BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! KERJASAMA #PEMBANGKANG #PAS #PKR #DAP HANYA FANTASI SEMATA-MATA !!!

Posted: 10 Jan 2014 07:30 AM PST


Berantakan antara pakatan pembangkang berebut kuasa dan kedudukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka semakin membara.Kenyataan timbalan menteri besar Kelantan,Nik Amar Nik Abdullah baru-baru berhubung ketiadaan jawatan yang diberikan kepada wakil PKR di negeri itu adalah biadap.Bukan sahaja ia menunjukkan Pas Kelantan memandang rendah terhadap sekutunya,PKR tetapi ia adalah sikap bongkak dan takabur bagi seorang dari parti seorang.Nik Amar apa yang dilakukan kepada PKR di Kelantan samalah seperti layanan yang diberikan kepada Pas oleh Dap di Pulau Pinang.Atas dasar 'tit-for-tat' maka Pas pun beranggapan tidak salah baginya untuk melakukan perkara yang sama kepada sekutu politiknya.

Inilah yang dinamakan politik dendam yang berbeza sekali daripada budaya Barisan Nasional yang sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan bermuafakat melalui perbincangan.Mungkin Pas merasakan apa yang dilakukan oleh mereka kepada PKR ada justifikasinya melihat kepada keadaan di Selangor.Pas mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri yang lebih daripada PKR dan jika diikutkan daripada kuasa penentu,parti itulah yang sepatutnya mendapat jawatan menteri besar namun ini tidak berlaku. 

PKR pula yang kurang satu kerusi daripada Pas mendapat untung menjadi menteri besar sementara parti Islam itu terpaksa puas hati dengan beberapa jawatan exco.Di Pulau Pinang yang dikuasai oleh Dap, Pas tidak berikan apa-apa jawatan exco walaupun parti itu menang beberapa kawasan.Sementara Pas dianaktirikan, PKR mendapat habuan yang lebih baik di negeri itu dengan di beri jawatan timbalan ketua menteri dan juga exco.Di Pulau Pinang Pas berputih mata.Namun di Kelantan keadaannya berbeza sedikit kerana PKR dilihat sebagai parti yang lemah dan lesu di negeri Cik Siti wan Kembang itu. Mungkin ini kerana Pas sudah sinonim dengan Kelantan kerana ramai pimpinan atasan parti itu adalah dari sana dan juga kemampuan parti itu mempertahankan kerajaan negeri sejak 1990.PKR adalah parti baru di persada politik nasional dan juga diperingkat negeri.

Kalau tidak kepada imej dan populariti ketua umum PKR,Anwar Ibrahim mungkin parti itu sudah lama berkubur atau ditelan zaman.Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu,PKR kalah disemua kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kelantan dan hanya mampu satu sahaja kerusi DUN.Oleh sebab itu PKR dianggap tidak mendapat sokongan pengundi di Kelantan kerana kegagalan menyumbang kerusi parlimen dan negeri yang lebih banyak kepada pakatan pembangkang Apapun komen Nik Amar mungkin boleh dimaafkan tetapi mudah dilupakan bak kata pepatah luka sudah sembuh tapi parutnya tetap ada.Semua yang berlaku hanya menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pakatan di antara Pas,PKR dan Dap hanya untuk kelangsungan politik atau 'political convenience sahaja' tidak lebih dari itu.Kemampuan BN bertahun mewarisi kekuatan yang dibina oleh Perikatan sehingga tahun 1974 adalah kerana kerjasama antara parti-parti komponen mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang hidup dalam harmoni dan semangat muhibbah sejak merdeka. 

Keadaan ini pula adalah hasil usaha pengasas-pengasas kemerdekaan dari UMNO,MCA dan MIC yang bersetuju mengenepikan perbezaan pendapat dan berkorban demi mencapai negara merdeka dan berdaulat.Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini dan BN tetap mendapat kepercayaan rakyat.Pakatan pembangkang cuba meniru kejayaan BN selama ini tetapi mereka hanya menipu diri mereka sendiri.Ini kerana asas keada kejayaan BN ialah sifat keikhlasan dan bertolak ansur di antara semua partai di dalam gagasan itu.Sifat inilah tidak dipunyai pembangkang kerana mereka hanya bekerjasama atas visi yang singkat untuk mendapat kuasa sahaja. Kerjasama antara Pas,PKR dan Dap amat rapuh tetapi mereka berjaya menampakkan imej seolah-olah kerjasama dan persahabatan mereka begitu intim dan rapat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #KALIMAHALLAH !!! RUPANYA #KITSIANG 'KELDAI TUA' #DAP TAK TAHU UNDANG-UNDANG DI SELANGOR !!!

