BADUT RAKYAT |
- EKSKLUSIF !!! ANALISIS #PRU13 !!! ANTARA SYAITAN DAN LAUTAN BIRU !!! APA MAKNA SEMUANYA INI ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! KUTUK FILEM ANAK DS #ROSMAHMANSOR !!! TAK SEDAR KERR PEMIMPIN #PR ADA PELAKON LUCAH ???
- BONGKAR !!! NEGARA ASING ADALAH DALANG #KALIMAHALLAH ???
- KANTOI !!! #AZMINALI GUNA ISU MORAL JATUHKAN #NURULIZZAH ???
- KANTOI !!! SUARA #ANWARIBRAHIM DAH TAK LAKU LAGI DALAM #PR ??? WAJIB BACA !!!
- KANTOI !!! PENIPUAN #SAIFUDDINNASUTION DIDEDAHKAN !!!
Posted: 29 Jan 2014 07:30 AM PST Selepas pilihanraya ke 13,rakyat Malaysia menjadi marah akibat daripada tuduhan demi tuduhan yang belum lagi terjawab.Walaubagaimanapun,hari demi hari,rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan realiti bahawa cerita fiksyen kononya "Rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih gembira jika Pakatan Rakyat menang" telah lama hancur.Sememangnya kebenaran itu menyakitkan apabila segala macam propaganda dan terma demokrasi telah digunakan di dalam alam maya untuk mewujudkan satu realiti yang sememangnya tidak boleh diwujudkan jika PR memerintah Malaysia.Walaupun banyak kelemahan,keinginan rakyat untuk melihat Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya umum adalah lebih selamat daripada PR yang tiada siapa pun tahu keupayaannya.Komponen parti PR bersatu dan berpecah mengikut isu yang mereka terpaksa hadapi.Mereka tidak konsisten di dalam perjuangan mereka dan inilah yang menjadi tanda aras kepada keupayaan merek.Dalam kontroversi terbaru dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari memasuki Jepun,hanya Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan diatas kapasiti beliau sebagai penasihat parti DAP. Parti komponen lain seperti PAS dan DAP tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.Sehingga hari ini,Anwar Ibrahim masih enggan memohon maaf diatas tindakan penyokong beliau yang telah memijak dan membakar bendera Jepun,ini adalah tindakan yang sangat tidak baik untuk hubungan antarabangsa.Pada 24 Januari 2013,akhbar nasional berbahasa Inggeris,The Star telah melaporkan bahawa prinsip Pakatan Rakyat terhadap penggunaan kalimah "Allah" masih tidak berubah walaupun Majlis Syura PAS telah mengambil keputusan bahawa ianya tidak boleh digunakan oleh mana- mana penerbitan agama selain Islam.Walaubagaimanapun,prinsip tersebut hanyalah untu gimik pra pilihanraya umum ke 13.Sungguhpun PR telah diberikan mandat untuk memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka pada awal bulan Januari apabila mereka tidak mampu untuk menangani isu kalimah "Allah". Adakah ini boleh dikira sebagai pemerintahan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nampaknya mereka tidak dapat menjalankan tugas secara efektif dan lebih mudah bagi mereka untuk menyalahkan orang lain dan mengharapkan setiap isu yang timbul akan selesai dengan sendirinya.Jika PR tidak mampu untuk menguruskan isu mudah seperti ini,bagaimana jika mereka memerintah Malaysia ??? Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang ke 12 dan 13,kini terdapat kekurangan wakil bangsa Cina,India dan pelbagai lagi golongan etnik di dalam kerajaan.Kelemahan parti etnik yang berlainan di dalam Barisan Nasional telah menyebabkan kejatuhan sokongan kepada parti tersebut.Namun begitu,siapa yang benar-benar rugi di dalam perkara ini ??? Sudah semestinya rakyat Malaysia.Mereka terlalu asyik untuk menundukkan kerajaan persekutuan sehingga mereka lupa akan kehancuran yang mereka bawakan untuk bangsa mereka sendiri. Jika terdapat golongan yang bermasalah seperti pelajar dan sebagainya,siapakah yang membantu mereka ??? Adakah PR yang mampu menolong golongan ini ??? Dengan tidak memperolehi majority di dalam pilihanrayayang lepas mereka tidak boleh membantu untuk membuat apa-apa pun.Bekas pemimpin BN yang kalah bertanding juga tidak mampu membuat apa-apa kerana mandat telah diberikan kepada Pakatan Rakyat, perkara ini terjadi terutamanya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Terlalu ramai pemimpin di dalam PR yang sehingga kini belum lagi membuktikan keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin. Paling teruk ialah,PR sendiri yang sibuk meniup api perkauman yang semakin lama semakin memisahkan rakyat Malaysia.Kepemimpinan PR telah mengadakan perjumpaan di Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pada hari Rabu,22 Januari 2014 untuk memberikan sokongan penuh kepada PR Johor dalam objektif mereka untuk menjayakan Johor Dream supaya Johor akan dijadikan negeri barisan hadapan apabila Pakatan Rakyat bergerak untuk kempen pada PRU ke 14 akan datang.Mereka masih lagi mengimpikan untuk menawan Putrajaya.Mereka masih belum lagi mencadangkan apa-apa proposal yang konstruktif contohnya di dalam bidang pendidikan atau menyelesaikan isu JAIS yang semakin meruncing di dalam negara ini. Apa yang mereka berjaya lakukan adalah menipu dan terus menipu rakyat dalam usaha mereka menakluki Putrajaya.Sebelum PRU13,Anwar asyik bercakap tentang kabinet bayangan dan buku Jingga yang menjadi kebangaan Pakatan Rakyat.Fakta sebenarnya,PR sendiri tidak faham dan setuju dengan apa yang mereka katakan sebagai polisi pendidikan mereka.Terlalu banyak isu utama yang mereka tidak selesaikan di dalam 5 tahun yang lepas, adakah mereka rasa mereka sudah cukup mampu untuk memerintah negara ini? Barisan Nasional bukanlah sempurna dalam segala-galanya tetapi semua pemimpin BN faham akan mekanisma pemerintahan yang baik. Semua pemimpin Barisan Nasional adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dan ini juga dengan dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan yang amat terlatih.Hakikatnya BN jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat.Apakah akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang ??? Masyarakat Segera Rakyat Malaysia adalah masyarakat segera.Mereka mahu Barisan Nasional menyediakan penyelesaian segera apabila Barisan Nasional sudah menampilkan sesuatu polisi.Mereka mahu segalanya segera.Tetapi mereka sanggup menutup sebelah mata apabila sesuatu polisi yang dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengubah-ubah pendirian mereka.Dalam keadaan tidak stabil yang telah disebabkan oleh Pakatan Rakyat akibat dari kelemahan mereka,tidak mustahil akan terjadi satu perubahan besar pada PRU-14 akan datang.Kemungkinan Barisan Nasional akan menang dengan lebih besar lagi.Rakyat Malaysia perlu mempraktikkan kebolehan akal fikiran mereka untuk memilih satu kumpulan yang lebih baik iaitu Barisan Nasional daripada PR.Adalah lebih baik untuk memilih syaitan yang dikenali (akibat daripada fitnah Pakatan Rakyat) daripada jatuh kedalam lautan ketidakpastian apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan.Apa yang pasti adalah,angin perubahan yang ditiupkan adalah tidak sama seperti selalu. Ada angin yang menjadi taufan yang akhirnya akan menghancurkan,ada pula angin sepoi- sepoi bahasa yang menyegarkan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu memilih angin mana yang bersesuaian dengan mereka,janganlah memilih angin yang bakal menghancurkan apa yang selama ini telah dibina oleh nenek moyang kita.Barisan Nasional masih lagi pilihan untuk kestabilan,pembangunan dan perpaduan sekalipun para musuh sedang bekerja keras ingin memastikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.Tidak kira apapun penipuan yang dijual oleh PR,kebenaran pasti akan menang.Selepas PRU-14,Perdana Menteri Malaysia akan menikmati pemerintahan yang gangguan dimana ketika itu segala menifesto akan dijalankan dengan lancar.Malaysia bukan sahaja sebuah masyarakat segera tetapi juga kurang sabar.Lagi radikal sesuatu menifesto untuk perubahan yang tidak terancang,lagi kuat penolakkan yang akan dapat kita lihat daripada rakyat Malaysia kepada PR.Keputusannya adalah semakin positif kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai keberanian untuk mengarahkan perubahan secara berperingkat untuk memajukan Malaysia.Ini adalah lambang pemerintahan yang berjaya dan berani kerana walaupun disaat beliau diserang hebat dengan isu-isu hebat dan juga remah (seperti isu kangkung) beliau masih lagi boleh berdiri dan melakukan perkara yang benar.Sudah tiba masanya rakyat malaysia memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Malaysia dan bukannya menghina kerajaan dan pemimpinnya, jangan diikutkan sangat permainan pembangkang. Dengan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan persekutuan,perjalanan pemerintahan negara ini boleh diangkat dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan oleh kita semua. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KUTUK FILEM ANAK DS #ROSMAHMANSOR !!! TAK SEDAR KERR PEMIMPIN #PR ADA PELAKON LUCAH ??? Posted: 29 Jan 2014 04:00 AM PST sebelum ini kecoh di surat khabar pro Pembangkang bercerita pasal filem Hollywood terbitan bersama dengan anak DS Rosmah sarat dengan kisah seks dan lucah.Bukan main seronok para pencacai tegar Pembangkang memainkan isu ini sampai mereka terlupa sebenarnya dalam Pembangkang sendiri sarat dengan pelaku lucah dan seks tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim,Elizabeth Wong,Mustafa Ali dan Azmin Ali.Moralnya di sini yang ingin saya nak sampaikan ialah sebelum kita mengata,menjaja buruk orang,lebih baik kita melihat kuburukan yang ada pada diri sendiri !!! APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! NEGARA ASING ADALAH DALANG #KALIMAHALLAH ??? Posted: 29 Jan 2014 12:30 AM PST Malaysia sering dijadikan rujukan dan teladan oleh negara-negara Islam lain sebagai satu-satunya negara Islam yang berjaya.Pencapaian Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang luarbiasa bukan sahaja kerana ia sebuah negara Islam tetapi kerana sifatnya yang majmuk.Di kala negara-negara Islam dan negara yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan terus bergelut untuk 'bangun',Malaysia telah pun berdiri teguh dan kukuh.Malang sekali,masih ramai rakyat Malaysia sendiri yang tidak mampu menghargai betapa bertuahnya mereka kerana dilahirkan di negara ini.Ramai yang menyangka bahawa keamanan dan kemakmuran itu berlaku secara semula jadi.Katanya,semua nikmat ini adalah kurniaan Allah SWT,tetapi di masa yang sama turut menafikan segala nikmat itu. Ramai juga yang tidak segan silu meraung kononnya, hidup sengsara, tertindas dan dizalimi oleh kerajaan.Oleh itu,mereka ini ingin sangat membuat perubahan ke arah yang lebih baik,katanya.Maka,turunlah mereka ke jalanraya beberapa kali untuk membuat huru-hara bagi membina negara yang lebih baik.Namun,Allah SWT masih sayangkan Malaysia. Ternyata rakyat yang masih waras dan tahu bersyukur adalah jauh lebih ramai dari yang kufur nikmat itu.Lagipun,kebanyakan rakyat Malaysia sudah belajar dari apa yang berlaku di negara- negara yang telah 'berjaya membuat perubahan' seperti Mesir,Libya,Iraq malah Thailand yang mana masih lagi belum menjadi lebih baik dari sebelumnya.Masa depan negara-negara tersebut terus kabur akibat tidak dapat memulihkan keyakinan pelabur dan