang berlaku menunjukkan seolah-olah pihak Kristian telah dengan sengaja mencari gaduh dan menunjuk samseng terhadap umat Islam di Malaysia. Apabila JAIS bertindak berdasarkan undang-undang,pihak Kristian menuduh JAIS sebagai samseng dan kononnya membuli mereka pula.Soalnya,siapa yang buli siapa ??? Rakyat Malaysia rata-ratanya cukup matang dan tidak mudah melatah dengan isu yang mampu mencetus ketegangan. Penganut Kristian di kalangan rakyat biasa juga tidak pernah 'teruja' dengan isu kalimah Allah di dalam kitab Injil berbahasa Melayu kerana mereka lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris.Penganut Kristian di kalangan Iban pula terlalu kecil dan tidak signifikan langsung untuk dibangkitkan sebagai isu di Semenanjung.Kaum Iban tertumpu di Sarawak di mana kegunaan kalimah Allah dalam aktiviti keagamaan Kristian tidak disekat oleh kerajaan.Oleh itu,kita lihat sebarang usaha untuk menjadikan pengharaman Injil berbahasa Iban dengan kalimah Allah di Semenanjung sebagai isu besar adalah sebenarnya berniat jahat.Apatah lagi dengan hakikat bahawa kaum Iban yang beragama Kristian juga ramai yang lebih selesa dengan Injil berbahasa Inggeris.Jelas,satu-satunya pihak yang sengaja membesarkan isu kalimah Allah dan ingin terus mencabar undang-undang serta agama Islam adalah pembangkang melalui media mereka.Selain pembangkang,pihak yang turut teruja memburukkan imej JAIS dan Islam ialah NGO yang membawa perjuangan liberal iaitu kebebasan tanpa had serta kesamarataan dalam beragama.Pihak ini langsung tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara, sekali gus menidakkan undang-undang dan perlembagaan. Sejak akhir-akhir ini,kedua-dua pihak iaitu pembangkang dan NGO liberal ini dilihat mencuba sedaya upaya untuk mencetuskan ketegangan antara Islam-Kristian melalui berbagai cara.Modus Operandi mereka ialah menggerakkan laman-laman sosial peribadi untuk memperlekeh dan menghina Islam bagi mengundang tindak- balas.Apabila pihak berkuasa mengambil tindakan,mereka akan menuduh kerajaan Islam sebagai zalim dan berat sebelah.Seterusnya,mereka memburukkan kerajaan dan undang-undang negara di peringkat antarabangsa dengan tujuan memberi tekanan agar undang-undang berlandaskan Islam dilonggarkan.Kononnya ia adalah bagi memastikan hak asasi setiap golongan di Malaysia terjamin dan tiada lagi diskriminasi.Bagaimanapun,pihak ini mengambil pendirian untuk bersifat berat sebelah dalam isu Islam-Kristian sedangkan jelas bahawa pihak Kristian telah melanggar undang- undang.seolah-olahnya pihak Kristian langsung tidak berbuat salah, dan yang salah itu hanyalah Islam dan Islam semata-mata. Justeru,saya ingin bertanya kepada wakil NGO liberal iaitu Marina Mahathir yang begitu lantang membela Kristian dan menghentam JAIS dalam isu ini,apakah benar beliau memperjuangkan hak asasi manusia atau sebenarnya berjuang menentang Islam ??? Isu kalimah Allah bermula tanpa alasan yang jelas. Selama ini rakyat Malaysia tenang dan aman mengamalkan kepercayaan masing-masing atas dasar saling menghormati.Tiada siapa yang mencabar sesiapa atau dengan sengaja menimbulkan ketegangan dengan 'mencuit' agama lain.Rakyat yang rasional tertanya-tanya, sudah sekian lama menyebut 'Father' kenapa perlu ditukar kepada 'Allah' ??? Mungkin Marina boleh membantu pihak Kristian menjawab soalan yang menyemakkan kepala kita ni.Di samping itu,Marina juga mungkin boleh menjawab kenapa Marina tidak pernah mengherdik anak Cina DAP yang menghina nama Allah SWT dan Rasulullah di laman- laman sosial .Kenapa Marina tidak pernah mempersoalkan kenapa setelah mereka menghina Allah SWT,pihak yang sama bermati-matian pula ingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka ??? Sebenarnya,banyak lagi persoalan di kepala saya yang sehingga kini pihak Kristian dan Marina (NGO liberal) masih tidak dapat menjawab.saya ingin sangat memahami kenapa Marina begitu berat sebelah ??? Kenapa Kristian suka mencari gaduh ??? Dan apakah Marina juga sudah terkena sindrom gila glamour atau sekadar gila ??? APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! PENGAKUAN PADERI GUNA #KALIMAHALLAH MURTADKAN ISLAM DIDEDAHKAN !!! Posted: 08 Jan 2014 04:00 AM PST Akhirnya pihak Kristian mengakui bahawa Kalimah Allah memang merupakan alat yang cukup ampuh untuk misi murtadkan umat Islam.PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah mengistiharkan menyokong penggunaan Kalimah Allah yang sebenarnya bertujuan menghancurkan Islam.Oleh itu mereka yang mendabik dada angkuh menyokong PAS kononnya Islam sangat perlu muhasabah diri dan berfikir dengan mendalam samada PAS ini "relevan" dengan Islam ataupun sebaliknya.Laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the "Son of God" telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk "use religious vocabulary familiar to Muslims" untuk tujuan penyebaran agama Kristian.Missiologist Kristian berkata "Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being "resistant" to the gospel,when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks". Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim dengan umat Islam mahu dipergunakan untuk memudahkan misi murtadkan Islam.Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah ini untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible.Mereka mensasarkan untuk murtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama.Sebuah organisasi Kristian,The People of the Book yang termuat dalam risalah strategi mereka mengakui bahawa kalimah 'Allah' di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan 'God' di dalam Bible,namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam.John Hultvall,seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah 'Allah' dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel : How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Kaedah 'The Camel' dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada Kristian dengan mengunakan kalimah 'Allah' sebagai 'jambatan' untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.Oleh itu tindakan Pengarang The Herald,Paderi Lawrence Andrew yang jelas tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu sekaligus menderhaka terhadap titah perintah Sultan Selangor amat biadap dan tidak boleh diterima.Beliau terlalu berani kerana bertindak atas tujuan yang cukup jelas untuk memurtadkan umat Islam. Kami rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam amat terpukul dengan keangkuhan dan kebiadapan mereka.Kita menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan maksima terhadap petualang agama ini. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan. Sikap DAP yang berkeras mahu menggunakan Kalimah Allah untuk Kristian menunjukkan betapa mereka tidak peduli kepada sensitiviti umat islam. Jelas mereka cuba menyakiti hati rakyat.Mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati keputusan mahkamah. Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu bersatu demi menjaga kepentingan dan kesinambungan kita.Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada pihak yang dari dulu kini dan selama-lamanya sentiasa bercita-cita menghancurkan kita dari luar dan dalam. - MYKMU Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! @NETRAKL #MARINAMAHATHIR #MM HARUS KEMBALI KE PANGKAL JALAN !!! Posted: 08 Jan 2014 02:30 AM PST Sudah sampai masanya Marina Mahathir menilai aqidah dan peganganya dalam Islam.Penampilannya,kecendurungannya dan beberapa tindakan beliau diikuti dengan prinsipnya yang mana nilai-nilai serta ciri-ciri seorang Muslim sudah tiada lagi di dalam diri beliau.Lantang membela nasib hak asasi koloni yang mengamalkan seks bebas (lgbt) yang mana perkara tersebut dilaknati oleh ALLAH taala. Tegar dan tegas membela mereka yang sonsang yang membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa beliau tidak lagi berpegang pada prinsip sebenar seorang Muslim atau mana mana agama dan hidupnya berlandaskan apa yang nyata iatu berdasarkan logik sahaja.Apa yang lebih menyukarkan ialah watak ini tidak akan menerima apa apa jua jua yang berlandaskan agama malah telah diketahui umum menentang beberapa hukum agama sepertu yang kita lihat didalam doktrin doktrin Sister in Islam (SIS).Terang terangan membela ambiga dan mencabar mereka yang menghentam laknaktullah ini berdepan dengannya.Apa yang cuba beliau buktikan? Yang terbaru,beliau bersama sama beberapa individu lain memberikan sokongan moral pada pihak kristian secara terang terangan dalam masa yang menemplak Jabatan Agama Islam Selangor,tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Tanah Melayu ini.Kembalilah kepangkal jalan dan betulkan prinsip dan pengangan agama sebelum terlambat kerana sudah keterlaluan melihat apa yang digengamnya.Kita menasihati beilau supaya kembali ke jalan yang diredhai ALLAH,bukan dengan menghina dan mencela sesama muslim.Hormatilah agama itu sendiri jika beliau seorang muslim dan hormatilah perlembagaan negara yang sedia ada jika beliau seorang rakyat Malaysia. Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! TULISAN JAWI DIPERLEKEH !!! APA CERITA NI ??? Posted: 07 Jan 2014 10:46 PM PST |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment