BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! KENAPA #ERDOGAN TAK JUMPA #ANWARIBRAHIM DI MALAYSIA ??? KATA HEBAT SANGAT ???

Posted: 25 Jan 2014 07:30 AM PST


Pada10 Januari lalu,Perdana Menteri Turki,Recep Tayyip Erdogan,telah mengadakan lawatan dua hari ke negara ini dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia. Dalam lawatan tersebut,beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Najib dan sempat menunaikan solat Jumaat bersama.Kunjungan tersebut secara kebetulannya bersamaan dengan ulangtahun hubungan Malaysia-Turki yang ke-50.Antara jadual lawatannya,Erdogan telah menerima anugerah doktor kehormat dari UIA dan juga menyampaikan ceramah bertajuk 'Transforming Asia Pacific and Turkey' dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Transformasi.Dalam ceramahnya,Erdogan sempat memuji Datuk Seri Najib dan menyatakan keyakinannya yang Malaysia akan berjaya mencapai wawasan 2020 dan akan terus maju ke hadapan.Beliau kemudiannya dijemput makan malam di Seri Perdana bersama Perdana Menteri dan isteri.Di Malaysia,nama Erdogan cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.  ]

Betapa 'kuatnya' hubungan kedua-dua pemimpin ini sehinggakan orang Anwar di dalam PAS,digelar kumpulan Erdogan.Hubungan Anwar dengan Erdogan boleh dikatakan melepasi tahap hubungan biasa antara dua pemimpin dari dua negara.Mereka dikatakan sahabat yang akrab yang berkongsi pemikiran yang sama.Bagi mengukuhkan pandangan ini,pada 5 Februari 2012,Terence Netto menulis di Meloyakini dan disiarkan semula di blog Anwar Ibrahim sendiri,bahawa kedua-dua Anwar dan Erdogan mempunyai ideologi yang sama dan akan cuba untuk berjumpa sekerap yang boleh apabila saja berpeluang.Menurutnya,apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012,Anwar terus 'terbang' ke Istanbul melalui Bombay dan bertemu Erdogan sebanyak dua kali dalam masa empat minggu.Menurut Netto lagi,Anwar dan Wan Azizah dikatakan telah bertemu Erdogan di Istana Dolmabache dan secara langsung mendesak pemimpin Turki itu untuk terus menyokong 'Arab Spring'.Dalam lawatan yang sama juga,Anwar dijemput memberikan ucapan bertajuk 'Democracy and Islam' di mana Anwar memuji kepimpinan Erdogan sebagai ke hadapan dari segi demokrasi berbanding negara Islam lain.    

Tidak lama dahulu, sebuah media antarabangsa,Radiance Viewsweekly telah menyiarkan pendapat seorang pembaca dari luar negara yang menggambarkan Anwar dan Erdogan sebagai 'pemimpin demokrasi baru' yang mempunyai visi dan tanggungjawab serta komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan pluralisasi politik dan sosial.Jelas hubungan rapat Anwar dan Erdogan telah menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia.Kedua-duanya saling puji memuji dan sanjung menyanjung.Oleh itu,amatlah mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Turki itu berlepas pulang ke Ankara pada 12 Januari dari Kuala Lumpur tanpa bertemu dengan Anwar Ibrahim.Jika mereka sering mencari masa untuk bertemu ketika Anwar di Turki,kenapa mereka tidak turut mencari masa untuk bertemu bila Erdogan berada di sini ??? Khabar menyatakan bahawa persahabatan Anwar dengan Erdogan sudah tidak lagi seperti dahulu.Adalah dikatakan juga bahawa Erdogan mula merasa sangsi dengan kejujuran dan agenda Anwar yang sebenar.Malah, Erdogan mungkin merasa sedikit 'bimbang' dengan pemimpin pembangkang Malaysia itu.Kebimbangan Erdogan boleh jadi berasaskan laporan-laporan antarabangsa dan risikannya sendiri.Namun,saya mengesyaki bahawa sebagai sahabat yang selalu menghabiskan masa bersama,tidak mustahil kebimbangan Erdgoan terhadap Anwar itu adalah berasaskan sesuatu yang lebih lagi.Rekod Anwar selama ini menunjukkan trend yang sama di mana rakan-rakan rapatnya akan mula menjauhkan diri setelah beberapa lama. 

Ada yang mengambil masa yang pendek dan ada yang mengambil masa yang cukup lama untuk meninggalkan Anwar,tetapi apa yang pasti, mereka tetap akan meninggalkannya.Mereka yang terus setia dan bersama Anwar selamanya hanyalah keluarganya sendiri selain mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat rapatnya serta penyokong-penyokongnya yang hanya mengenalinya dari jauh.Justeru,saya tidak hairan sekiranya Erdogan juga mula menjauhkan diri dari Anwar.Kini terbukti sudah bahawa Anwar tidak lagi relevan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.Dengan perkembangan terbaru di mana Jepun juga telah tidak menerima kunjungan Anwar ke negara itu atas alasan teknikal,maka terbuktilah bahawa Anwar bukanlah manusia hebat yang mampu mengatasi undang-undang setiap masa.Nampaknya,sudah sampai masanya Anwar perlu memikirkan secara serius tentang janjinya untuk bersara selepas PRU-13.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #ANWARIBRAHIM DIMALUKAN DI JEPUN !!! KISAH SEBENAR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Jan 2014 04:00 AM PST


Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama mereka pula yang dimalukan di mata dunia.Ahad lalu,ketua pembangkang,Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon,Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat,Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya. 

Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1,beliau merasakan begitu hebat,amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.Wah !!! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya.Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif. Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.

Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun. Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.

Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini. Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya. Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja ??? Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne,Australia.Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih. 

kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENIPUAN #HADIAWANG TERHADAP PARTI SENDIRI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Jan 2014 09:00 PM PST


mesti pembaca Badut Rakyat yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden PAS,Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi 'alat' kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut,namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja.Dalam erti kata mudah,dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding 'bangkai' gajah yang berada di depan mata.Bekas Menteri Besar Terengganu itu,ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam. 

"Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah.Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa," katanya. 

Betul,saya akui,dari satu sudut saya menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu.Ini kerana apabila dinilai dan diteliti,banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah,mengapa Hadi hanya mampu melihat,menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti PAS ??? kenapa nak menipu dan tak cakakp pasal parti sendiri ??? Sedangkan sekiranya dikaji semula,isu tersebut turut berlaku di dalam PAS,apabila parti itu mengambil pendekatan 'tahalul siyasi' untuk bersama DAP dan PKR.Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.Ini kerana,sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan 'PR',ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. 

Ini kerana dasar perjuangan DAP yang 'ultra kiasu' dan PKR dengan pendekatan 'liberal' telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin 'hilang taring' sejak berada di dalam pakatan.Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu,perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu,menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya.Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.Paling memeranjatkan,apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno,kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. 

Sedangkan apabila diteliti 'ahli-ahli agama' parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah.Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam,Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.Jadi ada baiknya,Hadi selaku Presiden melihat,mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

DISKRIMINASI #TUDUNG !!! MANA PERGI PEJUANG HAK ASASI #PEMBANGKANG !!! KENAPA #UMNO PULAK DISALAHKAN ???

Posted: 24 Jan 2014 06:00 PM PST


mesti pembacaca Baut rakyat hanya mampu menggelengkan kepala apabila membaca laporan demi laporan yang disiarkan oleh media-media massa dan laman-laman sosial mengenai diskriminasi terhadap wanita bertudung.Hari demi hari,ada sahaja yang tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan segelintir masyarakat khususnya keturunan Cina yang melihat tudung sebagai punca masalah sehingga sanggup bertindak keterlaluan.Sekiranya sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan seorang guru mualaf,Choi Yi Shan yang dipaksa membuka tudung yang dipakainya sekiranya ingin terus mengajar.Tidak cukup dengan itu beliau yang merupakan tenaga pengajar di SJKC Nan Ya,Johor itu turut diancam sekiranya beliau enggan mematuhi arahan tersebut.Terbaru,masyarakat dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku terhadap penyanyi wanita,Marinatasha Isnariah Mustapar,33 yang dihina dan dihalang dari meneruskan persembahan oleh salah seorang pengarah berketurunan Cina di syarikat Castmet Sdn Bhd.   

Hanya disebabkan beliau memakai hijab,pengarah yang dikenali sebagai Shannon Yong itu telah memarahi dan mengarahkannya untuk turun dari pentas sekiranya enggan membuka tudung ketika melakukan persembahan.Menurut Marina beliau merasa sungguh kecewa dan terhina dengan tindakan melampau itu."Sebelum turun,saya terpaksa mengemaskan buku-buku lirik di hadapan hampir seratus orang tetamu. Mungkin anda semua dapat bayangkan perasaan saya pada ketika itu.Saya merasa amat terhina.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, (tambahan) pula kita berada di Malaysia. Saya merasa amat malu di hadapan para tetamu yang hadir," luahnya dengan perasaan sedih.   