pelancong.Rakyat juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa dihantui perasaan bimbang akan kehilangan segala-galanya akibat rusuhan yang tidak berkesudahan.Peluang pekerjaan begitu terhad dan perniagaan juga terjejas teruk sehingga sukar untuk dipulihkan kembali.Rakyat yang dahulunya hidup sederhana menjadi miskin dan yang miskin menjadi bertambah miskin.Alhamdulillah,pemikiran rasional rakyat Malaysia menjadikan negara kekal kukuh, walaupun usaha untuk melakukan huru-hara berterusan: Pada mulanya, masyarakat majoriti Melayu dilaga-lagakan sesama sendiri dengan cara memisahkan agama dari bangsa.Kemudian,isu perkauman dimainkan secara intensif sejak terhapusnya Akta Hasutan dan Akta ISA.Masyarakat Cina dan Melayu pula dilaga-lagakan dengan membangkitkan isu Hak Istimewa Melayu,menghina Azan,memperlekeh jabatan kerajaan yang diterajui Melayu, menderhaka kepada Sultan-sultan, menolak aspirasi negara serta menuntut kesaksamaan hak ke atas bahasa dan pendidikan Cina. Dari situ juga,orang-orang Cina ditiupkan perasaan angkuh kononnya merekalah yang lebih berhak ke atas negara ini,sekali gus mengembalikan 'nostalgia' 13 Mei dan kini,usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia ditingkatkan lagi dengan menimbulkan isu agama.Kedegilan pihak Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah dan berpura-pura tidak memahami undang-undang hanyalah permulaan sebagai mencipta 'alasan'.Baru-baru ini pula,sehelai kain rentang merujuk kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' bagi menimbulkan kemarahan umat Islam, diletakkan di sebuah gereja di Pulau Pinang.Kemuncaknya,Molotov Cocktail dilempar ke gereja yang terlibat bagi memperlihatkan tindakbalas ganas dari umat Islam.Pastinya,sesiapa sahaja yang melakukan semua ini amat berharap untuk menimbulkan huru-hara dan mencetuskan keganasan yang serupa seperti di Thailand atau Mesir. Persoalannya,siapakah yang melakukannya ??? Dari reaksi rakyat Malaysia sendiri,sama ada dari pihak Melayu Islam atau Cina Kristian,saya percaya ini bukan angkara mana-mana pihak ini.Berdasarkan kronologi perpecahan masyarakat di Malaysia,saya pasti adanya satu perancangan rapi dan tersusun oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan keganasan di negara ini.Modus operandi menghasut dan melaga-lagakan rakyat adalah sama sahaja seperti yang berlaku di Mesir,Libya,Thailand atau Iraq sebelum 'perubahan' berlaku.Seolah-olah terdapat sebuah manual khas bagi 'operasi pertukaran rejim' yang dirujuk oleh mereka.Sebagai rakyat yang celik maklumat, kebanyakan rakyat Malaysia mampu membaca perancangan pihak ini,sekali gus tidak mudah terpedaya untuk bertindak balas secara keterlaluan walau betapa marah dan tergurisnya hati akibat propaganda yang keterlaluan.Kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa keganasan dan huru-hara tidak membawa keuntungan kepada sesiapa melainkan kepada musuh negara.Tetapi,siapakah musuh yang cuba menghancurkan kita itu ???? Memandangkan musuh pada zaman ini tidak mudah dikenalpasti,maka sesiapa sahaja yang dapat mengaut keuntungan dari kejatuhan Malaysia wajar diletakkan dalam senarai yang disyaki.Lihatlah bagaimana rakyat Thailand terpedaya dengan permainan musuh mereka.Begitu juga rakyat Iraq,Mesir,Libya dan beberapa negara Arab lain.Sehingga kini,satu-satunya sebab kenapa rakyat Malaysia tidak terikut rentak mereka dan masih mampu berfikir secara waras ialah kerana kita tidak sanggup memperjudikan keselesaan hidup kita.Kesimpulannya,nikmat keselesaan yang dirasai di bawah pemerintahan hari ini adalah benar dan selagi rakyat hidup selesa,selagi itulah mereka tidak akan mudah terhasut untuk membuat huru-hara. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #AZMINALI GUNA ISU MORAL JATUHKAN #NURULIZZAH ??? Posted: 28 Jan 2014 09:00 PM PST Pergolakan di dalam PKR menjelang pemilihan beberapa bulan lagi bakal menyaksikan paling sengit dalam sejarah parti itu.Kumpulan Azmin Ali yang marah kepada Khalid Ibrahim kerana memecat bos mereka dari PKNS akan menggunakan kesempatan itu untuk memastikan grup yang bersekutu dengan menteri besar itu akan ditamatkan riwayat politik mereka.Tekanan ke atas untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dari kalangan pemimpin pusat PKR semakin kiat kedengaran.Semua ini didalangi oleh Azmin yang sekian lama sudah menyimpan dendam terhadap Khalid yang menjadi batu penghalang kepada agenda politik beliau di Selangor.Apatah lagi kmungkinan besar penaung Khalid,Dr Wan Azizah Ismail tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden pada pemilihan parti akan datang bagi memberi laluan kepada suaminya,Anwar Ibrahim.Tanpa perlindungan politik dari presiden parti,Khalid akan mudah terdedah dengan serangan dalaman yang lebih hebat bagi memaksa beliau mengundur. Azmin pandai menggunakan isu pemecatannya sebagai anggota lembaga pengarah PKNS sebagai batu api untuk meniup api kemarahan penyokongnya.Mungkin buat pada masa ini kelebihan adalah pada kumpulan Azmin menerajui gerakan menumbangkan Khalid.Bagaimanapun Khalid juga tidak boleh dipandang kecil kemampuannya untuk mengharungi duri ranjau politik PKR sejak menjadi menteri besar pada 2008.Berbagai usaha sebelum ini dilakukan untuk melemahkan kedudukan beliau namun Khalid mampu bertahan kerana populariti di kalangan rakyat walaupun dibenci oleh sesetengah pemimpin PKR Selangor khususnya tim Azmin.Jika Khalid mendedahkan sebab musabab sebenar Azmin digugurkan dari PKNS ini akan menjadi liabiliti besar bagi timbalan presiden parti itu. Ini kerana jika pemecatan beliau bersabit dengan elemen rasuah atau penyalahgunaan kuasa, ini akan menyulitkan usaha Azmin untuk meraih sokongan padu dari ahli parti. PKR selama ini melaung-laungkan slogan rakyat, keadilan dan ketelusan bagi mendapat sokongan politik untuk berkuasa.Jika ia tidak mengambil tindakan sekiranya benar Azmin terbabit dalam sebarang penyelewengan dalam PKNS, sudah tentu maruah dan integriti PKR akan terjejas teruk. Seperkara lagi yang igauan kepada Dr Wan Azizah sebelum beliau mengundur diri ialah perkembangan terbaru berhubung perkahwinan anaknya,Nurul Izzah yang baru-baru ini membuat permohonan fasakh terhadap suaminya.Nurul sebagai naib presiden dilihat sebagai pemimpin muda yang mempunyai harapan cerah untuk menerajui parti suatu hari kelak.Walaupun perceraian cuba ditutup sebagai masalah peribadi tetapi sebagai seorang ahli parlimen wanita dan juga pemimpin hirarki ketiga dalam parti. Ini menyulitkan posisi Nurul terutamanya di kalangan ahli parti Melayu dan juga pengundi Melayu yang sensitif mengenai perkara sedemikian.Bukan sahaja penting mempunyai moral yang tinggi tetapi juga perlu dilihat menjunjung nilai-nilai akhlak yang murni juga.Masalah perceraian Nurul bukan berpunca tidak lagi sehaluan dengan suami tetapi alasan yang diberi di dalam permohonan fasakh ialah kehadiran pihak ketiga di dalam kehidupannya.Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana sebagai wanita Islam yang memakai tudung dan mempunyai suami dan dua orang anak,Nurul dilihat sebagai mempunyai satu model dan contoh keluarga bahagia. Apabila Nurul sendiri mengaku bahawa beliau telah bermain kau tiga di belakang suaminya,bukan sahaja tindakan itu terlarang dari segi syariat agama,tetapi imej dan integriti beliau sebagai pemimpin muslimah juga turut hancur dan ranap.Bak kata pepatah Inggeris, 'one man's loss is another man's gain'.Inilah yang sedang dilakukan oleh kumpulan Azmin yang tidak menyenangi Nurul kerana beliau dan Khalid adalah kumpulan yang bersekutu dengan Dr Wan Azizah.Perceraian Nurul dengan suaminya akan dijadikan isu untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan akan datang.Samada ini akan berjaya atau tidak bergantung kepada ahli-ahli akar umbi PKR.Sekiranya mereka termakan dengan propaganda Azmin,kedudukan Nurul sebagai naib presiden akan terjejas. Tetapi jika Nurul mendapat simpati dari perwakilan yang mengundi kelak,posisi beliau di dalam PKR adalah agak terjamin. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! SUARA #ANWARIBRAHIM DAH TAK LAKU LAGI DALAM #PR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 28 Jan 2014 06:00 PM PST PR sering menghentam Datuk Seri Najib sebagai lemah dan tidak mampu mengawal atau mentadbir negara.Kata mereka,Datuk Seri Najib dan Menteri-menteri semua bodoh,sering mengeluarkan kenyataan merepek serta tidak berpijak di bumi nyata selain korup dan boros.Justeru itu,kata mereka,BN perlu ditumbangkan dan diganti dengan PR.Apa yang mereka terlepas pandang ialah,sekurang-kurangnya,kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti adalah jelas di mana semua urusan dan permasalahan parti dan negara tetap dirujuk dan dipikul olehnya.Sedangkan,di dalam PR kita masih keliru siapakah ketuanya.Katanya,Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang tetapi dari apa yang saya lihat,yang tiada siapa pun mengendahkan kata-kata Anwar di dalam PR. Dalam menentukan calon PRU juga,suara Anwar diketepikan dan calon pilihan Anwar ditolak atau dimalukan.Anwar juga tidak mampu menangani sekecil-kecil masalah seperti perbalahan dalaman PKR antara Azmin dan Khalid Ibrahim.Anwar berada dalam kedudukan tersekat antara orang kepercayaan isteri dengan orang kepercayaannya.Malah,Anwar sendiri menyeret dirinya ke dalam perbalahan mereka dengan memihak kepada Azmin tetapi di masa yang sama tidak mampu bertegas ke atas Khalid.Sebagai Ketua Pembangkang,Anwar sepatutnya bukan sahaja bertanggungjawab terhadap PKR, tetapi juga PAS dan DAP.Namun,pemimpin PAS dan DAP langsung tidak hormat kepada Anwar.Mereka langsung tidak merujuk kepadanya tentang kemelut yang melanda parti masing-masing seolah-olah tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri.Pada hari ini,jawatankuasa pusat DAP masih belum lagi disahkan walaupun telah menjangkau setahun sejak pemilihan diadakan.Rata-rata ahli DAP terus merungut namun rungutan mereka bagai mencurah air ke daun keladi. Memandangkan masalah terus berlarutan tanpa penyelesaian,Anwar seharusnya memanggil pemimpin DAP bertemunya,memberi kata dua kepada mereka atau menunjukkan jalan penyelesaian kepada parti itu.Ini hak Anwar sebagai Ketua.Malangnya,jangankan memanggil pemimpin DAP berbincang,membuat kenyataan tegas agar DAP menyelesaikan masalah mereka segera pun Anwar tidak berani.Anwar juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang Ketua yang prihatin,tidak matang dan tidak bertanggungjawab apabila tidak hadir di Majlis Pengebumian pemimpin besar dari parti sekutunya iaitu Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak dan Datuk Harun Taib.Kita faham yang Anwar 'tidak sebulu' dengan Ulama-ulama ini,namun kita sangkakan sekurang-kurangnya,sebagai Ketua,Anwar mampu bersikap professional dan hadir juga sebagai tanda hormat atau setidak-tidaknya, Anwar boleh berlakon berpura-pura prihatin dengan hadir ke pengkebumian mereka walaupun sekejap cuma. Namun, itu tidak berlaku kerana Anwar hanya mampu berlakon prihatin jika kematian itu berpotensi membawa sedikit