Posted: 10 Jan 2014 04:00 AM PST


pasti pemabaca Badut Rakyat akan tersenyum sinis apabila membaca tulisan Penasihat DAP,Lim Kit Siang beberapa hari lepas yang 'panas hati' dengan tindakan beberapa kumpulan yang melakukan protes di depan gereja beberapa hari lalu.Ia dilakukan bagi membantah tindakan paderi Lawrence Andrew,Pengarang The Herald yang membuat kenyataan pada 27 Disember lalu agar supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka.Selain membantah kenyataan paderi tersebut,protes itu juga bertujuan untuk mendesak agar paderi itu menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam setelah ia turut disifatkan biadab dan berunsur penderhakaan kepada Sultan Selangor.Tambah menarik,apabila Kit Siang cuba menyalahkan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,Datuk Seri Noh Omar,kononnya menyokong tindakan protes tersebut yang disifatkan sebagai haram dan tidak mengikut perlembagaan.   

Tidak cukup dengan itu,Kit Siang turut mempertikai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing.Sedangkan pada 14 Oktober lalu,Mahkamah Rayuan secara jelas telah memutuskan tidak membenarkan majalah mingguan,The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.Malah selaku ketua agama Islam negeri Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.   

Persoalannya,apakah pelbagai siri himpunan jalanan yang dianjurkan pembangkang sebelum ini tidak haram dan mengikut perlembagaan ??? Di manakah suara Kit Siang ketika himpunan yang diadakan untuk menggulingkan kerajaan tempoh hari ??? Tidak pula kedengaran suaranya menyalak selantang ini.Menarik bukan ???? Inilah yang dikatakan ibarat meludah ke langit akhirnya terpercik ke muka sendiri.Yang menghairankan apabila Kit Siang dilabelkan sebagai pemimpin yang 'ultra kiasu' dan bersikap perkauman,dia dengan segera akan mempertikaikan tindakan itu.Sedangkan semua kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini jelas membuktikan bahawa dia memang bersikap perkauman.Benarlah kata DS Noh Omar sebelum ini yang menyifatkan Kit Siang sebagai 'Keldai Tua' yang tidak memahami undang-undang berkaitan penggunaan kalimah Allah di Selangor.

Kesimpulannya, sebagai orang Islam,kita seharusnya sedar dan dapat melihat pelbagai cubaan demi cubaan dari pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam.Terutamanya di Selangor,sejak kerajaan pakatan pembangkang memerintah negeri itu.Gerejanya pula semakin berani ditambah dengan tindakan para paderi mereka yang semakin biadab dengan pelbagai kenyataan yang berunsur provokasi.Sedangkan dulu perkara-perkara mengarut seperti ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani ??? Malah pengedaran Bible versi bahasa Melayu juga semakin berani dilakukan dengan secara terbuka khususnya di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor.Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka ??? Atau apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DR. ZAKIR NAIK BONGKAR KISAH #YESUS KONSPIRASI TUNTUTAN #KRISTIAN BERHUBUNG #KALIMAHALLAH !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 10 Jan 2014 01:00 AM PST


lihat video di bawah.ada 2 video berkenaan dengan Yesus dan Kalimah Allah.Semoga penerangan daripada Dr. Zakir Naik mampu membuka minda kita semua agar berhati-hati dengan gerakan Kristianisasi di Malaysia.



dan lihat pula video di bawah penerangan oleh Maulana Muhammad 'Asri bin Yusuf mengenai Kalimah Allah ini

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#KALIMAHALLAH !!! BEKAS KETUA HAKIM NEGARA MEMBELASAH PENGANUT #KRISTIAN !!!

Posted: 09 Jan 2014 10:00 PM PST


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membelasah penganut kristian.beliau berkata orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! 'SULTAN MELAKA' TAWAR @REALDRMAZA #DRASRI JADI MUFTI !!! NAK KERR #DRASRI ???

Posted: 09 Jan 2014 06:00 PM PST


Individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka menawarkan bekas Mufti Perlis,Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi mufti dalam 'kerajaan yang bakal dibinanya' kelak.Tawaran itu dibuat Raja Noor Jan Shah melalui akaun Twitternya selepas Dr Asri mempersoalkan kewujudan 'sultan baru' itu.

"Kenapa nak jadi sultan sangat? Cukuplah dengan Sultan Sultan yang dah ada,tak payah sesiapa nak jadi sultan tambahan pula.Yang ada pun dah tinggi kosnya," demikian status Twitter Dr Asri.Raja Noor Jan kemudian membalas tweet tersebut dengan mengatakan beliau menanggung kos sara hidup beliau sendiri. 


"Bukan beta yang nak jadi sultan,negeri Melaka yang perlukan beta?" ujar individu itu.Tweet tawaran itu kemudiannya mengundang reaksi dari pelbagai pengikut di laman sosial tersebut dan mendapat 301 retweet dan 26 kegemaran.Antara balasan menarik daripada pengikut Twitter yang lain adalah "Offer terhebat" daripada @HilalAzmi dan "it sound RUBBISH" daripada @amdesidik.Selain daripada itu,'Sultan Melaka' turut menjadi perhatian ramai di laman Twitter lantaran memuat naik status yang dilihat kelakar. 


Beliau yang diikuti 2 849 pengikut di Twitter kerap mendapat pertanyaan dan 'usikan' apabila ada yang meminta beliau menggunakan kuasa sebagai Sultan dalam pelbagai perkara.@SultanMelaka: Susah juga jadi sultan tak berakyat ni.Dari tadi menunggu lunch hour.Dulu mudah,cukup masa dayang2 hidangkan. @SultanMelaka: Dah pukul 2 dah.Beta beradu dulu.Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5.Kekanda beta di negeri lain tu tak apa. #cemburu Sebelum ini Raja Noor Jan Shah membuat kenyataan bahawa beliau merupakan Pewaris Kesultanan Melayu Melaka sekaligus mendakwa dirinya adalah Sultan Melaka dan mahu mengambil balik takhtanya yang telah dinafikan haknya selama ini. 

Bagi menguatkan lagi dakwaan itu,Raja Noor Jan Shah telah menampilkan dokumen dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang jelas mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.Pihak ICJ dakwanya telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! #KALIMAHALLAH !!! KEBODOHAN PEJUANG #LIBERALISASI DIDEDAHKAN !!!

Posted: 09 Jan 2014 04:00 PM PST


Dalam desakan dan tuntutan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam Injil berbahasa Melayu,mereka memakai hujah bahawa semua agama menyembah Tuhan yang SATU.Oleh itu,kata mereka,apapun nama rujukan terhadap Tuhan tidak sepatutnya menjadi isu.Justeru,saya pun tertanya-tanya,kenapa tidak namakan saja Tuhan Kristian sebagai Gautama Buddha atau Ramayana atau Lim Guan Eng ??? Bukankah nama-nama ini lebih relevan dan lebih dekat dengan penganut-penganut Kristian di Malaysia ??? Kalaupun ingin sangat berbunyi Melayu,kenapa tidak diberi nama Ali atau Abu sahaja ???  Atau nama-nama Iban ??? Atau cipta saja nama baru.Kenapa mesti berdegil ingin menggunakan nama yang mampu mencetuskan krisis ??? Bukankah mereka juga yang berkata bahawa nama Tuhan bukan satu isu ???

Hujah bahawa semua agama merujuk kepada Tuhan yang satu membawa maksud penganut Kristian kini percaya bahawa Tuhan itu adalah sama dalam semua agama,termasuk agama Islam yang menyembah 'Allah SWT'.Untuk pengetahuan penganut Kristian,Allah SWT yang disembah oleh umat Islam adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan.Oleh itu,jika benar Kristian menyembah Tuhan yang sama,maka mereka secara automatik telah menggugurkan kepercayaan yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan.    

Nampaknya pihak Kristian perlu mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan kitab Injil mereka yang menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan bagi menepati hujah bahawa mereka turut menyembah Tuhan umat Islam.Ini kerana mengikut logik,mana mungkin Tuhan yang sama mempunyai sifat yang berlainan ???        

Dengan ini,saya mendesak semua padri dan pendakwah Kristian di Malaysia agar membuat pengumuman rasmi bagi menafikan bahawa Jesus itu adalah 'Allah' yang disembah mereka.Hanya inilah saja jalan penyelesaian bagi memastikan penggunaan nama Allah dalam kitab Injil Kristian tidak menimbulkan konflik dengan hujah mereka sendiri dan tidak menimbulkan ketegangan dengan umat Islam.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...