Menurut Marina,sebelum ini perkara itu langsung tidak dibangkitkan oleh wakil syarikat tersebut yang turut hadir ketika sesi rehearsal (latihan)  dijalankan."Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu,wakil Castment turut hadir bersama,mereka langsung tidak membangkitkan sebarang isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya ketika majlis berlansung, Shannon membangkitkan isu tersebut dengan alasan ia tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab."Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat tersebut, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan," jelas Marina yang akhirnya telah menyebabkannya dimarahi oleh Shannon.    
Persoalannya mengapa baru sekarang,isu wanita bertudung ini dilihat sebagai masalah ??? Sedangkan selain merupakan tuntutan di dalam Islam,ia juga merupakan hak asasi manusia yang dijamin di dalam perlembagaan negara.Mungkin ada yang merasakan,perkara ini adalah merupakan isu terpencil.Namun seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,ia bukanlah kali pertama.isu yang melibatkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.Contohnya media arus perdana sebelum ini pernah melaporkan mengenai sesetengah syarikat di ibu negara yang enggan mengambil wanita bertudung bekerja.Malah dalam beberapa kes,selain membuka tudung mereka turut diarahkan untuk memakai skirt.Tambah menghairankan ialah,NGO-NGO yang pro pembangkang hanya mampu menjadi syaitan bisu.Di manakah Suaram,yang kononnya selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. 

Di manakah Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah yang sebelum ini lantang memperjuangkan hak kebebasan beragama ??? Di manakah parti PAS yang sebelum ini mengatakan ingin memperjuangkan Islam ??? Langsung tidak kedengaran mereka mempertahankan isu ini atau setidak-tidaknya membuat kenyataan membantah bagi membela penindasan terhadap wanita yang memakai tudung. Sedangkan sekiranya ia melibatkan isu masyarakat bukan Islam,tidak cukup dengan bantahan,malah beberapa perhimpunan dan demonstrasi jalanan turut diadakan.Lihat sahaja bagaimana pembangkang memperjuangkan isu yang melibatkan Teoh Beng Hock.Kononnya atas nama perjuangan dan hak kebebasan asasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, waima hadir untuk tunduk bagi memberikan penghormatan terakhir.Bukan sekadar itu sahaja,ada di kalangan mereka yang sanggup menjadikan tarikh kematian Beng Hock sebagai acara tahunan dengan hadir sambil membakar lilin dan sebagainya.lagi 1 perkara bodoh yang pembangkang buat adalah post gambar di atas.apa ni ??? kenapa nak salhkan pemimpin UMNO ??? patutnya berganding bahu untuk menyelamtakan islam.lihat saja sekarang ni siapa yang berarak dan pertahan kan Kalimah Allah ??? UMNO atau PR ??? saya nak sambung cerita beng hock.Persoalannya ialah,apakah ia dilakukan semata-mata untuk menuntut pembelaan atau hanya sekadar lakonan untuk meraih simpati dan undi masyarakat bukan Islam ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KENA PECAT DARI #PKNS !!! #AZMINALI SERANG #KHALIDIBRAHIM KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 24 Jan 2014 04:00 PM PST


Polemik perbalahan antara Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim seperti tiada penghujungnya.Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah,Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.Khalid melalui kenyataan medianya seperti cuba untuk 'lepas tangan' apabila mengatakan pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut,Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.Tindakan itu diambil kononnya untuk membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.

Paling menarik,Azmin sebelum ini ketika menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid sebagai 'Mr U-Turn'. "Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu" jelas Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga pengarah.Malah apabila ada salah seorang pengikutnya mengatakan "hanya di Selangor,Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga pengarah" dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera menjawab "Mr U-turn".Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.Tidak cukup dengan itu,Azmin turut dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai 'orang tua' dan bekas Setiausaha Politknya,Faekah Husin sebagai 'anak dara tua'. "Tapi ada orang tua yang suka andartu" sindirnya pula.kelmarin,kawan baik azmin mengadakan demo di PKNS.lihat video di bawah


Kesimpulannya,Azmin jelas tidak berpuas hati dengan keputusan 'suara-suara ghaib' untuk menyingkirkannya dari PKNS.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...