BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #AZMINALI DIPECAT DARI #PKNS SEBAB SELEWENG KUASA ???
- HOT NEWS !!! KAIN RENTANG #KALIMAHALLAH DIKESAN DI PULAU PINANG !!!
- KANTOI !!! #PKR SETUJU LUCUTKAN JAWATAN #KHALIDIBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR ???
- EKSKLUSIF !!! 10 KENYATAAN ALLAHYARHAM DATUK #HARUNTAIB YANG WAJIB ANDA TAHU DIDEDAHKAN !!!
KANTOI !!! #AZMINALI DIPECAT DARI #PKNS SEBAB SELEWENG KUASA ??? Posted: 26 Jan 2014 07:30 AM PST Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut secara terbuka.Malangnya ketua umum PKR,Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah parti yang kecil,bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri ??? Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan Azmin bukannya perkara baru.Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.Jawatan itu sememangnya menjadi idaman Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak menjadi pilihan.Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.Jadi berlakulah senario di mana Selangor mempunyai dua 'menteri besar' satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi berlagak seperti menteri besar.Namun cara mana sekali pun Azmin cuba memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh. Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang dipegang erat oleh Khalid.Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.Yang menjadi masalah apabila ahli politik bergaduh,penjawat awam yang menjadi mangsa.Apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada Khalid tetapi ini dinafikan beliau.Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS. Anwar pun masuk campur dan berkata tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yasng termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di tangga.Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh dipertimbangkan lagi.Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta ke SUK. Persoalan utama yang patut ditanya oleh semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil. Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.Jadi kenapa pula kali ini apabila benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula ??? Apa sebenarnya yang berlaku di belakang tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan tersebut diambil.Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.Azmin pula dikenali sebagai ahli politik yang licik,rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar. PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di Selangor sejak ia ditubuhkan. Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan terbuka kepadanya banyak peluang untuk menggaut kekayaan. Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila menteri besar yang 'telus' dan 'transparen' itu telah menghidu Azmin telah melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau ??? Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS ??? Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan beliau dari organisasi itu ??? Seharusnya menteri besar,Faekah dan PKNS bersikap telus dan transparen di dalam isu pemecatan Azmin.Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu rakyat mengapa Azmin dipecat.Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KAIN RENTANG #KALIMAHALLAH DIKESAN DI PULAU PINANG !!! Posted: 26 Jan 2014 04:22 AM PST kain rentang yang mengandungi perkataan Kalimah Allah telah di kesan Di Pulau Pinang .Sekurang-kurangnya 2 gereja dipasang dengan kain rentang itu.setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! #PKR SETUJU LUCUTKAN JAWATAN #KHALIDIBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR ??? Posted: 26 Jan 2014 01:00 AM PST Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah',Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang,keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan kelmarin.Laporan muka depan,akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan Presiden parti,Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor,penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan - perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina. Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu,MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan.Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.Menurut sumber juga,kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! 10 KENYATAAN ALLAHYARHAM DATUK #HARUNTAIB YANG WAJIB ANDA TAHU DIDEDAHKAN !!! Posted: 26 Jan 2014 04:22 AM PST sebelum saya meneruskan 10 kenyataan di bawah,saya terangkan dulu siapa sebenar nya Datuk Harun Taib.kelmarin,anak kepada Allahyarham Datuk Harun Taib telah mengirimkan satu pesanan ringkas kepada kenalan bapanya itu menyatakan bahawa Datuk Harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.00 tengah malam.Allahyarham pernah menuntut di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin.Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir. Sesuai dengan latar belakang pendidikan agama dan pengalaman menuntut di al-Azhar, Allahyarham diberikan tanggung jawab sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS.Seorang yang tegas dalam pendiriannya,Allahyarham sering mengeluarkan kenyataan yang pro kepada Islam. Atas ketegasannya,Allahyarham tidak disukai oleh rakan-rakannya dari DAP terutamanya Karpal Singh.Allahyarham juga pernah menyentuh tentang Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS yang dilihat sebagai merugikan PAS dan juga Islam.Atas dasar tersebut,Allahyarham telah dikecam oleh ahli PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Mat Sabu.Allahyarham juga pernah menegur bekas mufti Perlis,Dr. Asri atas kenyataannya yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.Usaha untuk menyatukan antara orang-orang Islam di dalam negara kita ini seperti menemui jalan kesukaran selepas pemergiannya ini.Diharapkan,agar Ketua Ulamak PAS yang baharu dapat menyambung perjuangan Allahyarham dan merealisasikan harapannya untuk melihat Islam itu berjaya.Al-Fatihah. Di bawah ini dalah 10 kenyataan Allahyarham yang akan sentiasa diingati dan dijadikan renungan untuk kita semua. ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," ISU KALIMAH ALLAH : "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu," ISU KALIMAH ALLAH : "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran," HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR :"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi," HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR :"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS," MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia". MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH : "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif," HIMPUNAN BLACK505 : "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13," HIMPUNAN BLACK505 : "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," HIMPUNAN BLACK505 : "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment