Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Video Fitnah Anwar Di Dedahkan pada Perwakilan UMNO!

Posted: 05 Dec 2013 08:22 AM PST



Video yang memaparkan ketua pembangkang mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lepas ditayangkan kepada anggota perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Rakaman yang dipetik daripada portal berita Malaysian Gazette itu menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan itu pada dua majlis iaitu semasa sidang akhbar dan dalam satu ceramah politik.

Sedutan video itu yang diselitkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden Umno menyebabkan kira-kira 3,000 perwakilan dari 191 Bahagian Umno di seluruh negara bertindak bersorak mengejek ketua pembangkang berkenaan.

Antara dakwaan yang dibuat Anwar dalam sedutan video itu ialah BN menaja 16 penerbangan khas setiap hari bagi membawa warga Bangladesh dan Indonesia masuk ke negara ini untuk menjadi pengundi pada PRU-13.

Penasihat PKR itu juga mendakwa BN tidak mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya berkenaan sehingga terpaksa membawa masuk warga asing sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan mereka.

Tayangan video itu dibuat ketika ucapan Najib menyentuh mengenai dakwaan Anwar itu.

Najib ketika menyentuh perkara itu melempar sindiran: 'Sejak bila Malaysia mempunyai suku kaum Bangladesh'.

Beliau juga memaklumkan anggota perwakilan bahawa momokan pembangkang itu menyebabkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina terkejut dan menafikannya apabila perkara itu dimaklumkan kepada beliau sempena lawatan kerja Perdana Menteri ke negara berkenaan bulan lepas. - Bernama

INFO! Perkasakan Jentera Transformatif, Kuasai Media Baru! - @NajibRazak #PAU2013

Posted: 04 Dec 2013 08:00 PM PST



Dalam banyak-banyak ucapan Presiden UMNO.. Mc lebih tertarik pada ucapan beliau yang ni.

PENGISIAN TRANSFORMASI UMNO YANG KEEMPAT: 
MEMPERSIAGA JENTERA TRANSFORMATIF

Adalah menjadi lumrah dalam setiap organisasi yang berjaya, di belakangnya wujud jentera yang dikemudi oleh ahli yang penuh dedikasi, komited dan kental dalam membawa aspirasi dan obor perjuangan. Jika kuat jenteranya, maka gagahlah organisasi tersebut, jika lemah maka tidak bermayalah parti.

Misalnya, dalam peperangan, jentera umpama bala tentera yang akan mempertahankan kubu dan bertanggungjawab menyerang pihak lawan serta merintis jalan ke hadapan.

Dalam hal ini, UMNO harus sedar bahawa dunia maya atau internet adalah neutral. Barang siapa yang berupaya mengisi dan menguasai ruang-ruang baru itu maka merekalah yang akan berjaya.

Kita perlu berwaspada bahawa, penggunaan teknologi terkini menjadi saluran utama dalam penyebaran maklumat dan pengetahuan. Mutakhir ini, smart phone atau telefon pintar menjadi instrumen yang mempengaruhi minda dan nilai terutamanya generasi muda. Malah saya percaya, telefon pintar inilah akan menjadi instrumen paling besar dalam penentuan kalah menang pilihanraya yang akan datang. Oleh yang demikian, kita tidak boleh ketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang. UMNO mesti menjuarai teknologi maklumat.

Saya dimaklumkan, pengguna facebook di Malaysia sahaja mencecah 14 juta akaun. Manakala pengguna telefon bimbit pula mencecah 146 peratus daripada bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2013.

Justeru, jentera transformatif UMNO hendaklah menguasai medium baru ini bagi menyampaikan risalah-risalah UMNO, mempertahankan dasar-dasar parti dan kerajaan, serta melawan segala tuduhan, nista yang pembangkang lemparkan. Suka atau tidak, kita tidak boleh, tidak menjadi pelaku utama kepada teknologi ini. Ingatlah, hakikatnya dalam dunia politik, selalunya persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu, kita harus menanganinya.

McTheory:
Presiden UMNO menjerit-jerit untuk tegaskan betapa pentingnya media baru. Tetapi masih ada pemimpin UMNO yang bengap tak reti bahasa, buat bodoh saja tentang saranan ni. Kita tanya pada diri sendiri, apakah Presiden UMNO ni syok sendiri? Atau sememangnya kebanyakan pemimpin UMNO ni bebal?

INFO! 3 Sebab Ustaz Kazim Tolak MT UMNO!

Posted: 04 Dec 2013 07:34 PM PST


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...