keuntungan politik kepadanya,sepertimana dalam kes Teoh Beng Hock.Berdasarkan fakta di atas,saya tertanya-tanya,siapa atau apakah kedudukan Anwar di dalam PR ??? Benarkah beliau seorang Ketua atau hanya ketua di atas kertas sahaja ??? Apa yang saya lihat,tiada siapapun yang menghormatinya mahupun merujuk dan meminta pendapatnya baik dari parti sekutu mahupun parti sendiri.Anwar mungkin dikatakan mempunyai gaya dan karisma sebagai ketua namun Anwar tidak punya sifat kepimpinan untuk menjadikannya seorang ketua yang sebenar-benarnya.Penyokong PR mungkin 'meminati' Anwar tetapi mereka jelas tidak menghormatinya.Bayangkan bagaimana Anwar boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan jika beliau tidak mampu meraih penghormatan dari partinya sendiri APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PENIPUAN #SAIFUDDINNASUTION DIDEDAHKAN !!! Posted: 28 Jan 2014 04:36 PM PST Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik Selangor pasti masih ingat kenyataan 'cover line' Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution Ismail beberapa hari lalu.Menurut Saifuddin,isu tersebut TIDAK dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 15 Januari lalu. "Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini. selain daripada itu,Saifuddin dengan yakin dan lantang mengatakan,walaupun terdapat desakan 'keras'agar Khalid dipecat.Namun katanya desakan 'keras' itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP PKR tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid. "Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa.Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir,hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid).Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya sebelum ini. Namun apabila diteliti semula,ternyata Saifuddin adalah merupakan 'PENIPU BESAR'.Paling menarik,apabila penipuan tersebut didedahkan sendiri oleh portal pro-pembangkang melalui laporannya yang bertajuk 'Anwar Akan Bertanding Di Kajang?'.Portal tersebut ketika melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor,Iskandar Samad berhubung isu pergolakan di Selangor telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Saifuddin itu. Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan,Iskandar mengatakan dia hanya mengetahui pengunduran itu melalui media dan difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar,Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil."Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil," katanya. Paling menarik,Saiffudin yang ditemui bersama Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi.sekali lagi KANTOI MENIPU dengan mengatakan Anwar tidak akan menggantikan tempat Khalid. "Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar," katanya. Persoalannya sekiranya benar perkara tersebut tidak dibincangkan di dalam mesyuarat yang diadakan oleh PKR sebelum ini,bagaimana Saifuddin boleh memaklumkan kepada Iskandar mengenai perkara itu ??? Sekiranya keputusan untuk memecat Khalid tidak dibincangkan melalui mesyuarat MPP,ini bermaksud PKR sedang melakukan gerakan rahsia untuk menggantikan Menteri Besar Selangor itu. Kesimpulannya sekiranya Saifuddin merasakan kenyataan Iskandar itu hanyalah cerita rekaan yang sengaja diadakan,dia perlu meminta pemimpin Pas dan portal Malaysiakini menarik kembali artikel yang disiarkan.Sekiranya GAGAL,Saifuddin perlu segera menyaman keduanya seperti yang sering dilakukan terhadap media pro-kerajaan sebelum ini.Kegagalan Saifuddin untuk mengambil sebarang tindakan akan membuktikan bahawa dia adalah merupakan seorang PENIPU BESAR. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment